Friday, November 9, 2012

seronoknya!!

Assalamualaikum..

Salam pagi Jumat semua!! seronoknya esok dah weekend kan.. yuhuu... next week konon aku nak cuti amik sederet. kira seminggu terus la cuti kan. sekali tu, macam lama sangat aku cuti, tak jadik lah. hehe.. so, isnin je aku keje, seterusnya aku cuti. tapi tak pegi mana2 lah. duduk rumah je. eh duduk rumah pun duit boleh bergerak juga.. nak gi mana eh. hehehe

Hari ni, aku mengantuk lagi. semalam, aku makan ubat alahan, sebab aku gatal mata. selsema takdelah teruk mana tapi aku makan juga sebab sedap menggaru mata kan sampai merah2 mata aku.. may be sebab makan pil tu jadi aku terbawa2 sampai ke ofis.. mengantuk tak boleh blah. tapi nak tidur tak boleh juga.. hmm tahankan aje..

So kawan2, tengahari ni pegi mana.. me tak tahu lagi. mungkin pegi sogo kot. nak cari baju aqil.. sian dia baju tido dah serabai, dah lusuh2 dah.. owhh pasal kes semalam.. semalam aku ajar aqil mengaji, alhamdulillah cepat pulak dia boleh ingat.. maka habislah satu muka surat tu.. :-) nanti ibu ajak aqil pegi jusco ok. ajak ayah sekali :-)

Oh kisah memalukan pagi tadi. hari ni aku drive sendiri pegi keje. semalam pun sama. kereta aku dah pasang alarm system. tadi aku parkinglah kat sebelah warung tu. sekali tu macam makan space je, brother parking tu suruh aku himpit rapat skit. masa tu aku dah matikan kereta. oleh kerana belum familiar lagi dengan system alarm tu, maka berbunyilah alarm kereta tu. malu wooo.. semua orang kat warong tu tengok. orang2 kat warong tu semua orang yang dikenali.. siap encik tu datang nak tolong lagi. mak aih malunya.. pastu duduk bertenang jap nak settlekan masalah. call hasben. by the time call dia tu, ok dah alarm tak bunyi dah.. huhu.. duduk kejap dalam kereta baru kuar ;-p

Dahlah kepala noneng2 lagi masa tu.. huhu.. Okeylah.. tu je nak share hari ni.. selamat bercuti uols :-)

Bye. wassalam..

2 comments:

~MommyAida~ said...

hehe..kelakarlah..sure malu sgt2 kan..hihihi..Enjor ur holiday yaa..

eray said...

salam dear,

nice blog, n anak2 kamo pun sungguh comel

http://welovesusuibu.blogspot.com/2012/11/penyusuan-di-tempat-terbuka-bukannya.html

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails