Wednesday, February 29, 2012

rezeki anak..

Assalamualaikum...

Rancak pulak aku berblog ni eh. tiap2 hari mesti nak letak satu entry.. :-) macam la ada orang nak baca sangat kan bebelan si ibu beranak dua  ni. tak pela, tak de orang nak baca pun, aku syok sendiri je la.. kadang2 tu, suka baca coretan lama2, terkenang saat2 dulu..

Pejam celik pejam celik, tamat dah februari.. esok dah nak masuk mac dah.. bagi rakan2 seangkatan ku, mesti suka sangat la bulan mac ni kan. hehe.. aku pun dah lupa sebenarnya.. kuikuikui.. bulan mac ni juga aku akan kembali bertugas seperti dahulu.. bos pun dah bertukar, kawan seangkatan pun dah bertukar, aku bila lagi?? huhu.. nak tak nak, kena terima perubahan tersebut kan..

Bulan mac ni juga si kecil ku dah 3 bulan.. hari ni, sian dia.. tak lena tido, merengek je, hidung tersumbat. semalam aku dah beli dah vicks baby blossom.. best juga bau dia. semalam juga kami pegi soping kat carefour. haish barang sekarang ni mahal betul. amik amik amik, dah seratus lebih..tu bukan ada pampers ke susu ke, beras ke.. tu basic thing only.. anak dah 2, perbelanjaan pun kena lebih la kan..

Tapi, jangan la anggap anak2 tu satu bebanan.. anak2 tu rezeki tau!! percaya tak dengan setiap apa yang Allah beri tu satu pintu rezeki.. Time aku nak kawin dulu, hari ni aku nikah, esok majlisnya, lusa hasben kena report duty dapat keje government. perkahwinan ku sendiri sebagai satu pembuka pintu rezeki untuk kami :-) hampir setahun kemudian, aku pregnant, dalam pada aku pregnant tu, alhamdulillah aku diterima bekerja pulak di sektor awam @ government.. masa tu dah 6 bulan. syukur sangat. rezeki aqil :-) aqil dah besar sikit, berani tak berani, kami beli rumah sendiri.. Bila kelahiran aisyah pulak, sudah tiba masanya aku akan mendapat gaji yang solid tanpa potongan EPF, sebab dah 3 tahun bekerja dengan kerajaan dan amik skim pencen.. Alhamdulillah.. setiap apa yang dapat tu, dah ada bahagian masing2..

now dah nak masuk bulan mac.. harap2 dengan kajian SBPA yang baru ni, Allah murahkan lagi rezeki kami sekeluarga. ingat, rezeki bukan hanya duit saje.. rezeki datang dalam perbagai bentuk yang memudahkan kita.. dalam pada rezeki yang diperolehi tu, jangan lupa untuk bersedekah dan berzakat.. rezeki bukan untuk kita sorang je tau, bukan hak kita semua. lagi bertambah berkat bila diberi kepada ibu bapa. Bila dah kasi kat ibu bapa kita, diorang pun turut mendoakan kita semoga kita murah rezeki.. Itulah doa yang paling ditunggu oleh anak seperti ku, kerana doa seorang ibu itu sangat mustajab.. :-)

Okey dah. sekadar mengingatkan... bye. wassalam :-)

Tuesday, February 28, 2012

Restoran Wadihadramawt

Assalamualaikum..

Kali ni nak cerita pasal restoran nasi arab/yemen yang kami sekeluarga terjahi iaitu Wadihadramawt.. Restoran ni terletak di jalan Ampang. kalau dari ampang point, di kat belah kanan, tapi kalau dari KLCC dia kat belah kiri. Dari klcc nak masuk senang kot, tapi kalau dari Great Eastern Mall tu payah sikit nak cilok, sebab dia betul2 kat trafik lite, kena pandai2 la nak masuk camana.. hehe.. Saje je la nak bawa parents ku makan kat sini. Dulu dah pernah rasa makan kat Restoran Sabaa Cyberjaya. Entri lama sila baca di sini

Overall sangat sedap!!!! dah la time hujan kan, perut plak dah lapar, masa tu pukul 2 lebih.. perjalanan dari rumah ku kejap je, tapi kalau dah jammed tu, haish paham2 je la.. tapi berbaloi pegi sana.. Kami pegi 7 orang dewasa, dan 4 orang kanak2 yang tak berapa nak makan. hehe.. Mula2 macam sapen juga la, main order je kan, sekali tu harganya tak lah mahal sangat untuk kami 7 orang ni..

Kami makan Lamb Madghout 1/2 kg, Lamb Mandy 1/2kg juga dan Ayam mandy sorang makan. Air diorang amik variety like air gas, air buah mangga, air teh limau la. tukang bayar je amik air mineral.. hahaha..

 lamb madghout.. 1/2kg.. kalau tak silap rm 24 kot.. kalau sekilo, rm 40 lebih.. sedap sangat. dalam dia ada kambing.. recommended.

mixed fruit

 mushroom soup.. ok juga, tapi kak long aku tak suka, rasa susu katanya.. hmm.. ok je..

 ni sambal dia.. tak pedas pun tapi inilah penambah selera.. kalau tak de, rasa kureng je...

 ini lamb mandy. hasben aku suka yang ini. tapi aku dan ayah suka lamb madghout.. tapi still sedap.

Chicken mandy untuk abang long. ni untuk dorang makan tapi baaaanyakk..

 ha.. yang ni special.. lepas dah makan nasi, nak rasa kebab juga. tapi ni ntah apa nama dia lupa dah. ada kambing, ada ayam, ada udang, ada fillet ikan, fries.. sedap juga.. dalam RM 30 lebih rasanya..

makan bersama mullawah iaitu roti besar tu.. roti tu pun sedap!!! kami amik size medium 2. kalau size large, haish besar sangat.. mullawah ni murah je RM5 sekeping.. yummy...

Banyak gile makan. tapi pelik tau, masa masuk nasi dalam mulut tu rasa macam sedap betul la, macam tak cukup2 nak makan.. beras dia kot sedap.. kambing pun lembut je.. pastu, masing2 bila dah hujung2, sume dah macam ular sawa.. full... 

Kami pilih duduk di luar, yelah, untuk orang lelaki, senang nak rokok, untuk budak2, senang korang nak main lari2, makan tumpah pun gasak korang la, janji perut ibu kenyang. hehe.. total kena bayar RM 205.. alhamdulillah, kenyang sampai ke malam :-)





Ok tu je la nak cite.. kalau korang nak pegi, memang berbaloi la. aku pun nak pegi lagi tapi tak boleh makan selalu ler.. botak kepala makcik ni.. hehe.. ok bye. wassalam :-)

nak mengadu sikit

Assalamualaikum!!!


Sekarang, diriku sedang melepak2 atas katil sambil menelek2 hp ku ini. Tak dela, bukan tak de keje lain, tapi tengah tunggu cik adik cd's berjoget2 dalam mesin basuh tu.. Boleh dikatakan hari2 kerja aku membasuh kain.. Kalau hari bekerja, aku basuh time weken je. Tapi sekarang kena ada komitmen yg tinggi kalau nak pakai cd. Kalau tak basuh, limited pulak cd utk esok lusa.. Mcm letih je bunyi. Hihi. Tak dela. Semangat2!!!


Alhamdulillah. Aisyah dah lepas ujian sehari di rumah pengasuh.. Isu puting tu, dah settle. Dia xkasi dah budak kecik tu puting. Tadi, lepas susukan dia kenyang2, aku hantar dia berbekalkan 4 kpg cd dan 8 oz susu yg dipecahkan kpd 3 botol. Sikit je kan aisyah minum..


Tu pun sebab aku amik awal, pukul 5 dah amik dia. Aisyah selsema. Sian dia. Aku dah letak kunyit hidup kat hidung dia.. Pernah terbaca bayi berusia 2 tahun ke bawah tak leh pakai vicks. Betul ke? Kalau tak boleh, apa barang yang boleh pakai untuk kes2 sebegini?


Okeyla. Nak gi makan nasi sejuk jap. Pastu berkemas apa yang patut. Kesian bunga aku ada yg dah mati bukan sebab x siram, tapi terlebih air ke apa ntah. X sempat nak tunjuk. Huhu.. Lain kali nak beli bunga yang lasak je la.. Dulu kan aku ada tanam pokok kari, kunyit etc kan, sian pokok tu ntah kemana suami aku buang time aku pantang. Sabo je la. Dah kena ngecek daun jiran :-P


Ok bye. Slmt bekerja semua. Wassalam.


Published with Blogger-droid v2.0.4

Monday, February 27, 2012

frust sangat...

Assalamualaikum..

Tadi, baru je habis makan nasi. terdengar jiran sebelah a.k.a pengasuh aisyah panggil2 aku. "su, meh datang rumah jap, suprise" ha? cepat2 aku basuh tangan, pebenda pulak yang suprise nya ni.. cuak juga aku..

so, pegi la aku ke rumahnya.. memang surprise sangat.. anak aku hisap puting!!!!!! korang rasa aku suka tak? mesti la tak berapa suka. tak de sejarah anak2 buah aku hisap puting k.. 

ni la budak yang pandai2 hisap puting ni

Aisyah ni memang ada habit. dia suka hisap jari2 dia. bukan ibu jari. jadi, bila time dia tak hisap nenen tu, dia duduk saje2, memang akan terdengar cot cet cot cet dia makan jari.. aqil dulu tak makan tangan dia. tu yang makcik pengasuh tak kasi puting tu kot.. yang ni pulak, pandai pulak nak bergayut. jangan dik, banyak buruk dari baik nya..

Sesampai2 di rumah pengasuh tu, muka aku kalau orang perasan memang pucat bercampur terkejut.. tindakan spontan, terus aku cabut puting dia dan kasi nenen.. laju je dia menenen.. masa aku sampai tu, aku tengok dia tengah sedap menyedut puting sambil air mata dia bergenang2.. tak puas tido kot.. hmm pening kepala ibu ni nak oii.. ingatkan masalah tak nak susu botol, tapi masalah lain pulak yang jadi..

Aku sedih sangat2 la.. rasa macam lemah je badan ni padahal baru makan nasi setimbun :-p adoi la.. en suami seperti biasa menjadi kan aku tukang cakap/ orang tengah. tu yang malas tu. tapi tak pela, untuk kebaikan anak, aku tebal muka je la cakap please, jangan kasi.. kadang tu rasa serba salah pulak, kita minta tolong dia jaga anak kita, pas tu kita plak banyak cekadak.. tapi, anak kita kan? biarla banyak cekadak pong..

Okeyla, nak menyedapkan hati yang lara ni jap.. aisyah aisyah..  ok, bye. wassalam ......

p/s: tadi pagi bekalkan 3 bekas dadih susu perahan, satu dah terkorban sebab dah termasuk air dalam nya time panaskan susu.. makcik pasrah..

car seat, nursery & pengasuh

Assalamualaikum!!!

Selamat pagi semua.. korang keje ke.. hehe. ayat sacarstic betul.. me tentulah belum kerja lagi.. next week hari selasa baru pegi keje. neves pulak nak gi opis balik kan. macam tak reti nak buat keje apa dulu.. Ok, bagi mengurangkan neves nak masuk keje, aku dan aisyah dah pegi  melawat kawan2 opis on that day. sibuk benar acik2 opis nak jumpa aisyah. Tapi tak dapat jumpa nenek di opis, nenek gi kursus pulak. hehe.. Alhamdulillah aisyah tak meragam sepanjang perjalanan ke sana. kebetulan time tido dia. Dah nak dekat sampai baru dia nak tido. sian aisyah ibu kacau aisyah tido ye..

 aisyah dapat car seat.. alhamdulillah!! x payah ibu beli dah.. testing duduk :-)

alololo.. tomeinya dia.. nanti dah boleh duduk betul, kita duduk betul2 atas ni ye sayang..

Tq kawan2 opis yang menyumbangkan hadiah ni untuk aisyah.. aisyah suka, ibu lagi suka.. hehe.. Aisyah ni dalam gambar je nampak besar dan bam bam, tapi luaran dia kecik molek je macam ibu dia.. hehe.. Hari ni, aisyah ibu dah testing hantar pegi rumah pengasuh @ jiran selang sebuah rumah. harap2 aisyah ok kat sana.. akak tu pun dah lama tak jaga baby.. dia jaga anak sedara dia je umur 3 tahun - tapi jaga dari baby le. ni baru first time nak jaga anak orang..

ni gambar aisyah pagi tadi.. pukul 8 lebih aku dah hantar ke rumah pengasuh..

Seperti biasa, 2 beg hantar ke rumah akak tu. satu beg baju dan lampin yang seharusnya tiap2 hari kena pulang balik, satu lagi beg letak alas tilam dan bantal2 dia, tak payah hari2 bawa balik.. Aku bagi akak tu RM 250. Ikutkan akak tu tak reti nak letak harga, dia kata 200-250 je la.. tapi aku bagi la 250, sama macam aqil time baby dulu. tu pun dah kira murah la kan, sebab rata2 aku dengar ada orang amik 300..  bayaran nursery aqil pulak dah kurang dari tahun ke tahun. mula2 280 (8 bulan)---> 250 (2 tahun)----> 230 (3 tahun).. kira nursery ni pun dalam kategori murah juga. Alhamdulillah rezeki anak2. tak kisah la berapa harganya janji dia layan dan jaga baik anak2 ku..

Aqil pulak, hari ni hari ketiga dia ke nursery. tapi tadi pagi, kejutkan dulu dia. kalau main angkat je macam hari tu, meraung2 la dalam kereta sebab tak dapat salam peluk cium ibu dia.. hai aqil.. memang banyak cekadak pagi2.. lepas salam nak cium, pastu nak peluk, jalan setapak lagi nak cium hidung pulak, jalan setapak lagi nak cium adik pulak.. aduyai.. lambat la ayahnya nak gi keje.. huhu.. tapi dia pagi2 je dia nangis, pastu ok dah, ceria je.. Alhamdulillah setakat ni tak de masalah tak pakai pampers di nursery. FYI, aqil dah bebas pampers sejak aku pregnantkan adik dia. bila diingat2 balik, senang je ajar anak2 ni potty train - cait, dah berjaya senang ler, cer tgk time aisyah nanti camana, huhu..

Okeyla, nak masak pulak ni. ntah apa la aku nak masak ari ni. lauk macam cukup2 untuk aku je. hehe. kena beli barang dapur ni. tapi macam malas pulak aku nak keluar. huhu.. ok, babai. wassalam 

Friday, February 24, 2012

cara menjaga cloth diapers dengan betul

Assalamualaikum..

Entry ini ditujukan khas untuk kawan saya yang baru nak berjinak2 dalam bidang cloth diapering ini.. Actually saya pun banyak persoalan berbanding jawapan (eh, macam lagu najwa latip pulak). Kadang2, bila kita dah lalui benda2 ni, tu yang banyak persoalan timbul.

Jadi, masalah saya dalam cd ni tak de la masalah besar pun. Saya sekarang pakaikan aisyah one sized pocket diapers. Saya pakaikannya satu insert sahaja. yela, kalau pakai dua lapis, nampak bulky sangat, nampak macam perut dia buncit. hehe.. bila dah satu insert, tak boleh pakai lama2 cd ni, kena kerap tukar. pada hemat saya (ceh, hemat plak dah) dalam 2-3 jam dah kena tukar. kalau tak, habis kena baju dia.. tukar cd, tukar sekali baju.. time nak berjalan pulak, pun saya tak berapa yakin nak pakaikan cd. bukan apa, kalau jalan dekat2 tak pe, kalau jalan pagi sampai malam, saya pakaikan dia DD - disposable diapers. sebabnya, bila dah bocor, takut terkena pulak baju ibu, nak sembahyang pun was was.. so, time berjalan saya decide pakai DD la.. saya ada beli satu insert bamboo charcoal kalau tak silap, yang tu tebal sikit, tapi sekeping, ok juga tu..

Tapi, pakai cd ni seronok tau.. memang JIMAT sangat!!! selalunya budak kecik ni kerap kencing dan berak kan. kadang tu, baru je letak, dia dah kencing memancut2 atas pampers tu. sayang betul nak buang kan. lagi satu, kalau pakai DD, tiba2 dapat pelekat dia yang tak berapa nak lekat, camana nak pakai tu, buang bodoh je la pampers tu kan.. dulu time aqil dalam sebulan 3 bungkus kot pampers dia. tu pun, dah bahagi2 dengan pengasuh.

Dulu, saya obses dengan cd velcro, tapi sekarang saya rasa button pun not bad!! murah pun murah.. ok juga, cuma bila anak dah pandai pusing2 nanti, takes time nak membutton tu. hehe.. bulan ni, saya tak de bajet nak beli CD lagi. saya pakai apa yang ada je dulu. penerangan dah diberikan kepada kakak pengasuh. saya cakap dengan dia, tak payah basuh. bukan apa, CD ni pakai sabun special kan. kot dia bantai sabun buku camana? Insya-Allah kalau berjaya memakaikan aisyah CD, alhamdulillah la.. part berjaya memakaikannya memang dah berjaya tapi part membasuh tu kena tengok juga. kot2 naik keje penat, habis berperam cd tu kan. huhu..

Ok, di sini saya kongsikan artikel dari blog ini untuk sumber rujukan saya dan kawan2 yang lain. baca juga komen2 nya nanti.. 


Bagaimanakah cara untuk membolehkan Cloth Diapers tahan lebih lama?
LAKUKAN LAH YANG BERIKUT:
  1. Paling utama, beli lah Cloth Diapers yang berkualiti atau yang diketahui umum sebagai jenama yang tahan lama (tanyakan lah pendapat ibu-ibu lain yang ber-Cloth Diaper untuk mendapatkan tips).
  2. Pastikan stok Cloth Diaper mencukupi, dan lebih bagus jika mempunyai Cloth Diapers dalam jumlah yang banyak. Ini kerana apabila Cloth Diapers yang sama dipakai dan dibasuh berulang kali, ia akan menyebabkan ianya cepat lusuh dari “wear and tear”. Diibaratkan seperti pakaian kita lah, kalau ada 5 helai sahaja dan kita pakai dan cuci hari-hari, mesti tak sampai berapa bulan sudah lusuh atau mungkin koyak, bukan?
  3. Pilih Cloth Diapers jenis “Snaps” atau butang berbanding Velcro untuk mengelakkan Velcro nya cepat “haus”. Secara umum, Cloth Diapers snaps akan kelihatan “baru” lebih lama berbanding Velcro.
  4. Jaga lah Cloth Diapers dengan teliti. Pastikan cara pembasuhan dan penggunaan harian mengikut kaedah yang disarankan jenama Cloth Diapers tersebut. Kaedah penjagaan meungkin berbeza bergantung kepada material yang digunakan.
  5. Gunakan cecair/serbuk pencuci yang sesuai untuk Cloth Diapers! Jangan gunakan pencuci yang ada peluntur, enzim, fosfat, pengawet atau pelembut/pewangi di dalamnya. Bahan-bahan ini boleh menyebabkan Cloth Diapers bocor dan mudah rosak.
  6. Jika anda ingin menggunakan Cloth Diapers untuk anak-anak yang seterusnya, belilah Cloth Diapers yang bersaiz (sized diapers) berbanding “One-Size”. Ini kerana Cloth Diapers bersaiz kurang kerap digunakan dan kualitinya akan tahan lebih lama jika disimpan. Bayangkan, Cloth Diapers “One-size” dipakaikan semenjak bayi baru lahir sehingga 2 tahun, betul kah ia boleh digunakan dengan sempurna untuk adiknya pula?
  7. Sesekali, lakukan “strip washing” untuk menghilangkan bau-bauan dan juga kulat (mold/fungi) yang mungkin tumbuh di Cloth Diapers. Keadaan ini boleh menyebabkan Cloth Diapers rosak.
  8. Keringkan Cloth Diapers dengan menyidai di bawah cahaya matahari (gantung/sidai kan dengan cermat) berbanding menggunakan opsyen “Spin Drying” dalam mesin basuh atau menggunakan mesin Dryer.
  9. Untuk All-In-Two (AI2) diapers dan juga diaper covers, bahagian luarnya (diaper cover) tidak perlu dibasuh dengan kerap, dan elok dibasuh tangan kerana ianya tidak begitu kotor. Ini boleh mengekalkan kualiti lapisan PUL pada diaper cover tersebut.
  10. Beli Cloth Diapers yang diperbuat dari material sintetik seperti microfiberkerana ianya lebih tahan lasak berbanding material semula jadi/organik seperti bamboo dan kapas (cotton).
  11. Gunakan “laundry bag/net” jika membasuh menggunakan mesin basuh dan menggunakan opsyen “Spin Dry”.
  12. Jika menggunakan Cloth Diapers jenis Velcro, sematkan Velcro pada “laundry tab”sebelum membasuh untuk mengelakkannya tertarik/terlekat pada Cloth Diapers yang lain.

JANGAN PULA LAKUKAN YANG BERIKUT!
  1. Jangan perah Cloth Diapers terlalu kuat untuk mengelakkan getah (elastic) cepat lusuh.
  2. Jangan gunakan sebarang berus yang kasar untuk menggosok/menyental Cloth Diapers.
  3. Jangan gunakan pencuci yang ada peluntur, enzim, fosfat, pengawet atau pelembut/pewangi di dalamnya. Bahan-bahan ini boleh menyebabkan Cloth Diapers bocor dan mudah rosak.
  4. Jangan basuh Cloth Diapers dengan air yang terlalu panas kerana ini boleh merosakkan PUL (waterproof layer). Jika perlu, gunakan air suam sahaja.
  5. Jangan gunakan krim lampin (diaper/nappy cream) bersama Cloth Diapers kerana ia mungkin menyababkan kebocoran (gunakan lah krim yang sesuai untuk Cloth Diapers atau pun lapik Cloth Diapers dengan nappy liner jika menggunakan krim tersebut).

Ok, sekadar berkongsi. happy cd-ing :-)

wassalam

Wednesday, February 22, 2012

susu beku berjalan dari kluang ke ampang :-)

Assalamualaikum..

Kali ni nak share sekali lagi experience membawa susu beku berjalan :-) dulu, masa pegi kursus induksi selama dua minggu, pernah buat macam ni, cer baca kat entry ini :-) kali ni, bawa susu untuk aisyah pulak.. Alhamdulillah, sekali lagi, susu selamat sampai walau pun banyak kekurangan perjalanan kali ini, tapi alhamdulillah susu masih beku dan tidak terjejas..

Susu beku disusun elok2 dalam kotak ikan. Aku pakai kotak ikan yang dulu punya. murah pun murah.. simpan tau, banyak jasa kotak ikan  ni. mana tahu nak wat majlis ke apa ke, kalau peti ais tak muat, boleh simpan air batu dalam ni.. kalau anak dah tak menyusu lagi dan stok ebm telah habis, boleh simpan sume botol2 kosong dalam ni. hehe.. ok, susu beku disusun elok2 dalam kotak tu, kemudian taburkan air batu beli kat 7 eleven. tak pakai habis pun ais tu, sebab takut tak boleh tutup plak kotak tu..ada orang tabur garam atas air batu tu. tapi aku tak buatla, aku yakin dengan cara tu je. hehe.. 

Susu beku tu sendiri dah beku. dia akan melekat antara satu sama lain.. bila dah letak ais, cepat2 tutup dan salotape keliling kotak tu.. kalau rajin balut kotak tu dengan tuala ke, kasi lagi yakin dia tak mencair :-) dalam kereta letak la dekat tempat yang jauh sikit dari panas enjin atau cahaya matahari. kalau boleh, berjalan lah di waktu malam.. aku berjalan kul 5 petang hari tu. keadaan kereta unser tu pun sangat pack dengan barang2 aku. seat yang boleh diduduki ada 2 je instead of 6 :-) tawakal je time tu takut susu cair..

Sampai2 je kat rumah, buka kotak ikan (perjalanan 4 jam), tengok ais dia dah mencair sikit. tapi tak effect susu la.. alhamdulillah. cepat2 transfer masuk peti ais. dan peti ais aku rupanya kecik dari peti ais mama. pack. ikan pun tak leh masuk tau. dah susun elok2 dah tu... huhu.. bila la boleh beli deep freezer kan. ke ada orang nak jual second hand ke..

stok susu.. plastik ada, bekas dadih ada, barisan bawah penuh botol2..

 chiller box :-)

keadaan kereta @ unser mama :-) sarat.. kekeke. tu kepala aqil secoit je..

Okey, itu je nak kongsi. harap dapat membantu kawan2 di luar sana. bye . wassalam :-)

Tuesday, February 21, 2012

3 series

Assalamualaikum..

Tarikh yang cantik hari ini.. 21022012.. apa ada dengan tarikh keramat ni? of course la my birthday.. happy birthday to me.. Syukur ya Allah, dah 30 tahun dah diriku ini... Alhamdulillah... Masih diberi peluang menghirup udara dari Allah..

Tak dela beria benar kali ni pabila datang 21hb 2. Perasaan  sekadar biasa2 je. Mengharapkan ucapan dari yang tersayang, tapi hampa.. buat2 lupa ke memang lupa ha?? aku juga yang kena remind.. benci tau.. sedih je.. tak de hadiah pun tak pe la, tapi kenapa kena ingatkan? tak boleh ke ingat sendiri?? Orang tanya cik abang kasi hadiah apa?? hmmm tak berani nak minta apa2 lagi, sebab dah banyak kasi.. nak pelempang ke minta2 ni duit dah banyak habis bini oiii.. hehe.. dah dapat telefon baru, dah renovate rumah, apa lagi kau mahu?? huhu.. nak kek secret resepi sepotong boleh ke? hehehe... tapi kalau ada nak kasi hadiah lagi pun ok je. alhamdulillah.. lalalalala.. :-)

Tak sangka pejam celik pejam celik dah 30 dah aku ni.. kejap je masa berlalu. tup tap tup tap, dah 50, (itu pun kalau sampai) tup tap tup tap, dah pejam mata.. takutnya.. Alhamdulillah, anak dah 2, suami sorang, ada rumah sendiri, kereta second hand dah habis bayar, kerja gomen - alhamdulillah.. Ya Allah, murahkan rezeki ku, panjang kan umur ku yang berkat, sihatkan tubuh badanku, tetapkan imanku, tingkatkan kesabaranku.. amin...

Rasa diriku macam budak2 lagi. kadang tu, bila orang panggil kak rasa macam, hello, tua sangat ke aku ni, umur ko berapa? oo baru 25. eh muda lagi budak ni.. tu la perasan diri tu muda lagi. 30 dah makcik oi.. sedar2 la sikit. hehe..

Okeyla.. tak leh nak sembang panjang.. bye.. wassalam :-)

Monday, February 20, 2012

busy like a bee :-p

Assalamualaikum..

Kembali berblog setelah ditinggalkan beberapa hari. Aku dah kata dah, kalau balik rumah sendiri, memang tak de maknanya nak ngadap blog dan fb.. bz memanjang. tu la pesanan mama jangan asyik duk ngadap internet je, nanti sume keje rumah tak jalan.. now, mama dan ayah dah balik kluang.. sebak sangat!! cover jangan tak cover ok.. huhu.. so sad, dah 2 bulan lebih duduk bersama, i love you mama & ayah :-(

Ok, lupakan kisah2 sedih. mari doakan kesejahteraan mama, ayah dan ali balik ke kluang dengan selamatnya.. amin.. ok, sejak dari hari jumaat malam sampai, sampailah ke hari ini, kejenya berjalan je.. yelah, dah 2 bulan lebih mama ayah tak jalan2 kat kl  ni sebab jaga aku. now, tiba masanya untuk mereka berjimba2.. jadi, turut terkena tempiasnya adalah kami adik beradik.. yahuuu.. boleh jalan2.. lebih2 lagi aku ni, duk terperap kat rumah je, kasi chance la nak berjalan dan shopping semuanya.. habis lari bajet!!! lari selari larinya..

Nanti jika ada kelapangan, aku cerita detail2 tempat yang aku pegi ok. sabtu, kitorang makan kat wadi hadramawt. best sangat. makan nasi yemen tu macam makan tak puas, memang berbaloi la pegi situ.  cerita detail later ok :-) then, lepas makan2 kami pegi Jusco Aeon Keramat tu.. mama ayah pegi round2 cari personal thing diorang, sementara aku mencari barang dapur setelah 2 bulan dapur tak berasap. tapi barang basah, sorry sangat2 tak boleh beli!!! freezer pack dengan stok susu.. alahai keciknya freezer aku. nak beli deep freezer kena tunggu waktu 'bertenang' dulu.. huhu..

Then, balik rumah, penat.. dah malam dah pun. balik makan maggi.. hihi.. sian tetamu2 ku makan maggi je.. tak pela dah kenyang makan nasi yemen tu. ok, plan esoknya konon nak gi ikea. sorang nak cari perkakas toilet, sorang nak cari tombol pintu. alasan nak berjalan la tu.. pukul 5 baru bertolak pergi. aku bawa aisyah je, aqil meraung2 duk ngan ayah dia kat rumah. sian aqil, terasa betul tak bawa aqil.. dengan atok dia sekali sentap.. huhu.. bukan tak nak bawa, tapi susah nak control lari sana sini.. kat ikea ni lagi la duit mengalir macam air.. lari bajet lagi. tapi benda yang dibeli tu memang nak kena beli juga satu hari nanti. tapi beli dulu la. bukan senang dapat gi ikea ni. en suami tak berapa suka gi ikea. sian aku kan.. hihi.

Then today, plan ayah nak balik kluang pagi. tiba2 kena gi shah alam pulak pasang tombol pintu.. huhu.. alang2 gi shah alam, singgahla ke giant seksyen 13 tu. lama gila tak pergi shah alam dan giant ni. tiba2 kenangan masa belajar dan masa duduk rumah kak shida terkenang kembali.. banyak kenangan di situ.. hajat dihati nak pegi sungai buloh beli bunga. sekali tu, ada khemah jual bunga kat giant tu. apa lagi, aku pun terjah la situ.. later aku tunjuk ye bunga apa aku beli. hehe.. sampai rumah dalam pukul 3 lebih. mama dan ayah tak jadi balik siang, ayah tolong drillkan perkakas bilik air yang aku beli.. thank you ayah. ayah memang serba boleh :-) then tadi la baru mama dan ayah dah balik kluang lepas makan kat kedai mamak bersama2..

Okey, tu je la summary of my weekend.. seronok pulak jadi surirumah ni. hehe. tinggal lagi lebih kurang 2 minggu nak berpoya2, lepas ni naik keje, kena fokus, jadual kena bahagi betul2, supaya hidup dan rumah tangga lebih terurus.. bye. wassalam


Saturday, February 18, 2012

happy birthday mama!!

Assalamualaikum...


Today, kami dah selamat sampai ke rumah kami. Alhamdulillah. Today juga birthday mama yang ke 55. Happy biryhday my dear mom. Semoga mama panjang umur, murah rezeki, sihat selalu. Kami sayang mama!!


Oleh kerana dah lama tak jalan2 kl sebab menjaga aku pantang, now kita dah boleh jalan2.. Menyampah pulak dengan jem kat kl ni..


Hari ni aktiviti kemas rumah.. Rumah lepas renovate memang banyak nak arrange balik. Tak tahu nak start mana dulu. Ayah aqil dah buat fasa 1, ibu kena buat yang lagi clear la kan..


Okeyla, banyak keje nak buat ni. Bye. Wassalam


Published with Blogger-droid v2.0.4

Thursday, February 16, 2012

malam yang bakal busy

Assalamualaikum..


Malam ini aku akan mula berkemas2 meninggalkan rumah parents ku.. Dah 2 bulan lebih berkampung 3 beranak kat sini, maka sampailah masa untuk kami berempat hidup sendiri..


Mesti mama & ayah rindu kat suara loudspeaker aku ni.hihi. Lepas ni, tak dapat dengar dah suara ibu&anak ni bergaduh.. Tak dapat dah mama& ayah main2 dengan aisyah.. Huhu.. Kena datang kl or kami balik kluang, baru leh cium aisyah. Masa tu aisyah mesti dah besar, dah berubah rupa sikit :-)


Aqil balik sana, cepat2 aku nak hantar dia gi nursery balik. Kejam nya ibu aqil ni. Bukan ibu tak suka aqil ada di rumah, tapi ibu tak nakla aqil manja lebih2 dengan ibu, kita dah kena bahagi2 kasih sayang ibu ni.. Aqil dah ada adikkan. Sian adik, terpaksa mengalah. Nasib baik dia tak reti apa lagi..


Aisyah pulak akan dihantar seminggu awal sebelum aku naik keje... Upss, aku dah cop jiran aku untuk jaga aisyah. Sejak dari aisyah tak wujud lagi aku dah riki2 akak tu.. Hihi. Alhamdulillah, dia setuju. Setakat ni dia jaga anak sedara dia sorang umur baya aqil, girl.. Aku harap aisyah ok di bawah jagaan akak tu. Sian kat baby kalau awal2 hantar nursery..


Oklah, lepas isyak ni nak stat kemas beg & barang2. Banyak gila barang ni, harap muatla unser mama tu. Ada bby cot 2, langsir dengan rail melintang dalam keta nanti, carpet. Ayooo tu belum masuk beg dan segala mak nenek tu.. Susu beku aisyah the last thing baru nak transfer masuk keta. Bertolak petang esok, tak dela panas sangatkan, dapatla jaga susu beku aisyah tu...


Okey.. Tu je nak share. Bye. Wassalam


Published with Blogger-droid v2.0.4

Wednesday, February 15, 2012

apa ada dalam beg?

Assalamualaikum..

Sibuk2 mengemas beg, rasa semaknya purse aku ni.. ni bukan beg duit ni, ni beg kad namanya. huhu.. kad je penuh, duit tak de la sangat dalam beg ni.. kad yang penting2 macam ic, mykid anak2, lesen kereta, kad atm of course la penting kan berada dalam purse ni. tapi kad2 yang lain macam kad ahli cosway, tupperware, jusco, sogo, kad atm bank yang tak aktif pun ada jugak.. tu belum lagi kad klinik-klinik, kad kedai2 macam kedai kek dan kedai langsir.. sume nak sumbat dalam purse ni. tu belum lagi kalau soping2 berlambak resit2 dalam tu. hehe..

rasa macam taknak bawa ke hulu ke hilir je kad2 ni. tapi bila tak bawa, tiba2 nak pakai, dah tak de kan.. patutnya beli satu card holder, simpan sume dalam tu kad2 yang tak berapa penting. kadang2 bila nak buang resit2 ni rasa, eh penting ni, kalau buang kang tak de bukti bla bla bla.. hehe. tapi akubukan jenis peram lama2, nanti buang jugak..

sebut pasal purse ni, purse ni adalah purse paling lama aku pakai.. ni hadiah pemberian makcik ku yang tersayang :-) kiranya dah 6 tahun aku pakai beg ni.. lama tu!!!! orang kata beg duit/purse/wallet tak elok tukar selalu kan, seperti menukar handbeg. bukan apa, kalau tukar2 takut karang ada yang tertinggal, susah pulak.. purse ni masih elok lagi.. banyak compartment tu yang penuh aku menyelit itu ini dalam purse ni.. :-)

ni la purse kesayangan aku ni.. ha.. ada terselit gambar suami ku.. gambar kami berdua masa bercinta pun ada.. hehehe.. zaman malu2.. zaman suami ku masih kurus nampak tulang bahu.. hehe.. eh, dia ada ke simpan gambar aku ek? macam tak de je.. :-( tak pela, simpan dalam hati.. itulah lelaki, kalau ada pun sebab aku yang tukang letak dalam beg dia :-p. eh, dah bye.

wassalam :-)

breastmilk storage

Assalamualaikum..

Selamat pagi semua!! hari ni bangun subuh tak tido balik :-) bangun, pam susu dan sambil2 tu buka laptop layan FB dan blog.. tu je la keje kau kan .. nak wat camana, ni je la hobi aku. hehe.. sementara anak2 tak bangun tido lagi, better la aku menulis sepatah dua kata.. cewah.. penulis la sangat :-p kain dah satu trip sidai, jap lagi sambung sidai CD aisyah yang tengah pusing2 lagi tu..

Ok, hari ni hari rabu kan. esok kamis, lusa dah jumaat.. aku ada 2 malam saje lagi nak berkampung kat sini. hari jumaat malam sabtu dah balik ampang, rindu sangat kat home sweet home.. aqil pun dah pandai sebut nak balik rumah ibu.. hmmm bila fikir nak balik sana, ntah bila lagi aku nak balik sini  balik kan.. mesti rindu kat rumah ni pulak.. rindu la segala aktiviti yang dibuat dengan mama & ayah kat sini.. yelah, mana taknya dah 2 bulan lebih bertapa kat sini.. ada ke orang berpantang lama gini duk rumah parents.. hehe.. tak pela, ntah bila lagi dapat berpantang di bawah ketiak mak kan.. kalau panjang umur, merasa la lagi air tangan mama menjaga kami adik beradik..

Eh melalut pulak.. ok, oleh kerana stok botol ku dah habis, dah penuh terisi dengan susu perahan, maka, aku beralih arah ke plastik pulak.. aku guna brand autumnz, ni je yang sempat dibeli secara online hari tu.. 50 keping RM 27 lebih termasuk postage beli dari One Baby World. ok juga pakai plastik ni, jimat space. pakai buang. tapi tu lah, buang pulak kan. dari nak jimatkan penggunaan plastik, terpakai plak beg plastik..

bila dah masuk plastik, measurementnya tak berapa tepat sangat. actually bukan la 9 oz tapi 7 oz saje pagi ni..

Pumping time aku tak menentu lately.. kadang pukul 12 aku pam. kadang tu, bila aisyah bangun, baru aku pam dengan tangan, nak train dia menyusu pakai botol.  malas pulak nak buka2 pam. pakai tangan cepat sikit. tapi tak de la perah banyak, sekadar tak sampai 2 oz, sebab sayang nanti buang je kalau aisyah tak nak.. kadang2 dia boleh minum pakai botol, kadang tu satu hari dia tak nak pakai botol, macam semalam, sikit je dia minum.. selebihnya ke sink.. kalau dulu, memang rasa terkilan sangat kalau buang2 susu.. tapi sekarang, terkilan juga tapi tak seteruk macam time aqil dulu, sikit2 je la rasa terkilannya.. sekarang ni kalau pam, mesti 2 oz asingkan untuk train, yang selebihnya masuk peti..

susu untuk aisyah. dia tak de la bambam sangat tapi badan dia je tough.. ni pic lepas nyusu.. comot :-)

okey. nak sambung sidai kain :-) bye. wassalam

Monday, February 13, 2012

better late than never

Assalamualaikum..

hi there.. bz sket nak update blog.. entry ni lump sekali la cerita nya ye.. better late than never :-) nak juga masuk dalam blog even dah lama ceritanya.. bawah ni gambar kawan aku kawin. tarikh 4 feb ok.. hehe.. selamat pengantin baru ju.. oleh kerana aku ada di kluang, maka berkesempatan juga pergi ke kenduri ju di labis.. pilot adalah ayah ku... nak harapkan kami, memang tak tahu jalan ke labis sana. Semoga berkekalan hingga ke syurga ye ju dan pasangan.. 

Apa erti kenduri kawin kawan jika tidak bergambar bersama pengantin... hehe..  tema biru.. seperti biasa aku asyik dengan baju kurung yang sama je. dah memang satu je baju kurung yang aku bawa balik ke kluang, terpaksa la recycle banyak kali :-)

menziarahi BFF dari zaman sekolah rendah. ni anak kedua dia.. tahniah rahi.. akhirnya aku juga yang datang melawatnya walaupun aku yang bersalin dulu.. hehe. born on 21 Jan 2012.. lebih sehari dari bday aqil :-)

ni kakak dia.. comel juga. keletah ok iris ni.. aqil dah malu2 dah.. siap cium aqil lagi :-)

 aqil di hari lahir jiran rumah belakang.. suka dia pegi bday to u.. sibuk nak tiup lilin orang..

weken lepas,pak de dia balik. darwisy of course la ada sekali.. pak de bawa balik kolam comel.. suka la budak2 ni main kolam.. siap ada cover & ball comel2 lagi...

excited..

last but not least, aisyah gelak sakan!! sweet je.. sian aisyah kena buli dengan abang dia. kena gomol2 la. abangnya kasar sikit main, kalau gomol, sampai merah2 pipi aisyah.. rimas dia.. kalau tido pulak, sangat la buas budak ini.. pusing2 360.. kena tengok2 takut tergolek ke bawah.. nauzubillah..

okey. done entry for today :-p 
wassalam

Friday, February 10, 2012

sama ke?

Assalamualaikum..

Ramai orang cakap muka aisyah sama macam muka aqil.. yelah, dah dari benih yang sama, of kos la sama kan. hehe.. punyala aku belek2 nak cari gambar aqil time baby dulu, yang ada ciput je.. huhu. mana la ibu letak ye. kebanyakkan gambar aqil masa baby ada dalam friendster. tapi, aku buka balik friendster (dah lama tak buka) dah tak wujud frenster dulu, yang keluar frenster game.. masa aqil baby, aku banyak cuci gambar dia. so, sume simpan dalam album. ha.. tak de la terkilan sangat kalau hilang. may be dalam pendrive agaknya..

Kalau nak tengok muka aqil time baby dulu, boleh refer entry ini. cer tengok cer tengok.. sama tak? hehe.. anak2 aku tak berapa cerah sangat masa kecik.. aqil masa aku dalam pantang, berkilat sekali. ikut gen sape la ni agaknya.. hehe.. aisyah pun sama, tak berapa cerah, tapi dia cerah sikit dari aqil time baby. tak berkilat sangat. hehe.. bila dah semakin membesar, barula nampak cerah sikit dak aqil ni.. mak aku cakap asiyah ni kena pakai baju cerah2, baru nampak putih :-p tapi kulit dia merah sebenarnya.. aisyah humairah kan :-)

Masa aisyah lahir, aku tengok rupa aisyah tak sama sangat dengan aqil. tapi lama kelamaan, aku perhati, kalau tengok dari sisi tepi, sebijik aqil. aqil lahir, hidung terpacak!! mancung!! aisyah pulak hidung bulat sikit. Aqil muka jantan habis.. berat 3.44kg. aisyah muka lembut sikit, 3.15kg :-) aqil lahir, kening tak de, bila nak tumbuh kening, siap menggelupas kulit dia. aisyah lahir, kening sebaris je, wanita la katakan :-)

ni muhammad aqil

aisyah humairah

dua2 pun anak ibu. aqil tu kalau nak ambik gmbr adik dia, mesti nak interframe juga. hehe

ibu & ayahnya.. tak payah besar2 sangat la gambar :-p

Tak kirala apa juga perbezaan antara kamu berdua, yang pasti, ibu sayang anak2 ibu.. anak2 ok, dah dua anak aku.. huhu.. moga jadi anak yang soleh & solehah membanggakan kedua ibu ayah dunia dan akhirat.. i love mmy family :-)

wassalam


baby reject botol

Assalamualaikum..

Salam pagi jumaat.. hari ni lepas subuh tak tido. gara2 nak update blog punya pasal :-) kalau aqil dah bangun, sibuk betul dia nak conquer apa yang aku pegang. aku pegang laptop, dia pun tiba2 nak tengok ultramen kat laptop, padahal kat tab boleh je tengok. sindrom apakah ini? nak tulis blog pun tak syok, tengah idea datang mencurah2, ada je gangguan. hehe.. anak anak..

Ni budak berdua tu belum bangun lagi. aisyah macam biasa, subuh je memang bangun.. kelip2 mata dia. kalau diagah, senyum memanjang.. comel sangat!!! puji anak sendiri ye :-) yelah, orang lain aku tak tahu la pulak camana.. hehe

Tak sampai lagi sebulan, aku dah nak masuk keje.. So, bulan ni adalah bulan mempraktikkan aisyah minum susu pakai botol. susu ibu la dalam tu. Actually masa awal2 bulan ada juga sumbat susu dengan botol susu, ok je dia minum ebm dalam tu. pakai botol susu murah je, yang ada gambar disney tu. puting panjang gile, kalau aku suakan kat mulut aisyah, macam nak termuntah juga budak tu.. huhu..

botol MAM, botol pureen aqil - his favourite, botol disney adik.

Ok, baru2 ni aku beli botol MAM. orang kata elok.. nanti baby tak confuse puting. aku beli RM 33.90. time aqil dulu, sume botol susu dia avent. tapi, aqil dulu macam ok je sumbat botol susu. tak de pulak dia tolak2 dengan lidah. ni si budak cantik manis ni, pandai pulak tolak2 dengan lidah.. aiayakkkkk.. camana ni. tapi masa aku pegi spa ari tu, mak aku kasi pakai botol ok pulak. memang pada mulanya dia tolak2 pakai lidah, tapi dia nyonyot juga..

practise make perfect

orang kata, kalau nak praktis bagi botol, jangan ibunya ada/ibu dia yang beri minum. dah tu, kat rumah ni sape lagi aku nak minta tolong kasi susu kan. nak suruh aqil? kang ada yang tersedak susu.. huhu.. aku kena try petang/malam pulak la.. sebab time tu mak aku dah balik keje.. takkan nak pegi beli botol susu lagi. MAM tu consider mahal la tu kan. nak try avent? lagi mahal kot. tapi kalau aisyah ok botol susu tu, tak pe juga. kalau dia tak mo, membazir duit aku je.. 

Semalam, waktu tengahari, mak aku balik makan. lepas pam susu, aku tinggalkan 1oz untuk masuk dalam botol, nak testing si kecik ni la.. kejut dia bangun tido, then suakan botol susu tu..dia main2 dengan lidah dia, buat muka kerut2 bila dapat puting tu.. last2 dah tak tahan sangat, dia melalak sekuat hati.. lapar sangat la tu. nak tak nak, aku kasi la nenen.. terus hisap macam orang lapar.. sian anak ibu ni.. masak la ibu macam ni kalau aisyah reject botol..

senyuman si cantik manis :-p jangan banyak cekadak ye dik.. minum je la pakai botol please..

Botol MAM tu plak, ok je. lembut pun lembut. tapi dia suka menitik.. pasang tak betul agaknya.. besar plak tu. aku beli yang 5oz punya. nak beli lagi kecik, tak de pulak. hehe.. masa asben ada ari tu, dia kasi pakai botol tu, ok plak aisyah minum. ni mesti kes ibu ada, nak nenen je.. Ya Allah, permudahkanlah urusan ku..

bye. wassalam

Wednesday, February 8, 2012

update perkembangan anak

Assalamualaikum..


Aisyah dah 2 bulan semalam :-) hari ni aku sibuk pegi klinik. Pagi pegi klinik pakar kanak2 untuk aqil. Petang pegi timbang aisyah pulak.


Ok, cerita aqil dulu. Dia dah 3 tahun, berat 12.2 kg. Alhamdulillah sihat walafiat.TAPI, aqilkan ada tanda hitam kat mulut dia tu kan, so aku decide nak bawa gi klinik pakar kanak2 - nak puaskan hati sendiri. Bila orang tanya aku tak reti nak ckp apa.. Tadi dah pegi tapi doc tu suruh pegi pakar kulit pulak. Aku minta doc tu buat reference letter ke hospital ampang, sebab kat kluang xde doc pakar kulit, dia suh gi jb. Hosp ampang senang sikit, dekat dengan rumah. Apa yang aku baca kat surat tu, doc tu tulis pigmentation at upper & lower lips. Nanti aku balik sana bolehla set appointment. Murah je klinik pakar tadi, rm 37 je, itu pun sebab aku minta doc cek telinga aqil, taik telinga mcm batu, dapat ubat titis. Orang lain yg anak demam dpt ubat macam2 pun baru 50 rgt lebih. Bukan apa, aku pernah experience klinik pakar kanak2 di kl, rm75 untuk consultation saje.huhu.. Kalau pegi tu, make sure purse ada duit biru banyak.. Huhu.


Ok, aisyah pulak. Tadi timbang 4.6 kg. Kena cucuk tadi, nangis kuat juga.. Leher dah kuat, kaki pun dah boleh tegak. Minah ni suka beremosi sendiri.hihi. Tiba2 je jebek muka nak nangis.. Tak de orang buat pun. Nurse kata kot2 masa aku prgnt, aku selalu menangis tak tentu pasal.tak igt pulak ada ke mcm tu.hihi.. Aisyah ni kalau mandi air paip, memang nangis. Tapi kalau air suam, suka je.. Tak tahan sejuk macam ibu ni.. Masuk besen, penuh sebekas :-) now dia dah tido. Kasi ubat demam tadi sebab nurse kata cucuk 2 bulan ni boleh demam.. Cian dia..


Okeyla, nak layan mata jap :-)


Wassalam


Published with Blogger-droid v2.0.4

Monday, February 6, 2012

penghujung percutian

Assalamualaikum..

Mood masih bercuti lagi nampaknya.. ada lagi sebulan ok nak habis cuti :-) me pun happy la sebab en suami tersayang masih disisi hingga esok.. kiranya ni last week la en suami ulang alik every week kl-kluang-kl :-) sebabnya, next week dia outstation dan next2 week, aku akan berangkat pulang ke home sweet home.. rindunya kat rumah. apa la jadi dengan rumah ku tu ye. ok ke dia di bawah pengawasan en suami ni?? hihi

Ok, FYI, kenapa aku bertapa lama sangat kat kluang ni. actually ada beberapa sebab yang menyebabkan aku lama duk sini.. pertama2, sebab en suami nak outstation 3 day. nanti sape nak handle kami bertiga? chewah, aku tak yah handle la kan, anak2 kecik tu.. haru juga kalau aku sorang2 je duk umah. kot2 budak2 tu buat perangai ke kan.. meroyan plak aku sorang2..

keduanya, rumah sebelah tak habis renovate lagi. tengah rancak mendrill.. mesti la bising kan, lebih2 lagi aku ada anak kecil. terganggu tidurnya dan juga tidur ibu nya :-p katanya end of february baru siap rumahnya.. tapi takkan aku nak balik hujung bulan, awal mac dah nak masuk keje kan..mesti la siapkan diri dan sesuaikan diri aqil dengan taskanya semula.. kalau bulan mac baru nak hantar, sengsara juga aku nak gi keje nanti.. takut dia tak nak gi sekolah camana pulak kan.. so, nak tak nak, kena balik juga la mid feb ni.. tahan telinga je la nanti..

ketiganya, rumah ku juga tengah renovate sikit2.. ni yang buat aku tak sabar nak balik ni. memang dah plan nak renovate rumah time aku berpantang.. mesti berdebu gila tu. so, keje hasben ku adalah mengemas rumah sampai debu hilang.. maklumla, kita ada anak kecikkan bang, kalau berdebu, sian anak2, nak harap aku kemas, takkan dah balik baru nak kemas, anak2 sape nak jaga.. hehe -alasan- so, progress sekarang tinggal lagi sikit je nak pasang pintu kabinet dan juga painting kot.. touch up sikit2 yang mana berusik tu kan. sebelum balik sana, macam2 kena buat ni. nak tempah langsir, nak beli carpet.. gaya macam orang banyak duit je.. huhu.. tu sume kena bajet2.. nak tengok harga dulu, kalau mampu, langsir tu buat satu rumah, kalau tak mampu, buat langsir dapur aje.. argghh.. lambatnya nak gaji ni!!!

Eh, lupa nak cite. alang2 aku lama duduk sini, ramai juga kawan2 kluang yang datang menjenguk ku. alhamdulillah punya kawan yang baik begini. dan paling latest yang datang adalah dr faryn.. haa.. kenal tak?? kalau tak kenal, better gi baca blog dia, penuh dengan ilmu sakit puan :-) thanx for coming ye doc :-) kalau ada good news, nanti aku roger k :-)

 eh sama pulak kita purple kan.. tengok kanak2 IT.. sibuk dengan game di tangan :-)

ni la bakal menantu.. eceh.. tiba2 bakal menantu :-p comel sangat aina ni, keletah je. rambut dia sangat special ok...

Okey tu je nak story.... nanti sambung balik ye.. tata. wassalam..

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails