Friday, November 30, 2012

akhirnya dapat rasa juga :-)

Assalamualaikum..

Salam hari Jumaat.. Sedang2 duk dengar radio kegemaran IKIM FM, tiba2 pulak boleh senyap je tak de siaran. selalu je macam tu IKIM ni tau. ntah nape ntah line dia selalu senyap.. hmm..

Okey2, nak jakun sikit. hee.. akhirnya diriku dapat juga merasa durian crepe yang selama ni orang duk gebang2 ni kan.. nak buat tak terasa nak buat lagi. so belilah dengan sahabat dekat tapi jauh :-) tapi sahabat dekat tapi jauh ni belanja je i. hehe. maceh u.. len kali belanja lagi ye..

So nak tahu pendapatku tentang durian crepe ni.. of course la sedap!!! boleh buat dan boleh beli. boleh dijadikan salah satu menu tambahan untuk party2. hehe.. tapi tulah bab nak melempeng tu yang jenuh tu. lama tau nak melempeng ni, tu kalau buat lempeng lah. hehe. kalau buat crepe tak tahulah lama mana prosesnya..

RM 10 untuk 4 keping bantal comel

comel kan. gebu je..
Semalam aku makan 2 ketul.. dua kali ngap je terus habis.. mahal jugak ye rm 10 untuk bantal comel ni.. dalam dia ada inti durian dan whipped cream.. sendawa pun bau durian. combination yang sedap.. recommended :-) kalau rajin, boleh buat sendiri.. banyak je resepi boleh google.. nak atau tak nak je :-)

Ok bye. wassalam

Thursday, November 29, 2012

insert cloth diapers kehitaman

Assalamualaikum...

Hari ni adik aisyah a.k.a adik angkat kening - dia suka angkat kening :-), dah habis makan antibiotik.. alhamdulillah kesihatan beransur pulih :-) yang tinggal selsema sikit lagi.. aku kan macam dejavu tau bila mengulangi keadaan di mana anak2 demam dengan aku sekali tempias. semalam batuk.. aku rasa anak2 aku ni ikut antibodi badan aku. tak de sorang ikut antibodi ayahnya, susah nak selsema. kalau ikut keturunan ku, memang hidung sokseksoksek je lah. huhu. tapi ada hikmah jugalah bila ayah antibodinya kuat, sebab orang laki ni kalau sakit sikit, bingit telinga okeh, tu belum masuk muka macam ayam berak kapur. eh terkutuk pulak :-)

ralit tengok lagu dalam tenet

dah macam budak besar :-)

gatal gusi

Sepanjang aisyah on ubat ni, aku perasan apa tau. insert cloth diapers dia jadi lebam kehitaman. aku ni duk syak cd aku dah nak reput. huhu.. sebab aku barulah juga beli lunatots punya pencuci macam klorox la tapi dia boleh apply kat cd 3 bulan sekali.. aku macam dah frust sebab hasil kumpulan cd aku ni dah nak rosak. sekali tu, terdetiklah nak google kenapa insert cd warna hitam..

"nilah insert selepas di basuh jadi macam ni" kata aqil :-) 
sekali tu, ada rupanya jawapan dia. sebab tindak balas antara ubat dan air kecing ke atas microfiber akan menjadikan insert kehitaman.. gitu.. so lega lah sikit. ni aisyah dah berenti makan ubat, harap2 tak de dah masalah itu lagi. ada lah juga beberapa cd zaman aqil dah hampir loose.. getah dah longgar. mungkin jangka hayatnya dah hampir tiba.. tapi boleh je kalau nak jahit balik.. cuma malas nak buka2 jahitan kang terus rosak.. hehe

Tak lama je lagi, lagi seminggu anak aisyah dah nak setahun!!!! begitu pantas masa berlalu.. masih terasa baru lagi aku beranakkan dia. sampaikan kalau pegi urut, aku selalu tercakap saya baru lepas beranak. baru hape dah nak setahun dah anak ko tu. hehehe.. adik, cepat2 jalan ye :-) dia kan masih takut nak berdiri sendiri. kalau kita biar dia berdiri, nanti dia bengkok lutut tak nak diri, tapi kalau berdiri lama kat tepi meja/kerusi ok je. hmm may be belum masa dia nak berjalan lagi. habit terbaru dia gigit aku. wagghh.. menjerit je la ibu ko ni bila dia nak nenen. bila tak kasi, mulalah merengek2.. suka kot tengok ibu dia jerit2 ingat kita main2. hehe. dia pun dah minat kat smartfon ni.. selalu berebut dengan aqil tapi aqil boleh mengalah.. clap2 to aqil :-) macam ni  lah abang..

Okey.. till then. bye. wassalam..

Wednesday, November 28, 2012

Great Doctor dah tamat

Assalamualaikum...

Selamat pagi semua!!! Semalam adalah last episod untuk cerita Great Doctor. kepada peminat2 cerita korea yang follow cite ni mesti tahu kan cite apa.. dah tamat dah uols.. sedihnya.. tak dapat tengok muka lembut 'Jeneral' lagi.. Semalam dah final episod kan..tapi aku tengok tv dalam keadaan huru hara.. dengan budak2 yang lalu lalang depan tv, main torch light lah apa lah.. bising tau. tak boleh nak feeling2 lelebih.. nanti nak tengok ulangan balik.. owhh sedih sedih. rasa kosong je. aku ingatkan sad ending rupanya oklah happy ending. tapi kalau ikutkan memang tak logik la cite tu ada pulak pintu kayangan suka2 hati nak masuk zaman ke berapa. tapi tak pelah, i like. hehe.


Lepas ni bila lah pulak nak tengok Lee Min Ho ni. memang ada cite dia yang tengah on dalam 393, City Hunter tapi tak follow pun.. lepas ni banyak lah cite yang aku sedang duk tengok akan tamat.. kena cari cite baru ni. haha. dah demam k pop dah aku sekarang ni. kuikuikui..


tapi kan bila di google cite/image lee min ho ni, ada time yang dia hensem ada yang macam oh busuk je.. haha.. macam ponpon pun ada. . tak de lah hensem mana. tapi dalam cite Great Doctor aku suka :-) nanti nak tengok ulang2 lah cite dia, aku ada record, hope en suami tak delete. dan aku akan cari episod 1 dia sebab aku agak ketinggalan cite ni beberapa episod :-)

Eh ok lah, asyik ulang2 lee min ho je.. boring korang yang baca.. hehe..

ok bye. wassalam..

Tuesday, November 27, 2012

berjaya booking

Assalamualaikum..

Yeay.. dah berjaya booking tiket air asia!! alhamdulillah.. ingatkan dah nak putus asa dah semalam. 3 kali try tak dapat. dah sampai payment stage dah tiba2 dia kata fail.. hampeh tul.. pagi tadi, pukul 7 lebih, orang tak masuk keje lagi kan, aku try la saje2. tak berharap pun.. pilih punya pilih date dan harga yang promo tu, tiba2 berjaya.. tapi pegi hari bekerja lah.. selasa sampai khamis.. bulan februari.. :-D

Alkisah, aku ni first time booking air asia online promo ni... tak reti pun.. kan dia boleh add on sume tu kan.. aku sume tak ad on kecuali insurance :-) luggage pun tak tambah. camana tu? hehe.. lepas dah berjaya booking ni, kena cari hotel sume kan. adalah juga try rumah peranginan kerajaan, penuh memanjang. ate, bilanya nak kosong kan.. huhu.. 

Lepas ni, kena kumpul duit sikit2, nak menuju ke bulan 2 ni, takkan lenggang kangkong makan angin betul nampaknya tu. huhu.. harap2 tak de aral melintang..  harap2 anak2 sume sihat time tu.. celebrate bday ibu kat sana. hehe.. bday la sangat. kuikuikui.. first time bawa anak2 nak flight dan second time for me naik kapal terbang :-p 

kami pegi 4 beranak je.. gamble je lah. aku kot tourist guide. haha.. kalau sesat sama2 sesat la ye. tapi orang kata kat sini tak mungkin sesat. senang jalannya. siap duit je sewa keta sume. owhh lupa nak mention. kami pegi langkawi insyaaa Allah :-)

So korang yang ada pengalaman pegi langkawi, silalah bagitahu.. aku dulu pegi zaman anak dara zaman belajar 8-9 tahun yang lepas. pergh lama gila tak pegi.. so dulu pegi memang tak beli apa lah kan melainkan coklat. now may be mata akan terpandang pinggan mangkuk. kuikuikui...  tak delah minat sangat pinggan mangkuk, kat rumah dah banyak, tapi tak pe, still have time nak plan buat apa dan google map kan. 

ok bye.. wassalam...





Monday, November 26, 2012

musim kot

Assalamualaikum..

Camana uols sume.. ok tak today? harap2 sihat belaka. me tak sihat.. selsema dan sakit tekak, sakit urat sume lah sakit2. huhu.. urat tegang nak tunduk rukuk rasa tegang sangat. huhu.. nak  urut!! ni bukan main2 tau.. help!! sape ada tukang urut best boleh bagitau la. tak nak yang spa2 tu urut manja2 ni nak urut urat :-p

Adik aisyah masih belum sihat betul.. demam lagi hari ahad tu.. on off la. selsema dan batuk tengah rancak sekarang. set ubat dah 2nd round jumpa doctor.. antibiotik dah nak masuk 2 jenis.. pegi klinik lagi sekali sebab ubat demam memang dah habis. tu yang dapat antibiotik lagi..tekak dia merah. mulut dia ada ulser tapi tak berapa teruk kot sebab dia nak lagi menyusu dan makan. cuma malam je lah, sian dia susah nak tidur, hidung tersumbat.. alhamdulillah dia aktif juga.. 

Aqil asyik sebut je kalau adik dah baik boleh pegi jusco. jusco je ingatnya.. nak gi main2, boring agaknya duduk rumah je. kalau duduk rumah asyik kena jerit je sebab bising main lompat2 :-p aqil pun batuk2 lagi.. hmm musim.. berjangkit okey.. 

air liur meleleh je.. gatal gusi kot

cak... :-) su's jr :-)
weekend lepas tak pegi mana2 kecuali pegi makan nasi arab, MIL belanja kat seremban nun.. sedap juga nanti aku review :-) pastu balik rumah MIL jap then balik kl.. sabtu hari tido2 sedunia :-) makan tido, makan tido :-) rumah pun agak tidak teratur. nak wat camana, sume nak terbaring je.. jaga anak tak sihat lah katakan. huhu..

Dari pagi tadi, nak masuk air asia 11 sen tak lepas2 tau. mula2 aku dah siap sampai stage wat payment, sekali kuar error.. mangkok tul. 2 kali aku buat. siap suruh kawan aku buatkan, pun sama sangkut tang tu.. tak lama tu aku sign up, lagi haru, terus tak boleh masuk, heavy traffic pulak.. sudah.. tak dapatlah aku nak pegi langkawi naik katebang tambang murah. huhu... (-_-) putus asa. tengoklah kalau ada rezeki ku godek lagi ;-)

bye. wassalam..

Friday, November 23, 2012

Lunch Nasi ayam

Assalamualaikum..

Tadi tengahari, kitorang makan nasi ayam buatan sendiri :-) dah muak makan kat luar, masak sendirilah nasi ayam.. kira potluck lah. bawa sorang sikit bahan2.. yang major item kita beli kat giant :-) kira simple lah menu kali ni.. selalu bawa lauk sorang sikit kan, ni tak, kita set nasi ayam, so satu menu jelah.. unfortunately, ngam2 soi maa.. tak de lebih nak kasi kat jiran sebelah.. huhu.. next time kita buat lebih lagi ye..

ayam goreng rempah by yana. seekor ayam

us with boss.. yana amik gambar. yani tengah buat air :-)
pergh dah macam lauk pengantin dah. haha. perasan..
 
fruit tart by me and choc moist by kak zawanis..


it's mine.. alhamdulillah..

salad, cucumber and tomato

Alhamdulillah kenyang.. aku seperti biasa disumbatkan dengan tapau2 segala yang ada.. bukan aku nak tau, tapi orang paksa suh bawa balik :-p so balik ni kita makan nasi ayam ye bang. hehe.. tapi ayam kena belilah. yang set ni dah habis licin :-)

Selamat berhujung minggu kawan2..

bye.. wassalam..

masak-masak lagi

Assalamualaikum..

Semalam, busy sikit. tak sempat nak update blog. Jeling2 gitu je blog sendiri dan baca blog orang lain :-) Hari ni Aisyah belum baik dari demam lagi. hari tu Isnin dia demam, pastu elok 2 hari tak panas dah badan dia, tup tup demam balik.. semalam dan hari ni.. hmm.. cian aisyah, nak pandai apa ye anak ibu ni...

Nak jugak share gambar dalam tepon ni ha.. dah ada kena tunjuk lah kan. haha. kata blogger, kang tak de modal pulak nak cite apa.. Minggu lepas, boss en suami order Red Velvet Cake dari aku. haa.. order okeh, sekarang mak dah jadi tokey kek tak bertauliah.. huhu.. nak tak nak, buatkan juga. dah orang minta buatkan, buat jelah kan, bahan pun ada je kat rumah, memang standby je bahan RV ni.. aku buat sebijik untuk his boss dan sebijik untuk rumah. dah lama tak makan. En suami kata aku perasan macamkan kek aku ni yang paling sedap, syok sendiri katanya. huhu.. memang pun, tak kiralah orang nak kata apa, tapi aku rasa resepi kek RV dari kak nani rostam ni memang sedap.. Bila makan kek RV yang lain, tak sama kesedapan macam resepi kak nani ni..

untuk bos nya.. tak pandai melepa lagi sampai kesudah :-)
untuk rumah, conteng2 aje. hehe
Last slice of RV.. tak puas makan.. 
Kek sebiji untuk rumah tu banyak juga lah sebab loyang 9 inci kan.. bagi jiran sikit a.k.a pengasuh aisyah memang suka makan kek ni.. bagi mak mertua sikit, dia pun suka jugak..  tinggal kat rumah sikit.. aku makan  sorang pun tak pe.. en suami makan juga tapi bila dah nak habis ni lah sibuk nak berebut dengan aku. huhu.. tak pe bang, nanti i buat lagi okey. tapi tak boleh buat selalu lah..tengok occasion. hehe..

latest edition dari dapur ku.. fruit tart
Ha.. fruit tart ni adalah latest edition resepi yang aku baru sangat buat. aku memang suka makan tart ni.. kalau orang buat/makan kat hotel, inilah yang aku selalu hadap.. best sangat. jadi, lepas ni kalau ada makan2 kat rumah aku ke, aku masukkan fruit tart ni sebagai salah satu menu okeh? hehehe.. senang je buat nya. shell dia lagi senang. beli je.. kalau nak buat sendiri pun boleh tapi aku tak sempat nak buat, aku beli kat kedai makan melayu. kalau beli kat kedai bahan kek pun boleh tapi tak pasti yang buatnya islam ke tidak.. kalau dah jumpa yang islam buat, beli kat dia je lah kan.. 100 RM 28 .. yang ni buat untuk makan2 kat opis hari ni.. dapatlah dalam 20 biji lebih sebab aku amik resepi kastard yang sikit.. sori, tak pandai susun atur buah..

Ok tu je nak share.. bye.. wassalam


Wednesday, November 21, 2012

manjakan diri di SPA..

Assalamualaikum..

Mood pagi2 ni adalah mengantuk sangat!!!! semalam tidur mati kot. selalu terbangun kalau aisyah nak nenen ke apa, ntah2 dia pun tak bangun tak, tak sedar lansung. dan pagi ni letih sangat. apa yang letih pun tak tahulah tapi kalau dapat bantal ni, sedapnya membuta!!! :-)

Ha.. minggu lepas kan cuti.. aku ambil kesempatan nak berspa.. dah lama tak pegi.. lama sangatlah dalam 2 tahun kot. huhu.. saje nak manja2 kan diri.. :-) upah untuk diri sendiri.. cadangnya nak pergi dengan kawan, amik yang couple set tu, sekali spa tu tak de staff nak massage serentak sebab staffnya ada yang bersalin dan cuti. tinggallah sorang staff dia.. terpaksalah pegi sorang2..

entrance..

corridor to the rooms.. cantikkan :-)

IS amikkan gambar :-)

kat sinilah bilik 'menguli" dan bersauna bagai..

tempat diuli :-)

muka puas hati lepas berspa..

kat sinilah THE BUNGA SPA. berminat? boleh call no tertera

Aku pergi The Bunga Spa kat Setiawangsa. Blogger Fillanie dan Miss Moon yang suggest best kat sini.. Mulanya takut juga lah nak pegi sorang2 kang sesat camana, sekali tu berpandukan kepada Mr Garmin, yeay, berjaya sampai ke destinasinya. Rupanya aku tahu tempat tu, cuma tak familiar nama jalan je. Bersebelahan dengan food court dulu aku selalu gak makan nasi ayam kat situ..

Appointment pukul 12, aku kuar rumah pukul 11 suku hantar aqil pegi taska dulu.. takut tak sempat sampai.. tiba2 sampai awal, dapat parking pulak tu. Yeay. bermulalah aktiviti berspa ku pada hari itu.. Interior design dalam tu memang cantik sangat. kelas!!! cantik.. 

Mula2 aku kena rendam kaki dalam 5 minit kot dalam air garam tu. pastu, sauna dalam 20 minit. yang sauna ni aku gelabah sikit. sebab before this masa aku habis pantang, aku tak tahan dengan sauna, baru 10 minit aku dah nak keluar sebab panas sangat. lepas tu aku terus pening. tapi dekat The Bunga Spa ni, sauna dia okey. aku boleh terima, tak lah panas sangat dan tak membuatkan aku pening.. 20 minit tu, habis menjejeh2 peluh dalam tu.. hilang lemak2 air aku. hehe..

Dah siap sauna, sejukkan badan jap, dia kasi minum air teh sireh.. telan aje sebab air dia tak de gula :-p kemudian bermulalah sesi berurut.. dapat pulak IS tukang urut aku badan dia memang sedap la. habis badan ku diuli2.. daripada nak tidur, terus tak jadi tidur menahan sakit yang sedap tu :-p bila teringat2 balik bab berurut ni, mulalah rasa bestnya nak pegi urut lagi. kalau boleh hari2 aku nak suruh orang urut badan aku. hehe.. Masa berurut ni makan masa sejam kot. sambil tu borak2 luahan perasaan. chewah.. haha.. 

Dah lepas urut masa untuk discrub pulak.. scrub ni membuatkan aku rasa badan aku bagai diberus. haha.. sakit jugalah scrub pakai garam tu.. aku ingat dah bercalar badan aku.. sebenarnya tak de pun.. lepas tu rasa badan macam licin dan halus gile.. tertanggal daki dan bulu2 roma kot. haha..

Aku add satu sesi mandi susu.. dalam 20 minit berendam dalam tu.. syok maa.. gaya2 puteri gitu duk berendam dalam air suam.. dah siap sume, masa untuk bilas diri... maka, settle lah sudah sesi berspa selama 2 jam setengah.. disudahi dengan minum air teh sireh lagi :-)

Ok, total cost untuk spa ni pada aku murah lah. berbaloi lah pegi sebab RM 111 jer.. tapi sebab aku add on mandi susu tu jadi RM 151.. ni harga promosi ni, masih ada lagi kot promosi dia.. cer lah tengok fb the bunga spa.. so, i recommend this spa.. cuba lah kalau korang suka badan korang dibelai2 :-)

Haish bilalah dapat pegi lagi :-) kalau banyak duit boleh tiap2 bulan aku pegi..hehe..

Ok bye.. wassalam..

Monday, November 19, 2012

dugaan anakku demam

Assalamualaikum..

Rasa lama pulak tak update blog. tu lah cuti lagi lama2, kan dah berabuk blog i ni. maceh banyak2 kepada yang sudi singgah walau pun tak de cite terkini.. Untuk makluman, selepas aqil demam, aisyah pulak demam. ni tengah demam lah ni. aku ingat nak EL hari ni, sebenarnya rasa tak best pulak nak EL sebab minggu lepas dah cuti lama kan.. tapi tiba2 tak jadi EL pulak sebab ada keje nak kena buat. masuklah opis pukul 11 lebih, mujur amik time slip..

Aisyah jangkit dengan aqil rasanya. hari ni hari ketigalah dia demam.. tidur berkepit je ngan aku nak nenen.. badan dia tu panas, dengan aku sekali berpeluh time tidur. sian dia.. makan ubat punyalah susah!!!! stress tau kasi ubat. tak nak buka mulut nangis2 tu tak pe lagi, asalkan ubat tu masuk sudah. tapi ini tak, bila dah nangis2 tu habis muntah balik. bagi 2 kali pun muntah lagi.. tensen ok. sabar jelah budak kecik ni..macamana nak baik..

pic malam tadi.. kena balut sebab panas sangat dan belum masa
makan ubat

ni pagi tadi masa beratur di klinik. ramai gile orang hari ni

abang aqil dah beransur sihat dari demam.. cuma batuk dan nak habiskan
antibiotik lagi sehari

adik aisyah semasa sihat. pandai lentok bila posing :-)

adik aisyah semasa sihat : ligat main tangga

kena bungkus sebab tengok dia gigil kesejukan..

Ha.. gitulah dugaan beranak kecil ni. memang orang kata alah anak demam je.. demam2 pun hati seorang ibu kan, sangat risau ok.. lagi2 bila ada pengalaman aqil kena sawan 2 tahun lepas.. fobia sangat.. harap2 tidak berulang lagi untuk anak2 ku.. So tadi pegi klinik, memang panjang gila lah beraturnya dah macam pasar ikan dah, pegi pukul 8 dapat jumpa doc pukul 9.45.. doc kasi ubat antibiotik sebab tekak merah, ubat demam dan ubat titis hidung selsema..

Harap2 aisyah demam tak lama.. nak pandai apa lah pulak kan.. harap pandai jalan pulak lepas ni :-p

Ok bye. wassalam...

Thursday, November 15, 2012

salam maal hijrah


Assalamualaikum. .

Salam maal hijrah diucapkan kepada semua umat Islam. Semoga  tahun baru ini akan lebih baik dari tahun sebelumnya. Aku bersiaran dari kampung suami. tidur sini semalam, jap lagi balik lah ke rumah.

Yang merisaukan hati ialah anaknda sulung demam lah pulak. dah lama dia tak demam. panas semalam cecah 39.2 degree. hari ni dah hari ketiga dia demam. habiskan ubat demam yang ada dulu then baru pegi klinik. doa yang dia amik dah banyak, so ceptlah habis ubatnya. 2 hari pertama demam tak panas sangat dalam 37.5 cam tu je. still active. malam tadi dah stat panas betul. bila kasi ubat baru turun suhu dia dan berpeluh2. ni tengah tidur dengan aisyah.

Esok pun aku cuti. wah nampaknya memang menghabiskan cuti betul sebab tak gi mana2. bila duduk rumah, lepas makan terus zzzz. . . ngantuk dia lain macam. huhu. .

Okeylah, tu je nak share. doakan aqil cepat kebah demam dia ye. aku pun hidung asyik sokseksoksek je ni. sabar je lah. dugaan. .

Bye. wassalam. .



Published with Blogger-droid v2.0.4

Monday, November 12, 2012

Isu Nursing In Public (NIP)

Assalamualaikum...

Isu ni sekarang tengah hot di kalangan ibu-ibu yang breasfeed.. aku pun tak tahu juga apada mulanya. tapi bila dah blogwalking, ooo gitu kisahnya. kalau korang nak baca dengan lebih lanjut apa kes isu ni, pergilah terjah blog empunya diri. just google je tajuk kat atas tu, sure jumpa.. malas aku nak kasi link, nanti korang sakit hati pulak bila baca. Aku baca malam tadi before nak tidur.. sampai termasuk2 dalam tidur ku okeh. huhu..

Okey, kat sini aku bukanlah nak menghentam blogger tersebut. tak pandai pun nak hentam orang tapi sekadar pendapat sajelah.. Pada aku tak salah pun nak breastfeed kat tempat terbuka ni. kenapa, salah ke selama ni? aku bila baca entri tersebut baru rasa macam "oo.. tak boleh eh, oo salah ke..." gitu.. tiba2 terflash back kembali selama 3 tahun lebih aku dah breastfeeding ni ada ke aku pernah menjelekkan mata orang awam.. hhmmm.. jelek ye?.. tak pernah terfikir pulak aku kalau nursing in public ni bermasalah.. 

Blogger tersebut beria2 tak kasi ibu2 ni bf di tempat terbuka. kalau nak bf kena cari nursing room etc.. oklah, betullah tu kena cari nursing room. selama ni pun aku bukan kisah nak cari nursing room unless kalau aku tahu kat mana tempat tu. macam kat Jusco maluri, ada satu nursing room, kira okeylah. dan aku pernah menggunakannya. kalau nursing room tu jauh, tak koser aku nak pegi. Lagi satu, kita ni sebagai ibu2 ni, muslim pulak tu, tentulah tahu batas2 bila nak menyusu depan orang ramai. aku tak pernahlah pulak nak menyusu anak di koridor masa orang lalu lalang.. uppss.. pernah2, first time selepas bersalinkan aqil, kat K4.. masa tu cetek ilmu.. pakai baju kecik pulak tu, masaklah nak menkaver perut, mujur masa tu pakai girdle.. tak delah nampak isi perut aku..

Ok, berbalik pada point kat atas.. yelah, kita ni ibu yang muslim. ada akal fikiran dan tentulah kita sendiri pun malu nak menayang breast kat orang ramai. ko ingat ada ke orang nak buat macam tu saje2 tayang free nah ambiklah kau selambak keluar dari baju. aku pun dah tentulah pilih tempat yang tersorok untuk menyusukan anak kalau kat shopping complex. dalam banyak2 komen yang aku baca kat blog tersebut, beria je si jantan2 ni menggatal kalau time ibu menyusu kat public, tiba2 dah horny ke stim bila ternampak. dah korang ni apa hal. kalau dah nampak tu, pandanglah tempat lain..  mata tu jaga sikit. tak payah beria sangat nak stim kat public okey.

Siap dikatakan suami dayus membiarkan isteri menyusu di public. Ni mesti yang mengomen ni belum pernah kawin atau belum beranak atau belum terkena batang hidung sendiri. Hasben aku kata biasa je orang menyusu di public. tak de masalah pun. kalau dah nampak, tak payahlah sibuk2 nak tengok. nampak sangat kuat seks.. haha.. suka2 aku je nak melabelkan orang. 

Boleh je nak nursing in public. dengan syarat, pakailah baju yang longgar, tudung yang labuh, beli nursing cover/poncho/selimut whatever la as a cover.., cari tempat yang tersorok. susukan anak sebelum sampai ke tempat yang dituju.. suami pun boleh tolong cover, stroller pun boleh jadi alat untuk menyorok. nak breasfeed kat restoran pun tak boleh? habis kat toilet boleh ke? ish ish ish.. cuba makan kat toilet, tengok camana lalu ke tak. nursing room kat malaysia ni memang lah terhad. kalau ada pun busuk. tu yang diorang buat flash mob tu dengan tujuan nak minta perbanyakkan nursing room di soping kompleks.

Tapi satu jelah nak puji sikit, isu ni memang membuka mata ibu2 menyusu ni supaya lebih berhati2 bila nak breasfeed kan anak. aurat kena jaga..baguslah di situ dia tegur. cuma cara tegurannya itu memang cari makian. berialah macamkan bagus sangat. mungkin belum terkena batang hidung sendiri. kepada ibu2 yang breastfeed ambillah teguran tu sebagai satu pengajaran. lepas ni jangan nak nyusukan anak tayang2 lagi tetek tu. tapi tak pernah pulak aku nampak orang tayang tetek nak susukan anak.. kalau yang memang saje tayang lurah dendam tak jadi isu pulak kan.. hmmm..

Okeylah. penat aku baca komen2 orang kat blog tu.. dapat dosa pulak nanti. huhu..

Ok bye. wassalam..




kid's happy time

Assalamualaikum..

Salam isnin. hari ni aku keje. yehaa.. seronok keje hari ni.. walaupun keluar rumah pukul 7.30 pagi yang memang bajet2 akan punch lewat, tapi sempat juga sampai ofis pukul 7.59.. wehee.. so ari ni tak lambat lah. may be encik suami yang lambat :-) jalan smooth je, cuti sekolah kan.. sampai ofis, aku orang pertama. gelap je. takut.. cepat2 buka semua lampu dan radio kuat2 :-)

Aktiviti hari sabtu adalah duduk di rumah. memandangkan en suami balik dari langkawi agak lambat, dah petang baru sampai rumah, jadi duduklah kami anak beranak 3 orang.. ditemani oleh cik halimunan a.k.a adik aku yang membuta sebab kena keje malam..

Penat juga melayan anak sorang2 ni.. especially cik adik kenit tu. memang kena extra tengok sikit budak kecik tu. diam2 dia main tangga, diam2 dia kunyah ntah apa2, diam2 dia panjat sana sini.. tensen mak. so ibu dia ni kejenya kena 'tangkap' je dia.. seronok menyakat aisyah. bila time dia pegang barang dan kita nak amik dari dia, punyalah dia tak kasi, mengerang2 dia marah. hehehe.. dah pandai marah ye..

Aqil pun okey je layan adik dia. kadang tu kasar juga. suka tutup mulut adik dia.hmm may be dia ingat adik dia ni raksasa dalam powerrangers atau ultramen kot. huhu.. aqil pun pandai buat adik dia ketawa :-) sweet je tengok dua orang ni main2..

Semalam, bawa aqil pegi Jusco. dah sibuk nak pegi jusco kan. lagi satu dah janji kan. asyik sebut je. nak naik motor laju lah apa lah.  bila dah pegi, baru senyap. dapatlah gambar power rangers satu hasil dari main game kat sana. saje layan anak2..  bila balik, dalam kereta semua tidur kroh kroh kroh... :-)

diam2 main celah kerusi..

main topi ayah belikan untuk atuk
aummm cakk...

gurau2 adik abang :-)


ready nak pegi jusco. kejap je headband tu, terus kena tarik.

tunggu abang tengah main..

aisyah suka tengok orang macam ni :-)

aqil seronok main game..

Pastu malam tadi, before tidur pun diorang main gurau2.. seronok dan rasa lapang dada tengok anak2 ceria.. semoga dikurniakan kesihatan yang baik untuk anak2 ku.. macam aqil, dia kena layan baik2, kena cakap baik2 baru dia tak meragam. kena sabar lebih lah aqil ni. kuat merengek.. nakkena ikut cakap dia je. kalau tak boleh ikut cakap dia, kena physco balik dia. baru dia tak meneruskan tantrumnya tu. huhu... 

Okey, selamat bekerja uols. dan selamat bercuti juga kawan2.. bye. 

wassalam

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails