Wednesday, November 21, 2012

manjakan diri di SPA..

Assalamualaikum..

Mood pagi2 ni adalah mengantuk sangat!!!! semalam tidur mati kot. selalu terbangun kalau aisyah nak nenen ke apa, ntah2 dia pun tak bangun tak, tak sedar lansung. dan pagi ni letih sangat. apa yang letih pun tak tahulah tapi kalau dapat bantal ni, sedapnya membuta!!! :-)

Ha.. minggu lepas kan cuti.. aku ambil kesempatan nak berspa.. dah lama tak pegi.. lama sangatlah dalam 2 tahun kot. huhu.. saje nak manja2 kan diri.. :-) upah untuk diri sendiri.. cadangnya nak pergi dengan kawan, amik yang couple set tu, sekali spa tu tak de staff nak massage serentak sebab staffnya ada yang bersalin dan cuti. tinggallah sorang staff dia.. terpaksalah pegi sorang2..

entrance..

corridor to the rooms.. cantikkan :-)

IS amikkan gambar :-)

kat sinilah bilik 'menguli" dan bersauna bagai..

tempat diuli :-)

muka puas hati lepas berspa..

kat sinilah THE BUNGA SPA. berminat? boleh call no tertera

Aku pergi The Bunga Spa kat Setiawangsa. Blogger Fillanie dan Miss Moon yang suggest best kat sini.. Mulanya takut juga lah nak pegi sorang2 kang sesat camana, sekali tu berpandukan kepada Mr Garmin, yeay, berjaya sampai ke destinasinya. Rupanya aku tahu tempat tu, cuma tak familiar nama jalan je. Bersebelahan dengan food court dulu aku selalu gak makan nasi ayam kat situ..

Appointment pukul 12, aku kuar rumah pukul 11 suku hantar aqil pegi taska dulu.. takut tak sempat sampai.. tiba2 sampai awal, dapat parking pulak tu. Yeay. bermulalah aktiviti berspa ku pada hari itu.. Interior design dalam tu memang cantik sangat. kelas!!! cantik.. 

Mula2 aku kena rendam kaki dalam 5 minit kot dalam air garam tu. pastu, sauna dalam 20 minit. yang sauna ni aku gelabah sikit. sebab before this masa aku habis pantang, aku tak tahan dengan sauna, baru 10 minit aku dah nak keluar sebab panas sangat. lepas tu aku terus pening. tapi dekat The Bunga Spa ni, sauna dia okey. aku boleh terima, tak lah panas sangat dan tak membuatkan aku pening.. 20 minit tu, habis menjejeh2 peluh dalam tu.. hilang lemak2 air aku. hehe..

Dah siap sauna, sejukkan badan jap, dia kasi minum air teh sireh.. telan aje sebab air dia tak de gula :-p kemudian bermulalah sesi berurut.. dapat pulak IS tukang urut aku badan dia memang sedap la. habis badan ku diuli2.. daripada nak tidur, terus tak jadi tidur menahan sakit yang sedap tu :-p bila teringat2 balik bab berurut ni, mulalah rasa bestnya nak pegi urut lagi. kalau boleh hari2 aku nak suruh orang urut badan aku. hehe.. Masa berurut ni makan masa sejam kot. sambil tu borak2 luahan perasaan. chewah.. haha.. 

Dah lepas urut masa untuk discrub pulak.. scrub ni membuatkan aku rasa badan aku bagai diberus. haha.. sakit jugalah scrub pakai garam tu.. aku ingat dah bercalar badan aku.. sebenarnya tak de pun.. lepas tu rasa badan macam licin dan halus gile.. tertanggal daki dan bulu2 roma kot. haha..

Aku add satu sesi mandi susu.. dalam 20 minit berendam dalam tu.. syok maa.. gaya2 puteri gitu duk berendam dalam air suam.. dah siap sume, masa untuk bilas diri... maka, settle lah sudah sesi berspa selama 2 jam setengah.. disudahi dengan minum air teh sireh lagi :-)

Ok, total cost untuk spa ni pada aku murah lah. berbaloi lah pegi sebab RM 111 jer.. tapi sebab aku add on mandi susu tu jadi RM 151.. ni harga promosi ni, masih ada lagi kot promosi dia.. cer lah tengok fb the bunga spa.. so, i recommend this spa.. cuba lah kalau korang suka badan korang dibelai2 :-)

Haish bilalah dapat pegi lagi :-) kalau banyak duit boleh tiap2 bulan aku pegi..hehe..

Ok bye.. wassalam..

9 comments:

ejaMaria said...

huhuhu... akak pun dah lama tak membelai badan... :(

~MommyAida~ said...

Waahhh bestnya dpt pg spa..hr tu dh plan nk pg ,tetiba pregnant plk..haish..mmg tak dapat..tp spa ni mmg murah kan sbb kt area puchong n seri kembangan ni semua RM150 keatas..tp nk ke setiawangsa ni alamak jauh la pulak..kikiki..

Belinda Adzmi Ibu Ilhamny said...

menariknya sue.. baru ingat nak beli kat groupon spa apa2.. mmg murah, tp xde review.. mcmnih ada review...oklah.. dpt bonus nak adiahkan diri lah..

Mama Farris said...

besttnya bespa..nak pegi tapi asyik tak jadik ..

Suliana said...

kak maria,

sekali sekala :-)

aida,
150 tu kira murah juga. tgk apa yg dpt dgn harga mcm tu.. :-)

linda,
cepat2.. rajin2 lah tgk fb dia.. ni harga promo tau.. bulan 12 tak tahulah ada lagi ke tak..

mama faris,
try lah cari 'me time'. hehe.. cuti sekolahkan kak.. blh je pegi ..

Masya said...

bestnya dapat manjakan diri kat spa.. lame x pergi...

fiza arshad said...

bestnyeee.. x penah berspa..masuk je tp x berspa sbb kt hotel2 pegi, mahal sgt hehehehe

The Bunga Spa said...

hello dear...thanx for the compliment..nanti dtg lagi ye...check out our latest promo kat fb...follow us ye..fb the bunga spa...see u again!!!

Suliana said...

the bunga spa,
tq singgah sini :-) kita mmg dah like fb awak la :-)

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails