Monday, January 21, 2013

happy 4th birthday my dear son

Assalamualaikum..

Semalam, 20 Januari 2013 adalah hari lahir aqil.. dah 4 tahun dah anak ibu yang manja ni.. seperti biasa, sambutan hari lahir aqil hanya menjemput saudara mara terapat dan adik beradik je. luckily, birthday aqil jatuh hari ahad.. senang sikitlah ibu nak prepare apa2 untuk hari istimewa aqil ni kan.. 

menu semalam adalah nasi ayam dan kek.. tak sempatlah nak buat dessert lain sebab tak cukup time. hehe.. mujur kak longku bawa buah duku, tu jelah pencuci mulut beserta air oren laici ayah aqil buat :-) beria ibu beli bahan2 nak buat puding kastard dan koktel tapi tak sempat nak masak. next time ye..


 birthday boy bersama aiman. malu2 kucing pulak orang nak amik gambar dia..

 the food. simple je lah.. 

 tetamu2 ku..

 berebut2 nak tiup lilin budak2 ni.. tu ibu beli lilin  HAPPY BIRTHDAY. baru puas main api :-p

 specialnya kek aqil tahun ni ibu yang buat.. clap clap clap.. kek red velvet.. tapi seperti biasalah, comot sikit.. hehe.. nak deco2 pun toppingnya agak lembik. tak pelah, janji aqil suka dengan gambar boboiboy tu. asyik buka tutup peti ais je tengok. berebut2 nak makan kepala boboiboy tu..

 aqil dapat hadiah dari maklong dan mak ida.. dari ibu dan ayah tak de. hehe..apalah ibu ni. hehe.. tak pe, aqil tak pandai minta lagi.. makan2 ni kira hadiah hari lahir aqil lah ni..

 petang tu pulak, sementara diorang lepak2, aku bancuh sebijik kek lagi. kek coklat untuk dibawa ke nurseri. nak buat malam2 takut tak sempat pulak kan.. haa.. punyalah print pelbagai jenis resepi untuk pipe atas kek, sekali tu tak jadi buat sebab dah malam, aisyah dah ngantuk. tepek je terus coklat ganache dengan edible image ni.. tabur2 manik skit, yeay.. oklah tu :-)

 aqil tido lepas orang semua dah balik.. sian dia. keletihan.. tu bantal busuk dia tu. pegi taska mesti nak bawa. kalau tak de, boleh hilang mood dia okeh.. jadi, bantal is a must every morning..

ni hadiah aqil untuk kawan2nya.. sibuk tolong ibu packing. termasuk si adik. habis berterabur sana sini.. aku pack untuk 40 orang lebih. ni kali kedua kalau tak silap bagi hadiah kat kawan2 aqil. tahun lepas aqil sambut birthday masa ibu dalam pantang..

last but not least, pertunjukkan dari 'kucing2 jadian' di hari lahir aqil. hehe..

Ok, itu saje kenangan sambutan hari lahir aqil yang keempat.. terima kasih banyak2 atas ucapan selamat dari kawan2 ibu... ibu dan ayah doakan aqil menjadi anak yang soleh, anak yang mendengar kata dan taat pada perintah Allah dan ibu bapa.. Semoga aqil terang hati dan mudah menerima ilmu dan perkara2 yang baik. Amiin.. Doa ibu sentiasa mengiringi aqil.. 

Wassalam..

4 comments:

Jehan Najib said...

Happy birthday. Semoga jadi anak yg soleh

Suliana said...

tq jehan ..

rafidah rooshdi said...

Happy birthday abg aqil... Ala su, masak2 ngan penuh kasih sayang tu adalah hadiah yg paling berharga tau.. Jd darah daging bdk2 ni... Semoga aqil jd anak yg soleh...

Suliana said...

tq pid :-) amiin... :-)

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails