Friday, September 28, 2012

skincare baru

Assalamualaikum..

Aku dah sampai opis. kursus dah habis pukul 11 tadi. ingatkan nak balik rumah terus, sekali tu bos suruh masuk meeting petang ni o_O.. terpaksalah mak masuk opis balik.. kursus bersama Dr. Irfan Khairi tadi sangat best!! kalau korang yang berminat nak buat bisnes, memang eloklah rujuk kat dia or panggil dia buat talk..

Ok, back to the title.. ye, aku beli skincare baru. peluk ketat2.. hehe.. Everlynn.. FYI, aku dah lama tak cuci muka tau. nape ntah, malas ke apa. pastu, kalau aku beli pencuci muka, lama baru nak habis.. ni aku baru start balik nak berjinak2 dengan skin care la ni. tapi aku malas nak pakai olay dah. dah terlalu lama aku pakai olay since belajar lagi.. cam tu gak rupanya. al maklumlah, dah kertu.. hehe.. Tapi, yang aku tak tinggal adalah day cream dia, total effect tu. before pegi keje, mesti pakai. kalau tak, rasa macam bedak tak lekat. 

Now, dah beralih arah. saje je gatal tangan macam horang kaya plak ko sume nak beli.. ni aku beli trial pack je. dapat 4 barang, cleanser, toner, day and night cream.. kalau ikutkan kira satu2 barang dia murah jugaklah. berasaskan buah-buahan..  kulit ku ni tak de masalah pun, tapi dah masuk 3 series ni, beauty concius skit la. hehe.. harap2 dengan pakai everlynn ni, dapat mendatangkan ketenangan jiwa padaku setiap kali tengok cermin :-D harap2 rajinlah pakai benda alah ni.. 


ok. bye. wassalam..

bajet 2012

Assalamualaikum. .


Salam jumaat frens. me masih berkursus lagi. yang bestnya ( tak tahula best ke tak) hari ni ceramah dari Dr. Irfan Khairi!!!! tak kenal ke sape? Jutawan Internet ok. hope hari ni dia dapat kasi tips jutawang :-P nanti ku kongsi dalam blog ni kalau rajin.


owh ada lagi special. hari ni PM akan bentang bajet pukul 4 nanti. siap2 earphone/ radio semua. kalau dulu, ada ko nak dengar? non hado. sejak dah jadi penjawat awam ni, kenalah juga dengar kan. tadi terbaca kat paper berita harian, KSN kata ada berita baik buat penjawat awam. apa la agaknya berita baik tu. bonus 2 bulan kah? owh mimpi la kau. . harga kereta turun? wallahua' lam. .


Bajet untuk diriku menggunakan dana gaji bulanan telah langsai semalam :-) just a few click, tinggallah tet tet tet :-( tak pelah. sabar ye. ada rezeki lain. kalau ikut gaji memang tak cukup manjang, tapi aku alhamdulillah cukup2 makan. .


Ceramah semalam sangat2 bagus. bagaimana mengurus kewangan. harus dipraktikkan segala tips yang diberi memandangkan aku dah buka hutang baru. antara kata2 penceramah tersebut "jangan buat hutang utk bayar hutang" usaha kumpul sikit2 untuk habiskan.


kalau nak cite, banyak lagi. tapi tak pelah irfan khairi dah mai ni :-) ok bye. wassalam


Published with Blogger-droid v2.0.4

Wednesday, September 26, 2012

rutin

Assalamualaikum..

Rutin harian selepas balik keje.

Ambil aqil di taska. sampai rumah, simpan2 barang, amik aisyah di rumah jiran.. selesai.

Masuk rumah, masak (kalau rajin). kalau tak rajin, kena juga fikir nak beli apa bungkus. Total time masak simple2, setengah jam plg awal plus minus kemas periuk belanga. Kalau xde time, longgok sume dlm sink. urusan ayahnya membasuh, kalau dia rajin..

Makan mesti before 8pm. Ayahnya tak mo makan lewat2 dah. Settle makan, mandi, solat pung pang pung pang dah 8 lebih. semek tu dah gosok2 mata. tidurkan dia kejap.

Ibu bangun balik dalam pukul 9 kalau semek bagus tidurnya.. tengok2 CD semek letak dalam toilet. jengah2 kain setimbun, oh esokla lipat :-P aqil? tengok katun.

ok, jam 10, makan pil perancang. time to sleep..bawa sebotol air naik atas..sambil bye2 ayah aqil ( tengah berlari atas tread mill). Dah baring atas katil. arghhh beg budak lupa nak kemas.. kemas beg pulak.. kalau CD dah lipat, senang keje. kalau belum, lipat la kejap 6 keping.. siap. salin CD semek plak sebelum dia tido kepada pampers (DD).

baring balik.. sambil cuit2 aqil. pegi gosok gigi dan kencing!! aqil pegi toilet. main air pulak!! bangun balik, jentik2 skit.. barulah settle semuanya... yeay, boleh tidur!!

tu belum masuk semek bangun nak nenen tengah malam.. kalau anak2 tak sihat, lagilah sengkang mata.. aku dapat rasa, asal tengah minggu je, letih dia lain macam.. mata penat, badan penat.

Baju keje esok pagi baru gosok. kalau sempat. esok dahlah hari kamis, baju batik plak. kursus di HQ.. hmm.. kalau ikutkan nak tulis rutin selepas bangun pagi, xpelah. ngantuk plak. hihi. .

Tulah rutin harianku. ibu2 lain mesti rasa pengalaman yg lebih kurang sama atau lagi hebat.. tak mengeluh, penat sikit je ni.. Bila penat, mulalah bebel dan marah2..Moga diberi kekuatan untuk hari2 mendatang..

Amiin.. wassalam..

Published with Blogger-droid v2.0.6

kongsi ilmu by Prof Dr Muhaya

Assalamualaikum..

Slot Aspirasi dari Prof. Dr. Muhaya di IKIM FM telah pun berakhir pukul 11 tadi. selalu aku tertunggu2 pukul 10.10 pagi setiap hari rabu.. tiap2 minggu tunggu, tapi selalu terlupa, yelah time keje kan, kadang lupa buka radio.. kalau teringat sebab terbuka FB tengok status kawan. hehe.. tq fren, banyak pahala korang.. sebelum stat, amik kertas dan pen, tulis pesanan2 berharga tersebut :-B

Ok, meh nak share sikit. tadi prof cakap pasal pengguna laman sosial facebook. i amik point form je lah ye. hehe.. 
  • apa sahaja yang Allah izinkan di dunia ini semua ada kebaikan dan keburukan, semuanya bergantung pada fokus dan niat kita
  • kena sembunyikan kebaikan kita serupa macam kita sembunyikan kejahatan kita
  • kalau nak berubah, kaji balik akaun fb kita. buang gambar yang tidak menutup aurat
  • setiap taipan, jari akan di soal di akhirat nanti. kalau baik, pahala lah dapat, kalau status perli2, maki2 orang, hmm faham2 sendirilah..
  • setiap masalah, kongsi dengan Allah. share benda2 yang positif sahaja.. elakkan aura negatif..
  • tengok siapa kawan kita dalam fb (frenlist), itulah diri kita..
  • bila ada fb, masa dengan keluarga adalah sangat kurang.. cakap dengan suami/isteri pun tak bertentang mata, masing2 sibuk duk tengok fb je.. 
  • Apa yang kita dapat hari ini adalah magnet dalam diri kita. Tengok yang kita makan, minum, cerita apa yang kita tonton, baju apa yang kita pakai, dalam fridge makanan apa yang ada, ibadah bagaimana..
  • Bila sampai satu tahap orang puji kita kita tak suka, orang keji kita, kita tak marah, GOOD.
  • Gaya penulisan status dalam FB menggambarkan niat kita. Sentiasa perbetulkan niat, cari redha Allah..
  • Suami isteri jaga aib masing2..
  • Percaya tak, peruntukan buka FB lebih banyak dari baca al-Quran.. sadis..
Kesimpulannya, untuk menggantikan facebook atau kurangkan aktiviti ber fb, banyakkan aktiviti bersama keluarga.. kalau asyik berfb je, macam garamlah, terlebih2 boleh bawa penyakit...

Wallahua'lam..

p/s: perlahan2 berubah kearah kebaikan.. pesanan untuk diri sendiri juga..




Tuesday, September 25, 2012

hutang baru

Assalamualaikum..

Eh tiba2 boleh buka pulak blogspot ni :-) tq admin.. apalah hari ku tanpa bahan bacaan ini.. bosan giler. time2 free tulah nak godek2 blog kan.. bila update pakai bloggerdroid, layout dia jadi tak cantik bila buka live.. sakit mata meh tengok, tu yang kena edit2 skit tu.

Ok, hari ni kan pay day!!! alhamdulillah.. punyalah berangan je lebih, ku ingatkan bulan ni yang naik gaji, rupanya bulan depan.. kuikuikui.. sila bersabar rakan sebatch i ye.. owh, menyebut pasal gaji peningkatan gaji, begitu jugalah peningkatan expenses ku.. bila dah amik kereta baru, mak terpaksalah membuka buku hutang baru.. nak tak nak, kena akur dengan realiti kehidupan, kita bukan orang senang, kalau nak aset, kenalah berhutang..

liabiliti baru. 9 tahun lagi baru clear, insya-Allah..

mvyi premium 1.3 ez..
kereta ni lah aku nak beli masa mula2 kerja dulu.. tapi masa tu gaji kecik, tak mampu rasanya pakai myvi..

hiasan bantal stoberi beli kat cameron.. masa tu tak terfikir pun nak ada kereta baru.. 

Seronok rasa dapat naik kereta baru, tinggi je rasa, sebelum ni naik kancil :-p serba serbi berhati2.. makan dalam kereta tak boleh (tapi mak dia yang tak ikut peraturan), hisap rokok dalam kereta tak boleh, cilok2 tak boleh, selipar naik atas kerusi pun tak boleh.. tumpah2 apatah lagi :-p i baru sekali drive, selebihnya en hasben la bawak..

Tapi, dalam berhati2 tu, umur belum sampai seminggu dah kena cium.. WTF camry telah mencium bumper belakang di tengah2 jem. mujur calar halus disudut bumper.. rasanya boleh hilang kot kalau polish. kalau ada spray2 yang boleh hilangkan calar, boleh suggest ye.. 

Family car masih di bengkel!!! nak jual nak jual. sape nak beli Honda Accord tahun berapa ek, tapi umur dia dah 16 tahun kot.. after masuk bengkel tukar enjin sume, of course la good condition kan... seat sume dah tukar baru tau.. ceh sedap2 je declare tanpa memberitahu ownernya :-p kalau jual, terpaksa survive dengan 1 kereta dan 1 motor kapcai berumur 10 tahun kot... hope boleh survive, public transport banyak, lrt ada, teksi ada, adik2 aku pun ada, eh :-p

Ok, bye.. wassalam..

Monday, September 24, 2012

eh aqil ke tu..

Assalamualaikum....

Selamat pagi semua!!! hari ni blogspot dah kena block kat opis ni.. eee itupun nak block. bosan la x boleh baca blog.. apa pun xboleh... huhu..
Comel anak ibu :-)

ok, berbalik pada tajuk.. al kisah anakanda aqil dah botak... sebabnya kekutuan kemelandaan... jangkit nursery kot. mulanya aku yang gatal2 kepala. lately dalam sebulan asyik terkeruk2 je.. ingatkan kemumur ke apa..

Sekali tu, suruh kawan tengok apa benda yang aku keruk2 tu... dia tengok, ada telur kutu rupanya.. ada yg berbunyi ada yang dah menetas.. weee malunya dah tua2 bangka ni ada kutu pulak... tak puas hati, balik cek kepala aqil.. masya-Allah... kepala dia bertelur.. rambut tu halus2, lagi syok maa.. cari2 ibu xde pulak.. aku malas nak telek lama2 sebab dia marah main kepala dia. x nak duduk diam...

at last, decide botakkan aje la.. dia pun ok.. esoknya, lepas aku balik ngaji, tadaa... aqil dah botak.. sian pulak tengok muka dia.. macam orang sakit... nak marah pun x sampai hati...

now, tinggal aku je lah nak kena pakai syampoo kutu.. tak koser la nak bela binatang atas kepala ni.. pengotor bebenor.. cek rambut aisyah, mujur tak de.. kalau ada, sempat lagi nak botak ni. hehe.. baru nak bela rambut aisyah..

ok. bye.. jenuh taip blog pki hp ni.. wassalam...

Published with Blogger-droid v2.0.6

Friday, September 21, 2012

pavlova lagi

Assalamualaikum..

hari ni kita busy sikit kawan2. hehe.. tengahari pulak pegi makan rumah opismate. eh tak malu ke gi makan rumah orang tu.. hehe.. makan2 apa kisah, dah orang ajak pegi je la.. Menu tengahari tadi dibawakan oleh cik ku, makanan pantai timur.. weeheee.. dah makan2 lupa pulak nak amik gambar. dah separuh dah, tinggal tulang ikan, baru sedar tak amik gambar. kekeke.. so menu tadi adalah sayur campur, ikan tenggiri masak kunyit lengkuas letak nenas (gulai), ayam goreng, telur dadar dan air oren.. side dish budu ;-p ok, sila makan sampai tinggal tulang jer.. hehe.. sedap bangat dong.. yelar, kita kan ada darah pantai timur skit, mestilah rindu rinduan sama masakan di sana :-) maceh tuan rumah, lain kali menu lain pulak. hehe..

 merenyam kat rumah orang.. :-p

semua di atas tidak mengandung ye.. kekenyangan :-)

Nak cite lain sebenarnya.. kelmarim, Isnin sampai rabu, adik lelaki aku tidur rumah, ada kursus katanya di bangi.. lalu, kubuatkan pavlova. masa puasa lepas, adalah aku bawa balik sebijik, tak puas makan.. ni kebetulan bahan2 dah ada, boleh la buat.... sedap pulak bila makan sekali sekala ni..

 ni jelah buah-buahan yang senang dan fresh didapati di Giant.. 


Kepada yang mahukan resepi, rasanya macam dah pernah bagi link.. jap cari eh.. ok, boleh refer entri ni ye.. RESEPI PAVLOVA

Ok, bye.. selamat hujung minggu.. wassalam..

Thursday, September 20, 2012

vitamin. perlu ke?

Assalamualaikum..

Adakah anda pemakan vitamin tegar? atau memang tak lansung makan vitamin? atau pemakan vitamin yang selalu skip?? aku ni kategori no 3 tu.. bukan suka2 nak skip tapi vitamin2 ni memang kat opis. jadi kalau weekend or cuti panjang, memang tak bawa balik ke rumah, kemungkinan lupa atau merasakan tidak perlu. hehe..

Dulu, masa lepas dapat aqil, rajin juga aku mempulun beli vitamin kat farmasi. ada multivitamin, ada B kompleks, ada calsium dan vitamin D.. tapi tulah, semuanya hanya hangat2 tahi ayam.. mula2 je makan. tak berhabis pun sebotol tu.. last2 aku buang.. makan vitamin kena minum air yang banyak ye.. 

Now, aktiviti bervitamin bermula sekali lagi.. yang aku makan adalah vitamin C dari Amway, sebab selalu selsema..  adalah lagi separuh botol.. tu sume aku letak kat opis. baru senang ingat.. pastu, minggu ni pun aku ada beli spirulina dari cosway.. yelah, tengok promo dia 3 botol x 120 biji hanya RM 48.++.. aku pun share2 lah dengan budak opis sebotol sorang dapat lah RM 14.++ hehe.. tapi makan nya 10 biji sehari.. hoi, jenuh nak telan sebutir2 kecik tu. kembung minum air je lah.. aku ngelat amik 5 biji je dulu before breakfast.. bau dia, masya-Allah, macam bau makanan ikan.. yang vitamin C amway aku makan tu, dia macam pekat sikit rasa vit c, macam masam2, bila kita telan, dia suka tersangkut kat tekak.. mula2 makan macam nak terkeluar balik, lama2 dah immune dah.. oklah kan.. hehe.. upss lupa ada lagi vitamin yang aku amik tapi on off makannya iaitu EPO.. from cosway juga.. aqil suka suapkan aku makan vitamin2 ni.. hehe. ngengada buak tu, orang nak cepat, main2 plak dia..

 my vitamin. nak tunjuk gambar vit ke gambar frame blkg tu. hehe

pic pagi ni.. tudung raya tapi baru pakai :-) edit via camera 360 je..

Ok bye. wassalam..


Wednesday, September 19, 2012

mereka.. kesayangan saya

Assalamualaikum..

Selamat pagi semua.. seronok cuti 3 hari?? for me biasa2 je lah, tak pegi mana2, just around lembah klang saje and balik kampung lenggeng..

pagi ni tak de apa nak cite pun, just nak share pasal anak2 je la kan.. esok 20 september aqil genap 3 tahun 8 bulan.. dah besar anak bujang ibu ni. tahun depan boleh hantar pegi tadika depan taska tu.. tapi belum riki2 lagi berapa harga nya. saje nak kasi pendedahan awal kat aqil.. kalau macam aisyah tu, budak lahir hujung tahun, mungkin boleh consider lagi nak hantar sekolah ke tak sebab masa tu dia belum pun cecah umur 4 tahun lagi... Aiseyman.. kos lagi kan tahun depan.. ntah berapa pulak yuran tadika aqil.. Insya-Allah rezeki anak tu sentiasa ada kan.. 

Aqil.. manja dengan ibu.. ni lah pendamping aku di mana saje aku berada kecuali waktu bekerja la.. waktu bangun ikut time dia, waktu tidur ikut time ibu.. kalau aku tidur lambat, dengan dia sekali tidur lambat.. kalau kena sergah dengan ayah dia, baru terjebek2 naik atas tidur. tu pun dia akan tidur dengan air mata sebab aku takde.. haa.. camana tu. dah ada adik pun manja lagi. kalau tidur pulak, dia akan letak bantal dia rapat sebelah bantal aku. nak suruh aku tepuk dia. kalau tak dapat tepuk, dapat pegang kaki pun jadi ;-( kuat minum susu.. kadang aku cakap buatkan S-U-S-U, dia boleh plak paham nak suruh buat susu dia.. baru nak secret2 kalau tak habis susu dia stok seminggu dua je..

hai.. nilah aqil.. ibu mula blog pun semuanya kerana nak cerita pasal dia..  
ni adik mek kesayangan aqil dan kesayang ibu. kejenya kan, lepas makan - berak, asal bangun pagi je berak.. kena siap lewat sikit sebab kena settlekan adik mek ni.. comel lah posing macam ni.. mood baik ni..

Okey, get to go... bye wassalam..



Friday, September 14, 2012

penutup syawal di ofis

Assalamualaikum..

Dah petang baru nak update blog. hari ni busy sungguh.. dengan jamuan raya unit dan juga kerja.. macamana nak bahagi dua tu. dah petang ni baru relaks2 skit bila dah settle semua.. Hari ni, penutup minggu raya di ofis, jadi ramailah yang buat open unit termasuklah kami.. kitorang bawa pot luck je. ada mee kari, laksa, satay, kek dan lain2 lagi. aku ditugaskan membawa laksa yang dah direbus dan ayam masak merah. sebagai tambahan, aku bawa kek red velvet lagi.. eh tak de kek lain ker.. asik2 yang itu je.. huhu. yelah, kek ni je yang aku rasa sedap, dia sudah potong sume kek2 lain. hehehe...

 gotong royong..

 hiks.. kek red velvet air tangan ku.. again.. *muntah agaknya budak2 ni duk makan kek ni je*

 deko2 by yana..

 hihi.. tayang potluck dia aje :-)

 the desserts..

ni unit kecil kami bersama bos besar :-) 

Alhamdulillah semuanya berjalan lancar. esok pulak, ada 4 buah rumah sedang menunggu.. insya-Allah jika tiada aral melintang, akan sampai ke destinasi tersebut.. hati2 di jalan raya.. siap2 basuh baju sume kalau nak berjalan esok. hehe.. 

selamat hujung minggu uols. ..

bye.. wassalam..

Ucapan Selamat Hari Raya 2012

Assalamualaikum..

Sebelum diriku melabuhkan tirai berblog di bulan puasa ini, ingin diriku mengucapkan Selamat Hari Raya Aidilfitri kepada semua rakan-rakan di alam maya, sahabat handai yang mengenali diriku secara lansung dan juga tidak lansung. Diri ini memohon kemaafan seandainya ada kata-kataku yang mengguris perasaan korang    secara sengaja atau pun tidak. Di harapkan puasa kita pada tahun ini bertambah baik dari puasa tahun sebelumnya.. Insya-Allah.. 

Okey korang.. tentunya happy kan nak balik beraya di kampung.. Semoga hari raya tahun ini disambut dengan sederhana tetapi meriah.. Semasa balik kampung, hati-hati memandu. Biar lambat asal selamat. Jaga kesihatan semasa di bulan Syawal kerana selepas berhari raya tentunya ada yang tidak sihat kerana makan tidak dijaga dengan betul. air gas, air warna warni, kuih raya yang bergula, rendang2 yang berlemak santan sedapnya hooii.... boleh lah makan, tapi beringat2 ye..

 dulu raya bertiga

sekarang raya berempat. alhamdulillah...

Selamat Hari Raya!! Maaf zahir dan Batin!!

Wassalam

p/s: tahun ni ibu bawa handbeg besar skit, nak simpan duit raya anak2. hehehe

Thursday, September 13, 2012

before and after - camera 360

Assalamualaikum..

selamat pagi semua.. hari ni en suami dah kembali bekerja.. together2 lah kita pergi keje :-D masa dalam kereta, sibuk camwhoring nak amik pic muka pagi2 hari. hehe.. pastu edit2 pakai apps camera 360.. sape2 yang belum install lagi camera 360 (android phone), silalah install.. syok bergambar dengan pelbagai rupa yang menawan..

bagi aku, sakit hati jugalah bila snap pakai camera 360 ni sebab gambar dia buat kita perasan.. haha..  sakit hati je.. yelah, bila dah pakai Magic Skin tu, terus muka fresh la, glossy la, realitinya?? realitinya cung jugalak la walau pun.. haha..

 ni pakai front camera, jadi macam aku pulak yang drive kereta :-) amacam, fresh kan muka pagi2.. berseri2 aje.. hehe

 ala2 anje lentok2.. haha.. en suami layankan aje.. cer tengok dah kurus dah suami ku akibat muntah2 semalam, hilang 2kg gamaknya :-p tapi en suami saya memang dah kecik sikit sejak dari bulan puasa dan aktiviti barunya berjogging atas thread mill :-D banyak juga turun dan harapnya teruslah bersenam untuk mentenkan berat badan.. dia ada cuba satu produk kurus badan ni tapi mungkin tak serasi dengannya (tak berapa nak jadi) compare dengan orang lain.. 

lihat before and after edit.. terimalah diriku seadanya.. ni yang membuatkan diriku nak sangat makan ephyra.. please belanja i :-p

ok bye.. nak join meeting . bye. wassalam..

Wednesday, September 12, 2012

hari terakhir bersama dia..

Assalamualaikum..

Hari ni en suami MC... sakit perut dan muntah2.. Malam tadi sebelum tidur dia mengadu sakit perut dan perut berangin. aku dah sapu minyak, picit2 perut dia sume.. pukul 1 lebih, aku dengar ada orang bangun muntah2.. lepas dah lega muntah tu, masuk dalam selimut, bungkus gigil2.. aku pun turun bawah amik kan panadol.. tak lama tu, aih muntah lagi.. pastu aku pun pikir2 salah makan ke apa ni.. makan malam aku masak ikan goreng dengan sambal sotong je. sambal tu lama juga la aku masak.. aku tak muntah2 pulak.. hmm. may be dia ada makan kat tempat lain kot. kalau tak, mestilah dengan aku sekali dah keracunan makanan.. sambil aku gosok2 belakang dia time muntah tu, sempat lagi bebel, eh kenapa makan nasi tak kunyah betul2 ni. muntah pun nasi still tak hancur.. huhu.. makan telan ke apa.. sian dia dah kelembikan hari ni..

Jadi, hari ni aku drive pegi keje. dah lah jem kat mrr 2 hari ni panjang gila. adui tensen.. dengan kereta kancil manual lagi.. gigil lutut main clutch.. Hari ni hari terakhir (insya-Allah) aku bawa kancil kesayangan ni.. Ia akan bertukar tangan kepada orang lain.. memandangkan family car masih 'sakit' dan nak tukar kepada family car yang lain memang tak mampu, terpaksa dikorbankan kereta kecilku ini. at least ada satulah kereta yang gagah perkasa walau pun kecik juga, untuk dibawa ke utara selatan timur dan barat. insya-Allah.. Telah berkhidmat selama 6 tahun lebih kurang dengan ku.. Sayang nak lepaskan plat number J tu.. nak tunggu plat J prosedure kata lambat nak tunggu, nak beli macam banyak sangat duit nak beli plat ni, bazir je... terpaksalah amik plat W atau B.. W laju sangat numbernya.. so decide amik B la :-) cerita kereta kancil sila baca di sini ye..

kereta bersepah. malam ni mesti kena basuh bersih2 nak jual kat orang. tapi nampak gaya langit macam mendung kelabu je..

eh, nak juga masuk. tengah2 jem pun sempat lagi. yelah, bosan weih. muka pucat plak tu, malas nak pakai lipstik sebab ikut mood. kadang rajin je menenyeh, kadang lebih suka bila tak pakai.. tapi nampak pucatlah. huhu..

Ok bye. wassalam


Tuesday, September 11, 2012

adik dah sihat..

Assalamualaikum..

Alhamdulillah hari ni anakku aisyah humairah dah sihat.. aku pun dah boleh pegi keje dengan hati yang senang. senang tak senang sangat lah sebab dia masih on ubat-ubatannya.. cakap pasal ubat-ubatannya, budak kecil ni memang penakut ubat.. kalah aqil dulu tau. tapi aqil bila dah besar tak takut makan ubat, cuma tak suka je. bila dipaksa dalam marah2 tu, dia nganga je mulut dia. hmm ni aisyah ni ikut perangai ayah dialah ni penakut ubat masa zaman kecik2 dulu. hehe.. kelakar pulak bila teringat macamana aisyah buat2 tidur dan mulut dia tutup rapat2 bila time aku nak kasi ubat..terpaksa korek2 buka mulut dia, sampai berbekas jari ayah dia kena gigit.. tu gigi belum asah tajam lagi tu.. nanti dah tumbuh gigi penuh, rasakan kena gigit dengan dak kenit ni.. mujur lah kecik lagi, ayahnya kata memang menguji kesabaran sungguh.. Hari ni pengasuh aisyah pula berperang nak kasi makan ubat.. tapi bergantung pada teknik dan skill masing2 la ye.. huhu..
Ni gambar si kecil semalam. ceria bila dah sihat.. cuti jaga dia lah ni. memang melepak duk dalam bilik je. dia pun bangun kejap tidur balik.. aku pun sama naik la.. hehe.. Pengasuh aisyah bagi laksa, so pagi dan tengahari keje aku makan laksa je.. tu yang petang perut melompat2 minta diisi dengan nasi pulak..

Aisyah masih pakai CD lagi.. time malam je pakaikan pampers.. Jadi, di musim2 demam dan berak2 ni, memang berbaloi2 pakai CD.. tak payah susah2 nak jeling baki pampers tinggal berapa lagi, asyik tukar pampers je, botak kepala mak kau nak beli pampers.. Mari kita gunakan CD dengan jayanya.. asal 3-4 jam, tukar CD even tak delah kencing mana, suka mak bila tang jimat2 kedekut ni :-) alhamdulillah..


ha, yang ni masih lagi beroperasi seperti biasa.. Aisyah suka hisap belah kiri. ke aku yang selalu bagi belah kiri? hehe.. susu kiri lagi banyak dari susu kanan.. Dan ini adalah hasil sekali pam pagi ni. Alhamdulillah.. harap2 berterusan sampai Aisyah umur dua tahun.. kadang rasa up and down tu memang ada. tapi tak pelah, demi anak2 kan.. apa ku kisah bawa beg 2-3 biji setiap kali pergi kerja. tak boleh nak vogue2 gitu.. beg kiri kanan penuh bergayut belum campur beg kalau beli apa2. hehe..

Okey.. tu je. sekian..

Monday, September 10, 2012

masih demam

Assalamualaikum...

Hari ni aku cuti cemas.. cemas x cemas sangatlah.. nak jaga aisyah masuk hari ni dah 4 hari demam.. 3 hari semalam makan ubat demam sendiri.. hari ni bawa g klinik kesihatan ampang... manusia punyalah ramai.. baru pukul 8.15 no dah ke 45.. tunggu punya tunggu, sampai pukul 10 juga...

Doktor kata banyak kahak.. demam dia tadi x tinggi sangat dalam 37 je.. ni bila dah kasi makan ubat dmm, antibiotik dan ubat kahak, alhamdulillah normal dah.. berperang nak kasi makan ubat.. dah pandai sembur balik dan menggelupur.. hmmm camana ni.. kadang terpaksa bagi lagi sekali sebab ubat banyak yang tumpah diluah balik..
Bila dah demam macam ni, mulalah nak ibu je.. dengan ayah pun tak nak.. tu yang ibu tak masak 3 hari tu.. eh alasan. bengkrap bapak kau.. hihi. yelah, dah anak merengek, tak koser nak masak tau. bila dah merengek dengan aku sekali naik angin sebab xde orang pun nak jaga anak..




Aqil hantar taska hari ni.. sian plak. rindu aqil dengan riang ria dia. alhamdulillah aqil ok di kala adik dia demam.. Aku pulak yang geram bila dia terlebih riang. huhu..
Hope aisyah cepat sembuh dan kembali menjadi baby yang happy.. Hope lepas ni aisyah tunjuk kat ibu aisyah demam sebab nak berdiri ke, nak dapat 3-4 btg gigi ke, nak bercakap ke. eh over plak ibu ko ni..

ok bye.. wassalam..

p/s: ank demam, ibu yg syok tidur sekali :-D
Published with Blogger-droid v2.0.6

Friday, September 7, 2012

demam di ulang bulan yg ke 9 ;-)

Assalamualaikum..

Selamat ulang bulan aisyah humairah ku sayang... hari ni (means awal malam tadi kul 2.30 pagi) genaplah si cilik ibu ni berusia 9 bulan. alhamdulillah.. pejam celik pejam celik, 9 bulan dah dia.. 

ok, perkembangan 9 bulan. berat semalam timbang masih cute mute 7.2 kg je.. alhamdulillah masih berada di line putih.. tinggi berapa ek lupa la pulak 67 cm ke? nanti cek balik.. perkembangan ketara ialah dia dah tumbuh gigi ketiga iaitu gigi kapak atas. besar kau giginya, ni mesti style aqil ni, gigi besar2, tapi jangan rosak dulu ye sayang, tak comel la gegel gigi hitam2 macam abang aqil ;-p gusi atas dia pun banyak dah nampak putih2 nak kuar gigi lain.. dan may be itu menyebabkan dia demam semalam.. pukul 4 pagi dia dah bangun - eh sama lah style aqil kalau demam, bangun tengah malam dan kejenya bergayut je.. kasi makan ubat punyalah susah.. normal lah tumpah2 tu kena baju sume.. hmm.. 

Aisyah dah pandai duduk.. suka makan, pantang kalau ada mangkuk dan sudu mesti dia ingat itu makanan dia. suka mengutip. kalau diam2 tengok mulut dia kunyah2 tu, adalah tu dia makan apa2..  suka panjat2 tapi belum pandai berdiri lepas tangan lagi.. lambat lagi kot.. rambut dah nampak lebat. ni rambut ayah dia ni, style cacak2 ni. hehe..



ha tu jelah kot perkembangan anak dara ku ini.. semoga cepat sembuh dari demam.. ok bye.. wassalam..

Thursday, September 6, 2012

makan lagi :-)

Assalamualaikum..

hari ni pergi jamuan di HQ.. kalau ikutkan tak pernah pegi pun, tapi sebab ada transport, tumpang orang je la.. tak pergi pun tak pe kot. kalau yang benar2 lapar, memang tak puas hati lah kalau makan, yelah, orang ramai, nak makan nasi ke nak makan kambing golek ke, mesti tak dapat punya sebab beratur adalah super panjang.. so, gambar makanan tak de, sebab tak dapat kambing golek.. huhu..

Jadi, apa yang aku ambil adalah cendol sebab tak beratur panjang, kuew teow goreng orang amikkan, tapi expect char kuew teow sebab stallnya tulis char kuew teow, yang dapat kering.. pastu, ngecek sate orang, ngecek mee rebus orang, siap ada encik tu kasi lontong dia amik lebih lagi. haha. sabo je lah.. makan gitu2 sambil tengok2 orang.. balik.. :-)

sambil2 tunggu kereta datang, silalah posing2 di tepi jalan dulu :-p


 bukan kereta kami :-)

 ni jamuan cawangan semalam..

 bff :-p
balik2 singgah sogo konon nak beli air, sekali tu amek kau.. beli macam2.. susu aqil 2 bungkus dan barang2 spageti untuk reunion sabtu ni :-) eh, sogo warehouse sale tingkat 7. silalah kalau ada baki duit lagi. :-p

bye. wassalam..

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails