Monday, November 5, 2012

KLCC

Assalamualaikum..

Salam hari isnin.. sihat semua?? weekend buat apa.. aku sekeluarga tak pergi mana pun hari sabtu. hari bermalas-malasan. tengahari pun makan nasi goreng telur mata je tau. huhu.. sebabnya barang dapur banyak dah habis dan encik suami malas nak keluar. jadi, kita makan telur pun okey. petang pulak, aku buat donut. haha. 1st try buat donut.. jadi tapi tak berapa sedap. tawar je. aku rasa aku dah salah baca resepilah. hehe..

Okey, malam pulak baru keluar. konon nak makan kat kedai, sekali tu hujan lebat sangat, terus makan kat carefour dan beli barang dapur terus :-) balik tengok cite rooftop prince then terus tidur. kira tidur lewat juga lah malam tu. budak2 sume tidur depan tv sebelum diangkut naik ke atas..

Hari ahad pulak, siang tak pegi mana2.. bangun pun dah lambat, sarapan pagi aqil nak makan maggi. then aku masakkan maggi terus siap2 masak untuk lauk tengahari. aku masak gulai lemak daging cili api.. jadi wooo.. kuikuikui.. adalah rasa macam MIL buat :-) tapi mana boleh nak lawan MIL buat kan..

Malam pulak, bosan2 aku ajak lah encik suami pegi KLCC. lepas je maghrib terus siap2..ni penangan pergi klcc jumaat lepas.. tak puas rasanya. lama gile tak pegi KLCC okey.. kali ni bila pegi, banyak benda yang best yang menarik hati. macam2 benda yang aku suka semua boleh dapat under one roof :-) tapi semua makanan lah like Tutti Frutti, Big Apple and etc :-) tapi semalam pegi tak dapat lah nak beli semua.. hehe..

Bawa aqil jalan2, asyik lalu KLCC je tak pegi2 pun.. so semalam, bawa dia pegi tepi kolam tu. kebetulan semalam ada air pancut warna warni yang ikut alunan music. cantik.. ha.. tu je lah yang kitorang tengok. pastu tak koser nak duduk luar lama2, orang ramai, bau rokok pun kuat. rimas. 

aqil di klcc

feveret every time pegi klcc mesti makan alfredo or carbonara:-) tapau pop corn TGV sekali..
Tapi, aqil tak puas hati rasanya. sebab dia dapat main kuda tu sekali je. dia asyik sebut Jusco nak main kat situ.. huhu... kitorang keluar parking dalam pukul 9 lebih macam tu. sampai rumah 9.45 malam.. Tu jelah aktiviti aku weekend lepas.. Kain sume menimbun tinggi. yang sejuk bersidai tak kering2 pun ada. sampai tak tahu nak sidai kat mana dah.. musim tengkujuh kan..

Okeylah.. tu je nak share. bye.. wassalam..

2 comments:

~MommyAida~ said...

Wahh meriahnyaa KLCC mlm tadi..dah nak deepavali kan...Samala dgn kita Sue..kain melambak minta dikeringkan...haih,kat mana nak sidai pon dah tak tau..huhhu

Suliana said...

tu la. kena lipat dulu yg sedia ada baru leh sidai baru:-)

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails