Friday, June 29, 2012

the little girl

Assalamualaikum..

Salam hari Jumaat kawan2.. cepat je masa berlalu kan.. minggu depan dah Julai.. begitulah juga dengan perkembangan my little girl ni.. dari zaman baby yang tak tahu apa2, hanya tidur dan nenen je, now dah menunjukkan perkembangan yang baik.. macam2 akal budak kecik ni.. dulu kalau kita agah, dia tengok je muka kita.. 

Tapi itu dulu.. sekarang sudah pandai maaa... nampak muka ibu dia, terus sengih2, macam lah ibu nak dukung dia, padahal ibu lalu je. hehe.. kalau aku nyorok2 dari dia terus nangis. dah kenal ibu ye sayang.. so sweet... bila time tidur kan, sebelum dia tidur tu, kalau aku ngadap sama2 dengan muka dia, dia usap2 muka aku. hehe.. sweet lagi :-)

Perangai dia lain sikit dari aqil ialah dia suka main tangga.. haa kecik lagi tu dah menunjukkan minat ke tangga. mula2 aku ingat sebab ada barang kat tangga tu yang dia duk situ, bila aku alih, tak de barang pun, dia masih juga di situ. ayarkkk.. camana ni.. malas pulak aku nak beli pagar sekat2..

Dia kan dah pandai merangkak, duduk je tak reti lagi. tapi dia dah pandai memanjat.. adui seriau tengok. takut terbalik ke belakang je.. suka makan kain tu aku dah pernah cite dulu kan. semalam aku tengok dia makan stokin ayah dia.. huih.. nasib la kamu nak. sabar je lah..

Pemakan budak nya.. apa je makanan, nganga.. aku pun sampai tertanya2 tak kenyang ke, padahal aku rasa agak banyak untuk budak seusia dia untuk makan banyak gitu.. last2 cukup la semangkuk saje untuk 2 kali makan sehari. air masak, tak nak ye, kalau aku kasi, dia macam main2 je lah..

 main bawah meja pastu tak reti keluar.. hehe

hehe
nak kacau abang jap :-)
tara.. saya datang :-)
 haa.. kan ke saya dah kata saya terer memanjat sekarang ni.. 

Ha tu je lah yang aku ingat setakat ni.. nanti kalau ada lebih2 yang aku ingat, aku update lagi kisah aisyah humairah ye.. tata.. 

wassalam :-)




Thursday, June 28, 2012

Macaroon

Assalamualaikum..

Hallu dan selamat petang.. sape pernah rasa macaroon? for me, this is my 2nd time merasa macaroon.. first time masa adikku tunang, salah satu hantarannya adalah macaroon.. aku lah yang tukang menghabiskan macaroon yang manis itu.. hehe. sweet tooth sungguh.. mula2 aku rasa macam biasa je menda alah ni, pulak tu rasa gula semata.. hmmm macam tak sepatutnya mahal seperti yang dijual. sebab for me basic ingredients for this thing is putih telur plus mende lain. mungkin yang menyebabkan mahal sebab susah nak buat kot.. 

 antara cookies yang tengah top sekarang. geng dengan red velvet, rainbow cake and pavlova..

penulis malu menunjukkan rupanya.. haha.. bukan, saiz macaroon tu sebesar mata aku.. hehe..

 tara.. cakk .. hehe..

inilah 3 jenis macaroon yang aku beli tadi..

actually 5 biji hari ni aku beli tapi sebab sedap, aku pegi ulang beli balik lagi 3 biji.. nak tahu tak harga sebiji macaroon ni berapa?? RM 2.30 sebiji tau.. mahal gak eh.. hmm kawan2 aku makan katanya macam tak berbaloi sekali ngap eh dah habis.. macam tak cukup.. tu yang aku pun tak berapa nak offer. hahaha.. jahat.. yang ni perisa stoberi, lemon and bluberry.. for me, sedap jek.. hehe.. 

Oleh kerana harganya mahal, membuatkan aku rasa nak buat sendiri je. aku pun dah lama simpan resepi tapi belum buat2 lagi. takut tak jadi. hehe.. tak pe, one sweet day i'll do it :-)


Ok bye. wassalam



Eggless Chocolate Cake

Assalamualaikum...

Tinggalkan hari yang berserabut semalam.. Selamat datang khamis :-) Puasa ke korang? Aku tak berpuasa hari ni. huhu.. kepada yang berpuasa sunat/ganti, selamat berpuasalah ye..

Okey, petang semalam, selepas buat makanan untuk aisyah iaitu kentang lecek disiram dengan susu dan butter, aku beralih kepada membuat chocolate cake.. Mengulang balik buat kek coklat ni sebab nak menghabiskan topping ganache yang masih berbaki..

tapi pada kali ini, aku menggunakan resepi dari Joy of Baking.. aku pun refer kat youtube juga, best je tengok dia buat.. dan ingin ditegaskan sekali lagi, kek coklat ini sangat mudah membuat nya!!!! kepada sesiapa yang ada oven baru dan masih menjadi tukun, sila panaskan oven anda dengan mencuba resepi ini.. hehe..

Ingredients :- 

1 1/2 cups (195 grams) all purpose flour - aku pakai tepung biasa
1 cup (200 grams) granulated white sugar - ada sesetengah resepi pakai brown sugar
1/4 cup (25 grams) unsweetened cocoa powder (not Dutch-processed), sifted - aku pakai van houten
1 teaspoon baking powder
3/4 teaspoon baking soda - aku pakai soda bikarbonat. sama tak?? hehe
1/4 teaspoon salt
1/3 cup (75 grams) unsalted butter, melted - aku pakai buttercup
1 cup (240 ml) warm water
1 tablespoon lemon juice (or vinegar) - aku ada lemon kat rumah, tenyeh lemon sudah :-)
1 teaspoon pure vanilla extract

Chocolate Frosting:
6 ounces (170 grams) semi-sweet chocolate, chopped
3/4 cup (180 ml) heavy cream (35% butterfat)
1 tablespoon unsalted butter, room temperature

Baking method :-


Preheat oven to 350 degrees F (177 degrees C) and place rack in center of oven.
In an ungreased 8 inch (20 cm) square cake pan, stir together the flour, sugar, sifted cocoa powder, baking powder, baking soda, and salt. - campur semua bahan2 kering tadi, gaul sampai warna dia menjadi sama rata..

Add the melted butter, water, lemon juice, and vanilla extract. With a fork, mix all the ingredients together until well blended. pastu, barulah tuang yang bahan basah ke atas adunan kering tadi.. kalau agak2 dia macam berketul, aku tapis dulu sebelum di tuang ke dalam loyang.

Bake in preheated oven for about 30 minutes, or until the cake springs back when lightly pressed and a toothpick inserted in the center of the cake comes out clean. Remove from oven and place on a wire rack to cool.

Frosting: Place the chopped chocolate, cream, and butter in a heatproof bowl. Place over a saucepan of simmering water and melt until smooth. Remove from heat and let stand at room temperature until it is of pouring consistency. Then pour the frosting over the cooled cake. Let stand until frosting has thickened.


satu bekalan untukk u dan satu bekalan untuk en suami di bawa ke ofis..

Percubaan kali ini, JADI!!! :-) hari tu aku buat tak naik, tapi kali ni naik elok :-) Selamat mencuba... 

Wassalam..




Wednesday, June 27, 2012

mode bengang

Assalamualaikum..

Nak kata stress tapi tak delah stress mana. tapi agak menyerabutkan lah pagi ni.. keserabutan bermula dari rumah apabila si aqil buat perangai dan ibu dan ayah juga buat perangai tak menyabar.. pagi2 dah bergegak gempita rumahku.. apalah nak jadi.. ntah.. Suruh tidur awal, mata duk asyik tengok kartun je. pastu, bila bangun pagi mulalah merengek, every day ok merengek!! dalam 5 hari tu, amat jarang nak dengar dia bangun tak nangis. memang memerlukan kesabaran yang tinggi. Tak payah nak salahkan orang lain, salahkan diri sendiri apabila waktu bangun pun dah agak lewat. ngantuk la, rasa macam nak tidur lagi. ikutkan hati, aku pun nak jadi macam aqil, tak nak pegi work, nak tidooooo.... tolong!!!

Pastu bila sampai ofis, waktu berlalu seperti biasa.. tiba2. berbunyilah seorang makhluk ni mencadangkan aku pegi meeting kat putrajaya nun.. habis yang ko tu buat apa kat opis ni. pangkat tinggi tapi tak nak pikul tanggung jawab. patutlah tak naik2 pangkat. alasan tak de keta nak pegi. habis aku ni pun tak bawa keta pegi opis. pegilah dengan driver kan ada. meeting yang aku pun tak tahu apa2 pasal projek tu, yang pasti kalau pegi kena tembak sebab ada isu. sape pun tak nak pegi. lantak situ. dah bos aku ada, buat apa aku nak pegi. nanti kalau klien hantar surat, sila la bos jawab kenapa tak attend meeting.. lalalala... kalau aku pegi pun buat tadah muka kena marah, pastu makan kuih, balik membawa pesanan menakutkan bos2. haha..

gasaklah, bos aku sorang ni memang pelik. ntah apa dibuat kat bilik dia tu pun tak tahu. dari dulu lagi aku ingat nak kesian dan simpati kat dia sebab dah macam2 bunyi orang mengata dia, tapi lama2 memang tak perlu simpati rupanya manusia ni.

Okey bye. 



Monday, June 25, 2012

weekend campur aduk

Assalamualaikum...

Isnin datang lagi. and as usual, kalau tak de apa2 aktiviti weekend, memang tak reti la nak tulis apa2.. tapi ini bukan bermakna diriku tidak akan update apa2. hehe. biasalah orang kalau dah biasa bercotcet, tidak akan melupakan ruangan yang digemari ini.. 

Okey, Sabtu lepas, rumahku dikunjungi oleh adik dan cousin ku.. well my sis ni time boring2 ni selalu jugalah lepak rumah ku. tak pe datang lah... kang dah kawin, payah lah pulak nak datang kan.. tapi kali ni dia tak tidur rumah ku.. lewat sikit, my cousin pulak tiba. dah lama ini budak tak kunjung tiba di rumah ku walaupun duduk dekat kat gombak je.. hehe

jijie..


Pagi, aku buat bihun singapore.. first time buat dan menjadi.. sodap pulak tu. eh, puji diri sendiri pulak. kalau tang aku suka dan yakin tu maknanya sedap lah kan. hehe.. tapi gambar lupa nak snap, tapi mr hubby kata lain kali boleh buat lagi :-p tengahari pulak, aku masak ikan tongkol asam pedas. actually dah kehabisan idea nak masak apa. belasah je la walau pun macam selalu je masak asam pedas ni. huhu. kiranya, minggu lepas macam rajin masak juga lah aku ni :-) 

Pastu, bila dah petang2 tu, rasa macam kosong je. nak buat kek telur tak de pulak. belek2 resepi yang paling mudah Eggless Choc cake.. wah, senang je buat dia. tak yah kuar mixer bagai.. apa lagi, kejap je buatnya dengan bantuan Aqil T_T.. paham2 jelah budak ni kalau dah sibuk nak tolong, banyak je tanya nya.. kalau tak jawab, lagi dia bising, bila dah jawab, bertubi2 plak soalan dia. camana nak putuskan soalan dia pun tak tahu dah, mati kutu aku..

eggless chocolate cake.. walaupun leper je, tapi sedap. mr hubby suka okey lah kan :-)  rezeki korang kan. time ahkak korang rajin, merasalah kan. hehe..


eh eh ni apa pulak.. hehe. ni bedak baru ahkak :-p asyik bedak baru je kan. bukan apa, bedak aku bila dah makin nipis, mulalah pecah berderai. konon nak salahkan aqil tapi aqil dah tak main dah bedak aku ni sebab aku simpan baik punya. sekali tu, berderai jugak. nak tak nak terpaksalah beli bedak baru. kali ni try miami pulak dari COSWAY. orang kata best. tak tahu la kan, pakai je la asalkan tidak memudaratkan raut wajah ku ini. hehe.. murah pun murah. aku ni kan pemalas juga nak cuci muka. konon jiwa besar nak beli toner la, moisturizer la, tapi pakai losyen pun malas.. cleanser olay aku pun laaamaaa gila tak beli, dah tak habis2 lagi camana nak beli baru..

Hmm ok itu jelah entry untuk hari ini.. wassalam..

Friday, June 22, 2012

favourite cookies :-)

Assalamualaikum...

yeay.. esok dah weekend.. boleh golek2 dengan 2 budak kecil itu.. tak gi mana kot weekend ni.. gaji hari isnin, tak meriahlah kalau nak window soping weekend ni kan.. huhu...

Walau bagaimana pun, nak cerita juga perihal yang lepas yang belum diabadikan di sini. hehe.. Minggu lepas kalau tak silap, 3 kali aku pegi makan pizza hut ni.. ada satu hari yang bertuah, ofismate terpaksa belanja makan setelah dipau oleh rakan2nya. hehe... tak pe2, murah rezeki orang yang suka belanja ni kan. bukan selalu pung... hehe

Kami makan pizza baru tu.. boleh la orang belanjakan sedap aje. hehe.. tapi sepanjang makan pizza minggu lepas, aku suka beli satu cookies ni. namanya Oven baked sundae cookies. lebih kurang gitu lah nama dia. sedap sangat.. sampai hari ni rasa teringat2 je kesedapannya.. murah je RM 6.50 kalau tak silap. nak tapau best ke ek?? huhu.. Jom tengok gambar... 

 kawan2 opis :-)

 pizza baru


 tokey belanja.. maceh faiz. moga murah rezeki selalu..

 suka hati kenyang perut..

my favourite ever.. yummy.. tak tahulah bila nak jemu ni.. hehe

Selamat hujung minggu korang.. have a nice day :-)

wassalam..


Thursday, June 21, 2012

bubur ikan tenggiri

Assalamualaikum..

Okey, kali ni aku kasi makan kat anak tak berapa ikut peraturan sikit. hehe.. ikut suka aku je bagi tanpa mengira 4 days rule tu. hehe.. Aisyah dah makan bubur ayam, puree carrot dia suka, kentang lecek pun habis makan setengah biji.. puree apple tak berapa suka.. now, protein yang paling latest aku kasi ialah ikan tenggiri.. pada pemahaman aku kasi makan ikan ni baguskan, omega 3 yang tinggi..

memandangkan stok beku bubur dah habis, aku pun buatlah stok baru semalam.. tapi untuk beberapa hari je lah.. aku masak nasi untuk dinner kitorang semalam, aku amiklah sikit untuk dijadikan bubur.. jimat masa sikit sementara tunggu bubur tu masak kan..

pastu, weken lepas aku memang beli ikan tenggiri untuk aisyah 2 keping. tapi sekeping dah selamat jadi asam pedas. hehe.. so tinggal lah 3/4 lagi untuk aisyah.. aku kasi la dia makan semalam. anggaran 3 sudu besar bubur Mc D tu, alhamdulillah habis.. siap sembur2 lagi.. habislah time makan tu comot bebenor :-) tapi berbaloi sebab habis makan. Ikan tenggiri tu aku grill saje. tambah sikit minyak zaitun, blend.. siap. taburkan atas bubur yang nak dimakan. selebihnya simpan..

Aku kasi aisyah makan 2 kali sehari.. satu bekal ke rumah pengasuh, satu lagi waktu malam.. tu pun kalau aku rajin menyuap.. hehe..


ni gambar masa 1st time makan bubur tu.. comot. ibu dia pun main suap je tanpa mengira beep ada ke tidak. hehe. tak de beep pun, malas nak naik atas nak amik :-)

Okey, selamat berbuka kawan2 yang sedang berpuasa.. tak tahulah nak makan apa. nak makan nya banyak tapi tak tahula yang mana akan masuk ke tekak ku. hehe.. 

wassalam ...

weekend lepas punya cerita

Assalamualaikum..

Semalam lagi aku dah masuk opis selepas habis kursus tu half day je.. tapi tak berkesempatan nak godek2 blog ni, busy menyiapkan kerja..  konon nak balik rumah, sekali tu macam malas lah pulak kan, kat rumah mesti aku tido. haha.. lagi satu, malas nak menyuruh encik suami hantar, sian dia.. jem nanti kang lambat plak masuk opis.. *isteri mithali* hehe..

Bila tengok update bulan Jun, hanya separuh je entry aku bulan ni. Tak penuh pun update bulan ni. hehe. makin menurun kerajinan mencoret nampaknya.. bukan apa, letih nak menaip pastu nak edit2 gambar lagi.. makan masa tuh. tulis simple2 je lah :-) banyak nak share tapi bila dah tak tertulis tu rasa baiklah terkubur sahaja tak yah tulis. huhu..

Okey, cite jugalah wekend lepas apa aktiviti kami. memandangkan berada di tengah bulan, jadi aktiviti adalah tidak ke mana yang happening selain dari duduk di rumah..untuk tidak menghampakan aqil, bawalah dia pegi JJ Maluri.. Oh dulu aku ada cite kan aku tak berapa gemar pegi JJ maluri kan, sekarang tidak lagi.. ok jugalah pegi situ, cuma tempat letak kereta dia agak pening kepala. aku kena ingat kat area mana aku park dengan bertandakan sesebuah kedai. kat situ aku masuk, kat situlah aku kena keluar. gitu.. belum arif lagi kawasan ni. hehe.. so, inilah tempat mainan baru aqil dan tempat makan nando's kami. hihi..

Seperti biasa, sampai2 je, pegi makan dulu kat nandos. lapar gile last makan pukul 11. kul 4 lebih baru dapat makan. yelah, mana taknya, kejap kata nak balik kg lenggeng, pastu tak jadi pulak. kalau tak, siang2 aku dah masak tengahari. sape yang kebulur? ahkak juga :-p

Aqil lah yang paling seronok. tapi yang over nya dah main tak nak balik.. selalu gitu. buat muka lah, pukul2 la.. last2, sambil tunggu turn nak solat, mainlah dulu kereta goyang ni :-) nak story skit pasal aqil ni.. sian dia. korang penah tengok tak cite hindustan yang amir khan dengan manisha korela berlakun tu? kan ada lagu akelehum akeletum tu kan? sian aqil, kat sekolah kawan2 dia ramai2 ejek akelehum.. masa aku balik amik dia, satu bilik tu duk "akelehum akelehum" yang aqil nya senyap je sengih2.. ni mesti kes cikgu yang mulakan dulu panggil aqil cam tu.. apalah, nama saya muhammad aqil la.  mak sentap ok o_O..





 makan nando's dulu :-) aqil dan ayah..

 apalah muka adik cam gitu tu, tengok apa tu .. hehe
tetomeinya senyum cam tu.. hehe
 ni lah baju gaun saya.. ibu beli kat sogo.. :-)

la ni, aku suka mencari baju gaun cute2 untuk anak dara sorang ni.. geram plak. dah lama tahan (3 tahun) nak beli baju gegirl, baru la tahun ni merasa :-) tahun ni banyaklah ibu memborong untuk baju raya aisyah kan. hehe. insya-Allah.. tapi cubalah bayangkan budak cenonet ni berbaju kurung dengan rambut tak berapa nak ada.. huhu. macam kelakar je. tak pe2, nanti ibu beli aksesori atas kepala ye, harap2 aisyah masih mahu memakainya..

Okeyla, tu je nak story nya.. hari ini insya-Allaah kami puasa.. mulalah menengok2 makanan je kejenya..huhu.. ok bye. wassalam 



Tuesday, June 19, 2012

tidur buas

Assalamualaikum. . .


selamat pagi. hari ni kursus lagi. saje je la nak update blog sepatah dua kata :-) nak cite pasal aisyah tetomei ni. hihi. nak upload gambar tak tahula nape asyik forbidden je kalau pakai bloggerdroid ni. tak best lansung, jadi dengar je lah ahkak berceloteh :-)


budak ni kan, tidurnya ya ampun buas sungguh. 360 pusing2 melintang antara ibu ayah. alih2 dah berpindah sebelah aqil. aku pun tak paham apa pesen anak2 aku ni time tidur.


Diorang ni tidur jenis melurut ke bawah. kalau kat hotel, kitorang tidur terbalik. amik ko nak melurut sangat kan, langgar la kepala katil. hehe. . tu tak pe lagi, ni takut jatuh tengah malam acane. . yang besar jatuh tak pe lagi, kalau yang anak dara tu jatuh, alahai siannya.


jadi keje aku malam2 kalau terbangunlah, cari anak2 aku yang ntah ke mana bersepahnya. hihi. kutip sorang2 tidur atas bantal. :-) tu belum lagi ayahnya tidur bersepah. tak koser eh nak mengutip, kalau ringan leh la angkat :-P jerit2 suruh bangun, sekali dua tak pe lagi, tapi kalau lama2 panggil tak bangun, babai lah. hihi nak2 musim euro ni kan. .


aku ada tengok cite sape di rumah minggu lepas dr fazley. katil dia pun siap berpagar kiri kanan dan hujung katil dia hadang dengan kerusi. mana eh beli pagar katil tu. cam best je untuk budak2 yang tidur melasak ni. nak tidur bawah tak koser plak nak berkemas pagi2  bilik bersepah. huhu. .


okeylah tu je nak cite. babai. wassalam


Published with Blogger-droid v2.0.4

Monday, June 18, 2012

kursus

Assalamualaikum. .


Selamat pagi semua!! hari ni tuan punya blog pergi kursus 3 hari. sekitar kl je. . senang kursus dekat2 ni tak payah risau anak2 camana bila ditinggalkan. ni gi kursus bawa tab aqil. hihi. tak nak ketinggalan if ada news apa2  or klu ada emel boleh la baca kan. . di samping tak nak meninggalkan blog jadi sunyi sepi :-)


sesampai saja di sini, harusla mencari tempat untuk mengepam. perkara wajib yang perlu dilakukan. as usual kat surau la kan. rezeki aisyah dapat la 8 oz pagi ni. alhamdulillah :-)


ok. gtg. wassalam


Published with Blogger-droid v2.0.4

Thursday, June 14, 2012

tak seberapa

Assalamualaikum..

Selamat pagi.. hari ni ada meeting wajib untuk kami kul 9 pagi.. so kena attend yelah dah nama urusetia kan.. datang pagi2 kena pam dulu, kang buatnya kul 10 tak de break camana... tak nak la lambat2 sangat pam, nanti lari jadual dan badan pun rasa macam tak selesa dan serba tak kena...

Ok actually dah lama juga la aku tak cek akaun nuffnang. sejak dah cash out kali kedua setahun lebih aku tunggu amount yang ditarget, terus aku tak bukak. haha.. nampak sangat la tak masyuk sangat kan. bila dah cash out now tinggal belas2 je la. hehe..

Bila dah buka akaun tu, terus la tengok performance blog ni dah lama tak jenguk.. blog suam2 kuku je tak de info yang menarik sangat pun, sekadar berkongsi cerita, bebel2, luahan perasaan, cite pasal anak2 je pun.. hehe. tu pun ada orang datang tengok dan baca. terima kasih la kat korang yang sudi baca cerita aku ni. 

malu nak tunjuk tapi tak pelah, busuk2 pun blog ahkak juga :-p

Kadang2 aku suka belek2 entry yang lama.. hehe.. syok gak baca tulisan sendiri. macam diari kan, belek2 baca history.. yang paling banyak memori bersama aqil la, aqil yang comel, aqil yang nakal, aqil yang selalu demam, aqil dengan EBM2 ibu nya.. banyaknya kenangan bersama :-)

Love my blog. 

wassalam



Wednesday, June 13, 2012

TQ Mom!!

Assalamualaikum...

TQ Mom.. itulah pencapaian pumping hari ini.. sape2 yang pakai botol Mom's Little One mesti tahu kan berapa oz hasil EBM hari ini.. hehe.. Alhamdulillah..  rezeki si budak kecik aisyah humairah.. Apa yang ku makan malam tadi? makan malam seawal sebelum maghrib, malam tadi masak cepat.. pastu, tidurkan aisyah jam 8 malam, budak kecik tu dah mengamuk2 nak tidur. sabo je lah.. Pastu, jiran belakang kasi durian 5 biji, sanggup bangun kul 12 lebih makan durian. haha.. may be sebab makan durian kot susu masyuk hari ni.. :-)


Tapi, durian ni, aku tak boleh makan banyak2. weken lepas pulun makan durian kat rumah MIL, kepanasan agaknya, asyik kuar masuk jamban je laki bini :-)

Okey, lately, schedule aku kat rumah aku rasa dah berubah. aku bertambah rajin membasuh kain. hehe.. setiap hari atau selang sehari ada je aku basuh kain. Kalau dulu, aku basuh kain time weekend, 3-4 kali trip. Now, pantang aku tengok baju bertimbun dalam bakul, cepat2 aku basuh. Tengok pada daya ketahanan aku juga la. kalau aku tak letih, aku basuh. tapi CD aisyah, letih tak letih, kena jugak basuh... huhu.. kalau nak diikutkan, basuh kain dan menyapu rumah, lagi banyak aktiviti kain yang aku buat. haha. seperti hari ini basuh kain, malam karang lipat kain.. pastu, kalau rajin, baru sapu rumah, tu pun kesian tengok aisyah meniarap atas lantai yang kadang kala ada rambut aku bersepah2.. huhu..

Kalau sapu rumah dengan mop rumah, sapu rumah lagi rajin :-) mop rumah tak rajin, tengok keadaan.. hehe.. ni dah lama kot aku tak mop rumah.. yelah, kalau takat sapu dan mop ni, en suami kan ada kan, boleh lah dia tolong, anak dia juga nak bergolek2 atas lantai tu kan :-p kalau lipat kain/basuh kain aku tak harap sangat. hehe. kang fail lipat kain, aku yang stress.. baik la pegi tolong aku sapu rumah atau kerja2 yang lain  yang tidak berseni :-p 

jadinya, saje cite je, semalam aku basuh kain, semalam lipat kain yang tertunggak,  pagi ni jemur kain. hehe.. Cuaca pulak lately memang cerah dan panas. garing baju i jemur. tapi kalau hujan, redha je lah baju tak de orang angkat.. huhu.. itulah kerja seorang ibu kan, tak kira lah suri rumah ke ibu bekerjaya ke. Siang malam ada je kerja tak pernah habis. semoga aku akan terus diberi kesihatan yang baik untuk meneruskan perjuangan seorang anak, ibu, isteri dan apa2 je lah. hehe..

Hari ini en suami kehilangan seorang ibu saudara.. adik MIL.. nak kata tua, tak tua sangat. tapi pergi tak de sakit teruk apa.. Masa kita bila la pulak. takut rasanya dengan amalan yang tak pernah cukup nak menghadap Pencipta..  Mari sedekahkan al-fatihah.. 

Wassalam...

Tuesday, June 12, 2012

cotton

Assalamualaikum..

Selamat pagi!! hari ini first time pakai cotton pegi kerja :-) dah lama tak pakai kain cotton since sekolah dulu.. now rasa macam budak sekolah dengan kain polos suci murni.. yerrkkk.. hehe.. Kan ke sekarang musim cotton.. ramailah orang jual kain cotton kan. polka dot la, jalur2 la, ada corak batik juga..  for me, tak de lah minat sangat kain cotton ni, tapi sebab dah musim cotton kan, try la juga. koleksi aku untuk tahun ni adalah dalam 2 pasang. hehe.. tapi sepasang tu belum jahit lagi..

adik tumpang lalu ye pagi2 ni.. hehe..

update: jadi bidan terjun pegi tengok site :-) with yani

Haha.. perasan muda remaja gitu.. duduk bersesak2 dalam kereta dengan aqil, turun2 kereta siap la kau berkedut seribu.. mak tak biasalah pakai baju gosok2 ni. hehe.. ni kalau baju bergosok ni kira hari rajin sedunia tau.. badan ku rasa bertuah dapat pakai baju bergosok. ala, semua orang kan ada hari rajin dan hari malas nya kan.. aku ni banyak hari malas dari hari rajin :-) tapi beruntunglah korang kalau datang hari rajin sentiasa.. :-)

Hari ni semua pink.. punyalah pening kepala nak matchkan dengan tudung kaler apa. letak kelabu macam tak seri je. mujur ada tudung penyelamat.. ber pinky lah kita.. Okey, selamat bekerja uols :-)

Wassalam..

Monday, June 11, 2012

gambar lagi

Assalamualaikum..

Happy monday uols :-) hari ni macam tak reti tulis apa, tapi nak gak tulis something. lebih kepada nak letak gambar sebenarnya.. tak de masa nak upload gambar dalam fb, so gambar2 tu terpaksalah di share di sini .. hehe. kat sini, memang kejeku mengadap pc je ..

tag tangan sebelum masuk theme park. tangan aqil atas sekali :-)

ni je pokok strawberry yang dijumpai berbuah tapi tak boleh petik :-) tengok je..

sorang tengok atas, sorang tengok bawah.. hehe..

ni sampai hotel .. booking hotel lost world of tambun..

Aisyah jatuh katil kat sini. perkara paling ditakuti berlaku.. puas jaga, jatuh juga. huhu. tengok dahi merah.. kuat meraung..

pagi on the way ke cameron ;-) di luat hotel LWOT

me bersama anak2 buah. bayangkan kalau aku beranak 4 nanti camana. hehe..

my sis and me..

budak debot dengan muncungnya mencium adik aisyah :-) adik pakai pampers time jalan2 ni..

again, time nak balik. posing2 dulu..

tu jelah kerja aku. free2 duk belek gambar dalam pc.. bila lah nak cuci ye.. beribu kot pic yang tunggu dipilih untuk dicuci :-) okey. saje bosan2.. kang ada idea aku tulis lagi k... babai. wassalam 

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails