Wednesday, December 26, 2012

sister's wedding : Day 1

Assalamualaikum..

Salam rabu uols :-) hari ni kami dah kembali bekerja.. lama cuti ye. tapi tak rasa lama pun sebab busy kenduri kan.. pejam celik dah hari rabu dah. huhu. dan tadi terlajak bangun dan terlewat ke opis.. huhu.. Ok, kali ni nak cerita all out lah pasal wedding my sis.. tak de nak cite sangat pun, nak tunjuk gambar buat kenang kenangan :-) kang kalau cite lebih2, konfius pulak sape yang kawin ni kan. hehe..

Kami sampai kluang pada kamis malam jumaat. masa tu pelamin sume dah siap. tinggal nak siapkan goodies bag yang beribu2 bag itu.. :-( jemputan ayah dalam 2000 orang kot.. tu yang kasi kad, yang cakap2 mulut, dalam fb lagi belum kira lagi tu. kenduri ni dimasak oleh jiran ku iaitu pakcik kahar. dia memang buat bisnes catering. dari perkahwinan kami adik beradik, memang amik cik kahar ni. masakan dia memang sedap.. dan harga pun boleh runding, jiran kan.. boleh lebih kurang gitu.. 

Majlis bermula pada hari sabtu 22/12/2012 dimulai dengan khatam al-Quran. khatam ni memang hajat nenek lah. adik beradik aku memang nenek suruh buat khatam, cuma adik lelaki aku je tak buat... bila dah khatam, dikumpulkan sepupu2 kami buat peneman.. dah settle khatam, malam tu nikah..

pengantin bersama sepupu-sepupu

 bilik pengantin

 fresh flower orchid

 simple deco untuk bilik pengantin

 bunga rampai is a must!! barulah bau pengantin kan :-)

 pack gula2 untuk disumbat dalam goody bag.. fengsan.. aku ngelat2 gak. kejap lari sana sini :-p

 goodies bag akan diedar pada tetamu.. habis ruang tv ditimbuni goodies bag ni. dalam dia ada mug, cheese cake dan gula2.

telur pindang nenek buat untuk bunga pahar.. aku suka telur pindang ni. tapi ada orang tak suka dia ingat telur busuk. huhu. kesian.. susah tau nak buat telur special ni..

barang hantaran dari pihak perempuan..

Ok.. cerita khatam dah habis. tu aturcara untuk sianglah. tetamu dihidangkan dengan nasi putih, asam pedas yang pedas, ulam2, sambal belacan dan apa lagi ek tak ingat dah :-) alhamdulillah semuanya berjalan lancar.. ok.. to be continue in the next entry..

Sekian, wassalam


6 comments:

mamaellycollection said...

telur pindang!!!! dapppnyeeee

~MommyAida~ said...

BIlik pengantin simple tapi sweet sangat...suka deco nya..nampak cantik je..nanti uplod gambar lagi ye..suka tengok..hihihi

Lida Rahim said...

akak pon tak reti nak mkn telur pindang tu.. dan memang rasa bao dia x ok heheheheh

Ietams said...

telur pindang memang best! saya pun suka sangat

Nurul Norhafiza said...

bilik pengantin yg simple but elegant... mne dpt bunga besau tu dik???huhu... idea bagus tuk next year planning

Suliana said...

mak andam punya kak. hehe..

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails