Thursday, May 31, 2012

mood bercuti

Assalamualaikum..

Esok kami akan bercuti!! Yeay.. Esok kami akan ke utara.. jarang rasanya pergi bercuti ke utara.. esok pagi akan ke Lost World of Tambun, perak dan lusa akan ke Cameron Highlands..  Lost world of tambun tak pernah pergi, sunway lagoon pun tak pernah pegi. yang dah pernah pegi masa bujang dulu tu pun ikut orang, ialah ke A famosa water world. Masa tu memang gile main air dan gelongsor yang mengerikan tu. hehe..

kali ni, pergi dengan kak long's family.. dua kereta la. kali ni, aku bawa baby, jadi mungkin la tak berapa nak main air sangat. may be keje aku ialah tangkap2 gambar. hehe.. best ke tambun ni? mesti ramai orang kan dah pegi time cuti sekolah..

Pastu, lusanya adalah tempat idaman aku. haha. poyo siap ada tempat idaman yang ingin dikunjungi :-p pernah pegi cameron masa darjah 6 dulu ikut rombongan dan juga pada tahun 2005. la ni tak tahula camana rupanya sejuk ke tidak.. ni dah siap2 beli sweater kanak2 ribena ni.. belum apa2 lagi dah terbang duit. huhu..

Doakan semoga selamat perjalanan kami pergi dan balik ye :-) lagi satu alasan percutian kali ni sebab bakal menyambut ulang tahun perkahwinan yang ke 5 pada 2 Jun nanti. alhamdulillah, 5 tahun dah :-p

Okeylah, wassalam..



Wednesday, May 30, 2012

kelas hari ini

Assalamualaikum..

Tengahari tadi ada kelas tafsir. Aku join. Surah al fatihah belum tamat lagi, even dah dua bulan kot aku join. surah al fatihah ni ustaz kata kalau nak ikutkan memang panjang penafsirannya.. Ni baru ayat ke 6 (ihdinassirotolmustaqim) minggu lepas aku ponteng :-p tu la kan, manusia ni, benda2 baik ni memang cepat betul nak skip pegi makan mihun tomyam. pastu dalam kelas pulak ternguap2, kecik je mata aku. ada sekali tu tertutup juga. aku sorang je ke yang tertidur. huhu. malu la, dah la memang aku saje duduk depan dekat skit dengan ustaz konon tak nak kasi ngantuk, sekali tu, sama juga. syaitan ni ntah berapa ekor bergayut kat mata aku. huhu

Hari ni aku bawakan recorder puan zeti yang tak dapat join. sekali tu, aku pun mengaplikasi kan SII aku untuk record. haa.. bagus sekali. balik kelas aku dengar semula apa2 yang aku tertinggal dek khayalan mata tadi. huhu..

Makna ayat ke 6 ini ialah YA ALLAH, TUNJUKKANLAH KAMI UNTUK MENDAPAT JALAN YANG LURUS.. Antara ayat-ayat ustaz tadi, kita kena minta selalu ditetapkan iman & pendirian kita, kena mohon hari-hari supaya diberi taufik (petunjuk) dan hidayah. ada orang dapat taufik tapi tak dapat hidayah.. Hidayah tu milik Allah, so jangan putus asa berdoa ye kawan2..

Salah satu cara untuk mendapatkan hidayah dari Allah adalah dengan mendekatkan diri dengan Allah contohnya pergi ke majlis2 ilmu.. pergi kerana Allah bukan kerana nak menunjuk-nunjuk.. macam aku ni, pada mulanya memang terasa malasnya, tapi kugagahkan juga pegi. yeay, setan kalah. bila dah pegi, okey je. tapi setan menang pulak sebab duk bergayut kat mata. lepas ni nak kena minum kopi pulak kasi tahan mata.

Ustaz pesan lagi, sebelum tidur, elok baca surah al waqiah dan surah al mulk. Kalau aku ni, sedang nak ulit anak tu aku dah tertidur dan kadang kala tak pasti samada aku baca habis ke tidak al fatihah dan surah 3 qul dan ayat kursi tu.. tu lah, manusia ni kan.. tidur lagi!! Ada orang susah tidur, ustaz kata insomnia tu juga salah satu sihir halus.. untuk memudahkan tidur, sebelum tidur baca ayat ni INNAHUMINSULAIMAN WAINNAHU BISMILLAHIRRAHMANIRRAHIM.. ayat ni nabi sulaiman pakai sebagai 'letter head' dia kepada ratu balqis untuk menundukkan ratu balqis. ayat ni juga boleh digunakan untuk melembutkan hati suami/isteri. jeng jeng jeng... boleh try malam ni. hehehe..

lembut bukan apa, kalau dapat suami/isteri yang garang tu kan, bacalah ayat ni masa dia tengah tidur. tiup kat ubun kepala dia. paling baik masa dia tengah tarik nafas tu (kalau berdengkur lagi senang nak kenal), hembus perlahan2. tapi pantang larang dia, jangan makan petai/jering/kerdas. konfem dia bangun balik jerkah kau, mulut bau longkang :-)

lagi, ayat yang elok dibaca untuk anak soleh dan mendengar kata ialah surahYusuf ayat 4 dan surah Toha..

ayat amik sini - tapi ustaz cakap stat baca dari Inni ra'aitu sampai la habis li saajidin tu. ulang 3/7 kali tiup pelan2 kat ubun anak.. tapi bukan boleh jadi soleh esoknya, kena amalkan selalu dan berdoa :-)

okey? ada paham? hehe. mungkin apa yang aku sampaikan ni ada salah info, harap dimaafkan dan diperbetulkan.. tu je nak kongsi hari ni.. wassalam


Tuesday, May 29, 2012

Lagi produk penggalak susu ibu

Assalamualaikum..

Berehat sebentar bersama kit kat :-) sempat lagi menambah satu entry hari ni.. tadi waktu lunch, orang gi makan, aku tak gi makan. sebaliknya aku telah pergi urut kaki.. lutut aku ni ntah nape sakit pulak. dah rasa macam orang tua pulak bila nak sembahyang tak leh laju2 turun dari rukuk ke sujud. adakah gel sudah habis? eh, tak terlalu muda ke untuk aku gel habis dah ni? huhu.. pakej, siap dengan tapak kaki sekali sakit. akak urut tu kata, tapak kaki aku ni macam dah sakit lama je, sebab dah keras. aku pun tak perasan pulak sebab selama ni tak sakit pun, minggu ni baru terasa sakit pakej dengan lutut. so tadi fokus urut adalah dibahagian kaki saje.. dan sejak dari tadi aku asyik terbuang angin je. eh sopan pulak cakap :-p nasib la partition aku kiri kanan tak de orang, kalau tak mesti ada orang dengar aku duk meletop2 je dari tadi. ahaha.. belasah je lah..

Okey, kali ni nak share satu lagi produk penggalak susu yang aku dah cuba makan. Minggu lepas aku gi jengah kat Lunatots Maju Junction ni nak beli benda2 lain. sekali kat kaunter dia ada jual sample Chocolate rice dan fenugreek.. Aku pun nak juga rasa. sebab sebelum ni aku ada juga beli nursing tea. tapi dari uncang dia pun aku dah tak tahan bau halba tu, so, jadi tukun kat rumah je la.. Now, coklat pulak. coklat memang aku suka. so try beli. sample dia ada 4 bungkus = RM 10..

THE MILK STORY CHOCOLATE RICE


Rasa dia bagaimana? hmm boleh diterima.. sedap juga. walaupun dia ada sikit2 bau fenugreek tu tapi tak sekuat bau nursing tea tu.. aku baru makan 1 peket, tak tahula menjadi ke tak, baru makan sebungkus. tapi tadi aku bagi kat budak opis ni satu bungkus untuk dia rasa, dia pun baru naik keje dari bersalin, dia kata susu dia banyak pagi tadi. tak tahula sebab makan coklat ni or memang susu dia banyak :-)

rasanya lunatots dah jual kot sekotak coklat ni. pas ni kalau nak makan peransang susu, boleh cari coklat ni.. pokai la makcik, coklat ni mahal sikit. hehe.. ada pulak tu aku terbaca kat wall fb suraya lunatot dia dah kuarkan produk chocolate drink pulak.. cer la cuba kalau korang nak menggalakkan susu jadi banyak :-) sedap pun sedap...

Okey tu je nak share.. bye. wassalam :-)

meragam

Assalamualaikum..

Selamat pagi semua.. hari ini lambat lagi. ntah berapa kali lambat dah aku ni. patutnya cuti sekolah jalan clearkan, memang clear pun kan. tapi tu lah keluar rumah pun dah lambat, anak2 meragam dan dua2 pun macam suhu dah naik balik :-( kena kasi makan ubat. 

Macam aisyah, nak beralih bulan kot. dari pagi tadi, pukul 3.30 pagi tu sampai ke pagi, dah 3 kali dia berak2.. pastu dia meragam tak nak tidur. bontot dia pun dah mula kuar ruam dan bintat2. aku pun kadang tak perasan dia berak, sebab selalunya kalau dia berak ada bunyi, ni berak cair. tahu2 dah lama terkepam. tu yang merah2 bontot tu... sabar je lah, sapu calamine lotion barulah kering sikit bintat dia tu.. aku ni mata dah terpisat2, ngantuk sangat. bila letak je nangis. pastu decide turun bawah pukul 5 lebih tu dan buka tv. senyap dia tengok kartun.. tahu2 tertidur kami dua beranak depan tv tu..

Semalam, elok je dia main lompat2 atas ayah dia. tengah malam pun tak panas pun. bangun pagi je rasa panas sikit badan dia. mungkin sejuk sangat kot, atau mungkin tak boleh tidur aircond atau kipas.. Sian aqil, belum baik betul. tapi tu lah, tiap pagi bangun mesti nak nangis. bengang betul.. dah lah dah lambat, nak uruskan dia lagi yang banyak songel minta itu ini. sabar je lah.. itu tak nak ini tak nak, kena banyak sabar la, kalau tak memang spoil la pagi tu..


Harap2 cepatlah baik betul budak dua orang ni.. ibu dengan ayah pun kena banyak sabar lah kan...

Wassalam..

p/s: mode mengantuk pagi ni..

Monday, May 28, 2012

weak weekend

Assalamualaikum..

Ceh tajuk tak boleh blah :-) Hai korang. buat apa weekend lepas? kitorang berkampung kat rumah je 2 hari lepas.. kesian kat anak2 demam.. Aqil lepas jadi spiderman kat opis ibu, balik terus demam.. tulah aktif sangat kot.. Actually masa nak ajak balik tu, aku pegang kepala dia, panas. pastu kejut dia balik, dah merengek2.. nak tunggu ayah dia tepi jalan, dia kata aqil penat nak jalan. habis tu camana, takkan aku nak dukung plak kan, beg dah la banyak kiri kanan.. paksa dia jalan slow2.. dalam kereta pulak, dia dah melepek je kat aku. ni tak boleh jadi ni. ingatkan nak gi tesco dulu, tak jadi, balik rumah mandikan dia sume, kasi makan ubat..

Dah lama aqil tak demam, seingat aku masa aku dalam pantang tu sekali je lah dia demam, tapi sekejap je, lepas makan ubat terus baik. ni tak, suhu badan dia turun naik 38-39 degree tak turun2 even dah masuk ubat bontot.. hari sabtu pulak, memang banyak kali lah dia mandi.. yelah badan dah panas. Malam tu finalnya suhu badan dia jejak 40 degree.. terus suruh dia berendam dalam air..

 masa ni nangis sebab kena lap2 badan, sejuk dia kata.. tengok mulut merah, panas sangat..

 masa ni dah okey sikit, berselera nak makan..

menangis tu memang menangis lah kan. tapi kena sabar banyak2 dengar tangisan dia tu. bahaya. aqil kan pernah ada history sawan dulu.. fobia dah kami setiap kali dia demam. panas tinggi pulak tu. hari sabtu tu ada kawan kami datang rumah. yelah, dah berjanji bertunda2, takkan nak cancel pulak kan. aku busy sikit lah masak2 sabtu tu. aqil ayah dia handle. Kalau dia aktif tak pe, ni duduk bersedih je, terbaring je. makan sikit je, susu pun minum tak habis.. masa anak kawan datang pun dia tak berapa main sangat..

end up, ahad tu bawa juga pegi klinik, doc masuk ubat bontot lagi dan kasi ubat demam yang baru beserta pakej2 yang lain seperti selsema, batuk dan antibitok Augmentin. Balut badan dia dengan tuala.. Alhamdulillah suhu turun di bawah 38 degree.. dan malam tadi, alhamdulillah, tak panas dah, boleh tidur lena.. Aisyah pulak dedar balik.. sian budak kecik tu, dah la penakut makan ubat, tapi dia dedar jelah dalam 37.6 macam tu..

caye pun demam jugak ni ibu. cian caye tau.. hukhukhuk

masa en hasben pegi klinik tu, doc cakap ramai budak2 demam datang klinik. musim agaknya.. so  take care la pada parents yang lain, musim demam ni tau.. Aku bersyukur juga punya suami yang begitu mengambil berat hal anak nya.. (kena puji sikit ni, haha, kembang kempis la hidung tu kalau baca blog i  ni ) en hasben la yang banyak jaga aqil. dia memang, kalau anak dia demam, dia la yang tolong2 lap2 badan, memang tahan la telinga dia dengar aqil menangis time kena mandi dan balut badan. kalau aku ni nipis je telinga dengar anak nangis. Aku layan aisyah je lah, aisyah pun tak sihat juga kan. Sabtu malam ahad tu memang tidur tak lena la. kejap2 bangun rasa badan aqil. risau sangat. bila aqil dah sihat sikit, barulah boleh senyum2 gurau2 sikit. kalau tak, muka masing2 ketat je.. huhu.. tq so much hubby :-)

atok datang kejap singgah rumah. atok ada kursus di bangi.. datang jenguk cucu2 demam.. sian atok dah kurus..

Hari ni, start dari malam tadi suhu dia dah normal.. harap2 dah habis lah demam dia.. tapi masih bekalkan ubat demam, ubat batuk dan selsema. tadi dah call budak taska dia kata dah kasi makan ubat.. antibiotik je kitorang kasi makan kat rumah.. kalau kasi kat taska, takut dia tak simpan dalam peti ais..

Okey tu jelah nak cerita.. weekend depan pulak kami cuti2 malaysia.. hope everything will go smooth and fine :-)

wassalam..

p/s: lupa bawa ubat tahan sakit, berdenyut balik gusi :-(

Friday, May 25, 2012

spiderman

Assalamualaikum..

hari ni masuk opis balik. bersama-sama dengan aqil pulak. mencabar juga bawa aqil ni. main itu ini, gerak sana sini. hai ah. nak buat camana, taska tutup, aku pulak semalam dah cuti.. Aisyah alhamdulillah bermula malam tadi, dah surut demam dia sampailah pagi ni. Harap2 hari ni okey. Masalah rumah ku yang tak de air pun dah okey, semalam dah ada air kat sink dapur.tapi air belum naik tangki lagi. harap2 balik ni tangki penuh la ye.baju dah le banyak berlonggok2 siap dengan sebesen cd yang duk terendam je. huhu..

Gigi pulak, masih bersisa sakit dan masih berdarah. sikit2 la darahnya. tapi tetap tak selesa. hilang nikmat makan. makan kunyah belah kanan yang tak biasa. adjust2 belah kanan, mesti nak termasuk kanan jugak.. masih terasa2 doktor menarik gigi aku tu. huhu.. tapi alhamdulillah, setakat ni oklah, masih makan antibiotik..

Okey, budak aqil ni aku bawa pegi opis hari ni. biasalah dia memang melasak. nasib baik floor ni tak sama level dengan floor bos2.. kalau tak, huru hara.. bising je. tempat aku ni pun dah bersepah dah. panjat sana panjat sini..  dia kata "ibu, macam spider man tak?" meniti lah dia atas benda tu. huhu..




tadi bawa pegi sogo, makan mcd, maklumlah ibu dia ni makan bubur je boleh. sekali tu, bubur habis, nak tak nak terpaksalah makan burger. habis juga. yelah, lapar tau.. pastu bawa dia gi jalan sogo, dah pukul 2 dia kata aqil nak tido.. huhu. sian la pulak. penat berjalan kot. minta susu botol plak tak de. tertinggal dalam kereta tadi.

La ni, tak tido pun, duk main lari2 lagi dalam opis. nanti balik mesti tido dalam kereta tu..

Okeylah, tu je update hari ni. Selamat bercuti sekolah.. wassalam..


Thursday, May 24, 2012

hari ini dalam masalah

Assalamualaikum..

Dah malam baru lah berkesempatan nak update blog.. hari ni aku Emergency leave. aisyah demam tiba2 pagi tadi. tak tahulah tiba2 tu dari pukul berapa, tapi pukul 630 pagi aku pegang dia rasa panas nya. amik termometer alamak 38.2 degree. Ini tak boleh jadi ni.. aku pun EL.. tak sampai hati lah nak hantar anak yang panas tengah tinggi kat pengasuh. Kalau dedar2 lagi, aku hulur gak :-p

Maka, aku pun jaga cik adik kecil ni. aqil dah nangis2 pegi taska, sebab ibu tak hantar.. huhu.. Panas budak ni on memanjang. naik turun siikit2 je.. tapi malam ni, aku pegang2 dia tadi, dah surut dah. harap2 lah esok dan tengah malam ni tak demam.. risau tau anak demam ni.. lagi lah dia masih bayi lagi..

perangai sama macam aqil masa baby, pandai tolak ubat.. siap muntah2 lagi.. siap aku tengok bertakung lagi dalam tekak dia tu. picit hidung dia baru dia telan. pastu, bila kita letak kain basah or mandi kan, menangis.. tak tahulah kesejukan ke apa. yelah, badan tengah tak sedap kan.. selalu suka je mandi..

awal2 dia ok, tak meragam, senyum je kan walau demam, dah petang sikit, mulalah merengek. tak cukup tido kot.. pakaikan cd je untuk dia..baru kuar panas, berak2 dah 3 kali hari ni..

Okey, tu masalah pertama aku. masalah kedua pulak, aku tengah makan. hasben aku bungkuskan nasi pagi dan tengahari :-) makan punya makan, sekali tu boleh tampalan gigi aku tercabut!!! tampalan gigi tu dah 2 kali tampal.. masa tercabut tu, tak sakit pun. nak tak nak, kena la pegi hospital, kalau tak, merana lah kau nanti.. Aku pun pas kejap aisyah dengan jiran aku ni.. pegilah klinik.. dub dap dub dap juga la. al maklumlah dah 2 tahun lebih tak gi klinik gigi.. Aku pun tak 'mesra' lagi dengan kawasan ni. pegi je lah klinik yang dicadangkan oleh jiran aku tu.

Konon nak tampal je.. doc cakap geraham ni tak boleh tampal dah. dah 3/4 runtuh. kena cabut. cabut berapa?? RM 80.. oklah.. cek punya cek, ada gigi bongsu la, kena cabut ni. kalau cabut berapa pulak? aku ni memang akan tanya harga dulu. gigi bongsu operate RM 450.. 450 ok!!! nasib baik aku ada bawa duit, tu sume duit nak bayar itu ini tu.. huhu. dah la tak de mesin kad kredit. huhu.. lari bajet aku ni. tu duit bercuti2 tu. ^_^ tak pelah, gigi kau jugak!! 2 tahun tak servis rasakan.

Memang berdebar2 la aku. tapi sedapkan hati, beranak boleh takkan cabut gigi takut kan.. banyak lah doa aku baca O_o.. sekai dua batang gigi aku langsai. anak dah dua, hilang lah dua. tamatlah riwayat gigi kiri aku yang aku selalu buat kunyah.. seriau weh doc tu umpil gigi aku. macam cabut ubi kayu pun ada. macam nak lari rahang aku masa tu tau. sakit?? tak sakit, ubat bius ada :-) gigi aku 2 ketul tu doc kasi balik, yang dah buruk tu memang buruk la kan, yang gigi bongsu tu, pada zahirnya comel je, sekali keluar, besar gila gigi tu.. perghh.. tu yang kadang buat aku sakit gigi tu..

Ok, selamatlah proses operation gigi bongsu dan geraham aku.. kena jahit. proses dalam 45 minit macam tu la.. sampai malam ni, berdarah lagi gusi aku ni. mesti mulut pun bau longkang :-) nak makan pun tak leh kunyah.. makan bubur. lapar tau.. dah lah aku breastfeed.. tak boleh tahan, kunyah gak roti.. huhu

Masalah ketiga aku. tak de air dah 2 hari . benci tau. dah lah anak aku demam, nak merendam anak pun bajet2.. nak mandi pun berkira2 tau. paip pecah lah apa lah. sabor je lah..

serabut betul hari ni..  taska aqil dah message esok tutup, air tak de.. tapi air dah kuar malam ni. halus je. camana ni. nampak gaya kena bawa aqil pulak gi opis. harap2 aisyah dah baik demam ye sayang.. risau.. 

ha, tu jelah masalah aku. dugaan betul. anak demam, gigi sakit, air takde, duit terbang.. huhu ok. bye. wassalam


Wednesday, May 23, 2012

it's pay day!!

Assalamualaikum..

Selamat pagi semua!! yeah, today is the day, pay day :-) Alhamdulillah.. bulan ni ternanti2 juga hari seperti hari ini. Bulan ni juga pemotongan elaun kritikal kerana bersalin akan berakhir. Bulan depan baru betul2 clear :-) Nak spend untuk bercuti hujung bulan ni, insya-Allah.. alah, bercuti di sekitar2 Malaysia aje. hehe.. Later will update about this..

Bila dah dapat gaji hari ini, mula la mencorakkan gaji pada bulan depan. Study dan analisis jadual pembayaran gaji. nampak gayanya ada bulan2 yang awal dapat dan ada bulan2 yang akan suffer menunggu gaji akan datang. Contohnya bulan Ogos (bulan nak raya ni) akan dapat gaji pada 13hb dan bulan September akan merana sekejap menunggu gaji masuk sebulan lebih baru dapat, IF perbelanjaan tidak diuruskan dengan betul..

Lagi 2 bulan nak puasa kan. Jadi beringat2 la yek, ni pesanan untuk diri nih. hehe.. kena jimat2. kot ada duit ehsan, ok gak. kuikuikui.. Baju raya aku hampir settle.. kain2 baju raya sume dah beli tinggal nak tempah je. baju aku kalau nak buat yang berfesyen2, takut tak de orang terima je. kalau tak de orang terima, aku kena buka balik la mesin jahit, jahit sendiri. baju en suami dan aqil, dah ada dah kainnya.. tinggal nak hantar je tak tahu nak hantar ke mana. huhu.. Baju dak kenit aisyah, nanti ibu fikir2 kan ye samada nak buat baju kurung comel or hanya pakai gaun comel juga. haha. nak juga letak perkataan comel :-)

Kuih raya pulak macam tak nak beli je. sume nak buat sendiri. kuikuikui.. angan2 besar tu. silap2 ada orang jual, aku pun tak sampai hati tak nak beli.. eh, apahal ni jauh melalut cite pasal raya plak ni. baru bulan rejab ye.. okla, saje membebel tak tahu nak cerita apa.. untuk sahabat ku you know who you are, TAHNIAH DAPAT ANUGERAH PEKERJA CEMERLANG!!!! (kalau la font ni boleh di blink2 kan tentu lagi syok :-) semoga akan lebih cemerlang di masa2 hadapan. turn aku ntah bila la pulak. tak cemerlang kot. huhu..

Ok bye. wassalam..

ps/: Mari sedekahkan al fatihah untuk saudari Norma yang telah meninggal dunia.. al- Fatihah...

Tuesday, May 22, 2012

penyeri

Assalamualaikum.. 

Salam 1 Rejab, bulan rejab bulan Allah :-) hari ni insya-Allah aku puasa. en suami pun ikut puasa juga. puasa ganti, aku yang sehari tu aku dah ganti dah. hehe.. jenuh bertangguh2 nak ganti tak ganti2.. pastu kena nekad la bangun sahur sume kan. kalau tak takut melembik petang karang.. pagi tadi aku sahur nasi beli semalam, lagi 10 minit nak azan baru terbangun, makan laju2.. huhu..

Okey, kali ni nak cerita pasal anakanda sulung ku Muhammad Aqil ni.. baru menginjak ke 3 tahun 4 bulan pada 20hb yang lepas. Alhamdulillah kesihatan semakin baik, dah jarang demam. makin aktif sejak dah membesar ni, dah pandai nak berkawan, nak main je kejenya.. Agak 'manja' dengan ibu dia. Asyik2 nak ibu, dapat pulak ibu yang ala2 'rajin' ni kan, pas kat ayah. hihi. yang mana boleh pas, pas la kan.. yang tak boleh tu kena buat sendiri la.. huhu..

Kebanyakkan aktiviti aku dengan budak aqil ni. Aku basuh kain, dia sibuk nak tolong, nak letak sabun, nak letak kain. aku buat kek, dia pun nak buat kek, aku menyapu, dia pegang penyodok, aku lipat kain dia main bola keranjang kat ampai kain.. u tell me apa yang dia tak beraktiviti dengan aku? ni gi nursery je ibu dia tak de. hehe.. 

Baru-baru ni, bibir bawah dia pecah. main bola dengan ayah dia. camana ntah boleh terjatuh.. gigi atas tu rongak, tunggul gigi pulak tu tajam. bila dah jatuh tu, terkacip la mulut dia tu. banyak juga darah tak berhenti keluar. ada la dalam setengah jam baru berhenti. dah letak ais pun tak nak berenti.. tekap2 dengan sapu tangan lama sikit, baru behenti.. sampai ke hari ni masih belum baik lagi, ada bengkak sikit kat bibir dia..

Semalam, aku gi kenduri tahlil kat rumah pengasuh aisyah. Masa aku tengah makan, aku tengok dia sibuk mengendeng anak sedara tuan rumah nak ajak main. tak lama tu aku tengok dia main tumbuk2 langsir orang tu.. siap dia ajar kawan dia tu cam ni tumbuk langsir. sabar je la aku.. setiap pagi dan petang, nak ikut aku hantar aisyah gi rumah pengasuh, sebab rumah pengasuh tu ada mainan pelik, rupa macam skateboard tapi ada handle.. itu lah yang dia duk main petang2.. huhu..

semua nak berhimpit duduk depan. aku ni tak suka duk belakang kalau dalam kereta, tak nampak view depan. huhu
 rancak berbasikal dalam rumah.. siap sedia kaki untuk digilis.. tak pun, suka melanggar punggung orang. huhu.. risau je takut tak sempat brek, terlenyek jari adik dia.. huhu

 ni apa pesen ni. nak suruh ibu pakaikan seluar!!! 

main bola dalam rumah dengan ayah..

alololo si kenit tomei2 ni baru mandi ni.. hehe..

Nilah penyeri hidup ku.. memanglah/biasalah marah2 anak tu kan, tapi marah tu tandanya sayang.. :-)

Okey2 last. nak share cerita sikit. kan aku dah start join kelas mengaji. Adalah sorang makcik ni. memang ramah, selalu nampak aku dia angkat tangan, tanya mana baby. dia ni duduk sorang kat rumah, anak2 dia dah kawin sume duduk jauh2..hasben dah tak de. setiap kali aku tengok makcik ni, aku teringat kat arwah maktok ku. Dia kalau sembang dengan aku, dia selalu cerita pasal anak dia.. may be dia rindu kat anak dia kot. Satu malam tahlil tu, ada makan2 kan, adala macam2 kuih dalam pinggan dia. dalam banyak2 kuih tu, dia amik kuih kaswi. Dia cakap "makcik tak makan kuih ni, tapi makcik nak makan juga sebab anak makcik suka kuih ni" sedih tak? oo tak sedih ye. tak pelah, bagi aku sebak juga la, kasih seorang ibu kan, anak nak balik, masak sedap2, masak lauk kegemaran, sentiasa ingat kat anak kan.. cite kat orang anak keje ni anak keje tu, bangganya mendapat anak2 yang menjadi.. aku nanti dah tua2 pun macam tu agaknya kan.. sekarang dah jadi ibu pun sensitif betul pasal anak..

hmm.. okeylah, tu jelah nak share.. bye.. wassalam..

Monday, May 21, 2012

pekerja baru :-)

Assalamualaikum

Hari ni, aku bawa si kecil aisyah humairah ke ofis. ini adalah kerana pengasuh asiyah minta cuti sebab mak dia meninggal.. aku pulak ada keje nak kena settle, malas pulak aku nak cuti. jadi pagi tadi berangkutlah kita ke opis ibu ye.. bawa stroller dan beg lampin dia semua la..

bawa stroller tu hasben aku yang cadangkan, senang dia nak tido nanti.. tapi tilam pun ada aku bawa kan.. tilam nipis.. Aisyah dah mandi pagi2 lagi kat rumah.. kat opis ni air sangat sejuk, aku yang ambil air sembahyang pun rasa gigil je kuar toilet..

Nasib la aku tak busy sangat, duduk setempat je. tapi tadi ada meeting kejap.. Aisyah pulak selalunya kalau lepas dia bangun pagi, dia akan tidur balik dalam jangka masa yang lama. tapi tadi kat opis, kejap2 je dia tidur. tak sampai sejam.. sekarang ni kali ketiga dia tidur.. huhu.. May be dia tengok persekitaran dah lain, cerah je, susah nak tido agaknya.

Kalau dibiarkan meniarap atas karpet ni, habis dia merayap2 bawah kerusi, makan plastik la.. adui, tak boleh lepa la budak ni.. bila dipegang, habis semua barang nak usik masuk mulut.. Tapi, macam seronok je bawa baby datang opis.. ceria je dia tengok orang agah2 dia.. baby sentiasa ada dengan kita.. cuma nak layan karenah je la, merengek2 nak tido, nak dukung la, bila nak buat keje ni, kena tunggu dia tido dulu.. tu kalau dapat anak yang suka tidur macam aisyah. cer kalau bawa aqil macam dulu, habis satu floor dia tawaf dan menjerit2.. sabo je la. itu tak boleh bawa, kena tinggal :-)

hai!! pagi tadi yang ceria.. :-)

 kena paksa tidur, tengok apa jadi, mau dia tido?? huhu

 bergambar dengan ibu..

 alololo nenomeinya iye ini anak cape ni :-p 

zzz time... kejap je tidur.. now dah tidur balik..

Okeylah tu je nak share hari ni.. esok may be aisyah dah di bawah penjagaan pengasuh dia balik.. kan best kalau dapat bawa anak gi opis kan. dekat je dengan ibu, tak payah la ibu risau2 pasal anak kat rumah pengasuh/taska..

wassalam

Friday, May 18, 2012

now i feel like to vomit

Assalamualaikum..

tadi, aku sambil buat kerja sambil aku kunyah2 kerepek yang aku bawa dari rumah.. satu kerepek ubi satu kerepek pisang. aku combine kan dia letak dalam satu bekas..

Dah banyak dah aku makan sebenarnya.. tapi tadi aku tertengok kat tangan aku. sikit lagi nak masuk mulut..

dapat kenal pasti tak apa kebenda nya tu...
ye, ekor cicak dah kering!!!!!

Aku ni dok perati belek2 apa benda ni ek. kerepek pisang dan kepek ubi tu warna kuning, sekali tengok macam ranting kayu.. bila dah perati2, baru la perasan ekor cicak dengan tulang ekor dia sekali.. huhu.. yakss... serius rasa nak terkeluar balik apa yang aku makan ni..  memang la bendanya tak masuk mulut lagi, tapi dah bercampur2 dalam kepek aku tu.. geli tau.. huhu. sila kebakul sampah semua kerepek2 ye.. kepada pengusaha2 kerepek2, sila la perhati nak menggoreng ke, nak menjemur ke, sila make sure tak de benda asing selain dari makanan yang dimasak bersama okey. gelimat!!

bye. slmt lunch korang :-).. wassalam

potluck hari jumaat

Assalamualaikum..

Dah hari jumaat kan. seperti biasa, aku kalau dah jumaat ni memang terasa bersemangat sikit sebab esok kan weekend, boleh cuti lepak2.. tak de plan nak gi mana2 tapi aku rasa mesti en suami ajak balik kampung dia.. esok pagi pulak may be ada kelas mengaji.. 

Hari ni, unit aku ada buat potluck. masak2 kat rumah pastu bawa datang opis.. ada yang bawa ayam masak pinachi, sayur seafood, udang, ketam, sup ekor dan kuih lapis.. tapi ni sume dalam portion kecik2 je la untuk 7 orang makan.. Aku pulak bawa beras.. haha.. bawa beras je ok.. masak kat opis nasinya. yang opismate lelaki tunggal tu pegi beli air kot. hehe..

mujurlah aku kena bawa nasi je sebab malam tadi memang aku penat giler.. alah, kau memang hari2 penat manjang la.. huhu.. tak dela, semalam memang letih gile, hari kemuncak bekerja.. kalau aku kena masak sesuatu lauk, ntah apa lah aku nak bawa.. ikan bilis goreng je la kot.. berangan nak goreng keropok keping, sekali tu, yang sempat aku sauk pagi tadi adalah beras je 4 pot lebih :-p

Okeyla, kang kalau kitorang ada snap2 gambar aku update balik entry ni :-)

ok, selamat berhujung minggu!!

wassalam

Thursday, May 17, 2012

dah lama tak buat

Assalamualaikum..

Hari ni aku ada mesyuarat pemantauan.. dan hari ni intermediate bos aku tak de dan aku kena present pada chairman... chairman pulak bos besar aku, takkan dia pulak kena present.. weee... dah lama tak buat keje2 presentation ni. selalu jadi orang belakang tabir je.. tukang2 klik gitu je la kan. 

perasaan tu cuak juga tapi tak secuak nak presentation masa belajar or kat kursus induksi. hehe.. may be boleh present secara santai kot.. semalam tengok sikit2. siap bawa balik rumah lagi hardcopy tapi terperam dalam bag je.

pagi ni pun kena pam awal pagi ni, tak boleh nak cilok2 time mesyuarat.. Semalam masa tidur, kilang susu memproses dengan banyak.. tahu2 je dah basah.. aisyah merengek2 terus sumbat nenen, kenyang aisyah.. alhamdulillah :-)

Okeylah, get to go now. wish me luck! wassalam

**********************

Update dari meeting tadi..

Hai lega dah habis meeting. kan betul meeting santai. big boss aku tu kalau cakap melalut2, agenda ntah ke mana, merapu je lebih, buat lawak, ketawa sorang2... haha... jadinya sikit je lah aku bukak suara, slide aku yang 20 keping lebih tu 2 keping je dia suruh buka sebab dah kesuntukan masa.. mana taknya, lari agenda.. pegawai2 negeri lain yang datang pun senyap je dengar je lah dia berceloteh sorang2.. tak lama tu, sorang2 keluar gi makan la, gi borak2 kat luar bilik mesyuarat la. pastu bila dah keep on track balik, barulah orang masuk..

Apa2 pun, okeyla, selamat dah semuanya :-)

babai..

wassalam..

Wednesday, May 16, 2012

takziah (lagi)

Assalamualaikum..

Tengahari tadi dikejutkan dengan satu lagi berita kematian.. Mula-mula macam tak percaya. Tapi bila dah dapat kesahihan berita tu dari ramai kawan-kawan barulah nak percaya..

Ingat lagi tak kawan aku yang anak dia sakit kanser yang dah meninggal tu? kalau tak ingat leh baca entry lama ni. Hari ni, adik dia pulak yang meninggal.. adik kepada arwah, means anak kawan aku yang ketiga. dengar2 cerita baru dalam 3 bulan macam tu lah. aku ingatkan aisyah dulu lahir, rupanya ku silap..

Anaknya tu perempuan, demam katanya dan bawa ke hospital, cek-cek doktor kata ada lung infection pastu terus tak de.. Hmm besarnya ujian Allah ke atas kawan aku dan isterinya tu. tak sampai sebulan anak sulung pergi, anak ketiga pulak yang pergi. Now tinggal anak dia yang nombor dua je lah..

Aku terkedu dan rasa kelu nak berkata-kata.. rasa macam ada batu dalam tekak.. tak dapat bayangkan perasaannya ketika ini.. hancur luluh.. Allah pinjamkan sekejap sahaja.. sedih. tak dapat bayangkan camanalah kalau aku berada di tempatnya. nauzubillahiminzalik...

Al fatihah..

Wassalam

red velvet cake lagi :-)

Assalamualaikum...

Hari ni letih sangat. biasalah hari kemuncak bekerja.. dari semalam dah rasa letih lepas balik kerja, tapi sebab parents aku nak datang, kugagahkan juga tak tidur awal. Ye, parents ku ada di rumah bersama adik ku yang bercuti. Ayah ku ada seminar, tapi satu malam je lah tidur rumah.. petang ni mereka balik semula ke kluang..

Okey kali ni nak share red velvet kek pujaan ramai.. kan aku ada cerita minggu lepas ada orang order kek kat aku tu kan.. apa? tak tahu pun? tak pelah.. hihi.. Okey, opismate aku order kek 2 biji. ni kira first time orang suruh aku buatkan kek.. Alhamdulillah menjadi, biar pun sampai masuk2 dalam mimpi ok.. Customer (cewah, customer ko..) kata sedap... Alhamdulillah..

Ok, dah dua biji kek kasi kat orang, tuan rumah pun terliur juga kan.. asyik duk kutip serpihan kek je, apa kata buat lagi sebiji memandangkan ramai naw permintaan nak rasa kek baldu merah ni.. So, minggu lepas 3 biji kek sudah jalan :-)

 untuk peminat red velvet, maaf la ye acik keras tangan deco kek.. lagi pun, campuran cream cheese ni susah sikit nak deco, dia lembik2 gitu. tak stabil.

 see, naik cantik :-) pakai oven elektrik.. ok, boleh percaya oven ni.

hiasan simple saje :-)

kek dibelah dua untuk diletakkan filling cream cheese. Kalau kek nipis, tak payah belah dua. tapi aku belah ni pun kena control betul2, takut tersenget belahan nya.. hehe. ada ke alat2 membelah kek  supaya lagi cantik dan sama rata pembahagiannya?

bahan utama mascarpone cheese. Aku beli kat tesco. Dah naik harga tau.. dulu rm 14 lebih sekarang dah nak dekat RM 16.. Pastu, latest aku tengok kat Jusco Maluri pun dah ada jual ni. Tak tahulah Jusco lain ada ke tak.. 

kenapa suka beli yang ini sebab ada tanda halal!! Alhamdulillah.. mencari yang halal itu fardu bagi umat Islam. Sebelum ni, aku beli brand lain kat kedai baked with yen tu, tapi tak de tanda halal. Now, dah jumpa yang halal, kenalah pakai yang ini kan..

tak berapa merah kek nya.. gebu tak? chewah.. mr hubby pun 'impress' katanya. huh, baru nak impress setelah berloyang2 aku buat kek.. yelah, manusia kan, selagi kita tak diiktiraf orang, pandang sebelah mata je.. huhu. siapalah kita ni kan.

dulu aku heran gak camana orang buat kek ada jalur cam ni kan, rupanya, sejukkan atas redai cam ni lah jadinya.. hehe.. 

ni untuk mr hubby terchenta ;-p perasmi pertama kek malam tu..

ni untuk sahabat lama, dari jauh ku kirimkan kek berposmen kan mr hubby.. sebab blognya COLOR OF MY LIFE, aku letak la colourful rice. hehe...

Okeyla, kek ni tak boleh makan selalu, modal besar :-) tapi kek ni memang best. lain dari yang lain.. 

Ok bye. wassalam :-)


Tuesday, May 15, 2012

adik aqil

Assalamualaikum...

Mulakan hari anda dengan cerita si kecil.. kali ni kisah adik aqil pulak iaitu Aisyah Humairah :-)

 adik aqil dah nak merangkak.. duk naik turun tak gerak2 macam tu la :-) sekarang ni pun ibu dah jarang pakaikan dia stokin, takut licin dia nak bergerak nanti :-)

 renungan manja :-) kalau dah masuk jari dalam mulut, mesti la nak tido ni.. ada satu gambar aqil dulu pun macam ni. masuk jari dalam mulut juga rupanya abang aqil saya :-)

 sweet sangat... ceria je..

Time ni dia ikut ibu punya aktiviti di balai Islam.. kena bawalah budak kecik ni nanti dia nak nenen camana.. pastu ayah aqil jaga aqil sorang je, tak pening kepala nanti.. Aku baru nak bercampur orang. kat kawasan rumah aku ni, jiran kiri kanan depan belakang dah kenal dah.. kalau nak kenal orang, gi masjid attend majlis kat masjid baru orang kenal.. Bukan lah nak terkenal femes amos tu tapi sekadar bercampur tak delah orang tengok kita macam asing je kan.. tapi niat aku sebenarnya nak mencari ilmu di samping menambah kenalan  :-)

 wah dagu mahal tu :-) 

 ni lah keje budak ni, main dan makan beg ibu dia.. nasib baik dia tak meragam. cuma time dia dah letih pusing2 tu mulalah menangis nak susu then tidur.. masa ni kelas ceramah hari ibu. next week baru kelas mengaji. tu yang aku nak join. 

bawa bantal sebijik alas tidur.. setakat satu hari yang lepas aku bawa aisyah, boleh consider lagi la nak bawa untuk kelas akan datang. tapi takut tangisan dia nanti menggangu kelas mengaji camano tuh. menarik perhatian orang la pulak kan. huhu.. tapi makcik2 dan kakak2 kelas tu semua macam baik2 tak sombong, may be sebab aku bawa baby tu yang diorang buka mulut cakap2.. hehe..

Okey, hope aku akan akan sentiasa dapat attend kelas2 ilmu macam ni. Yelah, buat hari sabtu pagi, mesti banyak plan nak gi sana sini, tapi semua kena tunda sebab ibu nak menuntut ilmu :-)

ok bye. nanti kita cite2 lagi k. wassalam :-)

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails