Tuesday, January 31, 2012

selsema

Assalamualaikum..

Hari ni kami semua selsema :-( tiga beranak ni asyik achuuum aje.. tekak dah rasa lain dah sejak semalam. rasa berpasir je.. dah agak dah mesti nak selsema ni.. sekali tu hari ni asyik terbersin je. huhu.. dengan aisyah sekali banyak kali juga dia terbersin. selalu kalau dia bersin, time lepas mandi.. subuh tadi pun dia tak lena tidur.. hidung dia macam bunyi2 something.. sian aisyah.. lepas mandi, baru dia rasa lega sikit agaknya dan boleh tidur.. ni nak makan ubat selsema apa pun tak tahu ni..

Tengahari tadi, ntah nape ntah dia sensitif sangat.. meleleh2 air mata dia nangis. kuat pulak tu dia nangis.. aku pun terkejut juga nape dia nangis kuat. mak aku yang tengah mandi pun siap kuar dari bilik air nak tengok kenapa dia melalak kuat sangat.. nasib baik kejap je nangis nya.. huhu. bikin ibu menggelabah je..

Aqil pulak seperti biasa la kan. kalau tak kasi mak dia naik suara, tu bukan aqil tu. tapi kadang tu sian juga. dia tak de kawan sebenarnya.. nak kan perhatian. main bola sepak2 kat almari, dah la orang nak tengok tv, bising je. kena marah.. ni tengah tengok tv wonderpets.. jap lagi zzzz tido la tu..

Eh lupa nak update. hari tu kan aisyah pergi follow up kat hospital Kluang kan pasal breastmilk jaundice dia tu.. alhamdulillah, keputusan darah dia normal.. masa amik darah kelmarin, bacaan darah dia dah 2.1.. setelah sebulan tak gabra, bila nak gi spital, nak tahu result, jadi gabra balik :-) syukur sangat2... 

Okla.. aisyah dah gerak2 tu... tadi tengok dia termenung je.. baru bangun tido, menyusu, then ibu tiarapkan balik nak kasi tido. dia bukan boleh lama2 celik kan.. huhu. ok bai. wassalam..

Monday, January 30, 2012

Wajah-wajah Aisyah

Assalamualaikum..

Beberapa keping gambar Aisyah Humairah dengan pelbagai expression, bermula dari awal kelahiran sehingga kini :-)

Aisyah time 'kecut'

Ngantuk..

 like 'peace'

 first outing to kluang mall.. menangis tidur siang diganggu..

 kelakar gambar ni.. tidur menganga.. sedap sangat tido tu..

 dah pandai senyum sikit...

dengan rambut baru :-)
last.. senyum meleret.. kalau nak tengok dia senyum, agah waktu pagi.. meleret2 senyum dia.. sayang aisyah merah!!

ok bye.. wassalam

Sunday, January 29, 2012

outing ke batu pahat

Assalamualaikum..

Actually lepas pantang, ni dah kali ketiga aku keluar berjalan2.. masa genap 40 hari dah pegi berjalan ke Kluang Mall. Lepas tu, lebih kurang 453 hari berjalan ke Johor Bharu. Then semalam, pergi jalan ke Batu Pahat.. Sekaligus berjalan ke rumah adik no tiga..

Tujuan utama adalah nak soping kain langsir. Sekali tu, lama sangat ayahku mencari Galaxy Note, semua dah penat.. Terus pegi rumah adik. Tak dapat la makcik ni nak cari kain langsir.. huhu.. So semalam bawa Aisyah dalam baby sling.. oohh baby sling nampaknya tidak akan dipakai lama.. memang la senang, masuk je anak dalam tu, gantung kat badan.. tapi, aku tak larat nak menggantung aisyah lama2.. huhu.. sakit bahu, rasa melengkung je badan ni.. ni sebab tak de stroller, tu yang bawa ke hulu ke hilir sling tu..

Tapikan, pelik ke pakai baby sling ni.. semua orang duk jeling2 tengok.. masa pegi giant kat kluang pun, siap cashier tu tanya, ada apa dalam tu? ada orang ke? huhu.. apasal, nampak pelik ke? Lagi satu keburukannya ialah, dah pakai baju cantik2 sekali tu, nah, amik sarung baby sling yang corak2.. Aisyah mula2 macam tak selesa, lama2 dia tido je dalam tu, okla tu agaknya ek..

So hasil semalam, aku tak dapat apa2 la.. ayah, mama, nenek termasuk aqil pun dapat habuan masing2.. ayah dengan galaxy note nya, mama dan nenek dengan tudung, baju baru serta handbag ok. aqil dengan kereta remote atuk dia belikan..

sedang tunggu note di setting..

pelik ke?? huhu.. me dengan baju baru yang beli online tu.. :-) 

soping soping soping.. mama dan nenek. nenek ku masih bergaya lagi ok :-)

car baru aqil...

 Adik aisyah, tok ma pegang kejap..

Pegi tengahari, balik malam, pukul 11 baru sampai rumah. Dalam hati risau jugala takut aisyah meragam ke apa kan.. Alhamdulillah, she's ok.. yang paling aktif dan mengaruk sekali adalah abang aisyah.. sabar banyak2 ye ibu :-)))))))

Kalau diikutkan dah 2 bulan aku berkampung kat kluang ni..  kalau ikutkan, aku nak balik sangat dah ni.. tapi kerana sebab2 tertentu, stay dulu kat sini until mid februari.. nampaknya 'cuti semester' aku nak berakhir dah.. awal bulan 3 dah masuk kerja.. rasa segan dan malu2 kucing pulak nak masuk opis balik ni.. hehe..

Okla, nanti corat coret lagi k.. bye.. wassalam..

Thursday, January 26, 2012

marah

Assalamualaikum...


Siapa yang tak pernah marah? Marah tu apa? Bila disebut banyak kali rasa lain pulak. Marah tu syaitan, hati panas, penuh dengan kebencian.


Diri saya sebenarnya pemarah juga. Tapi dengan kawan2 saya tak berapa nak marah, tak reti marah. Dalam erti kata lain, lebih kepada jaga hati. Kalau dengan adik beradik, boleh kenal marah saya. Masa muda remaja, selalu gaduh. Tapi air dicincang tskkan putuskan. Kalau nak tengok saya marah, tengok macamana saya marah aqil. Dengan suami pun saya kadang marah juga, tapi jangan over sebab dia marah kalau saya marah.hihi


Saya ni kadang ada 'hantu' tau. Masih ingat lagi dosa saya membaling anak kucing. Masa tu saya baru je lepas basuh lantai, tiba2 dia berak depan pintu.. Dengan rasa yang amat marah sekali, saya baling dia sekuat hati saya. Nasib dia tak mati. Masa tu saya dah 20an juga. Mak saya bising, berdosa kau buat kucing macam tu. Saya sangat menyesal sampai ke hari ini. Bila saya teringat, mesti rasa berdosa sangat!!! Itu semua kerana marah.


Sekarang ni, 'hantu' saya ke arah anak2. Kalau nasib baik, kena jerit kuat2. Suara saya memang kuat dan saya tak malu marah anak kuat2 kat emporium :-) mak saya yang malu. Kalau nasib tak baik, kena cubit, pukul dan hanger. Saya rasa lega dapat buat dia menangis, then barula saya tersedar dan kesal sekali memarahi dia.


Saya juga tak suka orang marah anak saya. Walau pun saya marah siap dengan pukul, lagi teruk, tapi tu anak saya kan. Marah skit2 tu tak pela, ni yang marah betul2. Sentap ok. Kalau suami saya marah & pukul aqil, saya marah balik suami saya. Padahal saya buat anak lagi teruk.huhu.. Saya tau anak saya ni nakal sikit.. Adakah saya ni salah seorang ibu zaman moden yang tak boleh orang marah anak kita? Hmm..


Entah la kenapa emosi sangat malam ni. Dan skima pulak bersaya2 ni.hihi. Lagi haru menaip sebiji2 dalam tipon ni, dahla tu, bebel panjang pulak tu.. Okla, marah tu boleh, tapi dengan tujuan mendidik, kalau marah dengan tujuan lepas kemarahan, tu yang sampai kes dera tu. Nauzubillah.. Istigfar banyak2 ibu...


Okbai.wassalam.


P/s: xsempat tgk habis video ustaz harun din mimpi jmpa nabi, lagi seminit je nak habis bateri kong.. Sayu betul. Terasa masuk dalam cerita itu..


Published with Blogger-droid v2.0.4

Hospital Kluang

Assalamualaikum..

Saya baru je balik dari Hospital Kluang. Pagi tadi ada appoinment yang dibuat sebulan yang lepas untuk Aisyah Humairah.. Appointment pagi tadi amik sample darah. Petang karang pukul 3, jumpa doktor pakar. Harap2 darah Aisyah ok.. amik darah ni mungkin sebab kes breastmilk jaundice dia yang amik masa sampai sebulan tu.. Last bacaan kuning dia 8.5.. terus nurse kata dah tak payah datang dah. Lepas pada tu, saya pun buat2 tak reti je la kat kuning aisyah.. Anggap saje ia sudah baik :-) tapi pada mata kasarnya pun, memang dah clear la kan..

So, first time tadi pergi melawat Hospital Kluang.. merasa juga pegi hospital baru ni.. tak sampai 15 minit pun dari  rumah.. Wah, dah ada hospital baru kat kluang.. best2.. sape2 nak bertukar ke Kluang, elok la apply.. hehe.. Untuk orang Kluang, memang canggih la kan, boleh dikatakan setaraf dengan hospital baru kat bandar2 besar.. tapi tadi saya pergi kat bahagian klinik pakar saje.. seperti biasa, bangunan hospital ni sangatla baru diduduki akhir bulan disember tahun lepas, banyak lagi yang kosong. tak sampai sebulan pun.. jadi bila kita masuk tu nampak kosong je la.. tak ramai orang dan peralatan pun tak banyak.. Orang2 di situ pun nampak masih tercangak2 seperti mana tercangak2 nya pelawat first time macam saya ni.. hehe.. Klinik pediatrik sebelah saje dengan klinik sakit puan. Terasa jauh berjalan ke dalam. kalau di hospital Kluang yang lama, terasa penat berjalan sebab kena naik turun bukit.

tadi saya pergi dengan mak saya, dia amik cuti hari ni. Mak ngah saya pun ikut juga. aqil pun mesti la ikut kan. Dari semalam lagi saya dah cakap dengan dia kena bangun awal, nak bawa adik pergi klinik. dan hari ni dia bangun tanpa banyak ragam.. semua tak mandi pegi klinik, termasuk la saya :-))) tapi takkan nak pegi klinik dengan air liur setepek kan. mesti la make up2 sikit. hehe...

Ingatkan amik darah di tumit. rupanya di tangan. sian aisyah, mestila menangis. nurse kata dah besar, tumit dah keras, darah tak kuar nanti.. hehe.. kejap je la dia nangis.. Lepas balik dari hospital, terus pegi amik duit dan simpan dalam tabung haji. Saya masukkan duit aqil - pemberian orang dan juga buka akaun untuk Aisyah sekali.. Alhamdulillah, rezeki anak2 kan.. kalau simpan dalam beg ibu, asyik terrrrrrguna memanjang.. hehe.. takpe2, jangan risau, ibu dah ganti balik, top up lebih lagi :-)

 nak juga amik gambar luaran :-) terletak di jalan tenggara..

 Aisyah selepas keluar dari TH.. tak tido adik ye lepas kena cucuk..

boleh pulak tempat breakfast sebelah playground. apa lagi, aqil tak reti diam la. suka dia dapat main gelongsor.. ibu layan kan aje..

 cak..

ibu dan aisyah.. on the way nak tido la tu..

Now, dah sampai rumah.. anak2 sambung tido balik. ibu mengadap lappy.. ingatkan nak tido jap tapi macam tak cukup masa je nak tido. hehe.. okla, see u again. bye. wassalam..


Wednesday, January 25, 2012

bercukur rambut bayi

Assalamualaikum..

Puteri ku telah selamat dicukur kan rambut lahirnya.. Setelah bertangguh2 akhirnya hari Ahad kelmarin, nekad kami mencukurkan sendiri rambut puteri kami.. bertangguh2 tu bukan apa, duk fikir nak bawa ke mana aisyah ni untuk bercukur. time aqil dulu, ada la mak bidan ni cukurkan, tapi tak berapa bersih.. pulak tu kena buat appointment. malas lah.. Cuba la tanya kat kedai gunting rambut kat rumah aku ni, tapi pakcik tu pulak kata tak berani nak cukur rambut baby, nanti dia gerak2 takut terluka..

Akhirnya, selamat dah rambut aisyah.. mula2 ayah nya yang cukurkan. lepas tu ibu plak.. gilir2.. aisyah tido, ada tu celik juga sebab dia tak selesa kena balik2 time dia tido tu.. Tips (tips la sangat) kejayaan mencukurkan rambut anak ialah:

1. menyediakan sebekas air untuk kumpul rambut yang telah dicukur.
2. 2 batang pencukur baru
3. tisu/kain untuk bersihkan mata pisau

Kipas tak pasang, takut rambut terbang.. berpeluh juga la mengadap kepala aisyah.. adalah lebih kurang sejam bercukur.. Mula2 ayahnya basahkan rambut dia.. cara ini tak sesuai sebab rambut tu melekat2 dan tak smooth time nak cukur tu. Keringkan balik rambut dia, dan mula la cukur secara general dulu.. bila rambut dia dah pendek, baru la cukur licin2.. tapi hati2 juga, sebab takut terluka.. tak pasal2 berdarah kepala anak.. Ok, settle.. tak de la licin mana, tapi better than mak bidan tu buat :-)

 baru nak mula cukur rambut.

 adik tidur..

nampak tak ada putih2 kat kulit kepala aisyah.. selama ni tak perasan terlindung dek rambut. now dah nampak.. kena sapu minyak lepas ni..

dah siap.. terpaksa mandi lagi sekali..

Mengikut sunah, apa yang dilakukan oleh Baginda kepada cucunya, Hasan dan Husin, apabila jatuh hari ketujuh diadakan akikah adalah memberikan nama dan mencukur rambut mereka berdua. Rambut tersebut ditimbang dan disamakan dengan nilai perak dan kemudiannya disedekahkan kepada fakir miskin. Bagaimanapun, ulama hari ini menyatakan, emas boleh digunakan bagi menggantikan perak. Bahkan, mengikut Islam juga, pada hari ketujuh akan dilakukan tahnik, jelas Pegawai Agama Istana Negara, Datuk Abu Hassan Din al-Hafiz.

Islam menggalakkan amalan mencukur rambut bayi sehingga botak supaya segala kekotoran yang keluar daripada rahim dapat dibuang dan membolehkan rambut baru tumbuh dengan sihat.  sumber : halaqah.net

Rambut telah siap disimpan dalam tisu untuk dibawa ke kedai emas, nak pinjam penimbang :-) ok, bye.. wassalam..

Tuesday, January 24, 2012

Baby Sling..

Assalamualaikum..

Selepas berpenat lelah menyambut bday aqil, keesokkannya, kami sekeluarga pergi menghadiri 2 buah jemputan kenduri kawin. Kenduri sedara jugala, satu yang dekat satu lagi dekat JB.. dapatla aku berjalan bila dah habis pantang.. pegi 3 buah kereta, nenek pun ikut.. risau juga aku kot2 nenek bising lagi tengok aku berjalan jauh.. tapi nampaknya tidak, cuma nenek bertanya lagi pada ayahku samada aku dah habis pantang ke tidak.. hehe.. 

Okey, Aisyah sangat baik pada hari tu.. Memang dia baik pun selama ni. hehe. baik means tidak merengek, dia pun tidak tidur sangat dalam kereta.. seronok agaknya dapat berjalan, kaki jalan sama macam ibu ke ni?? hehehe.. Selepas habis kenduri, kami pun pegi jalan2 sekitar area JB tu.. of course la pegi tempat yang paling dekat dengan kenduri, iaitu Plaza Angasana.. 

Hajat dihati nak cari seluar baru.. kesian aku tak de seluar kat sini. ada suar pregnant tapi dah tersingkat sebab salah gunting.. Pusing punya pusing, penat juga membawa si comel ni.. rasanya melengkong juga badan aku dokong anak..

Pusing2 lagi, terjumpa kedai baby. yeay.. nak cari baby sling.. stroller tak bawa. kalau bawa lagi best.. So, belilah aku baby sling. RM 69.90.. brand biasa la, itu je yang ada dan terdesak.. kekok juga pakai sling tu tapi dapat la mengurangkan penat aku..

Tapi bila dah lama2 terbeban kat bahu aku ni, terasa juga sakit bahu. but better than carry biasa macam tu.. ok la baby sling ni, ada macam2 cara nak pakai dia, mengikut usia baby.. Aisyah pun tidur je dalam tu. Mak ayah aku pulak tak perasan apa benda yang aku bawa. siap jengah lagi aku  bawa apa dalam tu.. hahaha.. 

 my new handbag.. pilih pink tapi rasanya better amik yang plain kan.. baru match dgn semua baju.. huhu

Aisyah tido je.. mungkin selesa duduk dalam tu .. 

Okey, itu je nak share.. hope aku pakai sling ni dengan istiqamah.. hehe.. Oklah.. babai.. wassalam

Monday, January 23, 2012

Sambutan Hari Lahir Aqil ke 3

Assalamualaikum..

Birthday aqil kali ni disambut di Kluang.. Seperti biasa, aku buat untuk family terdekat saje.. Bila dah kat sini, ramailah pak2 sedara dan sepupu2 ku yang hadir memeriahkan majlis.. jiran pun ada.. Makan2 dibuat selepas asar hari Sabtu.. kira macam minum petang la.. Menu mi hun goreng, atok aqil goreng, satay, kek besday, apam lady bird, air oren, limau mandarin dan sweets untuk kanak2..

Meriah juga.. Penat pun penat juga, sebab lepas habis kemas2 rumah lepas majlis tu, semua terbongkang tido awal.. dengan aku ni baru lepas hari lagi, siap kena bebel dengan nenek nape tak pakai stokin. nenek pulak macam tak percaya aku dah habis pantang.. huhu.. so, terpaksalah pakai stokin. actually aku pakai stokin even dah lepas hari, tapi time nak tido je aku pakai.. okey, oleh kerana internet sangat slow, aku tunjuk skit je  gambar, nak tunggu upload banyak2 makan masa.. huhu.. 

4 of us.. dah berempat ye :-)

kek yang telah di potong.. kek angry bird.

the foods..

Okey, 3 je gambar dapat ditayang :-) lembab macam siput. mungkin dah capai limit wifi ini.. Ok, we have fun on that day.. sekali gus meraikan ibu yang dah habis pantang ni.. hehe.. terima kasih pada sedara mara yang hadir.. Ni semua untuk kenangan aqil nanti.. bye.. wassalam..


Friday, January 20, 2012

Online shopping

Assalamualaikum...

Online shopping ni best kan?? hehe.. belek2 tengok sana sini, eh macam lawa je.. terus follow step yang seterusnya.. tapi amat berbahaya sekali jika tidak berhati2 dan menyebabkan bil2 lain yang perlu dibayar tidak berbayar kerana tahu2 aje duit dah licin duk membeli online :-)

Masa pantang time aqil dulu, hanya kenal mom's little one, sibuk beli barang2 breastfeed.. time tu aktif mengadap friendster aje.. time aisyah pulak, aktif mengadap FB dan blog :-) kali ni, barang2 breastfeed tak beli sangat, hanya beli CD untuk tambah collection yang ada...

Kali ini, aku ada beli baju kat online shop. kalau sebut nama ni, memang femes sangat.. dah la first time beli, - beli 3 pasang terus.. tengok2 saiz dalam tu macam muat je, macam sama saiz je dengan model tu - perasan badan saiz model.. sekali tu 2 yang dipakai alahai, sendat weii... yang satu lagi tu kain dia ala2 kain baju kurung kedah- material yang ditulis silk material.. huhu.. tak pelah, dah beli kena pakai kan. tapi nasib baiklah boleh return back. So aku pulangkan yang 2 helai sendat tu..

Duk tunggu juga bila diorang ni nak bank in balik duit aku.. sekali tu dia kasi dalam bentuk lain, pilih baju lain.. apa lagi, aku pun pilih la 2 helai baju baru, tapi kali ni amik yang jenis kain jersey.. aku memang selesa pakai baju kain t-shirt ni, lebih2 lagi bila ada anak kecil yang menyusu.. hmm.. harap2 sama la expectation aku terhadap baju yang aku order kali kedua ni.. saiz pulak aku amik besar sikit.. kalau terbesar sangat, pandai2 la aku alter nanti, tak kuasa dah nak pulang2 balik..

So, siapa kata duduk rumah duit tak jalan, jalan apa.. :-) ni pun macam dah belek2 benda lain, tapi tak pelah, kang tak capai expectation, bengkek lagi kena jeling dengan cik abe.. sabor ye.. ni dah habis pantang, pegila round Kluang Mall ke, Kluang Parade ke.. tapi nak kena tunggu adik aku balik dulu baru le aku nak berjalan.  Ada driver senang skit :-) Budak2 ni tinggal rumah je la.. hehe..

Okey korang.. selamat bercuti ye.. kepada yang bercuti panjang, memang syokla korang amik cuti direct.. aku pun tumpang suka juga la sebab en suami ada balik tolong tengok2 anak2 ni.. tapi cuti kejap je la.. Hati2 di jalan raya.. bye.. wassalam ;-)

3 tahun yang indah

Assalamualaikum...

20 Januari kembali lagi.. seperti biasa hari yang ditunggu2 oleh kami sekeluarga especially ibu:-) dah 3 tahun dah buah hati pengarang jantung ibu ni. Inilah madu dan inilah racun. Inilah budak yang selalu dijerit - jerit oleh ibu sepanjang masa.. patutla nakal, dah 3 tahun, memang kenakalan tengah mencanak2.. Alhamdulillah, dah 3 tahun anak ibu membesar, dah ada adik pun.. Semoga aqil sihat walafiat, dipanjangkan umur yang berkat dan semoga aqil menjadi anak yang soleh, taat pada Allah dan taat pada ibu dan ayah..

 aksi lasak aqil.. bear jadi raksasa..

 suka berkawan dan bermain, tapi kat sini tak de kawan nak bermain..

hadiah dari ibu - kena pau kat parkson, tak pela sekali sekala outing kena pau :-)

dia sayang sangat ibu dia.. even kena marah dan cubit, ibu la tempat mengadu.. sentiasa berkepit dengan ibu :-)

Ibu nak wish aqil, selamat hari lahir yang ketiga sayang ibu!!!!! hari sabtu nanti kita nyanyi beday to you aqil ye.. seterusnya meraikan ibu yang dah habis pantang!! yeay ...

wassalam..



Wednesday, January 18, 2012

seronok ke duduk rumah lama2?

Assalamualaikum..

Apa khabar semua... (baik cikgu :-) ) sekarang ni aku sedang menonton kartun bersama aqil.. adik aisyah dah tidur kembali. mengantuk sangat agaknya, malam tadi dia tidur2 ayam, uk ek uk ek, kacau tidur ibu.. dah tepuk2, goyang2 skit, cek lampin dia, sume ok je.. saje je nak berjaga malam. ada makcik tu cakap, anak yang lahir tengah malam memang suka berjaga malam.. ye ke? masak la ibu macam tu..

ha, persoalan di atas perlu di jawab sendiri :-) seronok ke duduk rumah lama2 ni?? tentulah SERONOK!!! hehe.. apa yang seronok nya tak tahu la.. rutin harian yang sama. bangun pagi, mandi, mandikan anak, masak nasi - lauk mama beli, layan anak2, makan, tengok tv, membuta kejap, bangun bila mama balik keje, mama beli goreng pisang, buat air minum petang, mandikan anak, tengok tv gemersik kalbu, makan malam, siap2 untuk tido then baru la tido... masuk bilik dalam pukul 10 macam tu, tapi nak suruh anak tido punya la susah.. tu yang melarat2 sampai pukul 1 pagi baru tido... perkara yang paling digemari dibuat olehku ialah FB & BLOG. pantang ada masa terluang dan tak de orang dengki, aku belek ini dulu :-) lebih2 lagi dah ada SII, FB dan blog hanya di jariku sahaja :-)

keseronokan yang lain adalah - santapan rohani.. ye, santapan rohani dari TV dan dari mak aku juga la. hehe... kalau kat rumah ni, mak aku suka buka tv 114 (hijrah) dan tv 119. yang mana2 ada ceramah agama.. aku pun jadi tertengok sekali la kan.. best juga tv al hijrah ni.. kejap2 aku buka, sebab nak tengok ustaz Don :-) ustaz zaki jangan marah ye.. hehe.. kalau tv 119, aku suka dengar tanyalah ustaz/ ustazah.. kalau bangun pagi, sempat la tengok, kalau tak, ulangan nya waktu malam..

kadang2, inilah masa yang paling sesuai untuk kita dengar2 sume ni. bukan layan sinetron, drama2, hiburan atau movie.. kita nak pegi surau/masjid nak dengar ceramah tak sempat, ada anak kecik, penat kerja, maka dalam tv/radio pun jadilah. banyak pengajaran yang menyedarkan kita.. kita ni manusia perlu diingat selalu.. perlu disedarkan setiap hari. jadi, bagi aku, memang banyak manfaat yang diperoleh kalau kita layan ceramah2 agama ni..

ustaz dan ustazah sekarang pun best2.. sekarang aku suka tengok Ustaz Don dan Prof Dr. Muhaya.. kedua2 lemah lembut je bila bercakap. Kata2 dari Prof Dr. Muhaya yang aku ingat ialah 

" bila anak kita tu nakal, dan kita geram sangat nak marah kat dia. Jangan tengok part yang negatif je kat anak ni contoh anak kita ni degil la, nakal la, tapi amik part yang  positif - alhamdulillah sihat anak aku hari ni"

"kalau nak tengok anak kita besar nanti macamana perangai nya, tengok pada diri kita sendiri - macam tu la anak kita nanti " erk.. hmmm...

" kalau orang mengata-ngata kita - jangan panas telinga, tapi ambil apa yang orang tu kata untuk baiki diri"

Itu je antara yang aku ingat.. sebenarnya banyak lagi, tapi apa lah aku ni, pelupa betul benda2 baik macam ni. huhu.. Kalau ustaz Don pulak, bab solat dan bab mengaji. Memang kita ada belajar masa sekolah dulu2 kan, tapi perlu refresh balik hukum2 tajwid.. alhamdulillah.. dapat ilmu lagi kasi refresh itu tajwid ye.. sampai mak aku suruh aku mengaji nak dengar bacaan aku betul ke tidak.. huhu

 muda lagi rupanya ustaz ni, baru 27 tahun dan study di Al-Azhar..

very soft spoken dan sangat memberi motivasi..

Ni je la kerjanya sepanjang 3 bulan cuti.. Aku ni kadang tu nak gosip2 dengan mak aku kan. sekali tu bila dah cerita2, mak aku pulak tersedar, ei tak baik la kak teh cakap pasal orang.. semalam sampai terpecah pinggan goreng pisang - tu la cerita sangat pasal orang, Allah marah.. huhu.. moga aku menjadi insan yang lebih mulia :-)

wassalam..

Tuesday, January 17, 2012

Cloth diapering again :-)

Assalamualaikum..

Cloth diapers kembali lagi.. kali ini edisi aisyah humairah pulak. dulu cd untuk aqil, tapi on off je la pakai.. koleksi CD kali ni adalah dalam 15 keping kalau tak silap. sedang dalam pengumpulan CD lagi ni.. hehe.. Kalau ikutkan sekarang ni memang pakaikan aisyah CD, kecuali waktu malam.. Malas nak bangun salin lampin.. Setakat ni, cd2 yang ada digunakan sepenuhnya. Alhamdulillah, jadi tidaklah membazir je kalau beli tapi tak pakai2.. tapi kalau cd tak kering2, terpaksala pakai pampers.. Intention sebenar, nak fully pakai cd sehinggalah ke rumah pengasuh sebaik sahaja ibu kembali bekerja. Harap2, niat yang suci murni ni tercapai.. sekiranya koleksi cd sudah benar2 cukup, aku akan stop la beli2 cd ni, barulah niat untuk berjimat itu tercapai :-p insya-Allah.. Tapi tak tahula, time tak kerja ni boleh la concentrate ber cd, tapi dah kerja nanti, penat plus malas nak basuh, tak tahu la camana citenya.. hehe..

Okey, untuk aisyah, aku letak nappy liner di atas cd.. kalau dia berak, tak de la melekat sangat warna najisnya tu.. lagi satu, kalau baru disalinkan pampers tiba2 je terkincit ke apa, tukar nappy liner je la kan. hehe..
 CD yang sedang disiapkan untuk letak sicomel di atasnya..

ha.. dah siap ibu pakaikan aisyah CD. yang ini jenis coola baby, cd lama ni.. kemas je pakai nya. aku pakaikan insert sekeping je, kalau pakai 2 keping, macam tebal sangat.. 2-3 jam dah boleh salin la cd nya - kalau tak berak. sebab kalau kepam lama2, tahu2 je seluar dah basah...

now, ready untuk pegi jalan :-) yela tu pegi jalan, selalunya kalau lepas mandi, susukan dan tidokan balik dia.. nampak macam dah tembam kan budak kecit ni.. 

Itu saje perkongsianku kali ini.. wassalam :-)

Monday, January 16, 2012

sunat anak perempuan

Assalamualaikum..

Salam hari Isnin semua.. hepi tak sume orang pagi ni?? sihat? hope hari ni bermula dengan ceria.. jangan marah2 ye.. Actually pagi ni, anak2 belum bangun lagi. tu yang mengambil kesempatan untuk menaip dalam blog kesayangan ku ini..

Actually banyak benda nak cerita.. banyak idea ku nak story tapi ada je halangan yang membuatkan malas nak update dalam blog. hehe.. tapi entry yang paling seronok bercerita adalah entri pasal anak2.. laju je menaip.. :-)

Hari ni, en suami bercuti.. tengahari karang baru bersiap2 naik bas balik kl.. Agak lega juga bila ada en suami.. so dua tiga hari ni suara aku tak de la bising sangat marah2 aqil. Aqil pulak memang behave sangat kalau ayah dia ada. ayah dia kata tido, memang dia akan tido. cer kalau aku yang marah, mesti kena sepak2 dan kena dengar rengekan dia, then terpaksa mengalah la kan.. huhu

Semalam juga, Aisyah Humairah bersunat!! Akhirnya ada juga klinik yang buat sunat gegirl ni. hehe.. aku je tak tahu. yelah, aqil pun belum sunat lagi, tu yang buat tak tahu tu. Actually ada je bidan kampung yang boleh sunatkan, tapi aku macam tak yakin je.. Memang la orang kata ala sikit je dia gunting, tapi first time dapat anak pompuan kan, rasa nerves sangat, kena cari orang yang bertauliah ni.. haha..

Aku neves, mak aku lagi la penakut. Yang steady dan cool tentula ayah dia kan.. huhu.. mak aku siap tak nak ikut gi klinik lagi. kebetulan klinik semalam sangat ramai orang. datang pukul 8.30 pukul 10 malam baru boleh balik.. Tangan aku ni siap peluh2 neves..  Dah selamat dah urusan sunatkan aisyah. Alhamdulilah..

Aku tak nampak doktor potong apa, tapi tengok la dia siap2 amik gunting dan ubat.. Aisyah menangis kuat, keluar air mata dia.. selalunya air mata dia tak kuar bila nangis.. tapi semalam, nampak la air mata dia. sian aisyah.. Doktor kasi ubat tahan sakit je kalau dia merengek2. total kena RM 26..

Bila balik rumah, aku cite kat mak aku, mak aku ni pesen penakut skit kalau orang cerita pasal sakit2  ni.. terus rasa nak pitam la, tak selera makan la, padahal sunat je ma.. huhu.. tapi aku pun style mak aku gak, masa belum kawin dulu, akak opis aku cite pasal pengalaman dia bersalin, aku terus rasa gelap mata nak pitam.. hahaha.. 

 now pagi neves juga ni nak buka pampers dia, nak tengok apa dah jadi... okla, nak kena mandikan si kecik ni dulu... bye.. wassalam..

sebelum masuk klinik, tido je...

Thursday, January 12, 2012

breasfeeding journey for Aisyah Humairah

Assalamualaikum..

Kali ni, nak bercerita tentang breasfeeding (BF) journey for Aisyah Humairah pula.. Sebelum2 ni, pasal breastfeed aqil kan, selama lebih kurang 2 tahun setengah, pada yang baru mengenali blog ini, saya linkkan ke perjalanan BF aqil, jemput baca :-) bukan nak riak atau menayang, tapi kongsi pengalaman.. Dalam pada diriku berblog pasal BF selama ni, dan tanpa disedari, ada sesetengah tanggapan negatif bila bercerita pasal BF. Tak sangka pulak ada yang kata bila tayang hasil perahan, dapat banyak ini banyak itu, dikatakan menunjuk.. upss.. bukan readers blog ni, ada la aku terbaca kat blog2 orang lain..

Okey, tutup kes. jadi, untuk Aisyah Humairah, tak tahula pulak camana perjalanan BF tu.. orang kata boy memang kuat nyusu, girl pulak tak berapa kuat. dan aku dapat merasai kebenaran itu. anak dara aku ni tido je kejenya.. Awal2 bulan memang macam tu kan. Kalau aqil dulu, sebulan je dah naik sekilo kalau tak silap, yang ini, 0.8gram je naiknya.. Tapi, aku tidaklah membiarkan Aisyah dibuai mimpi.. nak sampai dua jam, aku pun terlentangkan dia, kacau dia tidur.. Tapi ada kalanya, dia akan bangun sendiri menandakan dia sudah lapar..

Setakat hari ke 30 lebih ni (malas dah nak bilang hari, yang aku tahu 19hb adalah hari ke 44 aku), aku dah pam adalah dalam 10 botol penuh.. tu pun ikut suka je aku rasa nak pam, aku pam. hehe..nantila, belum serius nak pam lagi, peti ais mak aku pun boleh tahan padat dengan barang dapur. lagi pun, aku cuti 3 bulan, kalau pam awal2, takut expired pulak..

Okey, info di bawah ni for my safe keeping :-) bukan apa, dah terlupa :-) kadang orang tanya, aku pun konfius jawapannya :-) diambil dari babycenter.com. Apakah cara terbaik untuk menyimpan susu badan?? Ini jawapannya..

Anda boleh menyimpan susu: 

• Pada suhu bilik – tidak melebihi daripada 77 darjah F/25 darjah C – selama empat jam.

• Dalam peti ais bersuhu 39 darjah F/4 darjah C atau lebih rendah selama tiga hingga lima hari. Walau bagaimanapun, disebabkan kegunaan peti ais di Malaysia adalah lebih berat oleh kerana peti ais banyak digunakan untuk menyimpan item segar, maka, satu nasihat am ialah supaya menyimpan susu badan yang dipam tidak melebihi 24 jam.

• Dalam peti sejuk beku bersuhu -20°C, yang tidak mempunyai kitar nyahbeku, selama enam hingga 12 bulan. Malah, di Malaysia, pakar-pakar selalunya menyarankan supaya menyimpan susu dalam peti sejuk beku hanya selama tiga hingga enam bulan jika suhu peti sejuk beku anda disetkan tidak melebihi negatif 18 darjah Centigrade. Simpanlah susu di bahagian belakang peti sejuk beku, jauh dari pintu sebab item yang disimpan di hadapan lebih mudah terjejas dengan perubahan suhu semasa anda membuka peti sejuk beku. 

Sebagai tambahan kepada garis panduan dari ABM, elok juga bagi anda mengetahui perkara yang berikut: 

• Anda boleh mencampurkan susu yang baru dipam dengan susu beku jika ia didinginkan dahulu sekurang-kurangnya sejam, dan jumlahnya adalah kurang daripada jumlah susu yang telah beku. Susu segar mengekalkan lebih banyak ciri-ciri perlindungannya berbanding dengan susu beku, jadi sejauh mana yang boleh, gunakan susu yang disejukkan (refrigerated) dan bukan susu beku (frozen) untuk menyusukan bayi anda. Tetapi ingatlah bahawa susu badan yang dibekukan masih mempunyai lebih khasiat kesihatan daripada susu formula.

• Jika anda akan membekukan susu badan, lakukannya dalam masa 24 jam.

Susu yang dialihkan dari peti sejuk beku ke peti ais boleh disimpan sehingga 24 jam

Ingatlah, apabila anda mengepam susu, cuci tangan anda dan pastikan pam buah dada dicuci, dibilas dan disterilkan dengan betul untuk mencegah sebarang bakteria dari membiak dalam susu tersebut. 

Ok, itu saja untuk hari ini. Selamat mencari ilmu BF :-) wassalam ...

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails