Tuesday, July 31, 2012

Resepi Puding Triffle

Assalamualaikum..

Dah petang2 macam ni, mulalah sibuk google tengok resepi2 hebat dari blog2 masakan.. tapi balik masih lagi  masak menu yang sama. hehehe... Ok di petang yang damai ini, mari ku kongsikan satu resepi yang rasanya ramai orang dah buat kot. tapi tak pelah, nak juga letak resepi ni :-)

Puding triffle.

Bahan-bahannya :-
1 buku kek/swiss roll perisa terpulang pada minat masing2.
4 sudu tepung kastard
1 tin susu cair
1 tin buah-buahan dalam tin
1 kotak crystal jelly nona
gula mengikut tahap kemanisan lidah masing2.

ini bahan-bahanya
 potong swiss roll mengikut ketebalan yang disukai. susun dalam mangkuk lutsinar. Curahkan air gula buah dalam tin ke atas kek tersebut. curah rata2

 
dah siap susun, tuang semua susu cair, gula (aku letak 5 sudu) dan setin air dalam periuk. kacau sampai gula larut  dengan api perlahan ye..
Dalam masa yang sama, bancuhkan tepung kastard 4 sudu besar tadi ke dalam air setengah tin, kacau sampai tidak berketul. lepas tu boleh la campur ke dalam adunan susu tadi. kacau sampai dia likat dan agak mendidih. api perlahan ye..
Ok, dah agak likat dalam masa 15 minit kacau tanpa henti tadi, tutup api dan boleh tuang atas kek swiss tadi..
Tuang sampai habis. tunggu kastard mengeras. dia bukanlah keras macam batu tapi bila kita pegang, tak melekat kat jari.. gitu... time ni aqil main cucuk2 kastard ni, sabo je la.. habis cacat kastard ibu..

sementara menunggu kastard keras, pegilah basuh pinggan sume dulu, then boleh lah masakkan jelly ni. baca arahan di belakang kotak. aku amik perisa stoberi..
pastu, susun buah-buahan dalam tin tadi mengikut kreativiti masing2. aku pakai buah peach je sebab buah cocktail dah habis. tak pun, boleh je pakai fresh fruit like kiwi/stoberi/etc..

 tuang jeli tu atas buah peach tadi.. cantikkan.. :-) ok dah siap...


tapi, kalau nak lagi sedap, tambahkan whipping cream dan hias lagi dengan lebihan buah-buahan atau coklat..


Selamat mencuba... :-)

baju raya

Assalamualaikum...

Hari ni dah ramadhan ke 11 ye kawan2.. alhamdulillah... kat radio pun dah pasang lagu raya. biar betik.. dulu seingat aku pasang lagu raya selepas 2 minggu puasa. now dah berkumandang? for me, untuk hari ke 11 ni tak de rasa excited sangat nak raya. may be belum sampai feel tu lagi kot tapi jalan TAR dah 2 kali aku pegi :-p Ala, pegi pun masa hari Jumaat dan semalam aku pegi lagi untuk tukar capal aqil kepada saiz yang besar sikit.. tu pun separuh khemah je pegi. yang dekat2 dengan mydin aku tak sampai lagi .. hehe. 

Raya tahun ni baju raya aku tak cantik.. sedih.. huhu tak pela, gasak la. masa aku bercuti ke terengganu dulu, aku ada beli 2 pasang kain sutera, satu sutera satin biasa tu, satu lagi sutera creep.. for me cantik lah kainnya.. warna fevret kan.. sekali tu hantarlah pada sorang tailor part time. bila tengok sume baju yang dipakai, sume cantik2.. dan katanya memang amik upah jahit siap ada diploma lagi tak tahan.. sekali tu 2 bulan baju aku baru siap. dapat hasilnya tidaklah sediploma mana. siap kaki baju aku salah potong lagi. kan ke baju sutera ada kaki kan, kaki tu la salah. siap kat pesak ketiak bertampal ko... adui.. sedih tau. frust sangat sebab kain tu mahal dan cantik.  jahitan pulak memang tak capai standard orang ada diploma menjahit. kata experienced lama.. kalau rasa2 letak piping bengkang bengkok, tak payah la letak..gitu..

Aku dah suruh dia alter baju tu sebab besar gedabak. lebar lengan aku patutnya 7 inchi je, siap2 8 inci setengah ok. nak suruh kucing masuk ketiak aku ke.. lama juga masa untuk diambil untuk alter. dari sehari ke sehari tanya baju dah siap alter.. asyik lupa nak bawa. hasilnya?? hanya bukak sikit je sekadar cukup syarat.. aku tak puas hati, lansung hantar ke tingkat 3 di maju untuk betulkan semua baju tu. ntah apa jadi bangla tu wat kat baju aku, harap2 kecikla sikit dan aku boleh pakai. huhu.

Nasib baik ada 2 lagi baju lain semalam aku dah amik kat tailor mara. tapi kain yang aku pilih tu tak semenggah pulak warnanya.. kusam je.. huhu.. tapi tailor tu buat memang cantik, jatuh je baju tu, terletak la kat badan ni.. Aku  tengok mood nak jahit sendiri boleh je, harap tak lupa la skill menjahit tu.. tapi mood tak mari, nak baiki suar koyak hasben aku pun tak jalan2.. 

So, untuk menaikkan seri baju kusam tu, aku buka balik beg manik aku.. wargghh... malas nya nak menjahit manik tapi apa kan daya.. 2 pasang tu nak kena pulun.. baju kurung aisyah pun tak de lagi. tengok2 kat jalan TAR semalam, sume tak cantik. banyak baju melayu baby boy ada la, cute je..

Oklah tu je luahan perasaan ku..

sekian, terima kasih.

Monday, July 30, 2012

menu weekend lepas

Assalamualaikum...

Dah petang baru nak update blog kan. Weekend lepas aku masak2 sendiri kat rumah. memang tak keluar rumah pun. dua hari duduk dalam rumah je.. kelas mengaji pun tak de. hari sabtu, masak nasi ayam. oohh ada keluar, gi carefour :-) beli barang2 nak buat nasi ayam dan yang seangkatan dengannya.. nasi ayam ni agak lama juga lah tak masak.. lama semenjak puasa lepas kot.. tu yang aku main masak ingat2 lupa tu..  tapi alhamdulillah menjadi.. aku masak 2 pot kasi kat pengasuh aisyah sikit. esok nya dia kata sedap nasi ayamnya. tersenyum sampai ke telinga.. alhamdulillah la sedap.. kadang tu time masak ni berdebar juga la kan takut tak sedap, ntah apa rasanya.. tapi bila menjadi alhamdulillah :-) makanlah sampai sahur. hehe.. pun sedap juga :-)


Hari ahad pulak, aku memang dah berangan nak buat manisan.. so godek2 resepi yang agak2 yakin, try lah triffle puding.. berdebar juga sebab tak pernah buat. pernah makan je itu pun sekali :-) sebenarnya nak cuba mangkuk kaca baru beli kat SOGO.. hehe...

ni puding triffle peach first time buat... jadi.. alhamdulillah. resepi later ye ... sejuk je masuk tekak.. dah bahagi2 di opis dan tinggalkan sikit di rumah.

Aku kan lately bila time buka haus sangat.. pembukaan puasa saja dah lepas 2 gelas air berais.. pastu nyesal minum ais. huhu.. aku kan pantang sikit ais nya.. lepas minum rasa bersalah.. tapi tu la pelega tekak.. huhu.. rumah ku memang tak de air peti. hasben aku la kalau dia nak minum air batu, dia buat sendiri ketul ais tu letak dalam gelas.. kalau time buka, memang dia ajk buat air dan basuh periuk sume. hehe.. comel tak :-p

Okey, hari ni pulak, tak masak.... dah beli tapau nasi beriani lauk ayam dan kambing. wangi je bau dia masa lalu kat MARA tadi.. terus beli dan amik kau harganya RM 19.50.. Dah hari ke 10 bazar ramadhan tidak pernah dijenguk lagi...

Sekian, terima kasih.


Wassalam

Saturday, July 28, 2012

capal raya

Assalamualaikum. .

Ni capal raya aqil. Aku beli kat jalan tar rm 15. Tapi dia tak nak pakai, sibuk duk kata tak muat. Memang la tak muat, terlebih sikit kaki dia. Tapi dia memang tak nak pakai. Dia lagi selesa pakai selipar tom and jerry yang dah buruk tu. .

Hai lah anak. Bila dah pandai memilih, macam2 ko kan. Nasib rm15 je..  nampaknya kena beli yang lebih kurang dengn tom & jerry tu.. Yang lama dah buruk benar, tak sesuai ok. Anak aku ni pelik, bukan jenis pakai kasut. Pakai selipar ok. . Banyak cekadak meh ini abang. Huhu

Published with Blogger-droid v2.0.6

Friday, July 27, 2012

Hidup lesen

Assalamualaikum..

Mujur teringat. Hari ni tarikh lesen memandu aku tamat tempoh. So, berjalanlah kita ke JPJ di tingkat 2 bawah maju ni.. sekali tu, sistem down lah pulak.. Malas nak tunggu sampai sistem ok, aku pun berarak ke post office depan maju.. yeay, tak ramai orang... Tekan no giliran, sekelip mata no ku dipanggil.. terus ke kaunter..

dia kan dah tukar sistem ikut hari lahir kan. sepatutnya aku kena bayar RM 30 untuk setahun, lesen kereta dan motor juga. (ye, ada lesen motor juga tapi dah lama tak bawa motor, tak reti dah kot nak bawa sendiri) So, tadi aku hidupkan untuk setahun je.. Pastu bila nak ikut birthday punya pasal, pro-rate la, kena la RM 47 dah termasuk caj RM 2 kot tadi.. 


Ni je nak tunjuk sebenarnya. hehehe.. gambar dalam lesen memandu.. lepas SPM kot ni dalam 17-18 tahun ni.. sweet 17 gituww... baru nak belajar pakai gincu, tu yang terjuih je bibir tu. haha. Belum tukar2 lagi ni, alamat pun masih di Johor.. Gambar IC kira ok lagi sebab dah pernah masuk gambar baru, masa tu belajar lagi kot, tukar IC.. IC yang terbaru ni belum tukar lagi.. ntah bila nak tukar tak tahu lah. JPN pun dah pindah dari sini. huhu..

ok. Hari ni jumaat kan.. nak gi jalan2 kat Jalan TAR.. bersemangat weih.. siap kelas tadarus cancel hari ni ramai yang tak de.. sabo je lah.. ok. wassalam...

Thursday, July 26, 2012

dermatologi

Assalamualaikum..

Tadi pagi ada appointment kat Klinik pakar dermatologi untuk aqil.. Perkembangan aqil sekarang ni, oklah dah pudar skit.. even dia tak nak pakai hydrocort tu.. sabo je lah. bila dipakai disapu balik, dia tak suka bau kat atas mulut dia tu. tu la geram tu. nak tunggu dia tidur, aku yang tertidur dulu. huhu. jadi ubat itu adalah tak luak lansung.. 

So hari ni follow up saje lah, tak de amik ubat pun. Doktor cakap boleh baik tapi takes time la.. insya-Allah. Bengkak tonsil aqil pun makin berkurangan tapi still nampak ada lagi.. masih on antibiotik. Lupa nak cite pasal tonsil tu. Doktor kata BIG NO NO NO pada coklat, gula-gula, air manis, aiskrim, dan makanan berminyak.. tu sume tu kegemaran dia la tu.. camana nak halang. tapi isnin dan selasa tu boleh control lagi. tapi semalam ada goody bag dalam beg sekolah dia, macam2 la jajan dalam tu. habis melalak nak makan sume. nak tak nak, kasi sumi je sebijik. yang choc dan biskut tu memang nak kena sorok...

ni gambar pagi tadi. suka dia gi hospital.. nurse kata aqil macam pak lawak :-)

 sibuk dia nak pakai spek rabbit belakang tu.. sabo je la...

inilah budak manja kesayangan ibu ni.. dah ada adik pun masih "ibu ibu ibu"

ok bye. wassalam

Wednesday, July 25, 2012

Diari puasa : hari keempat

Assalamualaikum..

Teruknya batuk di bulan.. Tak dapat minum air, terpaksa lah menahan perit. hidung pun selsema bila ntah nak baik. now satu keluarga dah kena termasuk the latest mr hubby..

Apa menu semalam ye. Semalam masak yang simple2 aje. yelah hari bekerja ni tak sempat nak masak lebih-lebih.. Semalam jiran belakang dan pengasuh aisyah kasi kuih. Alhamdulillah rezeki orang berpuasa. kat ofis pun dapat kuih juga dan buah tembikai... tiba2 je satu meja dah penuh. Aku masak sambal sardin, telur dadar rangup kesukaan ku, sayur kubis letak sos tiram.. Bila dah banyak2 macam tu, dan dimulai dengan makan kuih dulu, mulalah nasi berbaki dengan banyaknya. aku masak nasi tak sampai 2 pot kecik tu... tapi sebab dah buka dengan kuih, nasi tak berapa nak laku.. tak pe, simpan untuk sahur.

Sebenarnya ada lagi satu lauk aku tak hidang iaitu ikan singgang. Buat untuk budak bengkak tonsil tu, tapi dia request nak makan bubur mcd pulak.. so lauk ikan singgang tu aku ingat nak wat buka hari ni la makan dengan budu baru dapat ni :-) 


Bengkak tonsil aqil tu alhamdulillah nampak berkurangan..  dah 2 hari dia bangun lepas kitorang habis sahur. terus tak tidur nak tengok tv. dan aku pun lepas sahur tak tidur2 dah.. sampai ofis tidur kejap.. nak tidur atas motor kang tergolek pulak. hehe..

okelah, nak gi tadarus dulu. now waktu rehat tak kuar ofis pun. tunggu jumaat la kalau nak berjalan ke Jalan TAR sana.. mak aku tepon dah kirim belikan kain alas meja. huhu..

Ok, sekian. wassalam..

Tuesday, July 24, 2012

Ramadhan dan Susu ibu

Assalamualaikum..

Ibu-ibu breastfeed.. bagaimana production uols di bulan puasa ini? ok tak? For me, setakat hari ini, boleh la macam biasa je.. Ada naik turun. Kalau lebih pun, lebih sikit je, kalau kurang, kurang banyak. hehe.. tak pe, stok ada kan :-) tu kalau yang ada stok. kalau yang tak de stok camana pulak? kalau yang tak de stok, waktu malam boleh usahakan memerah lagi ye. Jangan nangis2 susu tak de ye, just cool.. :-)

ok ni hasil susu pagi tadi.. botol dah habis, so terpaksa la combine terus jadi 9oz.  
Aisyah minum sekali teguk 4-5oz aje..

Di bulan puasa ni, penat juga nak cover minum air di waktu malam.. kalau nak menten susu, air kena minum banyak2.. Tapi bila asyik minum air, asyik la nak terkencing je. kalau time sahur tu, kembung perut minum air je. hehe. selain dari itu, kurma pun kena makan. Aku ni bukanlah peminat tegar kurma, tapi sebab sunnah nabi dan juga sebagai milk booster, makan lah juga barang 2-3 biji. sikit kan.. huhu. Tu la aku ni tak boleh terlepas sahur. kalau terlepas sahur melembik la diri ini..

Sekarang ni pun tengah memerah susu untuk sessi petang.. memang ada kurang sikit la.. dalam 2 oz gitu.. Tapi seperti biasa, hasil dari 4 botol fresh yang aku dapat ni, satunya akan ditukar dengan Stok beku.. nak gilir2 kang expired susah pulak. Tu la aku tak risau even aku dapat sikit, aku ada back up stok. Alhamdulillah.. Dulu, yang merisaukan aku bila kena kursus lama2, macam tu barulah licin stok susu yang tak berapa tu..

Itu saje perkongsian pada kali ini. Banyakkan minum air, banyakkan makan kurma, fiber seperti sayur-sayuran bijirin2 dan yang seangkatan dengannya. Diriku ibu yang biasa2 saje hasil productionnya..

Sekian, wassalam 


Diari puasa : Anak-anak

Assalamualaikum..

Pagi ni hujan renyai. Dah nampak langit gelap dari dalam rumah lagi. Takpe, naik juga motor. sampai suku jalan, dah renyai. Mr hubby suggest patah balik naik kereta pegi keje. Aku kata tak pelah, sikit je hujan ni.  Mentang2 duduk belakang tak kena sangat tempias nya. Tapi sekejap hujan sekejap tak hujan. samapi kat AKLEH, terus hujan agak renyai. sakit kulitku yang halus mulus ni terkena percikan hujan yang tajam2 bila di bawa laju :-p

Tadi kan atas AKLEH ada accident. MyVi, mercedes dan penunggang motorsikal. Semuanya yang terlibat, Melayu. sian. Yang kesian penunggang motor tu, berdarah atas jalan, keluar dari kaki kot. Kesian sangat, May be MyVi dihentam belakang oleh Merc dan motor tak sempat brek, langgar lampu belakang merc.. tu lah yang paling takut sangat bila naik motor. Dah sampai ofis, lega sangat, alhamdulillah..

Tapi yang paling syok nya time balik, memang hazab la semalam sape yang beroda empat.. Alhamdulillah, petang semalam cerah. Kereta seperti biasa di bulan puasa sangatlah hover jemnya.. aku yang naik motor ni pun takut tersagat lutut di celah-celahan kereta tu.. Semua berkejar-kejar nak balik..

Dan anak2 ku di bulan puasa pulak lain ceritanya.. Aqil bengkak tongsil.. Sian tengok leher dia. belah kiri bengkak macam telur.. belah kanan macam guli. Tidur pun berdengkur sebab saluran tekak dia dah jadi sempit. Semalam demam sikit. pastu dah tak demam dah. Pegi lah klinik dapat ubat antibiotik, ubat demam dan ubat sakit tekak. Dia makan ok je. tapi kalau kita lah yang kena, sebenarnya sakit juga nak telan tu kan. tapi dia budak lagi, apalah yang dia tahu.. Lepas makan ubat semalam, terus dia tidur. Sian pulak tengok. dah la baru potong rambut, macam orang sakit je.. huhu.. Hope aqil cepat sembuh ye. risau tengok 'telur' di leher nya..

posted in my instagram.. syok la pakai instagram ni :-) 

Aisyah pulak, semalam kelam kabut memasak berdua dengan dia. Ayahnya bawa aqil pegi klinik. Nak kasi dia ralit tak kacau ibu dia masak, aku kasi la main senduk, main storage botol dia tu. kejap je ralitnya. selebihnya nak berdukung. masaklah aku dalam keadaan kelam kabut gitu.. tak lama tu ayah dia balik.. Time berbuka pun sama. dia nak tidur agaknya. Sekarang kan dia dah pandai meniti.. jinjit2 kaki dia pegang meja. pastu tergolek.. apa lagi meraunglah dia.. aku pun makan yang simple2 je lah like makan betik dulu.. gilir2 lah makan. gitu lah orang beranak kecil ni. bersabar jelah menghadapi karenah anak2 ni kan..

cak... 

wassalam..

Monday, July 23, 2012

Diari puasaku : 3 ramadhan

Assalamualaikum...

Dah 3 hari kita berpuasa kan. aku masih lagi batuk2 dan selsema.. huhu.. sian anak2 ku pun selsema juga. Ok hari ni kami naik motor gi keje :-) cerita naik motor time puasa baca kat sini ye.. gambar naik motor tak de sebab beg dan henfon duduk dalam bakul. haha.. kalau tak mesti dah boleh tengok aku pakai helmet dengan tudung awning camana.. habis ku jaga awning ku ini.. sampai opis, terbengkok aku punya awning ni.. hehe berdebar juga yelah dah lama tak naik motor sama2. tahun lepas berpuasa kami naik kereta, tukar jadual waktu masuk pukul 7.30.. ni dah hujung2 bulan tak boleh tukar waktu, tunggu masuk bulan baru, barulah boleh tukar ke 730..

Alhamdulillah selamat sampai ke opis. tapi yang merisaukan adalah time nak balik je lah. sekarang kan hujan petang. Harap2 la petang ni tak hujan.. kalau naik kereta, memang beratur dan terseksa zahir dan batin mengadap jem. dah sume orang nak cepat kan. aku pulak berangan nak masak. tak feel la beli2 ni.. hehe.. tapi cubaan juga tu dengan nak makan dan budak cenonet tu sama naik nak panjat2.. huhu.. tak tenang ok..

Ok, review puasa ku yang pertama dan kedua. puasa pertama ku petang tu memang dah lembik. memang tak larat aku. tahu nak baring je.. dengan aisyah yang menyusu lagi.. kami berbuka di rumah mertua. nasib baik sebab memang aku tak larat sangat. huhu. MIL dah siap2 masak pun. sahur pulak, pukul 5 bangun makan je. aku pun makan la lama2 sampai pukul 530.. hari kedua pulak (ahad), masih berbuka di rumah MIL. konon nak balik tengahari, sekali tu tak jadi.. balik lepas buka. bersahurla kami dua orang pagi tadi.. alhamdulillah. lauk tapau juga :-p

Okey, now hari ni, dah pikir dah nak masak apa since jumaat lepas. hehe.. ikan sume dah bawa turun bawah.. korang nak masak apa hari ni? aku ni kan entry sebelum ni ada tulis azam aku puasa tahun ni camana kan. oleh kerana first day tu dah kelembikkan, waktu buka tu pulun air gokgokgokgok :-p pastu makan pulak tak hiraukan anak dah. hehe. buruk tul perangai, tak leh nak control. lepas masuk makanan je terus rasa segar, boleh lompat bintang banyak kali. hehe. pastu bila hari kedua, alhamdulillah dah tak terasa kelaparannya..

Okeylah.. tu je nak share dengan korang sume.. selamat memikirkan nak masak apa ye Puan2 sume :-)

wassalam :-)



Saturday, July 21, 2012

diari puasaku 2012 : salam ramadhan

Assalamualaikum. .


Ahlan wasahlan ya ramadhan. Ramadhan datang lagi :-) 1 ramadhan suasana sunyi sepi dari pagi tadi. Apa korang buat ek. Macam aku, pagi tadi pkl 9 pergi kelas mengaji, pkl 11 balik, terus buat kerja rumah. Now aisyah dah tidur. Tapi yelah, 1st day puasa terasa lemah sedikit. Tapi, kerja tetap diteruskan slow& steady. .


Sebelum tu, nak minta maaf pada sahabat2 alam maya sekiranya ada penulisan ku ini menyinggung perasaan korang. Selamat berpuasa semua. Kisah yang tak best untuk diriku ialah, plan dah laaaaamaaaa nak balik kluang sambut 1st day puasa. Tiba2 kereta masuk bengkel nak baiki ekon je, tak siap2 sampailah hari ni. Takkan nak balik naik kancil. Boleh tapi tak selesa lah sikit. Kancil tu dalam kl ni boleh tahan lagi la, tapi perjalanan 4 jam dengan anak2 macam tak berani la pulak. .


Tak pelah, xde rezeki. Kita tunggu nuzul quran pulak.aiman pun balik time tu.. So petang ni, berbuka dan tidur di lenggeng rumah MIL.. So it's mean menu berbuka adalah tak tahu :-) dan kedatangan ramadhan di mulakan dengan batuk dan selsema. Dugaan. . Si kenit gegel pun sama meleleh je. Berjangkit la ni. .


Azam berbuka tahun ni tak nak membazir mengidam macam2. Hihi. Dulu pun sama - pregnantkan aisyah, cuma pantang tengok karipap & tepung pelita mesti beli. . Makan waktu berbuka pun insyaAllah nak sikit2 je pastu solat. Pastu baru sambung makan.. InsyaAllah. .


Terawikh? Memang tak dapat berjemaah di surau/masjid. Tapi aku sedaya upaya nak juga solat sendirian di rumah. . InsyaAllah harap dipermudahkan. . Nak juga bertadarrus dan mencari peluang sekiranya ada. .


Okey kawan2, moga puasa kali ini lebih baik dari tahun sebelum2 nya. Moga ditingkatkan iman kami, ditambahkan kesabaran sepanjang berpuasa. .


Sekian, wassalam


Published with Blogger-droid v2.0.4

Thursday, July 19, 2012

Snow puding

Assalamualaikum..

Selamat pagi semua. hari ni dah masuk opif balik. hari ni juga ada sambutan ramadhan di tingkat aku ni.. pot luck la masing2. unit kami bawa soto.. so sorang sikit la bahagi2 tugas.. aku kan kena celur bihun.. so pagi tadi bangun cepat juga dalam pukul 6 pagi dah tercegat kat dapur. hehe.. 

malam tadi pulak, aku cuba buat snow puding untuk kali ketiga. stoberi banyak aku beli kat sogo hari tu, tapi tak tahu nak wat apa, kita wat puding je lah. dan untuk kesekian kalinya puding ku ini haaaammmmmpiiiirrrrr nak jadi la tapi belum sempurna .. 70% je jadi. 30% masih boleh diperbaiki dari segi strukturnya :-) dulu aku buat juga, tapi tak keras pulak lapisan putih. terus aku buang.. semalam, yang layer putih tu jadi, tapi layer stoberi pulak tak keras.. banyak cekadak betul.. satu sebab aku terbahagi dua serbuk agar2 tu. konon nak testing sekali tu, amik ko tak keras sangat..

Tak pelah, nak tak nak bawa juga la ke opis. terimalah dirinya seadanya.. hehe.. tak pe2 masih boleh diperbaiki lagi di masa hadapan. sian orang rumah ku tak dapat rasa. aku pun tak rasa lagi camana rasanya.. kul 12 karang baru stat majlis nya.. 

tengoklah sememeh je lapisan pink tu.. masih boleh diperbaiki.. 
resepi amik dari blog kak ita masam manis..

lain kali boleh buat lagi sampai cantik tulus mulus. usaha tangga kejayaan :-)

bye.

wassalam :-)

Wednesday, July 18, 2012

air oh air

Assalamualaikum..


Yeay hari ni last kursus. Boring gila kursus risk management ni. . Buat reporting. Tapi bagus juga dapat lah tahu sikit2 apa dia risk. . Lesson learn, lepas ni kena pilih kursus yang sehari je. Tak mo direct 2-3 hari. Sangap ... Camana la kalau masuk kelas belajar lagi.:-P


Esok, ofis ada buat bacaan yasin menyambut ramadhan. So ada makan2. Tugasan dibahagi sama rata. Aku kena celur bihun. Tapi aku pun berhajat nak test satu lagi puding. Dulu buat tak jadi. Nak try lagi la. Siaplah kawan2 aku kena rasa puding eksperimen ku kalau jadi la. Hihi


Lagi, hari ni alhamdulillah. Selepas 3 hari tidak melepas, berjaya juga dia dilepaskan. Aku kan ada masalah perperutan. Dan bila memerut, masalah lain yang datang. Tapi, hari ini dengan hati2 aku melepaska .. Tiada masalah lagi. :-) kejadian ini berlaku semasa aku mengandungkan si gadis. Dan bila dah berlaku, susah nak baik.


Oleh itu, rentetan dari masalah itu, aku mula minum air sebanyak hampir 3liter sehari. Hampir ok. Asyik mengencing je. Dan hasilnya sangat membantu. Aku ni consider banyak juga minum air. Yelah menyusu kan. Tapi bila weken aku jadi lupa minum banyak air. Jadi, aku akan pastikan aku minum 2-3botol besar tupperware air masak sehari.


Dan, aku jarang kena ulser. Now i'm having it. Seronok rasanya ulser di gusi!!! Dah nak masuk 2 minggu nape tak baik2 lagi. Naik kembung perut duk minum air je. Praktisla ibu2 menyusu minum air yang banyak. Nanti bulan puasa senang nak terima air yang banyak di kala malam.


Sekian. Wassalam.


Published with Blogger-droid v2.0.4

Tuesday, July 17, 2012

tren dan si gadis

Assalamualaikum. .


Hari ni aku kursus 2 hari sampai esok.. Banyak idea juga nak update tapi tak pelah tunggu tenang2 dulu.


Pagi tadi, dari rumah naik lrt terus sampai tempat kursus.. Hai punyalah ramai orang. Berhimpit. Aku dengan bag laptop (kena bawa), cooler bag, handbag dan botol air.


Lama2, mereka2 ini makin berat di bahu di tambah2 dengan keadaan tersepit. . Orang yang dapat masuk tren sume tak nak gerak dalam lagi. Sume berebut tiang nak pegang takut jatuh. Sabo je la.


Ada pulak mamat ni masuk ketiak bau tak ingat.. Hala ke hidung aku. Aiyak. . Ni tak boleh jadi. Gerak la je dalam sikit. . Pakai la deodorant ane oii.. Tak pun kurangkan makan bawang tu. Atau dia memang suka bau cenggitu kot.. Pengsan..


Tak lama tu, ramai orang turun kat masjid jamek. Yeay boleh duduk.. Sakit bahu ku.. Mujur la esok mr hubby dah ada. Tak koser nak naik tren lagi dengan bag banyak tu. .


Semalam kan kelakar bila diingat balik. Seperti biasa tidurku  diapit oleh si gadis dan si bujang. Si gadis menangis tengah malam. Aku ni tak perasan dia tidur kat mana. Angkat la dalam gelap. Sekali tu terkena cahaya lampu luar, aqil rupanya yang aku angkat. Kelakar muka dia tengah tidur. Patutla berat je ibu angkat. Hihi.


Ok bye.


Wassalam


Published with Blogger-droid v2.0.4

Friday, July 13, 2012

menjadi survivor di SOGO :-)

Assalamualaikum..

Cita-cita ku nak berasak di sogo dah tercapai :-) aku kuar rumah kul 730 pagi, siap2 hantar aisyah dan aqil ke destinasi masing2, sampai di Sogo pukul 830 pagi.. sebelum tu, tengok orang dah beratur panjang di entrance utama Sogo.. Alhamdulillah dapat parking baik punya :-) Sebelum apa2 hal, baik aku pam susu dulu dalam kereta walau pun dalam hati ni cepatlah, aku nak beratur pulak ni. hehe.. cepat2 pam pakai manual avent dan jadilah dapat 5oz tu :-)

time beratur.. tengok rakyat malaysia tak reti beratur.. marah cina dibelakang ku..
Tujuan utama untuk ibu2 adalah di tingkat 4 ye, children's world.. wah memang heaven. sampai2 je macam tak berapa penuh.. elok je aku tengok lipatan kain baju sume. sekali aku pusing belakang, mak aih.. dah penuh dah orang.. aku pulak macam tak  berapa reti nak beli baju apa. pulakkk.. yelah, dulu kak long aku ada, aku terpengaruh juga dengan dia. sekarng aku sorang2, apa pun aku tak amik sampaikan orang dah padat, hanya bawa bakul saje..

Last2, tak boleh jadi.. aku pun memenuhkan bakul. harga dia?? hmm kena pandai pilih. ada yang harga dia sama je. percayalah sebab aku ni tiap2 minggu pegi sogo even ada sale kecik or sale besar. kalau nak beli, kena pandai tengok. kalau dia tulis 50% + 50% diskon, tempat tu  lah korang kena berebut.. aku sebenarnya malas juga nak berasak, tapi tu lah, aku ni cepat terpengaruh dengan orang.. aku pun join sekali. dapat tarik selai dua pun jadilah.. haha.. 

Kena tengok barang juga.. yang tadi aku rembat jeans poney untuk aqil.. okey juga kain dia.. dua pasang dapat RM 50.. ha.. terer tak ibu?? hehe. . aqil dapat lah 3 helai suar jeans, 3 pasang baju. kali ni beli baju kartun2. tak de dah baju belang2 dan plain saje. hehe. beli baju ben 10 dan spider man, sehelai je baju kemeja..

Bila dah anak dua ni, lain jantina pulak, aku ni dah tak keruan nak pilih baju. asyik duk pilih baju aqil je.. baju aisyah lupa dah... pusing punya pusing, dapat lah beberapa helai.. habis lah dalam RM 400.. mengikut bajet dah ni.. sorang 200 jer... maceh ayah aqil aisyah bagi duit poket .. hehe


rebut jangan tak rebut.. time ni kat area MIKI kids
Aku pun sampai terkagum dengan ibu2 ni.. sanggup berpeluh, berebut2 nak cari pilihan yang terbaik untuk anak2.. aku duk tepi je tengok :-)  seronok gak cam ni :-) Jadi orang laki jangan banyak bunyi la. harapkan korang nak berasak cam ni? ada yang runtuh rak baju tu, haha.. ada yang bakul lalu atas kepala, terlanggar2 sana sini, tapi semua orang kena fahamlah, jangan nak marah2 okey.. ada salesman tu cakap dengan kawan dia, aku rasa dah macam kat jalan tunku abdul rahman dah. hehe.. yelah.. elok2 diorang datang rambut bersikat elok, masuk tingkat 4, dah huru hara :-p

Kalau kat tingkat lain, mengikut pandangan ku, tak berapa nak padat tau. masih boleh rasa ekon, masih ada space nak bergerak. kalau tingkat 4 ni, hanya survivor saje boleh masuk.. hehe.. ada juga yang bawa anak, sian diorang, ada yang anak hilang, ada yang hilang ibu bapa. hmm.. kalau aku, tak kuasa nak bawa. lebih2 lagi dengan aqil yang suka main celah2 rak.. risau..

Okey, tiba masa balik. dah kul 12 lebih dah time tu. memang target aku kul 11 lebih tu dah boleh bayar. lama kan memilih? hehe.. mujur bawa cash, sebab mesin kad kredit dia biol.. may be ramai orang, so wireless dia tak dapat.. line telefon pun asyik tak de je.. okey, siap aku simpan barang dalam kereta, aku pun pegi redeem kupon. dapat lah dalam 4 keping RM 10. mujur tak over panjang orang beratur..


Pastu siap2 beli makanan dan aiskrim, balik. berdebar juga dengan rate parking berapa lah aku kena ni.. sekali tu dah total2, dapat free 3 jam!!! wah, bayar RM 5 jer... bagus2... kalau tak dulu aku kena sampai RM 18 kalau tak silap.. tapi tak pasti kenapa aku tak redeem.. may be pegi hari bukan sale kot..

Okey tu je cerita pengalaman di sogo hari ni.. manyak syok :-) belum belek2 lagi baju aqil dan aisyah ni.. kalau korang nak pegi, esok ada lagi. tapi, kalau tak nak terlibat dengan masalah parking, sila datang awal, kul 830 dah ada depan Sogo ok. kalau yang belum jadi member tu tapi nak pergi, jangan risau, kaunter untuk new registration sentiasa ada.. dah macam ejen sogo la pulak :-)

Okey itu je.. bye. wassalam


Thursday, July 12, 2012

esok nak shopping

Assalamualaikum..

Pagi ni ada meeting kejap je lagi, habis separuh hari dah kat meeting tu.. perut lapar pulak tu. dinner malam tadi kira awal jugak lah. mood pagi ni adalah mengantuk.. nak tidur je rasa.. 

Hmm besok pulak aku cuti.. Ada member sale kat Sogo 13-14 julai ni!! ni bukan sebarangan sale. chewah.. sale yang orang beratur nak masuk pastu yang tingkat 4 ke tingkat 5 ntah yang jual baju kanak2 tu penuh dengan orang sampai ke escalator.. bila dah padat, ekon pun tak rasa... memang ibu bapa kerumun kat situ je lah. termasuk lah aku. hehe.. tahun lepas aku pegi time tu aku kena chicken pox, last day aku mc, kena terjah juga. tahun lepas anak sorang jer.. beria aku pegi juga. tahun ni anak dua. eh lagilah kena terjah :-)

Murah sangat ke? for me, murah juga compare dengan tempat lain2.. tapi esok kena pegi awal2 la macam orang nak gi keje tu.. aku join sekali la en suami aku keluar rumah. masak kalau terlewat sikit, habis lah tak boleh masuk tingkat 4 tu.. eh bersemangat pulak.

Bulan puasa tak koser la aku nak bershoping2 bagai nak rak. shopping santai boleh la. baju budak2 kena la banyak sikit kan.. bukan selalu beli baju jalan diorang.. baju mak ayahnya, hmm bila2 boleh beli kot. hehe.. betul lah, bila dah beranak pinak ni, utamakan baju anak dulu..

Haa.. tu je lah citenya. pastu petang esok aku ada jemputan kat opis lama.. nak sangat pergi tapi maluwwwww... :-p insya-Allah datang berseorangan kot.. memang dah lama tak pegi, pegi dulu time nak buat pelarasan gaji, laju je aku pegi. hehehe..

Ok bye.

wassalam :-)

Wednesday, July 11, 2012

Bubur si cilik - bubur ikan bilis, kentang dan brokoli

Assalamualaikum..

Dah tak reti nak campur apa dalam bubur aisyah. ikan dan ayam dah lepas dah. now duk ulang2 yang itu je la pun. hehe. tapi semalam, try ikan bilis pulak sebab ayam atau ikan tiada dalam freezer.. ikan bilis pun bagus apa, kalsium :-)

Semalam, kami tapau je dari kedai. so ada masa sikit petang tu nak prepare makanan untuk aisyah sebab stok bubur dia dah habis.. ayahnya nak kuar malam tu, cepat2 la siap kan apa yang patut. 

mula-mula, renehkan beras, agak2 dah kembang masukkan kentang yang telah dipotong dadu
 bertuahnya saya sebab steamer tupperware yang baru di beli ni sangat membantu nak kukus benda2 comel macam ni.. letakkan steamer atas periuk yang sedang mereneh beras tadi, kukus la brokoli ni. kenapa kukus? kenapa tak masuk je dalam bubur dan kentang tu? ni nak elak over cooked yang akan menyebabkan hilangnya khasiat2 brokoli tu...

comel kan.. hehe.. berbaloi2. bukan takat sayur aisyah je, macam2 boleh buat :-)
di samping itu, rendam kan ikan bilis yang telah dibuang tahinya. jangan buang tulang, itulah kekuatannya :-)
sangai/ gorang tanpa minyak dalam kuali comel :-)
dah siap sangai, blend kering.. pastu, tapis sehingga menjadi serbuk halus. bukan apa, takut tercekik anak nanti. sian dia..
pastu, ikan bilis yang tak berapa nak halus tu, aku campur dengan brokoli yang telah selamat dikukus ni.. guna sampai maksima . hehe.. letak air sikit  nak kasi smooth :-)

tuang ke atas bubur dan kentang yang bakal dilenyek. aku suka pakai penapis ni, malas pulak nak blend pakai blender. pastu kadang blender pun tak hancur sangat.. yang ni dijamin insya-Allah halus.. masa aqil dulu, aku pakai penapis ayak tepung, habis terbarai dah maknya melenyek dengan sekuat tenaga. hehe. so kalau nak beli, beli yang besi kukuh sikit...
gitu rupanya.. campuran brokoli, nasi dan kentang
lenyek2 dengan senduk. ni pun nak cite ke.. hehe. penat juga aku melenyek bubur ni, yelah kentang kan, tebal juga nak ditapis.. 
see.. bawah penapis tu, hasil setelah dilenyek2... kalau ada yang belum hancur like ikan bilis tu,  ku buang saje. hehe

taburkan ikan bilis yang telah dikisar halus tadi.. no salt, no sugar.. original flavour masak dengan kasih sayang untuk anak ibu ni.. makan jangan tak makan. tapi bubur yang ni, macam kurang sikit rasa ikan bilis tu, may be ikan bilis sikit atau rendam lama sangat ikan bilis tu.. ni stok 2-3 hari kot untuk dua kali makan..biasa bekalkan aisyah 3 sudu besar, habis.. kalau bubur ni macam pekat sikit dan anak macam susah nak telan, tambahkan air..

Selamat mencuba untuk ibu2 dan bapa2. menu simple aje :-) saje je lah rajin snap step by step, dapat masak dengan tenang, aisyah tidur awal semalam :-) Kalau korang ada resepi menarik, boleh la share di sini.

Sekian, terima kasih.

Wassalam..


LinkWithin

Related Posts with Thumbnails