Tuesday, December 4, 2012

i'm a girl

Assalamualaikum..

Sambungan dari cerita weekend ku.. sementara tunggu abang aqil main kat wonder park tu, aku bawa si kenit ni round2 kat bahagian baby.. saje cuci2 mata. dah lah tak bawa stroller.. memang kus semangat rebeh bahu lah dokong dia ni. kejap2 tukar bahu kiri, pastu kanan balik.. nak betulkan posisi.. aisyah pun tahu kalau aku macam dokong dia ke bawah tu, dia pun takut, mulalah rasa tak selesa dan merengek2. hehe.. tapi kan, may be mood dia baik sangat masa tu, tengok barang macam puting susu pun dia excited macam geram2 gitu.. hehe..  belikan puting aqil dan sambung jalan2 lagi. tangan dia memang nak mencapai je kejenya.. kalau lalu bahagian kaca tu risau takut pecah je.. huhu..

Pusing2 lagi belikan asiyah kasut. ni kasut kedua aisyah yang ibu beli ni.. kasut masa raya hari tu dah tercicir sebelah kat carefour. tu memang longgar sikit.. kali ni beli yang zap on punya, soft shoes.. kalau pakaikan stokin saje, sibuk dia nak tarik.. jalan2 lagi belikan aisyah sepit rambut. walau pun rambut dia sikit dan belum nak lebat, ibu ni teringin benar tengok dia pakai benda2 atas kepala. hehehe.. dah try head band, tak nak, main tarik2.. ni kita beli sepit rambut pulak.. tu pun dia tak perasan benda tu atas kepala dia.. last2 sepit tu jatuh sendiri sebab rambut nipis. hehe..

cak.. dah macam nudak besar ni.. sepit baru
berdirikan kat game yang rendah.. 
kasut baru saya.. pink :-) RM 16.90 je. hehe
hari ni pakai suar. nak pakai gaun, nanti sejuk.. sian saya
Ginilah gayanya ada anak perempuan kan.. hehe..sehati sejiwa dengan ibu nya.. nanti melaram sama2 eh.. ni jenis rambut ikut ayah, kenipisan rambut ni ikut ibu ni.. aqil pun sama, xde rambut sangat. lambatlah nak tunggu rambut aisyah panjang.. malam kelmarin, masa tidur, sibuk dia garu2 kepala dia, rambut tak banyak, nampaklah habis bergaris kulit kepala dia. kuku tu cepat sangat panjang dan nipis.. memanglah luka kalau terkena cakaran.. tangan pun kalau tepuk berasa woo... boleh bergegar otak. haha. over tul cerita ibu nih.. okeylah, banyak2 bebel kang orang bosan pulak.. 

bye.. wassalam.. 



2 comments:

MYA EL QAYREENA AZRYAN said...

Pinjm aunty kasut pinky tu aisyshhhh comel...gewam

Ietams said...

comey kasut aisyah,
best dah ade kawan eh su..
kite juga yg belum ade.. huhuhu..

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails