Monday, April 30, 2012

rindu terubat

Assalamualaikum..


Hari ni, kami masih bercuti di kampung tercinta. Bertolak lepas balik keje hari jumaat, sampai pukul 10.30 malam. Alhamdulillah, tak jumpa jem :-)


Terlepaslah rindu nak jumpa ayah mama setelah hampir 2 bulan lebih tak jumpa. Kali ni, kak long pun balik serentak. . Aqil pulak, bila dah ada kawan@ aiman, terus tak kacau ibu dia. Buat hal sendiri je. Even duduk satu rumah, macam tak kedengaran suara aqil panggil ibu :-)


Aktiviti di rumah apa ye. . Ooo sabtu malam ahad, kami buat bbq kambing & ayam. On me :-) laterlah aku cerita pasal tu. Buat makan2 anak beranak je. .  lepas tu, hari berikutnya aku just duduk dalam rumah je. Ayah aqil pulak keluar masuk urusan kereta, upgrade kusyen kereta yang dah lapuk tu. Huhu. .


Esok, kami akan balik kl dah. Hope everything okey, hope tak jem. Ntah bila lagi dapat berkumpul macam ni.


Okey, wassalam.


Published with Blogger-droid v2.0.4

Saturday, April 28, 2012

takziah.

Assalamualaikum. .


Ingat lagi tak aku pernah cite dalam blog ni pasal anak kawanku yang sakit kanser tu? http://suliana-mylittlesunshine.blogspot.com/2011/03/wad-paedaterik-6.html?m=1


Anaknya telah kembali ke rahmatullah semalam. Sedih pulak. . Baya aqil anaknya tu. . Harap kawanku dan isterinya tabah menghadapi ujian Allah. .


Hmm. . Tak tahu nak kata apa. Kita hanya mampu bersimpati dan sedekahkan fatihah. .Jom sedekahkan al fatihah untuk bidadara syurga. Tempat yang pasti untuk adik aisy.


Al fatihah..


Published with Blogger-droid v2.0.4

Friday, April 27, 2012

balik kampung!!

Assalamualaikum..

Salam hari jumaat.. semalam agak busy nak blogging.. keserabutan kembali melanda. dah dapat gaji pun tak dapat nak membuat urusan perbankan.. huhu.. dia kena tenang2 baru boleh bayar itu ini kan.. 

Semalam, dapat rasmi katil baru. yeay! hehe.. katil baru dan rak kasut baru. katil baru tu beli ala carte je, tak beli satu set bilik tidur pun. konon nak beli tilam je, al maklumlah dah masuk tahun kelima perkahwinan, tilam pun dah rasa spring, sekali tu beli katil sekali lah, ada la juga katil tambahan lagi satu :-p mahluk yang melanyak tilam tu pun dah bertambah ramai, di samping berat badan yang bertambah. maka elok saje ditukar tilam yang lagi empuk. hehe.. tapi, tidur dengan anak2 je lah, encik suami masih tidur di bawah, belum kemas sepenuhnya.. nanti aqil akan diasingkan ke katil single tapi still attach dengan katil kami. Aku dah bagitahu aqil, buat muka sedih pulak nak kena tido kat katil bujang tu.. huhu..

Okey, semalam juga, busy mengemas beg nak balik kampung. semangat tu :-)mesti ramai yang ambil cuti hari isnin ni kan.. termasuk lah aku.. malam ni juga, ajak en suami balik Johor. dah lama tak balik since bulan 2 selepas berpantang.. rindu! tok ma dan atok pun mesti rindu nak tengok aisyah dah semakin membesar. alhamdulillah :-)

Okeyla, tu je nak share pagi ni.. wassalam :-)



Wednesday, April 25, 2012

ikhlas

Assalamualaikum..

hari ni baru bukak balik buku yang aku beli iaitu BEDUK DIKETUK. hai punyalah lama tak buka, busy sikit. lepas tu buku tu duduk kat tray, terlindung tu yang tak rnampak.. Okey, mari aku share sikit apa yang aku baca hari ni :-) Aku baca bab ikhlas. Salah satu petikan dari buku ini ialah :-

"... kita buat baik kepada A, tetapi kerap kali bukan A yang membalas kebaikan kita tetapi B atau C atau D atau lain-lain yang membalasnya. Inilah hakikat yang berlaku dalam hidup kita" 


".. ikhlas sebenar tidak pinta dibalas. Tetapi Allah Maha Kaya dan Maha Pengasih. Siapa yang ikhlas akan diberi ganjaran walaupun mereka tiak memintanya kerana setiap kebaikan itu akan dikembalikan kepada orang yang melakukannya. Ia umpama bola yang dibaling ke dinding, akan melantun semula kepada pembalingnya!"

"Jangan mengharap terima kasih daripada manusia atas kebaikan yang kita buat kepadanya kerana umumnya manusia tidak pandai berterima kasih. ..Kalau kepada Allah yang Maha Memberi pun manusia tidak pandai bersyukur dan berterima kasih, apatah lagi kepada sesama manusia yang pemberiannya terbatas dan berkala..."

~ Ustaz Mohd Pahrol Mohd Juoi, Beduk Diketuk

Banyak lagi ayat yang menarik tapi lenguh pulak aku nak menaip sebijik2 ni.hehe..  Bila kita ikhlas, hati akan rasa lebih tenang. Tapi, ikhlas kita tu hanya Allah saje yang tahu.

Wallahua'lam.


Tuesday, April 24, 2012

Al-Rawsha

Assalamualaikum..

Ahad lepas, kami sekeluarga pergi makan di Al-Rawsha. Dulu, try makan kat wadi hadramaut Jalan ampang seisi keluarga dengan parents dan adik beradik yang lain. tapi kali ni kami pergi 4 beranak je la.. tapi ordernya macam makan 4 orang dewasa. huhu. terbelahak nak habiskan. tapi memang tak habis. Al-Rawsha ni terletak di bulatan kg. pandan. Kalau perasan, bangunan dia macam Istana takeshi.. hehe..

Kalau yang bawa baby dan anak2 kecil, boleh pilih duduk kat tempat aircond. meja bulat 10 orang tu kami duduk 3 orang. hehe.. Kami order lamb madghout half portion dan juga kebab.. order tak hingat.. huhu.. nasi dia aku rasa untuk 4 orang makan, kami tak habis, tapau, dinner makan yang tu pun dah cukup :-)

 sedap.. layan je makan kambing ni :-) half portion RM 25

 kebab lawan dengan mulawwah rm 30

 aqil posing :-)

 entrance al rawsha

aisyah minta dokong :-)

Ramai juga yang datang makan situ.. rata2 family besar2.. dalam hati aku, untunglah duk kl ni. aku dulu kecik2 tak merasa nak makan best2 ni. paling best pun kfc kalau nak makan luar. huhu. dah la adik beradik ramai, mak aku kena bajet2 nak makan kfc, tak leh selalu. huhu. sekarang, mak ayah keje bagus2, dapat makan mahal2..

okey, jom lunch :-)

Bye, wassalam 

Monday, April 23, 2012

pavlova - kali ketiga

Assalamualaikum..

Pavlova kali ini adalah pavlova ketiga seumur hidupku pernah buat dan makan :-) teringin pulak nak makan, so buat sendiri :-) dulu, masa 1st & 2nd time buat, rasa susahnya kuih ni nak buat. Tapi bila lama2 cuba dan cuba, menjadi pulak, rasa senang je, hehe.. sebelum2 ni aku buat, aku pun tak tahu rasa dan bagaimana rupa 'jadi' tu.. yelah, tak pernah makan, orang kata sedap, kita nak la juga cuba kan :-)

separuh pavlova untukku dan suami. tapi suami makan sikit je, sebab dia kata bau telur. dah memang basicnya telur. may be kena banyakkan esen vanila atau kena tunggu lagi masak sikit? ok, whipping cream kali ni cair sikit, kena beli yang macam aku buat red velvet tu non dairy whipping cream baru dia duk diam2 atas pavlova tu. 

untuk kawanku fiza arsyad, cuba la buat :-) macam ni la teksturnya. dulu aku buat macam tak de tekstur je. haha, nak potong pun seksa.. now, garing di luar, lembut di tengah, bila makan, rasa makan telan, makan telan.. gitu :-) nak potong pun senang..

kali ni, dah tak de lapik2 dengan kertas minyak dan tak lukis2 dah. hehe.. main tepek je atas tin cake tu. aku baru beli loyang yang boleh cabut2 tu.. senang lepas ni nak wat kek tak la seksa nak menunggu dia lekang :-)

first time guna oven ni untuk membakar pavlova. dulu, aku bakar kuih raya je. api dia panas tak rata. dalam dah coklat, depan belum lagi. tapi, senang lagi pakai oven ni, tak delah terjenguk2 gas habis ke, dah masak ke belum, sebab ada loceng 'ting'. okey, kira boleh percaya la oven ni. next, nak try bakar kek pulak dalam oven elektrik ni. ni hadiah perkahwinan aku 5 tahun yang lepas :-) baru intai2 oven yang canggih kat sogo, intai je & berangan :-)

ni lah oven dan dapur gas tempat aku mencurahkan air tangan ku untuk diberi makan kepada keluarga tersayang. hehe.. tahun ni dah 3 tahun la pakai dapur gas ni.. ada 3 tungku dan oven bakar kuih.. juga, buat simpan lauk tak habis :-) kalau bakar kek, kena tunggu lama sikit. macam pavlova ni, hampir 2 jam aku tunggu dia masak. last2, aku tutup je api, lambat naw masak nya..

okey tu je. lepas ni lambat lagi nak makan pavlova.. takut!! takut kencing manis :-p
kalau yang tak pernah rasa nak cuba buat, cuba la.. sedap :-)
ok bye. wassalam 

ceria

Assalamualaikum..

Selamat pagi isnin semua!! semoga korang semua ceria2 belaka. terima kasih masih sudi membaca blog yang tak seberapa ni. terima kasih kepada follower2 baru.. blog ni cerita pasal diri sendiri dan juga pasal keluarga khususnya cerita anak2. Ditambah rasa dengan cerita anak2 yang dua orang sedang membesar ni, suka duka, marah, geram, kasih sayang, semua lengkap lah secukup rasa, al maklumlah perempuan, emosi :-) kalau cerita kat laki, dengar juga, tapi pastu senyap sunyi. no response. kalau bagi response, seperti berlakon pun ye juga. huhu. saje nak amik hati la tu.. hehe.. tak pela, better diluahkan kat sini, tapi bertapis :-)

kadang2, kalau rajin, diselitkan juga cerita tentang perjalanan breastfeeding. kebanyakkan telah diceritakan di zaman aqil :-) zaman aisyah humairah sikit2 je, kalau nak tahu cerita dolu2 boleh klik label breastfeeding & breast pump :-) cerita berkaitan cloth diapers pula tak banyak. sikit2 je sebab  masih baru belajar. 

Menjalani hidup sebagai seorang isteri dan ibu sebenarnya mengajar kita erti hidup yang sebenar. setiap hari ada je benda baru yang kita pelajari.. dan sehingga kini masih mencari2 bagaimana nak perbaiki diri ke arah yang lebih baik... chewah. ayat buku pulak ;-p

Sebenarnya hari ni aku ni nak ganti puasa yang sehari tu.. tapi, aku tak bangun sahur. bangun, tapi tutup jam. :-) mana boleh tak sahur, mesti flat la petang karang. makan dah la banyak. kalau tak makan, memang menggigil.. pulak tu, hari ni balik aku naik lrt. nak menapak ke stesen lagi.. khamis la puasa.

Okey, nak kasi ceria lagi pagi ni . nak tunjuk gambar aisyah humairah yang dah baik demam. alhamdulillah sangat2.. lepas dia demam dan memberi tekanan kat ibu dia hari tu, effect dia, dia tak nak letak  bawah. sabar je la. kalau dah berdokong tu kan, letak balik memang berdebar je la. siap la dia menangis.. itu kalau kita kejap letak, kejap angkat. marah la minah tu kan, memainkan perasaan dia. hehe..

Lagi, kalau dia tengah meniarap tu, dia tengok kita lalu, punya la excited dah macam ulat beluncas atas tilam. sian dia, kadang ibu & ayah lalu sambil agah2 dia, tak angkat pun dia. hehe.. kalau kita pegi kat pintu, dah pandai buat muka kesian minta diangkat. ibu kan, tak sampai hati dengar anak nangis. tapi ayah dia kata, biar duduk bawah.

 ceria
 ngences (airliur menjejeh)
 dah pakai baju saiz 6-12 bulan
 aqil yang sayang adik dia :-)
pose statik
aisyah dan aunty nya, mak ida datang rumah

Nak ambil gambar aisyah ni, bukan boleh reti diam. aku kena set scene SPORT kalau nak snap. bergerak2 sana sini. blur dah gambar tu. hehe.. oklah tu je hari ni :-)

bye wassalam

Friday, April 20, 2012

satu malam yang tertekan

Assalamualaikum..

Salam pagi jumaat. harap2 hari ni kita diberi kekuatan untuk meneruskan kehidupan dan menghadapi hari2 seterusnya dengan sabar.

Semalam kan aisyah tak sihat.. tapi suhu dia tak de lah tinggi mana. balik dari rumah pengasuh 37.6 degree. kasi makan ubat.. bogelkan dia. oklah kan, tak de masalah dia main sorang. dapatlah aku masak kejap.. pastu, dia tido.. dalam pukul 10 macam tu, lepas abis ustaz don, kami naik atas nak tido. time ni aisyah dah bangun. aku pulak baru nak sembahyang sume.. letakla dia atas katil. sekali tu, menangis tak berhenti. bila kita angkat, dia diam.. adui.. stress ibu ko ni nak..

Bertambah stress bila mana aqil pun sama join nak tambah stress ibu dia. minta nak tengok upin biri-biri dalam youtube kat hp aku.. aku pun layan kan je lah dalam aisyah nangis2 tu. ntah kenapa ntah sound dia tak leh buka, senyap je youtube tu. lagi la si mamat tu angin. aku pun sama naik angin dengan aqil. sabor je la. dah aisyah nangis tak berenti, aku mandikan dia. lagi nangis.. pastu aku kasi aisyah kat yanti. elok je dia diam. rupanya dia nak orang dokong dia bawa jalan2, kalau duduk, nangis balik. sabor je la budak kecik ni.

itulah kisahnya semalam.. bila dia diam tu, dah tenang sikit, aku kasi nenen, baru la dia ok. boleh tido.. nak kata kembung perut tak de pulak. itulah malam ku yang paling tertekan. aku takut hilang sabar je.. tengah malam pun aisyah ada bangun nangis2 tapi kejap je.

dan paling bengang sekali pagi ni aqil bangun dia kata nak kencing, tapi dia dah kencing pun atas tilam!!!! habis lah berbau satu bilik. kalau kencing baby tak pe lagi, ni kencing budak besar, hancing.

memang menguji kesabaran betul.

Ok, bye, wassalam

Thursday, April 19, 2012

pertama kali demam

Assalamualaikum..

Aisyah semalam demam.. tapi tak berapa kuat la. paling tinggi 37.5 degree.. tapi kepala dia panas. laju je termometer tu jalan.. risau juga hati ni. macam lah ibu ni tak de pengalaman anak demam.. tak kira la berapa kali pengalaman anak kita demam, mesti risau betul tak?? lebih2 lagi dulu masa aqil demam sampai fit tu.. sampai sekarang memang terasa fobia kalau anak demam.

kali ni turn aisyah pulak. demam untuk kali pertama. alhamdulillah aqil makin kuat antibodinya. Kalau dulu sape yang dah lama follow blog aku ni, mesti boring je dengar aqil asyik demam je tiap2 bulan!!! sebulan sekali demam lebih2 lagi bila dia duduk nursery. sekarang, alhamdulillah kesihatan bertambah baik.. jarang dah dia demam sekarang, cuma hidung leleh2 cam tu biasa la kan.. 

Semalam, kepala aisyah je panas.. macam dedar gitu. tapi badan tak de la panas mana. amik termometer,baru 37 degree. dalam hati, may be panas sikit kot. pastu sebelum nak tidur, 37.1 degree. Pukul 3 pagi, dia bangun rasa ketiak dia panas pulak. amik suhu, 37.5 degree.. cepat2 aku kasi makan ubat.. sebelum tido tu dah letak kain atas kepala. ni belum pandai tarik lagi ni.. pastu, kalau lap2 badan dia, dengar dia tarik nafas, tak tahan sejuk la tu.. hehe...

terlupa pulak nak burp kan dia lepas susu malam tadi, terus kasi ubat. sekali tu, amik kau selambak dia muntah kuar kut idung sume.. habis berbau bilik dengan muntah, baru tukar cadar ;-(  terpaksa kasi lagi ubat demam tu.. pandai dia takut makan ubat.. pastu togel2 kan dia tinggal cd dan seluar je, tidur lah sampai pagi.. tak panas2 dah.. ni kat rumah pengasuh meragam je hari ni. tak nak susu sangat, lebih kepada nak tidur.. yela, semalam memang dia kurang tidur, celik nak main je..

even dia demam, dia ceria.. ibu je yang risau lebih. yelah, anak kan.. ayah dia tak de pulak.. huhu.. esok ayah balik ye sayang ibu :-)



ibu doakan aisyah humairah cepat baik ye sayang... mmuaaahhh..love u...

wassalam


Wednesday, April 18, 2012

kereta pulak!!!

Assalamualaikum..

Rabu sudah :-) hari ni dan semalam bawa kereta sendiri. alhamdulillah sempat punch kedua2 hari itu. hope esok dan lusa pun sama, tak lewat.. bila bawa kereta sendiri, baru tahu menghargai masa. chewah.. bangun pagi semua sama, keluar rumah pun sama waktu. cuma kali ni masa spend kat parking kereta dan juga nak jalan kaki dari car park ke opis. mujur sempat :-)

3 malam ni ditemani oleh kawan opis. mujur ada acik yanti nak menemankan ibu aqil ni.. huhu. sadis sungguh petang semalam. berpeluh2 ketiak bila time balik kereta tak boleh stat.. kacau betul.. cepat2 la call hasben. dia suruh usik itu ini kat area bateri tu, alhamdulillah hidup. mujur juga belum hujan semalam, kalau hujan, lagi sadis.

Actually kereta tu memang dah dikenalpasti problemnya sebelum ni, tapi yela, weken keluar masuk rumah, tak pegi2 bengkel nak servis. kena tukar timing belt, tukar tayar, tube wiper putus, lock dashboard patah, dah tak leh tutup dashboard tu - salotape pun tanggal :-( apa2 lagi yang patut la - major service kali ni. patutnya tukar kereta baru terus :-p no no no.. simpan duit.. :-)

nak dijadikan cerita, on the way balik semalam, hujan pun turun dengan lebatnya.. ada satu area tu, jalannya bertakung air, air banyak. nak tak nak kena langgar juga air tu. sekali tu, boleh pulak wiper padam sendiri, radio off, ekon mati,  kereta pun slow.. enjin mati!!! aku pun dah gelabah2 ni, press2 minyak, haa... alhamdulillah keta boleh jalan balik.. magik!! tak sempat kereta tu betul2 stop. sekali lagi ketiak berpeluh. tak berani nak buka ekon. buka tingkap hujan2 tu. kuikuikui.. kalau tidak, ada yang bertolak kereta tengah2 hujan. tak koser aku..

mula2 konon tak nak pegi bengkel - dasar insaf sekejap, nak tunggu hasben balik la, sekali tu bila dah shot macam tu, terpaksa juga pegi bengkel 'best fren' hasben, dekat ngan rumah je. dia cek2, dia kata jangan langgar air kuat sangat, nanti shot. lalu slow2 saje. dia cek2yang penting je, sebab aku pun nak cepat, aisyah tak amik lagi. amik aqil je dulu.

Hmm macam tu la kisahnya. selamat la sampai rumah semalam. dan yanti cakap kalau kereta tak leh hidup, dia nak bonceng aku naik motor. haha.. motor tu even dah major baiki, tak berani aku nak naik kalau tuan empunya tak de..  

itula kisah semalam. harap dapat bertahan sampai hari jumaat ni :-) eh, jumaat apa, harap dapat bertahan sampai aku banyak duit nak tukar keta baru :-) Okeyla, tengok gambar budak comel ni dalam keta dia pulak:-)

 barney, nak kasi hadiah kat cousin dia..

 kali ni tak edit picture just tambah drop shadow je.

 senyum...

cak..

Semalam, budak kecik ni menangis lama. may be ayah dia tak de, saje nak menguji ibu ni. bagi susu tak nak, sapu2 minyak kat perut pun tak selesa lagi. rupanya tak puas tido. dia macam tu la, kalau tido tak cukup, mula la nangis bagai nak rak, dah pujuk pun masih merengek lagi. kadang tu aku biar je dia nangis, tengok2 dah tido.. hai lah anak.. aqil pun sama merengek tengah malam nak tengok ultramen. ngigau ke apa aku tak tahu la. dan yang pasti aku marah dia sambil pejam mata :-)

sabor je la. wassalam

Tuesday, April 17, 2012

kasut

Assalamualaikum..

hari ini kami bakal ditinggalkan oleh ketua keluarga. chewah!! yelah, en suami outstation 4 hari 3 malam di Genting.. tinggallah kami 3 beranak terkelip2 di rumah. hehe.. aku bawa kawan opis yang bujang teman aku kat rumah. ada la kawan skit kan. tak de la aku 'berperang' dengan aqil dan aisyah.. huhu..

Okey, hari ni juga en suami telah dianugerahkan sebagai Pekerja Cemerlang 2011.. tahniah untuk en suami.. murah rezeki kami sekeluarga.. dengan itu en suami telah menghadiahkan sepasang kasut untuk ku.. hehe..


Kebetulan dia kena cari kasut baru untuk majlis ni sebab kasut hitam lama dia dah kena curi hari tu.. yang ada orang panjat tembok curi kasut tu.. kebetulan juga HP ada sale. en suami pun belanja la aku sekali. kasut yang sedap2 macam ni kebanyakkan design tak berapa cun kan. pastu, mentang2 la dah sale semua habis saiz aku. apa je kasut yang aku boleh beli.. huhu. nak tak nak, amik juga la kan, jangan lepaskan peluang, bukan selalu :-p selalunya kes suami aku kalau beli kasut mesti tak dapat, tak de saiz/kasut display/last pair etc... tapi kali ni rezeki dia, aku pulak yang tak de pilihan. hehe..

Ok, tu je la kot. bye.. wassalam

Monday, April 16, 2012

dress

Assalamualaikum..

Salam hari isnin.. hari ni ok tak korang? kami alhamdulillah sihat sejahtera.. weekend lepas 2 hari asyik keluar masuk rumah je. siap la malam ni baru nak melipat kain penuh selantai.. nak jalan selak kain, bukan selak kain yang sedang dipakai tapi selak kain yang belum berlipat tu.. camana tu. hehe. malam ni la kot baru nak settle semua..

Hari sabtu, pegi kenduri jiran belakang rumah sempena aqiqah cucu dia. janjinya nak kasi puding/agar2 untuk jiran tu. sekali, punyalah bersemangat nak buat, boleh pulak lapisan pertama tak mengeras.. so, tak jadi proceed untuk lapisan seterusnya. aku pun tak tahu la apa masalah lapisan susu tu.. jadi, keesokkannya pergi menonong sambil kendong si kecik.. bila time balik, tuan rumah pun sibuk. salam2, dia cakap :-

jiran: terima kasih la ye kasi kuih 
aku (ni heran) : eh, saya tak kasi kuih 
jiran : ye ke, kak A cakap awak kasi kuih. terima kasih banyak la..
aku: ha'ah.. yelah. sama2.. 

Rupanya akak pengasuh aisyah sudah cerita sama jiran belakang aku mahu kasi kuih.. sekali tu, kuih tak jadi camano nak kasi.. iyekan je la. akak tu pun sibuk agaknya tak sempat nak telek kuih apa yang orang kasi.. kononya semalam nak buat lagi, memang buat pun, tapi layer susu tu tetap tak mahu keras.. tapi aku teruskan juga dengan layer seterusnya. nak tahu kuih apa? ni, cer bukak tengok cantik sangat dari blog kak ita masam manis. SNOW PUDDING.

cam ni la rupa dia, cantikkan.. cer korang cuba.. 
picture amik dari blog kak ita masam manis

layer susu tak mengeras lansung, layer stoberi dan coklat - perfect keras. cun. sekali aku nak makan kaut dengan sudu, tembus layer susu membanjiri layer kedua dan ketiga.. tapi rasa dia memang sedap!!!! nak buat lagi la, aku akan berusaha keras untuk menjadikan layer susu itu keras.. hehe.. terima kasih kak ita atas reply komen!!!

Ok, stop pasal puding tak jadi ni. meh tengok pulak dress aisyah yang pertama!! yeay, dia dah pakai baju gaun.. pegi kenduri, aku pakaikan dia baju gaun pink. baju tu untuk baby 6-12 bulan, sekali tu senteng la pulak. abis nampak pampers. pakaikan legging kasi cover kaki nanti kena gigit nyamuk :-p

ala nomei2.. renungan mata menikam kalbu. 
ni aku edit dalam picasa.. picnik dah nak tutup. lagi laju picasa ni..
baju dah basuh, sekali tu bunga tu dah tanggal. hehe. baju jusco je :-)
next, baju kedua!!

ala nomei2.. kulit mengikut warna baju ye. hehe.. kali ni sikecik ni cerah la pulak :-p

cak.. dah boleh meniarap tau!!! alhamdulillah :-)

 celebrate birthday cousin aisyah belah ayahnya..

 sayang adik...

baju pemberian kawanku @zailina masa aisyah dalam hari, now dah boleh pakai :-)

lepas ni cari dress je la untuk aisyah :-)

ok, bye. wassalam :-)

Friday, April 13, 2012

picture

Assalamualaikum..

Salam jumaat semua!!! berapa hari  ye tak update blog. banyak keje dan lebih suka baca blog dari taip, especially blog masakan :-) pagi tadi bangun, mata memang sangat2 kelat nak membuka nya. letih sangat!! sampai opis pun aku masih menguap2 lagi. sakit2 badan. si kenit aisyah malam tadi banyak kali juga merengek. nak apa la ye. dah sua susu tapi masik ek ek ek.. malam tadi dia tido lambat. lepas balik rumah, tido kejap then dia bangun sampai pukul 10 lebih dia tak tido2 lagi. pas tu mula la nak dera ibu dia ni.. tapi, pagi tadi, mula bangun pun dah ek ek ek. pastu senyum.. mencairkan betul senyuman baby ni kan..

Pas susukan aisyah kejap, mula lah kejutkan aqil pulak. pagi tadi boleh dia kata aqil tak nak pegi sekolah. aqil nak tido.. adui sabo je la.. tak cukup tido la tu.. sama la macam ibu, kalau boleh ibu pun nak cakap ibu tak nak pegi work, ibu nak tido lagi. boleh?? hehe.. pujuk2 dia, baru lah ok. kena ikut je cakap dia pagi2 tu.. setiap hari bawa pensil kaler sebatang2.. pastu aku tak pasti pulak pensil kaler tu bawa balik ke tak. nanti habisla pensil kaler tu, lama2 tinggal botol je..

Okeyla. tak de idea nak tulis panjang2. meh tengok gambar penawar jiwa yang kedua ku ini :-) orang kluang dah rindu nak jumpa aisyah humairah ni. lambat lagi nak balik kluang, hujung april baru balik..

air liur meleleh. habis rambut ibu berguguran merata2 tempat even dah potong pendek. leh wat rambut palsu tau.. huhu

 tercengang

 main 'kuku'


gambar aqil dah banyak dalam blog ibu ni, kasi chance adik pulak ye. love u all :-) bye. wassalam..

Tuesday, April 10, 2012

tiramisu

Assalamualaikum..

weekend lepas, beria aku nak buat sesuatu. aku tak tahu la, suka benar makan dessert. tapi dessert yang paling aku suka buat adalah kek. hehe..amatur saje ye. boleh la nak dimakan untuk kaum kerabat terdekat dan juga kawan2 opis.

tapi, minggu lepas, bukan kek yang aku buat. TIRAMISU. first time aku makan tiramisu masa kat fish manhattan. tu pun nak rasa camana la rasa dia kan. sekali tu, boleh diterima tekak, ok let's try :-)

senang je rupanya buat tiramisu ni. hehe.. senang2 pun jenuh juga aku nak mencantikkan dia tak nak kasi comot. resepi amik dari blog kak ana suzana ni.. kalau yang baru nak buat macam aku ni, memang sesuai la ikut step kak ana ni. satu2 dia tunjuk :-) bahan2 dia pun sikit je dan mudah nak cari :-)

stoberi ada yang tertonggeng :-)

bahan2 yang perlu ada ialah, seketul cream chesse 250g, whipping cream 250ml, kek span lembapkan dalam air nescafe tanpa gula, serbuk koko untuk ditabur2 atas cheese, gula setengah cawan dan esen vanila.. stoberi aku saje2 letak  :-p

cara nak menyusun dalam cawan tu, mula2 lembapkan kek span tu dengan air nescafe tanpa gula tu, susun elok2 dalam cawan, ambil cheese yang telah diadun dengan whipping cream, gula, esen vanila letak atas kek span tu. pastu tabur koko yang telah diayak atas cheese. ulang la step tersebut kalau korang nak buat banyak lapis dalam satu cawan tu.. dah siap sume, sumbat dalam peti ais, makan sejuk2, best :-)

lesson learnt untuk first timer macam aku nak buat tiramisu ni ialah, next time kalau aku nak buat, aku akan make sure air nescafe tu kena pekat sikit, dan serbuk koko tu kena banyak. kalau tak, muak sikit. dalam secawan tu aku nak habiskan sekali makan, bercinta juga. bancuhan yang ini aku buat dapat dalam 6 gelas cawan ikea.  dah bawa pegi opis 3 gelas, tinggal lagi 1 setengah kat rumah, segelas dah jadi bahan kumbahan. hehe.. kalau nak dapatkan banyak tiramisu tu, buat selapis2 saje dan guna bekas dadih tu, dapat banyak sikit kan. hehe

ha, apa lagi.. boleh terjah blog kak ana tu dan cuba la tiramisu ini. hehe.. ok  itu saja dari saya yang amatur :-)

bye. wassalam.. selamat bercuti esok!!

Monday, April 9, 2012

4 bulan sudah

Assalamualaikum..

Aisyah humairah pada 7 April sudah 4 bulan. Alhamdulillah.. Ya Allah, Panjangkan usia anakku, sihat tubuh badannya, murahkan rezeki nya. Amiiin... (update : Berat 5.7kg panjang 64cm )

baby ibu ni dah panjang akalnya. tapi belum boleh meniarap lagi. sabar ye ibu :-) dah menunjukkan tanda nak meniarap seperti mengiring. pernah berjaya meniarap sekali, lepas tu tak lepas2 dah. itu pun sebab duduk atas tilam lembut. hehe.. kalau diletakkan dalam keadaan meniarap, siaplah dia berpusing2 dah keluar dari kawasan. takut juga tergolek..

Pandai ketawa apabila diagah. sangat suka tengok muka abang dia @ aqil. kalau aqil main ketuk2 dah tergelak2 dah dia.. ada satu hari tu, aqil tido sebelah dia, dia sibuk duk agah abang dia. hehe..

Masih suka tido. Masih menyusu badan sepenuhnya, alhamdulillah.. kesihatan aisyah sekarang ialah tak sihat. selsema. bila dah baik, abang dia pulak selsema. pastu rotate macam tu je la.. baik kejap selsema balik.. sian tengok baby selsema. meleleh je, kadang berbelon hidung dia dengan hingus. bila kita picit nak keluarkan hingus, marah pulak..

happy time!!


tak suka dibaringkan.. nak observe sekeliling la ibu :-)

sweet smile

 cakap cakap :-)

ibu tolong tiarapkan.. 


Esok baru ibu nak bawa aisyah pegi cucuk.. cucuk 4 bulan possible demam tak? ntah berapa kilo dah anak ibu ni.. harap2 naik banyak la ye nak.. tapi ibu tengok aisyah ni memanjang.. hehehe. okeyla.. bye. wassalam :-)


LinkWithin

Related Posts with Thumbnails