Wednesday, October 31, 2012

korean drama yang saya tengok

Assalamualaikum...

Selamat pagi semua. hari ni Rabu ye. end of Oktober sudah.. esok dah bulan 11. pejam celik pejam celik kejap sangat masa berlalu.. dah nak akhir tahun dah..

Semalam, aku tidur lewat juga. bukan apa, tak ngantuk dan tak boleh tidur. sebelum tidur. layan cerita korea dulu.. aku lambat sikit nak demam K pop ni :-) maklumlah baru tukar astro beyond. boleh record lagi.. jadi, sekarang ni kalau aku tengok cite pun aku tengok cite korea je lah, 393. hehe.. cite melayu ke omputih ke tak tengok pun sebabnya tak de masa nak tengok tv. nak tengok tv pun time makan je. serius masa sangat terhad bila time malam.

Bila dah layan cerita korea ni, apa pun tak jadi.. sebabnya, masa aku tengok, anak2 aku mesti lah tak tidur lagi kan. bila tak tidur, aku nak buat apa pun tak boleh. nak lipat kain, kang habis si kenit tu punggah balik. baik aku tengok tv. nak sapu2, berhabuk pulak kena kat hidung masing2.. tak pelah, layan tv sudah.. hehe

dan cerita yang aku sedang layan setiap hari isnin dan selasa ialah THE GREAT DOCTOR.. cadangan kawan2 dari FB la ni :-) yeah.. aku tengok pun dah tengah2, mulanya macam tak feel, sekarang sangat feel.. tu yang tak boleh tidur malam tu. haha.. siap gogle sinopsis apa sume, tapi tak jumpa pulak keseluruhan cerita dia camana.. dan pelakon lelaki dia dah tahu dah nama dia sapa, LEE MIN HO.. hensem betullah.. hehe. baru 25 tahun rupanya.. tapi cite ni 2 kali seminggu je. lambatlah nak habis..tak sabar nak tengok..

hidung dah lah mancung.
hero dan heroin :-)
Dan cerita lain yang best juga sebab heroin dia cun dan sweet ialah MY DAUGHER, MY FLOWER.. KOT NIM yang sweet.. cerita ni lah yang selalu direkod. tengok time makan malam.. tapi hero dia sepet sangat, boleh la  hensem juga. pandai berlakon nangis.. cite ni hasben aku pun layan juga. dia lah over tau.. aku tengok dulu tak boleh, kena tengok sama2, tapi kalau dia tengok dulu tak pe. kecoh je. huhu..

sweet...

Lagi cerita yang baru nak layan dan baru je start 1 episod ialah ROOFTOP PRINCE. cite ni kelakar juga. kesian pun ye.. hehe.. syoklah melayan cerita korea ni. tapi cite ni orang kata dah main dulu.. jadi aku pun godek2 la info berkaitan cerita ni.. macam best je. tapi, seminggu sekali jugak. huhu.. lama lagi nak habis lah.. hehe..


Ha tu jelah cite yang aku layan boleh dikatakan setiap hari. hehe.. baru ada feel nak tengok tv :-) ok. tu je nak share. korang tengok cite apa??

ok bye wassalam..

Tuesday, October 30, 2012

end of our holiday

Assalamualaikum..

I'm back :-) selamat dah bekerja hari ini. semalam cuti lagi.. alhamdulillah tidak menempuh jammed seperti rakan2 lain yang balik pada hari Ahad.. memang kitorang amik cuti sebab taska aqil tutup dan kalau tak tutup pun tetap amik cuti kot. huhu..

on the way back to kl.. aqil moody kejap..
Dan anak2 ibu pun hari ni dah menjalani rutin biasa.. sayang mereka berdua. dah 5 hari berkepit dengan ibu je kan. rindu la dengan adik kecik.. alhamdulillah dia behave sangat. ceria je.. kesihatan pun dah semakin baik.. risau dengan selsema dan batuk dia. lately macam dah tak de leleh2 dah kecuali kalau menangis.. aqil pun alhamdulillah.. ceria je. tapi risau gak sebenarnya sebab banyak makan gula2 masa kat kluang.. takut dia demam..

happy time aisyah dengan atok..

happy time captain aqil..
Ok.. next cuti adalah pada deepavali dan awal muharam.. hmm.. nak gi mana ek. adakah nak amik cuti tersepit atau tak payah cuti? nak cuti2 pun pakai RM gak.. huhu.. ok babai.. wassalam..

Friday, October 26, 2012

Aidiladha 1433H.. full of activities

Assalamualaikum...

Salam aidiladha semua.. kali ni beraya di kluang. dan raya pertama full of activities. famili ku tak de yang kurban tahun ni.. aktiviti raya pertama berjalan dari pagi sampai malam ke rumah nenek dan saudara mara.. makan je kejenya.. i like....

Mama masak kuah lodeh, sambal kacang dan rendang makan dengan nasi himpit dan lemang.. MIL tapaukan lemang dan rendang utkku di johor.. pastu, jiran belakang ajak makan nasi carrot. done. pegi rumah nenek pulak, nenek masak laksa johor.
aisyah repeat baju kurung
kena kepit dengan 'gadis ayu'
di rumah nenek
laksa johor..

lepas jumaat, nenek panggil makan tengahari pulak. tu pun dah lewat pegi dalam pukul 3 macam tu.  lepas asar, pegi rumah biras aqiqah anaknya.. sedapnya dapat makan sup tulang.. kolestrol please jgn naik sgt.. :-)
sedapnya makan sup tulang gear box ni :-)
dah petang before magrib, balik rumah mama.. lepas isyak, pegi rumah maklang pulak. makan roti canai.. balik kul 10. budak2 pun ada yang dah pengsan. tengah makan roti canai pun boleh tertidur. sabo je la..

esok, tak tahu lagi aktiviti apa.. cuma malam je la celebrate bday aiman.. aqil la paling seronok, main je sampai suara pun dah naik serak. aisyah pulak duk menempel je dgn aku. tak nak dokong dgn org lain.. sabo je lah.ponat mak encik ni :-P

active boys
okla. nanti kita update lagi ye.. babai. wassalam..

Published with Blogger-droid v2.0.6

Wednesday, October 24, 2012

random update. jom baca :-)

Assalamualaikum...

Semalam dan hari ni aku kursus.. dekat area kl jugak.. tu yang senyap sepi blog. ni sementara tunggu 'cikgu' datang, update la belog kejap.. dan maybe hari ni boleh balik awal kot.. esok ramai yang amik cuti termasuklah aku.

eh lupa nak stori. pic di atas adalah keadaan anak2 ku pada setiap pagi.. paling senang bangun mestilah aisyah. dan paling hokhekhokhek tentulah aqil.. tunggu ibu dan ayah siap2 dulu, baru settlekan korang :-)

Dan hari ni. aku kembali achuumm.. sape jangkit sape pun tak tahulah.. gilir2 aku dgn aisyah. makin byk supplement makan, makin menjadi plak selsema aku ni. banyak dosa agaknya..

ok. aisyah kan dah pandai babai. dah pandai salam.. tepuk tangan pun dah reti..dia suka kecikkan mata dia samada masa nak ketawa or bila kena marah.. comel je.. geram rasa nak gigit2 je dia :-P

Aqil pulak lately suka tengok power rangers pulak. siap berjoget2 depan laptop.. mengaji dah kenal huruf iqra'  1dah lepas. iqra' 2 je masih konfius.. baru mula.. huruf dah bersambung.. tensen aku ngajarnya..tak boleh alih page lain kalau gagap2 tak kenal huruf sambung.. dah tak suka pakai spender.. kalau aku letak dlm beg, tak lama tu, merata2 aku tengok spender dia.. dulu kemain lagi suka.. ntah apa pesen pun tak tahulah..

okeyla.. kepada semua umat Islam, Selamat Hari Raya Qurban. tak pernah kurban lagi. insylh kalau ada rezeki tahun depan la nak kurban.. hati2 di jalan raya..

wassalam.

Published with Blogger-droid v2.0.6

Monday, October 22, 2012

Salam isnin

Assalamualaikum..

Salam hari isnin uols.. sihat ke semua.. me and family alhamdulillah sihat walafiat. hari ni last day lah me kat ofis.. esok lusa ada kursus dan terus cuti raya haji.. aqil pulak tak sabar2 nak balik rumah tok ma.. asyik duk ulang itu je..

Dan hari ni adalah pay day.. yehaa.. alhamdulillah.. tapi tu lah, bulan ni dah kena put aside duit kereta.. huhu.. abis lah bahagian nak joli2. tak de dah duit lebih.. semua duit ngam2 je.. tak pelah,ada rezeki adalah kan. kalau tak, pakai je lah apa yang ada.. 

weken lepas, kami pegi kenduri ex-ofismate di shah alam.. siap2 aku prepare map dan tidak melupakan Garmin ku yang dah lama diperap.  terlupa ada je garmin dalam hp nokia yang lama. so telefon tulah yang akan dibuat sebagai petunjuk jalan kalau tak kenal jalan.. kalau tak, sesat barat, buat kena marah je kan. huhu.. dan kami selamat sampai ke destinasi dengan jayanya.. tq en garmin :-)

Lepas makan kenduri, saje je lah jalan2 pegi rumah kak long. dah alang2 sampai shah alam, takkan nak balik teruskan, duit nak jalan2 pegi soping mall macam tak de jek. haha.... cadangan diterima.. yehaa.. boleh pegi rumah kak long pulak.. aqil lah suka sangat dapat jumpa cousin dia. asyik sebut je SERONOK KAN PEGI RUMAH ABANG AIMAN.. huhu.. sian aqil.. tak de kawan agaknya.. pastu pukul 6, gerak balik.. shah alam masa siang tu, banyak kereta juga. al maklumlah orang tengok bola kat stadium kan. anyway, tahniah untuk warga kelate mene bola ye dop :-)

Ok, dah pukul 6 tu gerak balik ampang. hujan lebat sangat.. malam tu, kitorang tapau bege mcd je.. dan malam tu juga, terasa mengantok sangat then aku pun pun tidur awal.. punyalah beria aku record cite korea, belum sempat nak tengok betul2 lagi. en hasben pulak yang beria tengok weih. hehe.. asal tengok je mata berat je. apa nak jadilah aku ni..

Ahad pulak, balik kampung lenggeng.. tapi sebelum tu pegi makan kat ayam kg hassan dulu.. kira breakfast dan lunch sekali la. nanti sampai rumah mertua tak delah nampak macam kebuluq sangat kan. haha.. cover2 la skit kan.. pastu petang2 tu hujan lebat sangat.. syok maa tido.. sejuk je.. semua orang dalam rumah MIL tu tido.. tak delah rasa bersalah sangat.. kuikuikui.. lepas isyak baru balik ampang.. dah tapaukan bubur mc d aqil. padahal sebelum balik tu dah melantak nasi dengan ikan goreng, sibuk pulak minta bubur mcd. dengan aku sekali lapar. balik goreng nugget saje.. sampaikan en suami kata apasal makan je ni, ngandung ke hape.. eh, dah ujan, lapar je lah..

dan pagi ni walau pun dah makan kuew teow goreng, sekarang dah rasa lapar balik.. ko ni dah kenapa.. huhu.. serius lapa, rasa gigil pulak.. ok bye. selamat menyambut aidil adha..

wassalam...

Friday, October 19, 2012

pap smear : takut tak?

Assalamualaikum..

Pagi tadi walau pun tak de appointment kat LPPKN, tapi aku pegi jugalah. sepatutnya next week hari Selasa kena pegi, tapi sebab ada kursus, pegilah hari ni. tengok jadual dia, hari Jumaat boleh buat pap smear.. Sebenarnya agak takut nak buat pap smear. takut sebab sakit dan juga takut sebab kena seluk.. semualah takut.. huhu.. masa zaman aqil dulu, aku diberi date untuk buat pap smear. bila dah lepas beranak kan aisyah, nurse tu tak bagi date pulak, dia just cakap, nanti boleh buat pap smear. macam tu je lah, so macam tak de paksaan kan. 

Now, bila aisyah dah 10 bulan, nape diorang tak suruh2 buat lagi ek... so, aku pegilah juga menyerah diri.. Untuk kebaikan diri sendiri juga kan. nak tak nak, kenalah buat. nak tengok kot2 pangkal rahim ada problem ke apa kan. takut juga kan.. so dari pagi berdebar2.. bila dah siap consultation, amik pil perancang lagi, tibalah masa untuk di periksa..

Kali ni aku cuba untuk bertenang.. dan alhamdulillah jadi.. tak sakit pun.. tak de darah pun.. yang masa aqil dulu, mungkin aku mengeraskan diri, jadi sakit sikit dan berdarah juga. huhu. tak pun, nurse kali ni memang lembut dia cek.. Oklah tu, tahun depan boleh la buat lagi. hiks...

Pasal pil perancang pulak. aku ni kononnya nak stop dulu pil ni. sekali akak nurse tu kata, buat apa nak stop. sebab awak breastfeed tu yang tak period. aku nak stoplah sebab aku tak peod lagi kan. sekali tu, dah dia consult aku macam tu, terus tak jadi stop.. hmm.. kalau dia nak period, ada je datangnya. kalau tak period bebulan2 camana.. kang pregnant pulak.. aku ni tak de lah takut nak pregnant pun, tapi kalau boleh nak merancang, merancanglah. kalau Allah nak kasi, ko makan ubat apa pun mengandung jugak.. betul tak.. nak pakai perancang yang lain, kena pulak sesuaikan diri dengan alat baru.. nak planning sendiri, eh tak reti pulak aku. hehe.. nak makan pil lain, nanti kering susu.. jadi, teruskan je lah dengan apa yang ada ni. jangan lupa makan sudah..

Oky, tu je nak share.. korang yang masih takut2 nak buat pap smear tu, pegi  jelah. ingat dalam otak, TAK SAKIT!! fikir positif.. insya-Allah tak sakit.. owh, kalau buat kat LPPKN, RM 20. kalau buat kat klinik kesihatan, free aje :-)

ok bye.. wassalam..

Thursday, October 18, 2012

rindu...

Assalamualaikum..

Rindu sama ini budak.. buka pendrive nak cari gambar, sekali terjumpa gambar aqil masa baby.. comel.. anak kan.. masing2 ada tempat di hati ibu. Moga jadi anak soleh dan solehah ye sayang ibu :-) hope pendrive 4GB ni takkan rosak sampai bila2. sebab, memang penuh gambar aqil dari baby... kenangan tu.. gambar aisyah pulak banyak aku simpan dalam SII ni.. pas tu save dalam pc ofis. kalau hilang ke, rosak ke, sayangnya. pic aisyah tak pernah cuci lagi ..

tak ingat lah berapa bulan ni..
comelnya dia senyum..
masam je.. bulat aqil dulu.. sekarang je kurus melidi..
aqil mata bulat. aisyah tak berapa bulat :-)

 ok bye.. wassalam..



Wednesday, October 17, 2012

WW : aisyah humairah

Assalamualaikum!!!!

Hallu... tak tahu nak cite apa.. belek2 gambar terjumpa gambar budak comel ni. hehe.. dia kan lama betul selsema dan batuknya.. tapi ni macam dah beransur kurang.. aku pun dah beransur kurang batuk.. now tengah kunyah2.. lapar pulak di petang hari. lately memang hujan petangkan.. hmm.. kain di luar rumah, mungkin terkena tempias. cd plak tu.. hmm.. tak pelah, nak buat camana. malam tido sedap je. sejuk... :-)

ni 2 hari lepas. bangun pagi tak ceria.. melalak..

umpan tengok video kegemaran.. suka sangat dia tengok happy muffin ni.. goyang2 badan, kepala dan tangan :-)

eh, nampak peyut caye lah.. :-)

pakai baju abang aqil. macam boboi dah :-)

dah boleh duduk dalam baby chair. senang ibu nak makan. suap mulut dia terus tepuk2 meja kegembiraan :-)
Ha.. tu jelah cerita hari ni.. babai.. wassalam...

Tuesday, October 16, 2012

celebrate

Assalamualaikum..

Semalam, celebrate birthday hasben di secret recepi.. Gitu jelah agenda kami yang dah meningkat dewasa  ni. tak de lah nak party2 bagai. hehe.. so, secret recepi di Pandan Indah adalah terdekat. ingatkan nak gi tesco dalam tu pun ada SR juga.. tapi sebab macam dah penat, pegi dekat2 je.. Lepas azan magrib, sebelum pukul 8 dah ada kat SR tu. hehe. tak de orang pun kat situ.. Aqil sibuk nak makan kek. asyik ulang2 yang itu je. tak sebut kek, dia tukar roti canai pulak. huhu..

SR tu apa je lah yang sedap.. tapi aku dah tahu dah nak makan apa. mestilah amik Thai Style Fried Rice dengan Air Juice Apple kasturi.. masam gile.. nasi goreng dia tu dulu aku rasa sedap sangat, tapi sekarang ni dah jumpa yang lagi better, maka kalahlah semua food kat sini.. yang sedap kek je lah kot. tapi semalam, makan habis juga lah. Birthday boy amik grilled chicken with black pepper dan ice lemon tea. side dish of course la mesti ada kek. kali ni amik creme brullee cheese cake. sedap ;-) aqil pulak, pantang tengok asikrim yang ada m&m tu, bising minta yang itu. dah la mahal, pastu ko kutip m&m je.. huhu.. total semalam adalah RM 64.++. tax dia aje dah RM8.. hai, tax pun dah boleh buat belanja sekali makan kat opis tau. eh, bukan nak ngungkit belanja semalam tau. hehe. tak pelah, sekali sekala kan. kalau berkali berkala tu, mesti makan kek aje :-)

our food

kami sekeluarga.. baju keje pun tak sempat salin. hehe

dah habis dah cite.. tahun depan pulak bulan feb tau giliran i ;-p tapi sebelum bulan 2 tu, ada bulan disember dan bulan januari yang perlu celebrate. hehe.. tentulah untuk anak2 ibu especially adik dah nak setahun :-)

Alhamdulillah..

Sekian, wassalam..

Monday, October 15, 2012

ladies day out

Assalamualaikum..

Ha.. tu lah keje kami 3 beradik weken lepas.. orang lain yang nak kawin, orang lain terkena tempiasnya.. orang lain tu tak lain tak bukan of course la adik pompuan aku kan.. ni kira last wedding untuk adik badik pompuan la. yang 2 orang lagi lelaki belum kawin, kita wat sambut menantu je lah. hehehe..

Hari sabtu, kak long dan ida datang rumah. ni misi merayap orang pompuan. orang laki tak boleh ikut. hehe.. tak koser gamaknya diorang nak ikut melayan pompuan2 ni.. mujurlah tak ikut, kalau ikut, tak jumpa kain agaknya. kitorang gerak pukul 230 macam tu. hari sabtu tu hujan kan.. tak pelah, dah orang datang dari jauh, hujan tak hujan, redah aje.. aku terpaksa angkut aisyah.. kang kalau tak hangkut, memang kena balik awal la budak tu nak nenen.. tinggal aqil engan ayahnya dan ayah long. aku cakap ibu pegi work. dia ada abang aiman dan affan ok je.. tapi sebelum pegi kena salam2 cium ibu dulu.. huhu..

Misinya adalah mencari kain untuk family.. dari maju junction ke ampang park pastu patah balik ke jakel di jalan tar. driver adalah aku. mentang2 lah aku keje kl kan, konon pro sikitlah jalannya. hehe. padahal tak delah pro mana sebab aku pegi keje en hasben yang bawa  kete. tapi oklah, boleh la dapat bayangan sikit jalan2 kl ni.. patutnya weken tak jem, tapi sebab certain jalan tutup ada NIKE RUN, banyaklah juga kereta.. tapi still moving la tak de la stuck setengah jam ke hape kan.. 

Aisyah pun sangat behave. cuma dah last nak balik tu, tak tahan ngantuk kot, padahal dah nenen kat surau Jakel, melalak dalam kereta.. terpaksa drive sambil nenen kan dia. mujur kejap je dah nak sampai rumah.. tu pun dah puas agah2 dia.. ida belanja kfc untuk dinner malam tu..sampai rumah pukul 8 malam.. balik tu siapla punggah kain dan buat posr mortem. hehe. hasilnya, dapatlah apa yang dicari.. next outing mungkin cari tudung pulak..

kat tempat parking.. sempat lagi. kekal topi tu di kepala aisyah.. dia tak tarik pun :-)
ni dah petang, kat jakel. topi dah tercabut
diorang tengah pilih kain, kita posing dulu la ye nak :-)
konon candid.. hehe
muka penat cari kain..
dah2... balik!!!
Ha.. tu je lah cite ku di hujung minggu.. hari ahad, lepas diorang balik ke rumah masing2, aku lepak2 kat rumah je. masak pun tak. hehe.. tapau je, sebab barang dapur banyak dah habis. sementara aku membuta sambil tidurkan aisyah, en suami dah tolong kemas rumah dengan aqil. yeay.. cam tu la suami yang baik.. eh.. hehehe...

Ok tu je nak share aktiviti weken ku.. wassalam..









happy birthday to my dear husband

Bismillahirrahmanirrahim...

Assalamualaikum...

First of all, i wanna wish a HAPPY BIRTHDAY TO MY DEAR HUSBAND!!!! you are 30 now.. alhamdulillah dipanjatkan usia sehingga 30 tahun ini. moga hidup abang diberkati, dipanjangkan umur, diberi kesihatan tubuh badan yang baik, ditingkatkan keimanan dan kesabaran.. Aqil awal2 lagi dah nyanyikan lagu happy birthday untuk ayahnya. pandai aqil nyanyi :-) 



semoga ceria selalu, jadi bapa dan suami yang penyayang, menten kurus dan hensem
dah 30 ni cool2 la skit ye :-)

Okey, just a short wish. hadiah coming soon :-) insya-Allah... malam ni abang belanja makan kat secret recepi aqil nak makan kek. kuikuikui... i love you darling.. :-)

ok bye. wassalam..

Thursday, October 11, 2012

konfius

Assalamualaikum

Uols.... hari ni kan sogo ada warehouse sale di tingkat 7!!! apa yang nak dikejar adalah satu je iaitu pampers Pet Pet RM 29.90. tu jelah target utama. nak beli sebungkus je, may be tahan 2 bulan memandangkan aisyah pakai CD lagi. dan semalam, genap2 pampers wee wee dry dia habis. jom ke sogo. tujuan satu tapi tak tahulah sangkut apa lagi nanti :-p

Ok, tadi baru balik klinik. masalah yang sama berulang kembali.. huhu.. risau pulak.. tu yang pegi klinik, terbang rm 50.. dapat ubat yang sama gak. berak berdarah uols.. huhu.. nak kata kurang air, rasa dah banyak dah air minum, kena double up lagi liter air ni. plus makan prun/papaya.. dapat senokot dan deflon..

lepas tu, masalah kewanitaan juga.. aisyah kan dah 10 bulan umurnya. aku pun belum peod lagi.. semalam, ada lepas kencing nak asar, ada la setitis darah.. punyalah gembira seperti anak remaja yang baru peod. kuikuikui.. sekali tu, setitis aje uols.. sampai ke sudah tak de kuar2 dah. konfius mak. tu darah peod ke darah buasir tu. padahal tak berak pun semalam.. aku ni bila dah malam, konfius siap tengok siling lagi ada cicak mati ke lalu darah dia jatuh.. huhu. cepat2 suh hubby belikan pad, siap nak yang 20 keping lagi.. balik2 dia belikan overnight yang tebal panjang tu. sekali non hado sampai ke sudah.. huhu..

Nak dijadikan cerita, doc kata tadi, pregnant tak.. terus beli UPT, 1 line je uols. mujur. bukan apa, perut buncit pun dah semacam je ni. risau juga kan. ada isi lagikah.. hmm.. may be sebab tak peod tu yang dinding rahim tebal dan perut buncit. ceh, pandai2 je wat assumption sendiri. aku ingat nak stop makan noriday, nak suh peod kuar dulu. baru sambung balik makan.. aku pun tak tahu hormon mana yang menggangu either sebab aku breastfeed or sebab aku makan pil perancang.. tapi masa aqil dulu, aku selalu lupa makan pil. nurse terus suruh stop kejap sampai peod balik. dah datang peod baru boleh amik. tu yang masa aqil dulu aku rasa dalam 8 bulan dah datang kawan tu..

tu je lah masalah konfius ku.. ok standby nak gi beli pampers :-)

babai. wassalam..

Wednesday, October 10, 2012

masak apa petang ni..

Assalamualaikum..

Tengok tajuk pun dah tahu kan cite apa. hehe.. tu la soalan sang wanita setiap kali lepas balik keje.. rasanya balik ni macam nak masak. semalam, masak nasi dan goreng telur plus perangat sup daging tak habis. masak nasi satu pot, tak tahula semalam macam kebuluq semacam je aku ni, pagi dan tengahari tak makan nasi, makan mee je, tu yang malam rasa tak cukup je nasi.. huhu. so dapatlah kami makan sebelum magrib.. 

dan semalam juga, aku telah membeli sepuluh hengget sayur pelbagai jenis di pasar tani.. tulah bahananya kalau pegi pasar. sepuluh hengget just macam tu je.. konon nak masak semalam, sekali tu nak cepat, tak delah sayur. jadi hari ni menu utama mestilah ada sayur. aku beli brokoli, cendawan, sayur sawi kecik tu, carrot, kubis. haa.. banyaknya.. tak pe kita settlekan yang berdaun hijau dan cepat rosak dulu ye.. tapi lauk basah tak de, jadi balik ni harus singgah kedai beli ikan dan kawan2nya..

Minggu lepas, aku teringin sangat nak makan ayam goreng halia masakan mak aku.. macam teringat2 la kesedapannya walau pun simple.. aku makan masa dalam pantang.. balik2 je terus siap bahan2 untuk perap ayam tanpa memberitahu en suami apakah menu malam tu. hehe.. ni namanya makan ikut sedap tekak sendiri.. yelah, kita kan kena mendahului en suami kan kalau nak masak apa2.. jangan ikut sedap tekak jer. tapi kalau asyik menu dia je, kita tak dapat lah makan ikut tekak kita tak.. huhu. tak pelah, berkorban apa saja...

ayam goreng halia : bawang merah, bawang putih, halia, garam, kunyit.. goreng api kecik masak lembap2 gitu.. 
sayur sawi putih masak air je..

Jadi selamat berfikirlah ye nak masak apa.. en suami ku kalau boleh nak makan cepat.. jadi, masak hari bekerja adalah simple saje.. ada nasi, lauk utama dan sayur, cukup.. kena masak la, sian aqil. memang la budak tu tak susah nak makan, tapi dia tu kadang ngada2 minta nasi la pukul 10. mana nak cari.. jadi, biar kita masak dan dia dapat makan.. dah lah kurus je.. 

ok babai.. wassalam..

buah hati pertama

Assalamualaikum..

Selamat pagi semua. hari ni kami ada meeting.. ntah lah ye, mood kerja dah kelaut sebenarnya. may be sebab dah hujung tahun - hujung pun tak hujung sangat la.. tak sabar nak cuti raya haji.. bosan la sebenarnya.. batuk2 dan selsema ku belum baik lagi. hidung tersumbat dah kurang, now bermula lah aktiviti memekak iaitu batuk :-) tak pe tak pe, ujian dari Allah.. penyakit itu menghapus dosa..

Nak cite pasal aqil sikit.. Aqil sekarangkan dah big boy, 3 tahun 9 bulan :-) tengok kartun je kejenya.. nak makan bawa pinggan depan laptop. kalau tak, rela tak makan. nak baca iqra' pun sama, mata ralit tengok laptop or tv je.. sebelum tidur pun sama jugak.. kalau dilarang, mulalah buat drama air mata sabo je lah. suka main air dalam bilik air. penuh mainan dalam bilik air..

main dalam besen dia. now dah jadi besen adik la :-)
kadang sikap dia sekarang ni, memang menguji kesabaran betul.. nak dimarah/dipukul, masih belum cukup umur lagi. kadang tu kena juga lah dengan ayahnya. aku tak sampai hati lah nak pukul dengan benda kecuali aku cubit or pukul dengan tangan je :-p. suara naik je. kalau ibu yang buat, dia tak takut lagi, cuba kalau ayah dia yang start marah, barulah dia betul2 nangis..

kesayangan ibu
Banyak tanya, banyak cakap.. kadang kita nak bercakap pun terganggu sebab dia asyik bunyi je. hehe. dah pandai pilih baju, nak pakai baju spiderman aje. aku beli baju ben 10 dua helai tu, tak de dia minat pulak nak pakai. asyik minta baju spiderman je yang selai tu, kalau aku tak kasi pakai, aku katalah ibu basuh.. hehe. kang pakai selalu buruklah baju tu..

Kalau main dengan adik, kasar.. dia main tolak2 walker adik dia. mula-mula mengekek ketawa si Aisyah sebab kena tolak dengan abang dia. last2, kuat sangat tolak walker tu, langgar dinding, mulalah nak merengek. habis hitam jari kaki adik. nampak naw ibu jarang mop ;-p 

abang dan adik. moga kasih sayang berpanjangan.. dah besar jangan gaduh2 ye
Aqil minat main bola. suka sepak2. apa2 je lah atas lantai tu akan disepak. tu yang aku bising tu. main bola, terlekat celah aircond. main bola, masuk dalam kuali kat dapur aku tengah masak.. bengang tak.. manalah tak riuh suara ibu marah.. nak suruh duduk diam2, macam budak tak normal la pulak kan. 

hasil kreatif aqil :-)
Ingatkan umur dia 4 tahun nak hantar tadika, tapi bila fikir2 balik, lamanya dia duduk tadika, takkan sampai 3 tahun kot.. aku pun dah survey 1 tadika betul2 depan taska dia sekarang, tapi dia kata tak amik budak umur 4 tahun, kalau amik pun, silibus dia sama nanti dengan budak umur 5 tahun.. so, tak jadilah aqil masuk sekolah. tu pun nangis2 kata tak nak sekolah situ.. hmm camana ni, belum apa2 lagi dah nangis. huhu.. tunggu 5 tahunlah baru gi tadika ye aqil. plan ibu, 5 tahun hantar tadika depan taska sekarang, umur 6 tahun hantar tadika yang ada belajar agama pulak. tapi Genius Aulad/ CIC/ tak de area rumahku. yang aku perasan semalam tadika PASTI. ye, agak2nya kesitu je lah kita ye.. :-)

Tapi aqil, whatever it is, aqil tetap ibu sayang. semoga aqil tetap ceria dan bising2 selalu :-) ibu dan ayahlah yang kena banyak sabar kan dengan karenah anak2 ni.. anak2 ni rezeki dan juga ujian buat kita semua.. 

Wassalam..

p/s: uols, jangan lupa hari ni Rabu dalam pukul 10 pagi lebih ada Prof Dr. Muhaya di radio IKIM 91.5.. grab the positive aura there.. tapi aku meeting plak.. 



LinkWithin

Related Posts with Thumbnails