Tuesday, November 6, 2012

Makan di Haji Sharin Low Seafood Restaurant

Assalamualaikum..

Wah jauhnya makan. hehe... tak delah jauh mana pun, dalam 20 minit dah sampai. hari ni kami celebrate perpisahan warga ex-unit kami yang bakal bertukar cawangan.. tengok, dah ex pun masih diraikan.. untunglah sape jadi unit kami dulu :-p forever and ever diingati. hehe..

cadangan tempat makan dari Puan Yana. kitorang follow je sebab kitorangkan VViP tak de keta, datang keje ada orang hantar, ada yang naik kereta panjang, kereta pendek .. hehe.. kalau ada orang nak bawa, weols ok jer. hehe.. So, marilah kita ke Genting Klang makan di Haji Sharin Low Seafood Restoran..

Jarang juga aku makan masakan Cina ni. tapi not bad.. berbaloi lah pergi. kami pergi 11 orang.. bajet sorang RM 30 cover sekalilah orang yang diraikan. ngam2 woo bajet, pandai tak bendahari ni bajet. hehe... Jom tengok apa yang kami makan. mana tahu kalau korang nak pegi, boleh la order lauk macam kitorang ni..

apa2 pun bergambar dulu.. tak masuk dalam gambar CK, Arza dan Yani

butter milk prawn. sangat sedap. sampai menjilat pinggan :-) RM 25

yang diraikan. syasya dan niza. selamat maju jaya korang..
tunggulah turn kami pulak untuk bertukar. bila belum pasti :-)

asam boi apple RM4.50. tak cukup apple. tapi oklah..

Siakap nyonya. RM 60. sedap..

marmite chicken.. RM 15. sedap jugak

mushroom tauquan..RM 15. oklah

kerapu sweet sour. rm 60.. besar gedabak. sedap. manis sikit

mixed soup veggie.. RM 8. kuah je lebih. sayur ciput

szechuan. RM 10.. sedap!! pedas2 skit..

salted egg prwan RM 25.. pun sedap.
apa2 berkaitan udang, memang sedap :-)


Okey.. adala gi satu lauk tapi tak sempat amik, dah kebuluw, sampai lewat pulak iaitu baby kailan.. kami makan dengan kenyang sekali. alhamdulillah..kenyang sangat dan berbaloi sebab lauk banyak compare dengan krathong mahal sikit.. yang paling teringat ialah butter milk prawn tu. pas ni boleh try cari resepi dia pulak. tak payah dah nak buat butter prawn yang tak reti nak mengirai tu kan. hehe.. 

Last but not least, selamat maju jaya kawan2 di mana jua korang berada.. take care ye.. minta maaf segala salah silap yang mengguris perasaan.. Ada masa boleh ketemu lagi. bye..

wassalam

6 comments:

Huda said...

aihh sedapnya la nengok lauk pauk ni kan..menggoda laaa

Sharinginfoz said...

boleh tahan kesedapannya

Suliana said...

huda, mmg sdp.. sy pun duk teringat2 je butter prawn.. :-)

fiza arshad said...

bestnyeeeee and beruntungnye duk unit kak sue, siap diraikan lg.. tetibe sedey hehehe.. oh butter prawn tu, my fav too!! :))

Myvitrd said...

menarik persembahan udang tu.. nyum

Suliana said...

fiza,
best!!mai la sini. ganti tmpt akak :-)

myvitrd,
sedap pun ye juga :-)

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails