Monday, January 7, 2013

ibiii.. ibiii..

Assalamualaikum...

Hari ni aisyah humairah genap setahun satu bulan.. progress sekarang, masih belum berjalan lepas tangan dan takut nak berdiri sendiri. makan, masih tak banyak, sesudu dua sudu kira oklah.. selebihnya sembur2 dan korek2 mulut. huhu.. mulut dah banyak bunyi. gigi dah nak masuk 7 batang.. dah pandai buat pergerakan muka macam mata, hidung, angkat tangan, kenyit2 mata. hehe..

semalam juga dapat belated besday dari mak ida :-) maceh mak ida. bulan ni besday aqil pulak. hehe.. semalam, kami bawa family dari johor jalan2 di klcc. nak pegi aquaria sebenarnya.. bawa pak da aqil jalan2 tengok ikan. dia pun bukan selalu jalan kl ni kan.. untuk kami, dah kali kedua pegi aquaria. so, tak delah excited sangat, tapi adik aku tu beria lama2 telek ikan. huhu.. later will blog about aquaria ye..

baby baru aisyah. dia kalau tengok kartun ke anak patung ke, dia panggil ibiiiii.. atau bibiiii :-)

 kebetulan.. owl kecil ni dah pernah beli masa bawa aqil pegi bird park dulu. cari2 balik, jumpa.. ibi aisyah dah ada baby :-)

hasil tangkapan di aquaria klcc :-) aqil dapat nemo.. actually nak belikan aisyah tapi aisyah dah dapat ibii, bagi aqil lah. tapi aqil main sikit2 je.. hehe..

Hari ni pagi2 lagi dapat berita kematian staff kat sini.. terkejut sangat sebab orangnya sihat.. tak sangka. ajal maut di tangan Allah. orangnya tak delah tua pun, tak delah sakit terlantar. sakit jantung dan terjatuh masa nak mandi.. Innalillah. Mohon sahabat2 sedekahkan al fatihah untuk arwah. Lepas ni tak delah lagi nampak abang leman hantar surat kat kami.. tak de dah nampak muka dia nak minta kunci nak masuk ofis. Semoga arwah ditempatkan di kalangan orang-orang yang beriman..



Wassalam..



8 comments:

WILD CAT LADY said...

Salam Suliana, jemputlah ke blog Mas ye, dah tukar URL =)

Saya dapat peluk DAVID BECKAM

misscha said...

comey owl aisyah :)

al - fatihah buat allahyarham sulaiman

fiza arshad said...

al fatihah buat arwah * fiza x sure knal ke tak..tapi xpe, al fatihah

Suliana said...

mas dah tukar url ke.. patutla.. ok nnti su follow

Suliana said...

macam tak percaya.. al fatihah..

Suliana said...

thanx fiza..

~MommyAida~ said...

Al - Fatihah..

Bestnya dapat patung besar..Happy belated bbirthday Aisyah..orang kata kalo tumbuh gigi cepat mmg lambat jalan..tak tau la betul ke tak..tapi setahun still tak lambat lagi..semoga Aisyah cepat berjalan ye..

Suliana said...

maceh aida :-)smlm dah beranikan diri nak lepas tgn.. :-)

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails