Tuesday, January 8, 2013

Aquaria KLCC 2013

Assalamualaikum..

Kali ni kali kedua aku pergi ke Aquaria dan lebih special kali ni sebab bawa family.. kali pertama baca entry ini.. yeay.. ni pun last minute plan bawa adik no 3 dan adik beradik yang lain jalan2 klcc :-) Kami gerak dari Klang pukul 10.30 pagi. Janjinya nak gerak pukul 9 pagi kan, tapi bila dah ramai2 macam ni, macam2 hal, mesti tak dapat nak tepati masa.. sarapan nasi lemak dulu then siap2 mandi semua, siapkan anak2, barulah gerak.. Sampai KLCC, kami parking betul2 di bahagian Aquaria. Thanks atas bantuan Garmin kerana bagi idea jalan mana yang patut dilalui. Actually dah tahu jalan nak ke KLCC, tapi bila bawa orang tua dan anak2 kecil, mestilah nak parking yang betul2 dekat kan.. 

Setibanya di sana, lengang ok parking kat aquaria ni. hehe.. berebut2 parking, kejap2 alih keta. haha.. kami pegi 4 buah kereta la, sebab diorang nak balik johor terus.. Waktu masuk untuk aquaria ialah jam 10.30 pagi ye.. Harga tiket RM 38 untuk dewasa dan RM 28 untuk kanak2, dah naik RM 3 kalau tak silap. Kalau korang staf petronas or anak syarikatnya, boleh dapat diskaun ok. So, kami paksa kak long pegi jugak sebab dia staff MISC. hehe.. dapatlah diskuan untuk adult RM 28 dan kanak2 RM 26. tak banyak bezalah untuk kanak2. Adult kami berjumlah 11 orang dan kanak2 aqil dan aiman je kena bayar.. yang lagi 3 budak kenit tu free.. (free for infant)

Bagi kami orang Lembah Kelang yang dah pernah datang sini, mestilah nak cepat je kan. haha. sian adik aku faiz. dia tu minat ikan dan dialah yang beria sangat nak pegi aquaria.. Jadi, dia adalah orang yang paling last keluar, siap soping baju aquaria lagi sorang satu untuk diorang sekeluarga je lah :-) memang gaya pelancong betullah.. Upss.. kali ni family kami hampir complete semua ada tapi tak complete jugak. adik aku no 5 tu tak ikut.. kalau tak, mesti best frame gambar besar2.. hehe.. tambahan lagi dapat ahli keluarga baru kan, makin membesarlah family kami.. :-) ok, jom tengok gambar..

family potrait at aquaria 2013.. RM 40-50 

 aisyah dan ayah.. kali ni aku tak berapa amik gambar sangat.. tak adil untuk aisyah kan. huhu..

 ayah dan menantu baru aka oko:-)

 kepenatan, mama, ayah dan kak long

 aqil.. tak nampak muka aqil. hehe..

 aqil takut sebenarnya dengan ikan.. tu macam nak lari, padahal ikan duk dalam akuarium je. hehe
 
dah tak de background gambar kampung nelayan tu.. replace gambar ni pulak.. huhu. aisyah tengak gelak ke apa tu. :-)

tengah tunggu pak de keluar ni.. seronok aisyah ye main mata :-)

adikku faiz dan anknya darwisy..

lepas tu kitorang berarak pergi Suria pulak.. isi perut dulu.. ala carte semuanya. 7 meja kami amik :-)

budak 3 orang ni melekat bersama. darwisy tak boleh, papa dia control :-)

sementara tunggu atok soping, kita gi jalan2 dulu kat Lower Ground Floor.. macam2 ada makanan yang best2 :-) durian crepe ada, pop corn garrett sedap ada :-) siap jelah dengar rengekan anak nak itu ini..

hehe.. aisyah pun nak jugak. baru berbaloi letak RM 2 :-) 
nampak macam 3 orang budak kan, tapi sebenarnya...

tara.. terselit aiman kena hempap dengan adik dia.. 
habis coins semua masuk dalam mainan ni.. tapi yang bestnya mainan kat KLCC semua berkilat2.. sekali main RM2.. huhu

Settle berjalan semua dalam pukul 3 lebih kami dah gerak menuju ke kereta.. penat betul rasa.. siap salam2 semua, upss lupa bayar parking, dari jam 11 lebih tu sampai 3 lebih total parking RM 15.. boleh lah, standard la tu kan kata KLCC.. dah salam2 semua, kami pun balik ke rumah amsing2.. tunjuk jalan keluar KL juga kepada adikku yang nak balik ke johor..

Next time kita gathering bersama lagi k. make sure cukup korum :-) lepas ni i bawa korang pegi zoo pulak. hehehe.. tak pun bird park.. seronok juga untuk kanak2 tengok haiwan, tapi penat sikitlah, berjalan kan.. pastu siap la tiket masuk tu mahal jugak.. tak pelah, sekali sekala kan.. acara tahunan. kahkahkah

Ok bye.. wassalam


10 comments:

Ietams said...

seronok kan berjalan ramai² dgn keluarga mcm ni..
meriah suasana

fieda said...

alahai..seronoknya gi sana..kak fieda tak pergi2 pun lagi..anak2 dh 3 kali pergi ikut rombongan sekolah..mak jer tak gi lagi..

Sharinginfoz said...

macam2 ada sure seronok

Suliana said...

best best best :-)

Suliana said...

budak2 seronok la kak. kita just teman diorg tgk2 ikan je. hehe

Suliana said...

alhamdulillah .. :-)

misscha said...

seronoknye famili outing dia !

Ziana Wanita said...

Berapa hinggit satu kepala? berbaloi tak bawa budak kecik?

Suliana said...

seronok. alhamdulillah..

Suliana said...

dewasa rm 38. blh la nak bawa budak2 bawah 3 tahun tak kena byr nana :-) klu 3 tahun ke atas rm 26..

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails