Assalamualaikum..
Tadi pegi beli buku untuk Aqil.. set buku BACALAH ANAKKU.. kawan rekemen katanya modul sekarang dah tak macam dulu a b c.. sekarang sume main sebut suku kata.. dan kebanyakan pra sekolah pakai buku ni. tapi depends on sekolah jugalah kan ada yang pakai modul sendiri.. oleh kerana aqil belum bersekolah pada umur 4 tahun ni, ibulah jadi cikgu aqil.. home schooling gitu.. haa.. siaplah aqil dapat cikgu yang garang ni. belum guru besar dia lagi. baru bukak buku dah macam singa.. hehehe.. untuk permulaan beli buku bahasa melayu dulu, later tengok progress dia camana, baru tukar buku English pulak..
Set Bacalah Anakku RM 38.++ kalau tak silap.. ada 8 stage..
Harap2 aqil terang hati nya.. Dalam set buku ni, ada juga panduan untuk ibu bapa mengajar. Contohnya, suasana belajar yang tenang dan ceria, jangan paksa anak belajar kalau dia tak nak. dan yang paling penting Pengajar mestilah bersifat SABAR dan TENANG.Agak2 kalau penat tu dan mood tak elok, tak payah lah ajar anak ye.. huhu.. Kalau anak tidak bersedia, cari masa yang lain yang lebih sesuai.. Ni bukan lah ibunya expect anaknya terus pandai baca tapi nak kenalkan huruf supaya dia lebih familiar nanti. Kalau dia terang hati dan pandai baca, dah satu bonus untuk anak dan ibu bapa. ye tak.. hehe..
Diharapkan juga buku ini tidak bersawang dan ibu sila jangan hangat2 tahi ayam :-D korang, camana ajar anak ye. jomlah share :-)
Sekian, wassalam..


PENDEDAHAN MEMBACA SEKARANG BNYK GUNAKAN KAEDAH... SUKU KATA LEBIH MUDAH MCM MENGAJI IQRA', LGPUN NAK MASUK DARJAH SATU KENE PANDAI MEMBACA SEKARANGKAN.. KENELAH BG PENDEDAHAN AWAL.. NNT GAGAL PULAK MASA UJIAN NAK MASUK SEKOLAH...
ReplyDeleteIqra sy dh mula. Alhmdlh.. Ok. Yg ni mcm ssh skit dia nk igt sbb sy dh mula dgn abc dulu, konfius skit. Hehe.. Slow2 la ye
DeleteBeli kat ne ni sue
ReplyDeleteBeli kt kedai buku minerva klu xslp.. Byk jual kt kdai2 buku jln tar tu.. Slmt mencari :-)
Deletepengajar bersifat sabar dan tenang tu yang sangat2 susah tu..huhuhu
ReplyDelete