Tuesday, January 29, 2013

Air Panas Pedas, Negeri Sembilan

Assalamualaikum..

Kali ni nak share aktiviti kami sekeluarga masa cuti 4 hari yang lepas. Hari Sabtu, kami ke Family Day ofisku di pedas Negeri Sembilan.. Bertolak pukul 9 pagi dan sampai pukul 10.30 pagi. Banyak kereta menuju ke selatan, lori pun banyak juga.. Sampai2 je Pengarah dah bagi ucapan.. Aku bawa tikar sebidang, dan duduklah berpiknik kat bawah khemah yang disediakan. Ni untuk acara sukaneka kita main kat sini, kalau nak main air, belah sana. Tak ramai lah yang datang, dalam 80 orang plus family.. balik2 orang yang sama je main game. tapi seronoklah juga, suka2.. bagi sokongan kat kelab untuk aktiviti tahunan.. :-) Ok, jom tengok gambar..
on the way.. my cheeky girl.. suka senyum macam ni sekarang

dah sampai.. ayah masamnya muka. tengok aisyah tu, menyengih aje :-)

perasmian oleh pengarah..

aqil join game.. dulu aqil kecik lagi. buat hal sendiri je..now dah boleh main..

 sukaneka aqil : rebut gula2.. aqil ni tak reti main sukaneka sangat.. slow motion jek..

 ini je hasilnya.. huhu.. orang lain siap masuk dalam baju sume..

aqil main curah air dalam baldi menggunakan span.. tengah dengar penerangan.. tergelak tengok budak2 kecik ni main. tak faham arahan betul.. orang suh lari sorang2 ni, sume sume main belasah lari berkumpulan.. sabo je lah..

 cepat aqil.. lari!! haha.. kelakar lah aqil ni. atau game tu susah sangat untuk budak2 baya aqil ni

 game susah ni masukkan getah dalam straw. aqil sampai leleh2 air liur. siap jatuh2 straw dan melekat rumput kat mulut. haha.. aqil aqil..

 anak manja ibu.. sikit2 toleh cari ibu

 yeay.. saya menang botol air. dapat 3 biji.. kalah ke menang ke sume dapat :-)

 my family

 lepas acara sukaneka, acara main air pulak. ni bebas lah kiranya. budak2 memang dah tak sabar nak berendam. mujur aku teringat bawa swim suit aqil.. dah ketat dah.. kena beli baru untuk aqil. tapi pakai jelah sampai sendat ye aqil .hehe..

 aqil ni macam ni la. pegi tambun pun main kat tepi je.. budak2 lain rilek je main kat cendawan tu.. 
 
sape2 nak pegi boleh tengok kat sini fee entrance dia. murah je.. padanlah dengan keadaan pool dia dalam tu. oklah not bad. RM 10 per entry.. tinggi aqil dah kena bayar ye..

opening hour..

 benda2 ni pun ada kat dalam. tapi siang tak buka.. malam je kot

 ada juga mini zoo. tapi kebanyakkannya ayam pelbagai spesis.. hehe

 ok, dah jom balik dik.. senyum lagi :-)

Ha, puas hati dapat lambak gambar 20 keping dalam ni. hehe.. untuk percutian kali ni ok jugalah.. alah, percutian disubsidikan. boleh bawa anak2 main air gitu. tapi untuk kesekian kalinya aku tak masuk air juga. malas lah berendam lekit2 main air. panas pulak tu.. biarlah aku jaga beg dan aisyah. hehe.. fasiliti dalam tu ok juga, ada restoran. tapi harga not sure lah mahal ke murah, sebab makanan kitorang dah dikira dalam event ni.. makanan luar tak boleh bawa.. makanan yang diorang masak ala2 je lah.. boleh lah. dah lapar kan.. Actually ada aktiviti sukaneka yang aku masuk. masuk semuanya, dah orang pun tak cukup, balik2 orang yang sama je main kan..   tapi hadiah untuk johan je.. hadiah cabutan bertuah, semua dapat cuma besar dan kecik je. aku dapat hadiah  no 8 kira antara yang grand lah. haha.. set mangkuk bertutup. jadilah.. Yang penting, we have fun.. and especially my kids.. balik tu sume pakat tidur dalam kereta.. kepenatan..

Sekian, wassalam..


1 comment:

Masya said...

SERONOK OPIS ADA FAMILY DAY.. SELAIN MENGERATKAN SILATURAHIM.. BLH JUGAK ANAK² HAPPY.. YG PENTING SUBSIDI TU HAHAHAHAHA.....

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails