Thursday, November 1, 2012

radio IKIM

Assalamualaikum!!!!

Salam November.. dah masuk bulan 11 dah.. hari khamis pulak tu.. tapi tak pakai baju batik pun hari ini. tak sempat nak gosok.. malas nak gosok pun ye.. dari semalam dah sakit belakang, bangun pagi pun sakit belakang. salah tidurkah. atau penat duduk membongkok.. huhu. tulah postur badan tak betul ni.. tu yang sikit2 sakit. nak gi urut lah.. bestnya.. hehe..

Now memang tengah boring lah. keje ada, of course lah kena buat kan. tapi tulah, tak de mood.. pastu asyik mengunyah je. dah 2 4 keping biskut peanut butter habis. tu janji dengan aqil nak bawa balik, sebab hari tu bawa balik sebungkus je, boleh pulak semalam dia ingat. merengek2 nak biskut biru.. ntah mana yang biru pun tak tahu. paketnya warna oren biskut julies tu..

Sambil2 buat kerja, sambil makan biskut dengar radio IKIM.. lately memang suka dengar radio IKIM. biar tak no 1 dalam negara pun, tapi nombor 1 di hati ku. dah tak de dah nak dengar radio lagu2 halwa telinga ni.. lebih suka dengar lagu2 selawat/nasyid yang sedap alunannya dan ceramah2 ustaz dan uztazah di radio IKIM. ustaz/ustazah sekarang ni pun dah best2, tak sempat nak ngantuk :-) korang kalau tak pernah buka, try lah dengar. kalau kat lembah klang 91.5 fm.. banyak sangat info2 yang islamik yang akan mengingatkan/menyedarkan diri kita.. 

ok, kalau pagi tu pukul 7.30 ada tazkirah dalam 10 minit kot.. best best best. lepas tu dalam pukul 10 lebih setiap hari ada ceramah motivasi diri dalam sejam. macam sekarang ni pasal solat.. kang pukul 3 pun ada juga tapi kalau tak salah aku banyak kepada produk2 makanan kesihatan macam tu lah - jarang dengar. pastu petang dalam pukul 5 lebih masa ni on the way back boleh lah dengar ceramah lagi. setiap hari lain2 ustaz. macam hari ni may be pasal orang baru masuk islam. correct me if i'm wrong.. :-) pastu weekend dan selepas maghrib onwards tak pernah dengar rancangannya sebab tak dengar radio :-) alah, sekarang telefon masing2 dah canggih kan ada ear phone sume, mesti boleh cari punya radio IKIM :-)

Ha tu je lah. entry permulaan di bulan disember :-)

Wassalam..



4 comments:

Sherwieyna Muzzawer said...

salam kenal.i bari singgah blog kiut ni. follow kita balik ye..tq ;)

Suliana said...

sherwieyna,

tq follow.. tgh godek2 blog ni.. ntah apa ditekan terus caca marba blog ku.. huhu..

~MommyAida~ said...

Baru bulan November la su..hihhi..mesti tak sabar nak jumpa Disember kan??hihhi...Pon suka dengar IKIM jugak..tp tak kerap sangat..selalu dengar hari Jumaat..ade banyak input kita bleh dpt kan..

Masya said...

say dgr pg dan balik kerja jer dalam kereta.. kat opis kenelah layan radio no 1 sebab yg tu blh bukak online.. IKIM xde yg online ker?? senang sikit kalau ade kan... pg² 7.30 tu memang harus dgrlah tazkiran tu...

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails