Thursday, August 30, 2012

wajib dilawati dan dinikmati - Terengganu

Assalamualaikum..

Haa.. kali ni nak bercerita tentang tempat2 yang wajib dilawati sekiranya kami sekeluarga balik ke terengganu.. memang tak de tempat lain dah. memang ni priority list :-) dan juga gambar makanan yang wajib dirasai kalau berada di terengganu.. hehe.. selamat jamu mata :-)

sarapan pagi pulut dengan kelapa lawan dengan ikan rebus. aku makan macam makan nasi juga lah :-)
ini nasi dagang sedap :-)
ini gulai ikan tongkol sedap. berebut dengan ayah nak makan kepala ikan :-) akhirnya aku sebelah, ayah sebelah.
pegi pasar payang mama cari rempah gulai ikan, beras nasi dagang dan lain2.. asam keping pun beli kat sini. nape eh, tak sama ke dengan asam keping negeri lain? hehe.. aku pun amik sikit asam keping tu.. pastu, beli gula nisang. kain sutera sume tengok2 je tak de nafsu nak beli. selamat. hehe
 
 
petang tu pegi pantai makan ini.. udang. kedai pok nong tu tutup lagi, terpaksa beralih ke kedai yang buka. mujur ok jugalah food dia. aqil dah sibuk nak tengok kapal/bot..

 
ikan celup tepung. panas2 makan.. berebut :-)

sotong celup tepung

nilah tokey yang belanja kami. hehe. tq lina.. sokmo belanja makan celup tepung ni :-)

on the way balik, singgah beli keropok lekor dan segala keropok2 keping tu.. yang ni kepok dah goreng. makan dalam kereta. sebungkus RM 5. makan rebut2 dan panas2 terasa sedap dan tak cukup. beli di Kelulut keropok kedai 008.. sedap2 keropoknya.. boleh la try, kedai pun senang nak cari, tepi jalan je..


pastu, puaslah mencari satar. asal jumpa je terlajak. asal jumpa dah terkedepan malas nak undur. last2 jumpa di cherating. ingatkan tak dapat makan dah satar ni. rezeki kamilah. tu pun mujur dia letak papan tanda lagi 50meter SATAR SYUKRI.. sedap ok. tapi termanis sikit plus pedas2.. 5 biji RM2.. makan tepi jalan bersama-sama air kelapa..

satar idaman..

Sekian entry makan dan jalan2.. ntah bila lah nak pegi lagi. tahun ni dah 2 kali kot pegi terengganu. bulan 10 kalau jadi, sepupu aku tunang tapi en suami dah kata tak nak pegi, penat. hmmmm... oklah, nanti aku bawa korang 'jalan2' singgah rompin pulak :-)

Bye. wassalam..


cerita raya di terengganu pulak

Assalamualaikum..

Ok sambung balik cerita raya. Kali ni tanpa dirancang kami telah pergi ke terengganu pada hari khamis malam jumaat menaiki dua kereta. Pukul 9 malam gerak melalui mersing, rompin, pekan dan kuantan.. drivernya iaitu en suami dan sepupuku.. jenuh la bersengkang mata malam tu. sampai2 dah hampir azan subuh hari jumaat.. alhamdulillah, safely arrived.. dan anak2 pun tak banyak ragam.. tidur je..

Kami tidur di rumah mak sedara aku iaitu adik mama yang dipanggil cek ngoh.. bangun pagi tu dihidangkan nasi dagang bungkus.. aloh sedap bangat seh. 2 bungkus aku makan. orang lain tengok mereka beranggapan owh aku menyusu badan tu yang makan banyak tu.. hehe. tapi tak tahulah, memang sedap la. dah lama tak makan..

seperti biasa, bila berhari raya di terengganu, jadual adalah sangat padat. nak pusing habis rumah sedara pun tak sempat, ini kan pulak rumah kawan2. huhu.. tujuan utama adalah nak pergi anak sedara mama kawin.. yang selebihnya adalah round2 bandar terengganu :-p

 me dan sepupu2 ku..

 mama dan adik beradiknya.. 

 ayah kiri sekali bersama ipar dan biras.

me bersama mak2 sedara dan sepupu ku :-)

Heee.. gambar pengantin tak de la pulak.. gitulah citenya.. baju raya aku duk pusing2 yang tu je.. lepas kenduri kami gi pusing2 tempat wajib iaitu pasar payang dan terus pegi makan sotong celup tepung. later i show u the pic ok :-)

Hari ahad pagi2 kami gerak balik kluang sebab ayah ada meeting malam tu. dan esok nya aku kena balik kl pulak.. dan destinasi idaman yang ingin diterjahi adalah makan udang galah di rompin. yummy.. later jugak i cite.. biar kasi ada idea skit nak cite apa :-)

Ok. till now. bye. wassalam..

Wednesday, August 29, 2012

cerita raya kami

Assalamualaikum..

Cerita raya kami tahun ini sangatlah best :-) beraya sakan sampai 3 buah negeri.. Negeri sembilan to johor to kuala terengganu.. Actually to terengganu tu tak plan pun, pegi tiba2 je mengenangkan ada cousin kahwin.. mengenangkan juga macam dah tak de nak beraya sangat kat johor tu, moh le kita balik kampung mama.. mama pun apa lagi sukalah dia.. kalau tak, sedih je bila ayah aku kata dia busy kerja la, meetinglah. huhu..

Ok2, before pegi jauh, kita cerita di negeri sembilan dulu. Kami balik kampung hari sabtu. biasalah rumah dekat balik lewat sikit. kemas rumah, kemas beg bagai lah.. anak2 hantar taska. kemas beg memang lemau. seharian hari jumaat yang aku cuti tu, duk kemas beg dan kemas rumah je. penat aku baring, pastu sambung lagi, sampailah ke petang.. kemas pun tak delah all out sangat. huhu. tak larat lah bulan puasa sorang2 pulak tu.

Okey, esoknya balik kampung lenggeng.. tengok rumah mak pun dah berkemas. aku tolong sikit2 je la. biasa orang negeri sembilan kebesarannya adalah lemang dan rendang. itulah yang aku duk makan kat sana. hehe.. dapat lah bawak balik sikit buah tangan untuk orang johor. tahun ni aqil dah pandai main bunga api. yang banyak asap tu.. main orang punya pulak tu. huhu.. tak malu minta orang punya.. tapi dalam kemeriahan main bunga api tu, kesianlah kat anak aku aisyah. terkejut2 dia orang main mercun papan, mercun apa lagi ntah yang memekak2 tu. rasa nak jerit je kat jiran sebelah. aisyah terkejut tu bukan sikit2 punya terkejut, terkejut sampai badan dia bergerak2 mengikut das tembakan tau. sian anak aku.. huhu..
dua beradik yang susah sangat nak capture gambar dia.
cayang ibu.. sama tak muka kami

dah pandai main bunga api

seperti biasa, hari raya pertama, bersalam-salaman..sedih sebab tak dapat join first day family johor beraya sama2 je lah. huhu. bila dah petang tu, mulalah boring, tunggu orang datang tak lebat mana pulak, pakai baju raya dari pagi dah ni. last2 pukul 3.30 barulah gerak beraya. hujan petang pulak.. al kisah baju raya aku tahun ni. ada 4 pasang, tapi yang boleh pakainya hanya 3 sebab sepasang kebaya aku, bajunya tak de, yang ada kain dan tudung je.. tertinggal sebab basuh last day ari tu. sekali la pakej dengan tudung2 raya yang lain. kalau ikutkan aku pakai tudung kelabu bawal yang ada batu2 atas kepala tu, sekali tu boleh tertinggal kat kl pulak. mujur kakak ipar ada tudung awning matching dengan baju aku tu. huhu..

tema kelabu tahun ni


Raya kedua pulak siap2 pakai baju biru.. pagi2 lagi dah berhari raya makan nasi lemak rumah biras.. kemudian, siap2 packing balik johor. balik johor cepat aje ko ye. hehe... nak wat camana, tempat jatuh lagikan dikenang.. perjalanan tak jem tapi setiap exit tol, mesti jem. banyak keta atas jalan. owwhh, oleh kerana kereta ku masih sakit, kami berhari raya dengan viva adikku.. tq ida kasi pinjam car..

siap2 nak balik johor pulak..
3 sisters with mom
 
Sesampai saje pada raya kedua petang tu, ada birthday affan.. mulanya aku sampai elok je lagi, masih dalam preparation. sekali tu, tak sampai beberapa minit, rumah ku diserbu oleh sanak saudara.. haa.. tak menang tangan melayan di samping licin duit raya ku. hehe.. tak sempat nak masuk sampul raya..

Inilah keluarga besar belah ayah. ni pun ada tak balik. adik badik ayah 11 orang..
 
Seronok beraya. ramai sepupu2 ku dah besar, anak dara, anak bujang.. yang masih kecik2 tu dah pangkat pak/mak sepupu kepada anak2 aku.. pak2 sedara ku dah jadi tok nek sedara dah. hehe.. Okey tu jelah cerita  raya di negeri 9 dan di johor. to be continue raya di terengganu pulak.

bye .. wassalam..

Tuesday, August 28, 2012

gambar chomel lote..

Assalamualaikum..

Hello and hi!!! lama betul tak update blog ni.. nak mula dari mana tak tahu lah, banyak naw ceritanya.. tapi bila dah transfer2 gambar dalam pc ni, lebih tertarik untuk upload gambar chomel lote anak ibu ni. hee.. suka suki je masuk bakul angkat sendiri :-p tak pelah, sekali sekala kan..

 aisyah wearing trudy and teddy pemberian mak ida..

abaikan pengapit2 di tepi aisyah tu.. tengok muka dia manisnya senyum.. geram je, ibu gigit dia baru tahu. huhu

Sorry abang aqil, anda bukan tidak comel tapi anda suka buat muka tak comel time bergambar. hehe.. time comel anda telah habis ye :-p bagi peluang kat adik aisyah pulak.. later aku sambung cite pasal raya ye. perjalanan yang jauh 3 buah negeri kita beraya.. yuhuuu... masyuk rezeki anak2 ibu :-) alhamdulillah..

ok, bye wassalam..


Tuesday, August 21, 2012

3 syawal

Assalamualaikum. .

just a short entry today. . aku dah sampai kluang semalam. today, adik beradik yang lain akan berangkat pulang raya dengan mertua masing2 pulak.. hmmm boringla aqil xde geng dah. .

Ingatkan nak beraya dengan sahabat handai tapi masing2 tak de kat sini dah.. beraya dengan family semuanya. rumah ku ini 1& 2 raya full house sampai malam.. penuh dari depan sampai dapur. nasib aku tak sampai lagi time tu. huhu..

ok, just a few pic raya untuk tatapan korang yang tengah boring2 cari bahan bacaan kan. hehe.

gambar raya terbaik kami
 
dua beradik di raya ketiga
 
adik beradik di 1 syawal
 
suami isteri.. (ala ada hanger plak )
 
adik beradik dan adik ipar

ok. bye. wassalam.

Thursday, August 16, 2012

beg sekolah

Assalamualaikum..

Suasana di opis ni memang dah ke laut dah. sape yang cuti besok, ramai dah balik awal.. aku masih di sini mengadap pc nak buat kerja pun dah tak de terima emel apa2 pun.. outstanding work memang dah habis.. memang tak de keje lah. kalau ada pun, tu akan disenaraikan sebelum balik hari ni, tepek kat pc, kut2 naik cuti nanti tak ingat ada keje menunggu :-)

Semalam, pegi beli beg aqil.. Sebelum ni, dia pakai beg dari zaman baby dia. beg keras simple dimple warna merah tu. sangat lah tahan dah 3 tahun baru rabak. tu pun rabak kat zip sebab cikgu dia suka sumbat segala macam dalam tu sampai nak zip pun dah tak boleh tapi paksa zip, tu yang koyak tu.. huhu..

Oleh kerana dia dah pandai memilih apa yang dia suka dan apa yang tidak, maka aku rasa dia suka angry bird. alah, kalau beli spiderman ke, ben 10 ke, ultraman ke, mesti dia suka jugak :-) tapi seperti biasa, ikut citarasa ibu lah. hehe.. alhamdulillah dia suka bila ibu beli beg angry bird.. beli kat Sogo.. tak pelah mahal sikit, harap2 boleh bertahan sampai ke sekolah nanti. tahun depan aqil dah 4 tahun, dah boleh pegi tadika, boleh lah bawa beg ni.. 

Balik2 je semalam tunjuk kat dia, terus dia nak sandang beg tu. beg tu ringan sikit compare dengan beg keras tu. hari ni pun, naik motor, dia yang sandang beg tu. ada apa je dalam tu, baju dia dua pasang je dengan susu :-)

 cantik tak beg aqil? :-)

aqil nak gi sekolah ni..

Mesti lepas ni dia sibuk nak bawa beg dia kemana2.. tak pelah, janji aqil suka kan. tak delah membazir ibu beli kalau aqil tak suka..

Bye.

selamat bercuti..

Wassalam

Wednesday, August 15, 2012

Homemade Carbonara

Assalamualaikum..

Petang semalam, jalan2 ke blog orang.. terjumpa satu blog yang menarik - shilashower.. Almaklumlah bulan puasa ni semua nampak tertarik bila berkaitan dengan makanan. hehe..  Dan terus mencuba resepi homemade carbonaranya.. 

Aku memang suka makan spaghetti dan seangkatan dengannya. teringat masa zaman muda mudi dulu, kalau pegi KLCC mesti singgah foodcourt Signature untuk makan Spagetthi.. Mula2 suka makan bolognese then try carbonara, terus terjatuh chenta sama ini food.. 

Ok, bahan2 untuk membuat nya (rujuk resepi) memang tak banyak dan kebanyakkan dah ada tinggal beli chicken bacon tu dan spaghetti.. sonang je masaknya.. habis sekotak whipping cream aku konon nak banyak2 kuah.. 

Sekali tu, aku masak awal juga, dalam 630 dah ready.. Terus kuah dia macam pekat..  dan bila kita siram atas spagetthi tak berapa nak cover sume.. kalau boleh nak banjir.. hehe.. rasanya sedap tetapi agak muak.. beria je hasben aku tamak2 nak spaghetti banyak2.. tu pun aku dah buang sikit, hehe.. alhamdulillah habis.. kenyang even memang muak sikit.. tak pe tak pe, boleh improve lagi ni. hehe..


nampak yummy, rasa pun tentulah yummy kuasa dua :-)

Ok, sekian.. selamat mencuba..

Wassalam..

cenonet


Assalamualaikum...

Dah tak sabar nak cuti ni!!!!! Camana korang? mood nak raya je ni.. tapi kerja tetap kena buat ye tak.. korang stat cuti bila?? aku insya-Allah hari Jumaat dah cuti. Tapi Jumaat tu baru nak kemas rumah sume, hasben aku balik kampung dia kejap nak tolong maknya masak rendang, aku je tak tahu nak ikut ke tak. kalau ikutkan memang banyak planning kalau dorang2 duk rumah, tapi tak tahu lah camana, kot tido je lebih :-p every year memang macam tu lah kan. Hari Sabtu baru balik Lenggeng.. Seperti biasa raya pertama di rumah MIL la.. malas lah aku nak tukar perancangan raya. boleh lepak lama2 sikit kat Kluang. kata cuti lama. hehe.. aku cuti sampai Isnin lagi satu.. Selasa baru masuk keje. nak elak jem.. Senang kan kawin orang sejalan ni. hehe. satu arah je..

Semalam, rumah masih berkeadaan lintang pukang lagi.. hmm ntah bila lah nak all out kemas ni.. tunggu masa yang sesuai la. beg lagi lah apa pun tak kemas. baju raya budak2 yang baju kurung/melayu je aku basuh. baju jalan tu macam sayang je nak basuh.. hilang bau kedai. haha.. eh aku memang macam tu, tak pernah nak basuh baju baru, terus pakai.. nanti kedut2 kalau basuh.. 

Ni dah hari rabu kan. sepanjang isnin sampai rabu ni, tengahari je mesti nak kuar merayap.. dah katanya persiapan raya. huhu.. selagi tak raya, selagi tulah ko duk merayap ye, ada je tak cukup. isnin pegi sogo, semalam pegi jusco, hari ni gi sogo/ jalan TAR balik ;-p ada je lah benda yang belum lengkap.. tu yang aku rasa macam nak cuti awal je.. :-p

Ok, ni gambar semalam, budak cenonet yang menggeramkan kami ni. hehe.. time orang buka, dia pun sibuk nak panjat kerusi.. terpaksa lah berbuka sambil riba dia. dah hantar letak jauh2, laju je dia merangkak menuju ke meja makan bergayut kat kaki minta diambil. bila dah ambil, tangan sibuk menepuk2 meja, sesekali menarik pinggan aku.. huhu.. mencabar sungguh.. apa kita makan, dia sibuk nak juga, aku suap lah beberapa biji nasi yang telah dipenyek2.. abang aqil pulak, kejenya tengok kartun kat laptop je.. bila kita dah habis buka, barulah concentrate nak bagi aqil makan pulak. semalam, banyak dia makan, 2 pinggan nasi lauk ayam goreng kunyit je. alhamdulillah.. aqil ni macam aku kot, jenis malas nak makan. hehe. 


 budak kecik melayan ibu dia posing2. hehe

 cepat2 saya nak lepas ni.. 

my sweetie pie 
cute sangat kasut ni.. kasut kait. beli kat zety.. sila lah singgah kat blogshopnya. tapi aku tak pasti kasut ni dah update ke belum.. 

okey.. tu je nak update. kepada yang dah bercuti raya, selamat bercuti!! hati2 di jalan raya. bersabar banyak2 tak payah rushing2 ok.. Insya-Allah selamat sampai tiba. jangan lupa baca doa naik kenderaan :-)

bye. wassalam..


Monday, August 13, 2012

Salam Ramadhan hari ke 24

Assalamualaikum...

salam ramadhan hari ke 24!!!! wah dah 24 ye kawan2.. tak lama lagi nak raya!!!!!! hari ni berduyun2 lagu raya kat radio. al maklumlah weekend mana dengar radio, kena paksa tengok kartun je kat tv. huhu.. dan cerita sedih kali ke berapa ntah.. hari ni miss sahur lagi.. benci2... *mood hentak kaki* sedar2 pun hasben kata dah azan.. pagi ni awal lagi dah terasa haus sangat.. huhu... semalam buka makan bubur lambuk, nasi sikit, air teh o.. pastu tak makan2 dah kecuali minum air je.. ralat betul tak dapat sahur tau.. (-_-) Okey, harap2 dapat tenaga sampailah waktu berbuka nanti. insya-Allah.. tapi tengahari ni ada hati lagi nak gi merayap :-p  

Cerita dua hari lepas. hari sabtu, bersemangat nak buat biskut raya.. siap ponteng kelas mengaji lagi.. sekali tu dapat sms, kelas ngaji batal. Nasib baik, kalau tak, lama lah aku tak datang kelas ngaji.. so, projek cookies pun bermula. rumah masih belum kemas betul2 lagi. just kemas olok2 je. hehe.. Ada pulak rumah selang sebuah rumahku renovate. siap lah berhabuk rumah nanti. sabo jelah... sebelum bercuti raya, kena all out lah kemas rumah..

Okey, memperkenalkan (drum roll...) biskut cendawan yang pertama dibuat sendiri tahun 2012!!!! hehe.. proses mengulinya kejap je, nak menerap dan mendeko tu berjanggut. masa tengah buat tu rasa alahai nyesalnya buat kuih raya ni. dah la sorang2 tertonggeng2 kat dapur.. tu nasib baik lagi tu en suami tolong control anak2.. diorang perangai baik hari tu, dapat siap biskut dulu pun jadi.. deko2 tu sambung hari ahad pulak sebab hari sabtu nak buka puasa kat kampung suami..

 ni biskut cendawan yang belum di bakar..

 budak yang membuatkan ibu nak 'terbakar'.. 2 jam aku tunggu dia nak tido, tak nak tido2, main je.. last2 bangun lipat kain, baru lah dia nak tido.. huhu

 sambung hari ahad. aku ni tangan keras sikit.. jadi, icing adalah berjerawat. tak smooth :-p


ni buat selepas maghrib semalam. last tray.. dah malas.. yang mula2 bintik 5, ni bintik 3 plak. haha.. still cute apa. tapi suami kata, ala, rasa biskut je.. eee.. tak support lansung. sedap la.. rupa cantik, rasa pun sedap apa :-)
ni lah buktinya.. aqil tertarik dengan biskut ni. angkut sume balang kuih tu makan sambil tengok kartun..  risau aku tau takut terbalik balang tu, nangis okey kalau biskut comel2 pecah berderai. huhu.. Oleh kerana anak ku dah pandai makan biskut raya, nanti aku nak buat biskut kalerful macam ni, baru dia nak usik biskut raya tu... :-)

Okey, resepi amik dari blog kak ita masam manis. silalah cuba kalau korang ada masa nak buat kuih raya.. :) Okey tu je nak kongsi hari ini.. Wassalam

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails