Thursday, December 27, 2012

Majlis Sanding

Assalamualaikum..

Sambung balik cerita kawin my sis :-) sebelum aku jadi kemalasan, baiklah kita siapkan cepat2 cerita ni ye. hehe.. Majlis persandingan di buat di dewan Tuanku Ismail, di Kluang. Start jam 12 tengahari sampai pukul 4 petang gitu... tapi aku balik nearly to pukul 4 sebab dah keletihan tambahan lagi belum solat zohor.. aqil pulak dah kepenatan ajak balik.. Ramai juga saudara mara dan tetamu yang hadir tidak putus2. terima kasih atas kehadiran kamu semua.. Moga Allah memberkatinya.. Ok sambil kita cite2, kita tengok gambar sekali lah ye :-)

 pelamin kalerful.. cantik.. sape kata tak cantik, kena pancung :-p

ayam panggang yang sedap sangat!!

 cake of the day. berat sangat kek ni. RM 450 kot rege dia.. huhu.. sedap..

 ghazal untuk rabiah suhaida :-) hehe..

special nya ada candy buffet. penuh budak2 duk rebut mashmallow with choc and fruit choc.. paling laris booth ni

 siblings. selamat dah 3 orang anak ayah & mama diambil orang. hukhuk

 family pic without mama dan ayah (dan abang iparku jaga affan sedang tidur) yang sedang sibuk bersalam2.. terpaksa cepat sebab adik aku no 3 nak hantar wife dia balik kuantan..

 bridesmaid yang gojes .. dua dari kiri adalah sepupu ku and the rest is BFF adikku.. cantiknya baju peplum diorang. nak juga buat macam ni. hehe.. 

 sedang bersanding

 makan berdamai ke makan beradap ke makan beradat ke berhadapan? eh.. tak tahulah. haha

 faiz and family.. cheeky little darwiy dah 2 tahun..  baik budak ni.. geram sangat

 family kak long

 powerpuff girls :-) baju sedondon..

 suasana dewan

 kat mana2 pun nak juga bergambar. bila lagi kan dapat berkumpul..

hehe.. specialnya wedding ni bila ada benda ni.. sume pakat bergambar dengan benda2 ni lah ntah apa ke nama dia. adik aku sewa polaroid kamera then tepek kat guest book and wish.. silalah bergambar dengan menatang ni yang cute2 made by pengantin.. aku ada sekeping je pic macam ni. yang lain2 bercampur aduk dengan kamera orang :-) syok jugalah boleh buat kenang kenangan.. gambar aku sefamily tak de dalam simpanan kitorang, ada dalam simpanan cameraman The Photolicious :-) tak sabar nak tengok hasilnya. mesti cun2 lah gambar dan harap terselit juga gambar aku barang sekeping dua. kuikuikui..

Okey, akhir kalam.. selamat pengantin baru kepada adik ku suhaida dan syukor aka oko (nama sama dgn my father). Semoga berbahagia menjalani hidup berumah tangga. biasalah bila berkahwin ni ada pasang surut nya. ada sejuk panasnya.. yang penting, kita yang mengemudikannya mesti tahu batasnya. gaduh jangan lama2, kejap2 je.. solat jangan tinggal.. rajin2lah google resepi2 nak ikat perut suami.. hehe.. Jaga diri, jaga maruah diri sendiri dan suami.. Sabar dan toleransi itu kunci kebahagian. macam ahkak mu ini sabar sentiasa. kuikuikui... Semoga perkahwinan ini akan memurahkan rezeki kamu berdua. cepat2 timang baby :-) baju yang i kasi tu i dah jampi. haha..

ok bye. wassalam..



2 comments:

Ietams said...

cantik kaler-kaler yg ade kat majlis ni su,
meriah & sweet nampaknya

~MommyAida~ said...

nampak happening sangat..pelamin mmg lain dari yang lain..colourful tapi sweet sangat..hihihi..dewan ni nmpak besar kan..tak crowded..okla..org nk mkn pon selesa..baju sedondon pon cantik..pandai pilih kaler..

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails