Monday, November 12, 2012

kid's happy time

Assalamualaikum..

Salam isnin. hari ni aku keje. yehaa.. seronok keje hari ni.. walaupun keluar rumah pukul 7.30 pagi yang memang bajet2 akan punch lewat, tapi sempat juga sampai ofis pukul 7.59.. wehee.. so ari ni tak lambat lah. may be encik suami yang lambat :-) jalan smooth je, cuti sekolah kan.. sampai ofis, aku orang pertama. gelap je. takut.. cepat2 buka semua lampu dan radio kuat2 :-)

Aktiviti hari sabtu adalah duduk di rumah. memandangkan en suami balik dari langkawi agak lambat, dah petang baru sampai rumah, jadi duduklah kami anak beranak 3 orang.. ditemani oleh cik halimunan a.k.a adik aku yang membuta sebab kena keje malam..

Penat juga melayan anak sorang2 ni.. especially cik adik kenit tu. memang kena extra tengok sikit budak kecik tu. diam2 dia main tangga, diam2 dia kunyah ntah apa2, diam2 dia panjat sana sini.. tensen mak. so ibu dia ni kejenya kena 'tangkap' je dia.. seronok menyakat aisyah. bila time dia pegang barang dan kita nak amik dari dia, punyalah dia tak kasi, mengerang2 dia marah. hehehe.. dah pandai marah ye..

Aqil pun okey je layan adik dia. kadang tu kasar juga. suka tutup mulut adik dia.hmm may be dia ingat adik dia ni raksasa dalam powerrangers atau ultramen kot. huhu.. aqil pun pandai buat adik dia ketawa :-) sweet je tengok dua orang ni main2..

Semalam, bawa aqil pegi Jusco. dah sibuk nak pegi jusco kan. lagi satu dah janji kan. asyik sebut je. nak naik motor laju lah apa lah.  bila dah pegi, baru senyap. dapatlah gambar power rangers satu hasil dari main game kat sana. saje layan anak2..  bila balik, dalam kereta semua tidur kroh kroh kroh... :-)

diam2 main celah kerusi..

main topi ayah belikan untuk atuk
aummm cakk...

gurau2 adik abang :-)


ready nak pegi jusco. kejap je headband tu, terus kena tarik.

tunggu abang tengah main..

aisyah suka tengok orang macam ni :-)

aqil seronok main game..

Pastu malam tadi, before tidur pun diorang main gurau2.. seronok dan rasa lapang dada tengok anak2 ceria.. semoga dikurniakan kesihatan yang baik untuk anak2 ku.. macam aqil, dia kena layan baik2, kena cakap baik2 baru dia tak meragam. kena sabar lebih lah aqil ni. kuat merengek.. nakkena ikut cakap dia je. kalau tak boleh ikut cakap dia, kena physco balik dia. baru dia tak meneruskan tantrumnya tu. huhu... 

Okey, selamat bekerja uols. dan selamat bercuti juga kawan2.. bye. 

wassalam

2 comments:

~MommyAida~ said...

Happy je tgk dua beradik ni...suwitt kan..

Suliana said...

aida,

time sweet, gitulah perangai budak2 ni :-) time mengarok, hmm sabo je lah :-)

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails