Monday, November 26, 2012

musim kot

Assalamualaikum..

Camana uols sume.. ok tak today? harap2 sihat belaka. me tak sihat.. selsema dan sakit tekak, sakit urat sume lah sakit2. huhu.. urat tegang nak tunduk rukuk rasa tegang sangat. huhu.. nak  urut!! ni bukan main2 tau.. help!! sape ada tukang urut best boleh bagitau la. tak nak yang spa2 tu urut manja2 ni nak urut urat :-p

Adik aisyah masih belum sihat betul.. demam lagi hari ahad tu.. on off la. selsema dan batuk tengah rancak sekarang. set ubat dah 2nd round jumpa doctor.. antibiotik dah nak masuk 2 jenis.. pegi klinik lagi sekali sebab ubat demam memang dah habis. tu yang dapat antibiotik lagi..tekak dia merah. mulut dia ada ulser tapi tak berapa teruk kot sebab dia nak lagi menyusu dan makan. cuma malam je lah, sian dia susah nak tidur, hidung tersumbat.. alhamdulillah dia aktif juga.. 

Aqil asyik sebut je kalau adik dah baik boleh pegi jusco. jusco je ingatnya.. nak gi main2, boring agaknya duduk rumah je. kalau duduk rumah asyik kena jerit je sebab bising main lompat2 :-p aqil pun batuk2 lagi.. hmm musim.. berjangkit okey.. 

air liur meleleh je.. gatal gusi kot

cak... :-) su's jr :-)
weekend lepas tak pegi mana2 kecuali pegi makan nasi arab, MIL belanja kat seremban nun.. sedap juga nanti aku review :-) pastu balik rumah MIL jap then balik kl.. sabtu hari tido2 sedunia :-) makan tido, makan tido :-) rumah pun agak tidak teratur. nak wat camana, sume nak terbaring je.. jaga anak tak sihat lah katakan. huhu..

Dari pagi tadi, nak masuk air asia 11 sen tak lepas2 tau. mula2 aku dah siap sampai stage wat payment, sekali kuar error.. mangkok tul. 2 kali aku buat. siap suruh kawan aku buatkan, pun sama sangkut tang tu.. tak lama tu aku sign up, lagi haru, terus tak boleh masuk, heavy traffic pulak.. sudah.. tak dapatlah aku nak pegi langkawi naik katebang tambang murah. huhu... (-_-) putus asa. tengoklah kalau ada rezeki ku godek lagi ;-)

bye. wassalam..

3 comments:

misscha said...

wahh nak g jln2 mana lg ni :)

Wak Gelas™ said...

bengang kan dgn air asia.. uuuHUuu

Suliana said...

misscha,
dlm malaysia je. hehe

wak gelas,
hehe.. dah dpt tak bengang dah :-p

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails