Saturday, March 31, 2012

kek batik

Assalamualaikum!!


Hari ni saya buat kek batik :-) sebab esok rmh mil saya ada kenduri. Saje je la buat, konon nak menyumbang sesuatu. Hihi. . Actually tak pasti nak kasi apa. Kasi kek macam takut tak jadi. So kasi kek batik la, senang sikit. .


Saya amik resepi dari blog kak ana suzana. Tq kak ana, sedap :-) Dah lama tak buat kek ni, since sekolah menengah lagi dah tak buat. . Kali ni resepi dia lain sikit tapi best. .


Tu je la aktiviti hari sabtu. Tak gi mana2 pun. . Lepak rumah. Nak lipat kain setimbun. . Hihi. Oklah, happy weekend semua!!!


Wassalam


Published with Blogger-droid v2.0.4

Thursday, March 29, 2012

anak-anakku

Assalamualaikum...

kali ni nak update perkembangan anak-anak.. Aisyah lagi seminggu lebih kurang dah nak masuk 4 bulan.. apa budak kecik ni dah pandai? hmmm.. mari kita senaraikan :-)

1. belum pandai meniarap tapi dah menunjukkan tanda2 nak meniarap like selalu je mengiring ke kanan. selalunya memang tak berjaya meniarap melainkan kalau diletak kat atas tilam lembut, baru berjaya..

2. masih suka tido, memang itu pun kerja baby kan. elok untuk pembesaran baby :-) malam jarang bangun, kalau ada pun sekali je, sua nenen terus je menyusu.. tahu2 dah pagi :-p

3. pandai geli. ni memang dari dalam hari lagi dia tak tahan geli. kalau sapu minyak kat perut dia, mulalah menggeletis.hehe.. kalau ibu &ayah dia cium2 leher dia, mengekek2 dia ketawa. suka sangat dengar aisyah ketawa..

4. suka tengok cermin. tersengih je bila duduk depan cermin..

5. akan jebek @ menangis bila dengar lagu ABC.. kalau nak buat dia nangis, pasang je la ABC songs tu. hehe.. lagu abc tu kan slow motion, dia ingat orang ejek dia kot.. 

6. buang air besar bukan tiap2 hari. selang sehari kot.. kelakar tengok dia meneran.. baby pun pandai teran ek.. hehe.. kalau kentut, busuk betul.. bau susu :-p

7. ada satu tabiat dia akan membuntangkan mata dia besar2 kalau nak tengok orang.hehe.. 

8. bentuk kepala jenis bulat, orang kata jendul belakang.. kalau pakai sanggul, cantik je.. orang kata lah ;-)

9. suka makan jari, masuk jari dalam mulut. kadang tu yang termuntah tu. tapi sekarang ni dia dah tak muntah susu baru, dia muntah susu ketul, buang lendir kot.. 




Okey aqil pulak.. mari tengok apa budak aqil umur 3 tahun ni reti buat apa.

1. pegi sekolah dah tak nangis.. horey... tapi mood kena jaga la, kena puji2 sikit pagi tu.. 

2. sehingga hari ini, aqil tak kencing dalam pampers waktu malam. kalau dia rasa nak kencing juga, mesti dia nangis bangun malam, cakap nak kencing. tapi aku tetap pakaikan dia pampers time malam. payah woo nak mengangkat tilam kalau kencing atas tilam.. masih belum yakin nak tidurkan dia tanpa pampers :-)

3. aku baru belikan Iqra' 1-6 untuk dia. alif dan ba' dah kenal. tapi ikut angin dia la, kadang main hentam je. kadang dia pulak jadi cikgu ajar ibu dia. sabo je la..

4. Mulut bising, suka nyanyi2.. kalau kena time, okey la kan, kalau time orang nak bercakap ko pun nak bising, siapla kena marah kan. hehe..sian aqil.. 

5. suka sangat gula2.. 

6. suka menyibuk nak tolong ibu atau ayah kat dapur. lagi sibuk kalau kita nak buat susu dia, time tu la dia pun nak tolong. sampai tumpah2 la susu tu.. kalau nak buat susu, kena buat senyap2.. kerja yang cepat pun boleh jadi lambat..

7. aqil sayang adik dia.. tak de jeles2.. tapi sian juga la kat aisyah, kita asyik nak tumpu kat aqil je kan.. aqil manja sikit dengan ibu dia, padahal ibu dia ni la banyak marah dia :-p

8. ok. last. aqil kedekut. lekuk di belakang tengkuk memang dalam :-)



ha.. tu je la perkembangan anak2 aku sekarang ni.. perkembangan ibu dia pulak - ceh nak gak cite.. kekeke.. perkembangan ibu dia macam biasa je la. rambut dah mula gugur dengan teruk. camana nak jadi nora danish ni.. haha.. dah tu je la yang paling kritikal. oh ada lagi, baju kurung yang mana kain dia sama 'rap' dulu, sekarang dah ketat sikit.. hmm.. tak boleh pakai dah ukuran baju lama.. mai la adik2 ku akak mu ini nak melelong baju .. huhu..

ok. bye.. wassalam

Wednesday, March 28, 2012

Siakap masak stim

Assalamualaikum..

Hari ni pikir nak masak apa pulak eh.. semalam dah masak siakap stim.. siakap pun pandai stim tau.. hahaha.. Ikan siakap yang kau beli kat tesco ahad lepas, besar juga. tapi tak sampai sekilo rasanya. RM 9 lebih.. fikir punya fikir, masak stim la.. ni kali pertama aku masak stim2 ni. al maklumlah tak de periuk kukus. tapi, tak ada pun tak pe, macam2 cara boleh je nak stim.. aku pakai kuali besar, letak jaring2 besi tu, letak mangkuk.. tutup rapat2 dengan penutup kuali..

resepi aku amik kat internet.. google je, amik kat myresepi.. rasa dia? hmm.. ok juga, sedap..tapi kena improve lagi.. suami aku kata kurang kuah. actually kuah tu dari ikan.. memang aku tak letak air pun.. yelah tak pernah buat kan.. next time buat akan lebih sedap lagi :-p senang je masak stim ni, potong2 bahan, tinggal je.. 

Ikan ni banyak sangat isi.. buat sekor pulak tu.. aku lah kena ratah last sekali.. huhu.. isi2 ikan kasi aqil makan.. budak tu pandai dah memilih. nak lauk je tak nak nasi.. dah kenyang ke tak nak makan nasi ni.. sabo je la.. sayur pun dia tak nak. kalau ada carrot halus pun dia boleh nampak, tak nak sayur. tak tahu ke masa kecik2 dulu ibu dah paksa aqil makan sayur dalam bubur.. hehe..

okla.. kalau rajin masak lah. kalau tak rajin, makan roti je la :-p

ok bye.. wassalam

Misteri

Assalamualaikum..

Hari ni penat sikit. sebab aku kena naik tren.. Pastu dari tren kena jalan kaki, huh, terkeluar muscle2 aku ni.. capek bangat.. Dah la tak de duit kecik nak beli coin tiket tu, kena beratur beli coin kat kaunter.. 2 kali terlepas tren.. malas la aku naik tren lagi. huhu..

Apa yang misterinya tu.. Malam tadi, sebelum aku tido, aku macam dah rasa tak sedap hati ye juga.. Aku terbaca status FB sedara aku katanya jiran dia 3 buah rumah kena masuk orang.. pastu aku tido.. lena juga la aku tido dalam tak sedap hati tu.. :-p Malam tadi kitorang tido awal, lepas kul 10 dah tido.. aku terlupa nak cek pintu dah kunci ke tak. selalu aku double cek la. kadang laki aku ni cuai dia over sangat tau. pintu tak selak, keta kancil aku tu park kat luar ntah berapa puluh kali (over ko puluh kali) tak kunci pintu.. mujur tak hilang. sume aku nak kena amik tahu. bosan. sambil lewa je.

Pastu pagi tadi, aku nampak lah kasut laki aku atas tembok. (bayangkan rumah teres tembok depan sebelah pagar tu..). aku tanya abang jemur kasut ke? tak de pulak.. mana la tahu dia lupa nak angkat ke kan. berembun la kasut nya tu. sekali tu, lepas aku hantar aisyah dia kata kasut keje hitam dia hilang.. haa sudah. ada orang panjat tembok curi kasut!!!! tiba2 aku rasa takut.. nasib baik curi kasut je, kalau masuk rumah camano?? risau sangat..

Tapi herannya kenapa kasut yang atas tembok tu dia tak jadi amik. ke terlupa nak bawa kasut tu? mungkin kasut tu bau kaki, tu yang tak jadi nak amik tu. hahaha.. hai lah pencuri. nape la buat keje jahat ni. jadi orang beriman sikit boleh tak.. ni yang nak pasang spotlight kat depan rumah ni. orang lalu je dia on.. terang sikit menyuluh muka penjahat tu. huh..lepas ni, kena lebih hati2.. kasut2 tak boleh letak di luar. sila beli rak kasut cantik, letak kat dalam. tu baru kasut... risau2..

dah la, baik gi makan. bye.. wassalam..

Tuesday, March 27, 2012

koleksi EBM

Assalamualaikum..


Ini koleksi susu untuk aisyah humairah. Sebenarnya dalam hati ni fikir2 juga nak cite kat blog ke tak nak.. nak post kat fb ke tak eh - dah post dah. hehe... sebenarnya tujuan saya 'menunjuk' kat blog/fb bukan untuk show off ke apa.. tapi sekadar nak kasi semangat dan sumber inspirasi untuk kawan2 yang lain.. serius tak de niat lain. Juga sebagai kenang-kenangan untuk hari2 mendatang. Mana lah tahu, langit tak selamanya cerah kan.. boleh dijadikan sumber inspirasi ni kalau time merudum datang..

Ni jelah koleksi susu ibu untuk aisyah.. Banyak ke? sikit ke? sebenarnya sikit je korang.. tak de la banyak melampau. Ni semua gara2 lambat meng'ada' kan deep freezer time berpantang. Insya-Allah kalau anak ketiga nanti (ada ker.. hehe..) insya-Allah berpantang sendiri dan saya tak perlu risau lagi nak transport susu ni sume..

EBM ni dari bulan feb- mac.. bulan Dis - Jan dah yilek..  Kalau ikutkan susu saya ni akan statik macam ni je kot. 4 botol keluar, 4 botol masuk.. melainkan kalau saya rajin mengepam, baru ada lebihan.. baru weken lepas saya baru stat pam on weekend :-) ni gara2 nak penuhkan deep freezer. ye la, dah beli DF tapi susu tahap ke dasar lagi. komitmen kena tinggi weih.. hehe.. nak bangun malam memang tak la kan. lebih2 lagi pam spectra 3 saya memang tinggal di ofis. tapi tengok la camana nanti :-)

Yang merisaukan saya, ni baru nak masuk bulan ke 4 ni.. yela, saya takut juga susu saya ni merudum terus gedebuk2 jatuh.. memikirkan anak dara saya ni tak berapa nak menenen sangat. hehe.. tapi saya paksa juga dia minum..  kalau aqil dulu dalam sejam setengah memang nak je kan. yang ni, relaks je tido.. terpaksa kejut.. kalau disua memang auummm je la kan :-)

kalau di opis, saya pam pukul 10 pagi. lepas tu pukul 4.. lama kan gap 6 jam.. hmm.. pastu komplen susu tak meriah.. nak meriah camana lagi, okla tu kan. syukur alhamdulillah :-) patutnya 3-4 jam dah kena pam kan.. tengokla lepas ni camana.. hasilnya setiap kali pam (double pumping) akan dapat 10 oz.. 5oz kiri dan 5 oz kanan. kadang kanan tak sampai 5 oz pun.. so setiap hari saya akan bawa balik lebih kurang 16-20 oz..


Mungkin, saya tak de kawan mengepam kat sini.. Dulu, time aqil, selalu compare2 ngan kawan saya @ shud.. selalu tanya camana hasil.. hehehe.. tapi sekarang, saya tak de kawan nak compare.. dan dulu selalu dia kata susu saya lagi banyak dari dia.. stress je kawan tu.. tapi sekarang baru tersedar (nak sedapkan hati), buat apa nak kisah hasil orang lain. dah memang anak awak minum banyak tu je.. kalau banyak2 pun tak minum kang expired pulak.. Bukan apa, saya nak forecast hasil akan datang. hehe.. Masa aqil dulu, susu saya jadi shortage sebab saya kena kursus 2 minggu.. sian aqil stock susu sume dah habis dan dia terpaksa minum susu lain..

Dari segi pemakanan saya pulak, kali ni tak berapa nak pantang. pantang sikit2 la. hehe.. air sejuk, sikit2 je la minum.. makanan semua saya amik kecuali yang memang dah tahu akan effect kat saya seperti pucuk ubi - angin, nangka - kentut2 (en suami suka makan, efek kat saya juga, so saya kena makan juga. hehe). Makanan tambahan yang lain yang saya amik adalah dari product organik iaitu MELILEA. setakat hari ni ok la.. soya organik dulu masa aqil pernah minum. membantu juga lah.. vitamin seperti evening primrose oil dan Progene (produk melilea) juga saya amik.. tu je la yang saya makan setakat ni..

tengok senget ye.. dah banyak kali rotate tak mo jugak berdiri tegak..

Ok, dan pagi tadi saya sarapan air bali suam.. hasilnya not bad.. dapat la 10 oz lebih.. dah tak cukup botol, kena pakai plastic storage.. Plastic storage ni ok juga menjimatkan ruang, tapi saya prefer botol..  Okeyla, macam dah banyak cerita je.. actually dah berapa kali draft entry ni.. simpan dulu. now malas nak peram lama2, sila baca la yek.. hehe..

ok bye. wassalam.. 









Monday, March 26, 2012

penawar jiwa :-p

Assalamualaikum..

Penawar jiwa la sangat.. perabis duit adalah.. hehe.. weekend lepas, seperti biasa kami pegi ronda2 la.. al maklumla dah gaji kan.. Pagi2 lagi bangun terus cergas.. Malam sabtu tu, aku dah siap2 lipat kain, basuh baju sume, keje beres.. Destinasi kami ialah ke sogo :-) actually sogo tu hari2 pun boleh aku pegi, tapi kali ni yang nak menyoping adalah encik suami, di sogo banyak pilihan compare to other mall yang dah biasa kami pergi.. tapi tu pun tak dapat cari seluar.. Aqil pun excited la kan.. sibuk nak ajak main game. tapi nasib baik dia tak ingat kat sogo ni ada tempat main game, kalau tak, kecoh je ajak nak main.. maleh la nak taip panjang2, tengok gambar je la :-p

aisyah humairah dan ibu.. jom jalan2.. :-) asyik pakai head band yang sama je kan. nanti ibu cari yang lain yang cute2 :-)

 sambil tunggu sume siap2, aisyah tertido... sian betul anak ibu ni, leleh2 air liur dia.. kuat tido betul.. huhu..

kami bertiga. aisyah duduk dalam stroller, x larat la nak mengendong aisyah pakai ring sling, sakit bahu. Jadi, berstroller lah kita.. kalau orang ramai, susah juga tu kalau bawa stroller..

lepas tu, kami makan di Fish manhattan. Actually ni baru  kali ketiga seumur hidupku aku makan kat sini. saje kasi en suami cuba boleh in ke tak. hehe.. ok, not bad, tapi dah lama2 makan, nak terbelahak balik pun ada, hehe.. yang pasti tiramisu ni boleh diterima dan boleh la buat sendiri.. hehe.

 soup of the day. sedap jugak..

ni la set yang kami makan.. memang tak habis.. tu pun ada hati nak amik yang lagi besar :-p so, bungkus bawa balik, pun tak makan.. ke tong sampah la jawab nya.. sian..

Then, balik rumah kejap.. sembahyang, tido2 skit. pastu, lepas asar, keluar lagi, pegi rumah kak LR. bday anaknya rupanya. ku ingatkan kenduri apa la tadi.. hehe.. dah nak dekat maghrib, alang2 dah sampai kajang, kitorang balik la rumah mertua sekali.. full of activities kan.. jalan hari sabtu pun masya-Allah jem sampai ke malam.. menurut kata suami ku la, kami anak beranak dah krooohh2 kat belakang.. hehe..

Hari ahad pulak, bangun pagi2 juga, pegi mana tau, pegi tesco. punya la nak rebut susu dutch lady aqil, RM 18.88, sekali tu boleh habis licin yang perisa biasa tu.. hampeh tul tinggal yang coklat je.. kalau coklat dah tak laku, buat apa la keluarkan lagi. orang ramai nak pakai yang perisa original je.. madu tak mo, coklat pun tak mo. huhu.. terpaksa pegi cari kedai lain pulak kalau nak susu murah..

dah, tu je aktiviti aku weken lepas.. asyik berjalan je, rumah pun lintang pukang... kalau tak berjalan, boring pulak kan. hehe.. ok dah.. bye. wassalam :-)


Friday, March 23, 2012

Gambar curi aqil - Maaf dari Pengusaha Keropok Keping

Assalamualaikum..

Berkaitan dengan gambar curi aqil yang telah dijadikan bunting rak keropok keping pengkalan setar, kurasakan selesai juga isu ini..

Semalam, ntah macamana tergerak hati aku nak message pengusaha keropok tersebut. ha, berani tak? hehe.. pada mulanya aku pun agak kabur jalan penyelesaian yang bagaimana harus diambil. Yelah, orang duk kata suruh saman, tapi bagi aku boleh nak jadikan isu sekiranya produk itu produk terkenal. tapi ni takat jual kepok keping yang modal kecik, macam kesian la pulak nak buat macam tu.

Tapi, untuk tidak terus berkata2 dalam hati seorang diri, aku pun mengambil langkah untuk SMS orang tu. nak call takut, sms je la. Puas aku godek2 dalam tenet nak cari owner keropok tersebut tapi, punyala banyak penjual kecik2 tu. yang mana satu pulak aku nak email ni kan. Sekali tu teringat kat gambar rak kepok tu ada no telefon. tapi tak berapa nampak. bila dizoom gambar tu pecah plak. Tawakal je la aku main hentam dail nombor tu..

Sekali tu, malamnya ada orang laki call.. aku pun dah tak ingat dah, sms siang tadi tak de orang jawab. Malam tadi dia call, aku ceritala perkara sebenar. Dia pun tak tahu, sebab advertiser dia yang buat bunting tu.. Dia just cakap suruh cari gambar dalam tenet gambar orang buat tanda best. Dia tanya apa yang perlu dibuat. hasben aku cakap, tak pela, halal kan saje. Gambar aqil tu pun penjual tu kata satu je kat kedai tu je.. yek yek or je kan.. hehe.. tak pela, then last sekali dia minta maaf bagi pihak pencetak gambar tu..

ok, now aku dah lega sikit la. tak de la rasa serba salah dengan aqil. hehe.. kepada orang2 di luar sana yang suka amik gambar orang tanpa izin, hati2 la dengan tindakan korang.. jangan senang2 ye nak amik gambar di internet untuk tujuan komersial tanpa kebenaran pemilik gambar tersebut. silap haribulan korang kena saman, sendiri jawab la.. hope kejadian ini adalah yang pertama dan terakhir untuk diriku.. thanks a lot to eyriqazz kerana bagitahu kat aku..

Sekian, terima kasih. wassalam :-)

Thursday, March 22, 2012

budak mata bulat :-)

Assalamualaikum...

cuci mata jap dengan budak mata bulat comel lote ni. hehehe.. anak2 ibu ni mata besar2 ni ikut sape eh.. kalau aisyah ni ada masa tu dia akan membuntangkan mata dia sebesar2 nya kalau nak tengok orang.. belum boleh meniarap lagi tapi aku suka letak dia macam ni.. senang sikit kalau dia termuak ke, tak de la masuk balik dalam mulut dia. tapio kesiannya sebab macam tercangak2 kepala dia perhati orang :-p

cop di dahi :-)


elelele senyum..

dia kan kalau tengah rancak kita agah dia, sekali acu kamera ke kat dia mesti terbantut percakapan dia.. tu yang kalau rekod video sume dia senyap je.. hehe

Semalam aisyah humairah buat perangai.. adui.. pening kepala aku bangun tido 2-3 kali tengah malam. susu tak nak, tapi duk merengek.. tepuk2 lama juga dia senyap.. aku ni dah mamai lupa la nak cek kembung perut ke apa kan, boleh sapu minyak telon - pengasuh aisyah suruh sapu minyak kalau merengek.. biasala ada anak kecik macam ni la. yang sorang lagi (aqil) bangun rengek2 nak berak tapi keluarnya kencing je. tu aku tak sedar, ayah aqil yang settlekan. hehe.. okla. bye.. wassalam :-)

p/s: kalau gambar anak2/muka orang, sekarang ni wajib letak watermark. tak nak pisang berbuah dua kali.. kalau tak tahu cerita, cer baca link ni ye. gambar aqil dicuri 

Wednesday, March 21, 2012

my wishlist

Assalamualaikum..

Antara my wish list yang dah tercapai awal-awal tahun ini adalah ini..

tada... cloth diapers dari Lunatots..

serius dah lama aku mengidam cd ni sejak dari aqil lagi. hehe.. cd pun boleh mengidam kan. tapi as a beginner, kena beli yang murah2 dulu baru boleh buat koleksi. kalau dah stable koleksi cd tu baru lah boleh beli cap ini.. hehe. selalu pegi kedai lunatots tu keluar masuk lenggang kangkung je.. sekarang tidak lagi. akan ku realisasikan impian ku ini.. haha.. ni aku beli minggu lepas. baru sekarang dapat update. beli 3 keping je dengan wet bag dan botol susu mam . oleh kerana aku member, dapat la sikit diskon.. hehe. tapi masa aku pegi tu, tak banyak stok untuk jenis ni, dah habis stok. yang AI2 tu berlambak tapi kok mahal bangat, nanti dulu la ;-p

lagi, adalah deep freezer..


yes, deep freezer telah ku beli. ini pun dah lama berangan tapi baru diberikan rezeki untuk beli masa aisyah ni.. Alhamdulillah.. kecik molek je DF aku ni, sesuai letak kat sudut dapur. chest freezer brand Faber. masa aku pegi tu tak de plak jenis yang berlaci2 tu.. aku beli RM 599 +89 = RM 688. waranti 5 tahun. kalau tak nak amik waranti dia tu dapat la basic harga saje. aku beli kat seng heng, al maklumlah member kamceng sama seng heng. sume la ko member. pening kepala makcik. tupperware la, cosway la, seng heng la, spa  cikai pun member jugek ;-p

semalam testing membekukan air.. takut plak aku nak transferkan susu beku aku tu awal2 ni, takut tercair. aku set kepada no 3. tengok2 pagi ni, yang mana duduk bawah sekali dan tengah2, insya-Allah beku. yang duduk kat rak atas, beku dalam 90% saje. ada lagi air yang bergerak2.. nanti nak kena study lagi manual DF ni..

Actually banyak lagi wishlist aku ni. tak pela, slow2 la ye aku senaraikan..aku wish dalam hati je la, kang dah dapat, baru aku bagitahu. hehe.. kang pengsan pulak akauntan tak bertauliah aku baca list2 aku ni.. hehe.. ok bye. wassalam :-)

Tuesday, March 20, 2012

kesan antibiotik terhadap aqil

Assalamualaikum..

hari ni aku masuk opis lambat. bawa aqil pergi hospital. 1st appointment dia dengan klinik pakar dermatologi.. ni pasal mulut aqil yang ada tanda lebam tu.. hmm sampai pukul 8.30 pagi dalam pukul 10 lebih dah siap amik ubat sume.. Aqil jumpa doktor India perempuan. Doktor cakap mulut aqil yang ada tanda hitam tu salah satu punca dia sebab antibiotik. 

Dulu, masa aqil setahun ke atas kan dia kerap demam. sebulan sekali mesti demam la. tiap2 bulan la kami pergi klinik. oleh kerana dah banyak sangat klinik yang kami pergi, jadi tak ingat dah antibiotik apa yang aqil makan. Ada side effect juga antibiotik ni, aku pun tak tahu. kalau tak silap aku ada sesetengah kandungan antibiotik yang ada sulfur, yang tak sesuai dengan sesetengah orang. jadi, kitorang pun tak dapat detect ubat apa yang beri kesan kat aqil tu..

so, doctor just kasi ubat sapu nama Hydrocortisone untuk disapu 2 kali sehari. time bila la pulak ye nak sapu, malam je la kami jumpa aqil, siang, kalau nak sapu, sapu pagi2 before ke nursery tu la kot.. lagi satu krim tu macam vesalin.. nanti bulan 7 baru follow up balik.. harap2 ada perubahan yang baik untuk aqil..

Moral of the story, lepas ni apa nama ubat/antibiotik kasi kat anak makan, mesti kena tulis.. Kalau tak nak kasi tak boleh juga takut tak baik2 demam dia kan.. hmm sian kat aqil. harap2 tak de apa yang serius lah kan.. lagi doktor cakap, kecil2 macam ni tak boleh laser. kalau 7 tahun ke atas baru leh buat laser (incase kalau ubat sapu tu tak berkesan la) insya-Allah hilang.. yang krim sapu ni tak tahula macamana hasilnya nanti.. Ibu berdoa supaya aqil sihat selalu dan tak de apa2 yang serius dengan aqil kan.. sayang aqil.. anak sulung ibu ni :-)

aqil main2 kat klinik pediatrik.. posing sebelah arnab :-)

aqil jadi nyamuk besar :-p

aqil dan ibu.. manja dengan ibu, walau pun ibu ni selalu terjerit2 marah aqil. tapi dia tetap sayang ibu dia kan. we love each other :-)

ok bye. wassalam :-)



Monday, March 19, 2012

sterilizer

Assalamualaikum..

Perkakas membesarkan anak2 ni dah keluar balik. hehe.. inilah dia sterillizer little bean yang aku dah beli dan pakai sejak aqil ada lagi.. beli dengan harga RM 159 lebih kalau tak silap. time ni tengah promotion.. mula2 macam malas juga aku nak steril botol2 susu ni sume. tapi sebab dah ada kan, keluarkan balik dan pakai la balik. orang kata, nanti kat akhirat kena tuntut beli tapi tak pakai :-p alhamdulillah masih berfungsi dengan baik even nombor dia macam dah tak betul.. 


Tak pe, yang penting dia masih boleh digunakan. Sterilizer ni dapat sekali dengan warmer dia. ha ni satu je aku belum pakai balik.. Setiap malam sebelum tido akan ku sterelize kan semua botol2 samada botol EBM atau botol yang diorang duk hisap.. Dulu time pemalas tu, aku duk rebus botol budak ni. sekali tu rasa macam eh tak cair ke nanti botol2 ni asyik kena masak je. hehe.. tu yang kuarkan balik sterelizer ni, tak de la membazir gas sangat. hehe..

Kalau ikutkan, kena sterilize selepas penggunaan botolkan. tapi camana nak control dah maknya keje. tadi pagi cuba nasib tanya kakak pengasuh aisyah. dia kata selepas aisyah susu, dia rendam dengan air panas. hmm.. bagus2.. kalau EBM, lemak susu dia tak degil sangat. tapi kalau susu formula, siap la kalau tak berus akan ada saki baki lemak kat dasar botol tu. kalau tak pun, akan rasa berminyak dan masam je kan.. Aku suka juga pakai pencuci botol susu tu.. goncang2 sikit, dah hilang dah sisa2 susu.. bau pun tak de la masam sangat kan..

Korang pulak camana? rajin tak steril/ rebus  botol anak2. penting tau. nurse kata kalau malas nak merebus, make sure kena siapkan 4/5 botol susu yang bersih untuk diberi kepada pengasuh. lebih2 lagi tang puting kalau dah naik kulat degil, tak payah la pakai.. 

Okla tu je.. semoga kita semua boleh jadi ibu bapa yang rajin ye.. bye.. wassalam :-)



gambar aqil dicuri

Assalamualaikum...

Selamat pagi semua!! 2 hari tak dapat update blog. laptop tak de, hantar orang baiki. buat hal la pulak.. kalau tak, mesti aku dah update satu cerita hot semalam. haha. hot la bagi kami, tak tahu la bagi korang hot ke tak..

Ceritanya cenggini. di satu hari yang yang damai, tiba2 tet tet, message masuk. kawanku bagitahu ada suprise dalam blog dia. Aku ingatkan pasal contest yang aku masuk tu.. sekali tu buka la blog kawan aku tu.. mula2 tak perasan juga, sekali tu haa.. amik kau.. macam ku kenal gambar budak ni..



Adoi la.. tergelak2 aku laki bini tengok gambar ni.. kesian betul. betul la ni anak kami... kenapala tak bagitahu dulu kalau nak amik gambar ni.. tahu2 je dah tercetak kat rak jual kopok. sian anak ibu jadi model cilik keropok keping.. sabor je la.. sampai ke malam aku asyik duk buka blog eyriqazz tu nak tengok gambar aqil ni ha.. terima kasih banyak2 la kat eyriqazz sebab bagitahu.. 

Memang tak salahkan kedai nasi dagang ulik mayang tu, tapi owner keropok tu la kot.. main taram je nak amik gambar tanpa pengetahuan empunya blog. apa nak buat? nak dakwa ke? cewah.. tak de la, at least bagitahu dulu. tak minta bayaran pun.. ada watermark pun pandai orang edit kasi remove eh.. huhu... nak tahu entry original yang mana? ha, sila buka link ni.. kitorang gi makan kat kedai nasi ayam linda onn.. time ni aqil memang suka tunjuk jari2.. macam2 pattern jari dia kuar :-)

Ni nak cerita juga. cis, poyo tul. masa kitorang kawin dulu, tanpa pengetahuan, butik pengantin yang aku upah  di hari bersejarah kami pun ada buat cam ni. tanpa disedari, satu bunting besar ditepek di tingkap kedai dia.. haha... ni pun kes tak bagitahu. nape la tak cakap awal2, kalau tak boleh hari2 aku lalu lalang kedai dia tengok muka kami yang terpampang kat tepi jalan tu. hahaha.. nasib model tak berbayar ler kami anak beranak... haha..

Okey la, malas nak panjang2 cerita..sape2 yang nak amik gambar tu, baiklah bagitahu dulu ye, emel ke apa ke.. jangan main cilok je.. kalau amik gambar makanan ke tak pe juga, ni amik gambar anak aku. sampai aku pun konfius ni anak aku ke.. huhu.. harap kejadian ini takkan berulang lagi.. kepada owner keropok tu, sila kasi duit raya  kat aqil. dengar cite keropok tu sedap. ni kena beli satu ni nak rasa.. hehe.. okla, bye. wassalam.


Friday, March 16, 2012

Maid

Assalamualaikum..

Seperti biasa, setiap pagi aku mesti dengar Hot fm kalau ada topik2 yang best la kan. tapi selalunya aku dapat dengar 1-2 pemanggil macam tu la, tak dapat dengar lama2 dah sampai opis.. Ok, topik hot pagi tadi ialah Indonesia tengah train maid dia nak hantar ke malaysia tapi dengan gaji RM 700 untuk buat satu keje je.. so, apa pandangan korang?

Bagi aku, buat setakat hari ini, aku keberatan sikit nak amik maid.. tapi dalam masa yang sama seronok juga kalau ada orang yang bantu kita buat kerja rumah kan.. kalau anak ramai, untung la amik maid.. tapi dalam untung2 kita tu, aku lebih kepada nak privacy. ye, privacy tu yang aku nak. kalau aku nak amik maid nanti, aku lebih suka yang datang pagi, balik petang. bila kitorang balik keje, dia pun balik rumah dia.. rumah kami pun tak de la besar mana. pusing2 situ juga.. nak golek2 pun suka hati. kalau ada maid, mesti dah terbatas sume tu. melainkan rumah kami besar, ada tanah sendiri, buat satu rumah kecik kat belakang tu untuk maid duduk sorang2. life dia dalam rumah kecil tu. haa gitu berangan :-p

Sekarang dah dengar macam2 kes.. maid lari la, maid ada scandal dengan suami kita la - bajet laki hensem sangat la , hahaha, maid dera anak la.. huhu.. takut kan. tapi kalau hantar kat orang lain pun, kita tawakal juga. nak tak nak, kita kena percaya juga dengan pengasuh anak kita. kalau tak, berenti keje jaga anak2 sendiri, baru puas hati tengok anak2 membesar depan mata..

For me, biarlah bayar lebih sikit. konon2 la kan, anak aku ada 4 orang. sorang katalah RM 300.. total untuk 4 anak RM 1200. time tu mungkin gaji dah bear sikit ke kan.. memang gaji kita ni of course la ada peruntukkan untuk anak2.. tapi rasanya berbaloi untuk orang yang kita percaya. ni rata2 yang aku baca sebelum nak dapat maid tu, kena kuar ribu2 pas tu kalau lari or buat keje cincai camana? Kalau dapat yang baik, alhamdulillah sangat2...

aku ni plak jenis yang cepat kesian kat orang. nak marah tak sampai hati. ntah2 aku yang jadi maid nanti. huhu.. kang dari tak de masalah, pening kepala pikir masalah baru..buat masa ini tak pela, penat2 pun kami usahakan sendiri sementara nak tunggu anak2 membesar.. okla, ni just pandangan aku je la..

ok bye wassalam ;-)

p/s : please LIKE if u think u like it . ni ha, gambar aisyah dalam my pinky moment. hehe. tq

Thursday, March 15, 2012

My Pinky Moments

Assalamualaikum...

Tiba-tiba terdetik nak join contest ini . Kalau tak, payah benar aku nak melayan contest2 ni.. tapi kali ni tidak lagi apatah lagi it's about PINK :-) yelah, dah ada anak dara, of course la ibu dia kasi PINK saje.. selama 3 bulan ni, aisyah banyak koleksi baju warna pink. dah lama mengidam nak anak perempuan, sekali tu dapat, apa lagi, kita kasi PINK ini budak.. pernah juga pink kan aqil, tapi tak banyak la.. hehe, nak kena marah dengan ayah dia ker.. huhu..

Okey, oleh kerana syarat contest ni nak pakai 2 keping gambar je, maka aku letak 2 keping gambar je la kan.. kalau boleh nak letak sume gambar aisyah yang pakai pink.. tapi hover la pulak kan.. silakan tengok.. tak tahu  la menarik ke tidak..

hai tomey ibu :-)

ibu dan anak in pink.. suka pakaikan aisyah topi ni.. topi ni pemberian my BFF.. topi pink ni best juga cuma dia besar sikit, so longgar la kalau aisyah pakai. nak cover time panas memang elok sangat..

haha.. kan ibu dah cakap, topi ni longgar.. tok ma yang pegang aisyah pun tak perasan topi ni dah turun tutup mata aisyah.. syok sangat la tue dapat hisap penumbuk dia tu.. hehe..

Okey, contest ini dianjurkan oleh  Eyriqazz.Com danMadammondoq.com ditaja bersama HazmanFadzil.Com , Alyzafisol.com , Blogr.my , Sharidawati.blogspot.com , Enveeus.Com  dan Syokkahwin.Com"

Kalau korang nak join, boleh lagi. tarikh tutup sebelum 31 Mac 2012.. syarat2 penyertaan sila refer entry tersebut ye.. ok, selamat mencuba nasib :-) wassalam 

Wednesday, March 14, 2012

tikar mengkuang aqil

Assalamualaikum..

Ini tikar makan kegemaran aqil.. Masa berpantang dulu, aqil duk usung ke sana ke mari tikar mengkuang mak aku. asal nak makan, dia cari tikar ni.. Pegi terengganu hari tu, aku ternampak tikar ni, terus aku beli dengan harga RM 10.. tok ma aqil hadiahkan aqil..

so, makan beralaskan tikar la kita ye.. tak payah dah aku nak mengelap2 meja lepas makan - lap tikar pulak- sayang tikar baru.. hehe.. ni makan malam tadi ni.. simple je.. ikan kerisi 2 ekor, sayur petola dari Jerangau tu.. sambal belacan yang malas nak tumbuk, blend kan aje :-p sekarang ni, kalau nak makan, lauk tak boleh bajet2 dah. ikan kena 2 ekor sebab aqil kuat makan lauk.. kalau sekor memang cukup2 je la.. kalau dah ikan goreng je, lawannya mesti la sayur air. aqil suka hirup kuah kalau masak air macam ni..

ngintai2 anak dara ku.. mula2 tengok dia termenung je, sekali tu terus lelap... sian anak ibu ni.. letak mana2 pun tidur je.. ok.. bye. wassalam :-)

cuti pertama aisyah

Assalamualaikum..

Jauh berjalan puteri ibu ni.. sampai ke terengganu dah dia :-) abang aqil dulu, masa umur 6 bulan kot baru ibu bawa gi jalan2.. tapi abang aqil dah sampai penang. aisyah belum lagi.. hehe. next time la ye aisyah, kumpul duit dulu :-)

ni gambar si comel aisyah.. panas sangat masa tu, pakaikan dia topi. time ni nak gi kenduri kawin my cousin..

pengantin ni my cousin.. cikgu kat sri damansara..

lepas pegi kenduri kawin, pegi plak aqiqah merangkap house warming sekali. tuan rumah yang tudung purple belah kiri sekali tu. masa kecik2 dulu, cousins aku ni la yang rajin melayan kitorang. kalau balik terengganu, mesti nak gi rumah diorang.. sampai sekarang still keep in touch.. yang tudung kuning kiri sekali tu pangkat mak sedara aku, tapi sebab umur lebih kurang, kitorang 'kakakkan' sekali dia.. hehe.. 

selepas balik dari aqiqah, time tu dalam 5 lebih.. cepat2 balik gong badak, nak pegi makan sotong celup tepung terbaeeekkk :-) kedai pok nong kat pantai mengabang telipot. dah pernah masuk JJCM. tapi kitorang kenal sebelum dia femes lagi. kedai dia buruk je, amik sotong kena rebut2.. siapa cepat dia dapat.. hehe.. total RM 85 lebih kurang, untuk 2 meja makan. ok la tu kan..

mak aku kata specialnya kedai pok nong ni sebab sotong dia tak potong.. memang confirm dapat sekor. potong sendiri la. sedap dan rangup..

udang celup tepung.. ikan lupa nak amik gambar. lambat sampai. hehe..

me with my kids.. aisyah tak tahan angin. tercungap2 dia tarik nafas.. 

aqil pulak takut air. pasir pun dia geli.. bila tanya kenapa takut air. dia kata takut ada fish makan.. tu la selalu main game SHARK dalam tab tu, shark tu makan orang. sampai terbawa2 ke realiti.. hehe..

Dah lama tak update pasal aqil kan.. hmm aqil masa naik taska hari tu seperti biasala dia nangis. tapi aku rasa dia seronok juga pergi taska tu sebab ada ramai kawan. time balik muka dia macam happy je. sekarang ni dia dah pandai cakap 'kita'. contoh: "ibu, kita nak air". haha. cute je, terikut2 kawan taska la tu.. aku tak kasi dia cakap aku. kadang dia tengok upin ipin tu pakai bahasa aku. macam kasar je budak2 ber'aku-aku' ni kan..

Hmm tu je la kot nak update. lately memang tak de mood nak update blog. mementangla dah cash out kan duit nuffnang. haha.. ok bye. wassalam :-) 

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails