Wednesday, January 2, 2013

4 hari masak-masak

Assalamualaikum..

4 hari cuti yang lepas, kita main masak2 dan lipat2 kain. haha... settle dah lipat kain duduk diam2 yeay, sejam je dah habis tanpa gangguan aisyah sebab dia tidur.. dan semalam, settle menyusun baju yang dilipat dalam almari. Untuk baju anak2 eloklah tersusun sebab baju sikitkan, boleh rearrange balik ambil masa kejap je.. kalau almari baju kami, main sumbat2 je. huhu. bukan apa, memang dah niat lama nak rearrange balik tapi bila duduk depan almari, termenung kejap tengok baju2 tu, pastu tutup balik. heee... makan masa juga tu nak buat sorang2. kena punggah semua baju then masukkan balik mana yang nak pakai dan tak nak pakai masuk beg plastik.. tunggulah tulang aku ringan sikit baru lah buat :-)

Okey, berblaik kepada topik di atas. takdelah hebat sangat pun main masak2 nya. hehe.. cuti2 hari tu buat puding roti, buat pavlova untuk cousin yang mengidam dan buat nasi goreng cina - pun nak cite ker. hehe.. ok. kita pegi satu2 gambar dulu :-D

okey, ni namanya puding roti with kastad vanila sos.. sedapnya makan panas-panas semalam, sampai nak terlecur mulut ni hah. hehe.. aku taburkan dengan resberi. al-kisah resberi ni suami aku terliur tengok food channel tu. dia kata chef tu makan manis gile. sekali beli la sekotak RM 19.90 okeh, masam kembang pipi ni!! tapi bila makan dengan puding roti ni, sedap la pulak :-)

ni semasa sedang dalam pembuatan. sebenarnya aku tak delah suka sangat puding roti sebab jarang beli roti kan. tapi sebab terbeli roti dan aisyah tak makan roti, maka, ni lah hasilnya.. 

resepi:
7-8 keping roti koyak2 
2 sudu besar butter dicairkan
susu segar 2 kotak = 500ml
1 sudu kecil cinnamon ( aku tak de, tapi aku tumbuk kulit kayu manis tu, tapi, jadiklah)
kismis sekotak
2 biji telur
1 sudu kecil esen vanila
2 sudu besar gula

cara-caranya:
campur semua bahan2 diatas dalam satu mangkuk. kacau2 sampai sebati, sampai telur tu pecah dan gula bercampur aduk lah. masukkan dalam loyang yang telah diselet dengan marjerin, bakar sampai masak lebih kurang setengah jam suhu 160 darjah atau bergantung kepada oven masing2.. 

sos kastard vanila 
1 kotak susu segar = 250ml (kalau nak lebih buat double)
1 sudu besar tepung kastard
1 sudu besar gula (rasa ikut  manis yang korang suka)
1 sudu kecil wanila esen

cara-cara : kacau semua atas darat dulu, bila dah sebati, naikkan atas dapur masak dengan api kecil sampai pekat sikit..

nasi goreng cina 

nasi goreng cina ni first time ever aku buat tau. tu pun sebab aku tengok aqil makan nasi goreng cina pengasuh aisyah buat, semangkuk dia habis makan sorang2.. huhu.. aku pun try lah buat.. hmm jadi jugalah tapi memang tak pedas lansung lah kan.. letak bawang putih dan telur, serbuk ayam sikit, carrot cincang halus, sos tiram dan garam.. ikan bilis tu request dari en suami.. ha.. rentetan dari kejayaan membuat nasi goreng cina tu, esok aku buat lagi sebab dah malas nak masak lauk. hehe.. jadiklah. penat juga bila duduk rumah kejenya masak aje.. huhu

pavlova

Ini pavlova sepupu aku mengidam nak makan. tapi untuk kesekian kalinya aku buat memang tak jadi.. meringue semua dah jadi ok dah. tapi bila part bakar dia tak nak keras seperti kebanyakkan orang buat. tu yang aku malas nak amik order kawan2 nak tu.. sebab aku buat tak jadi, tapi bila rasa, diorang suka, kata best giler o_0.. korang akan menyesal kata best sebab yang jadi punya lagi best kot. haha.. ni siap gula meleleh. last aku tutup api dia turun then tak puas hati bakar balik, naik balik tapi masih tidak keras di luarannya. ayoyoyo.. camano nih, apa masalah nya tak tahulah. untuk makan sendiri dan anak beranak boleh la. untuk jual tidak lagi.. masih perlu belajar..

ok, dah tu je nak tayang. kalau rajin, korang pun boleh cuba ye..

bye. wassalam

5 comments:

~MommyAida~ said...

Wahh resepi2 kat atas tu semua bombastic yang aida rasa cam tak mampu nak buat je..tapi tengok cm terliur..harus try jugak kan..thanks su bg resepi..hihihi

Masya said...

meriah kemain buah kat pavlova tu..

Dayu said...

eh awak..baru perasan..
birthdate kita sama eh. yeay jumpa another blog yg sama taeikh lahir

Dayu said...

tgk puding roti dah teringin
dah lah cun giler ada rasberi

tapi malas..camne?

Ietams said...

wah rajin!
clap byk2x kali..!tahniah

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails