Friday, December 14, 2012

aisyah sakit mata pulak

Assalamualaikum..

Rindunya nak update blog dan juga tengok tenet :-) kat ofis, internet problem.. kejap dapat tenet, seterusnya tak dapat. begitulah perkembangan tenet sepanjang minggu ni.. sangat membosankan.. kerja2 semuanya bergantung pada email dan arahan bos. kalau tak dapat tenet, maka apalah gunanya diriku di opis.. huhu.. sistem down dan terpaksalah buat keje apa yang patut dan selebihnya buat apa ntah. huhu

Maka, untuk tidak membiarkan blog bersawang, seharusnya diriku update blog di rumah.. ni lepas tengok ulangan Great Doctor kat internet.. hehe.. Adik aisyah sakit mata.. now tengah tidur. sian dia, hari ni dah masuk hari kedua dia sakit mata.. selepet je taik mata pagi tadi bangun tak leh bukak sebelah. actually aku risau juga takut berjangkit dengan aku.. yelah, dah berkepit dengan ibu sentiasa dan aku pulak yang merawatnya, jadi chances tu sangatlah besar.. dah lah aku nak balik kampung minggu depan adik aku kawin. takkan nak pakai spek hitam kot..huhu.. baca aku dan aqil sakit mata di sini :-)

Ntah jangkit dari mana ntah. aqil sebelum ni pun mata bertaik tapi tak delah berterusan.. tapi aisyah ni confirm sebab terus selepet je taik mata dia. bawa pegi jumpa doktor pun doc kata sakit mata.. sian adik.. dengan hidung meleleh lagi.. 

Aqil pun sama, semalam demam on off.. tapi tak teruk la. jangka masa kepanasan dia tu semua berlaku kat taska.. malam ok je. harap2 anak2 ku cepat baik..

caye cakit mata ni.. huhu

Ok, selamat hujung minggu korang!!! bye. wassalam

3 comments:

Sharinginfoz said...

semoga cepat sembuh

Momma Qiestina said...

lama tak tgk blog ko dah berubah wajah.cunnn.

aisyah so syomel macam ibu.

Suliana said...

sharinginfoz,
terima kasih..

yat,
wah, dah mengaktifkan diri balik ke.. tq sudi singgah kembali :-) maceh.. qies pun comel juga :-)

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails