Monday, November 12, 2012

Isu Nursing In Public (NIP)

Assalamualaikum...

Isu ni sekarang tengah hot di kalangan ibu-ibu yang breasfeed.. aku pun tak tahu juga apada mulanya. tapi bila dah blogwalking, ooo gitu kisahnya. kalau korang nak baca dengan lebih lanjut apa kes isu ni, pergilah terjah blog empunya diri. just google je tajuk kat atas tu, sure jumpa.. malas aku nak kasi link, nanti korang sakit hati pulak bila baca. Aku baca malam tadi before nak tidur.. sampai termasuk2 dalam tidur ku okeh. huhu..

Okey, kat sini aku bukanlah nak menghentam blogger tersebut. tak pandai pun nak hentam orang tapi sekadar pendapat sajelah.. Pada aku tak salah pun nak breastfeed kat tempat terbuka ni. kenapa, salah ke selama ni? aku bila baca entri tersebut baru rasa macam "oo.. tak boleh eh, oo salah ke..." gitu.. tiba2 terflash back kembali selama 3 tahun lebih aku dah breastfeeding ni ada ke aku pernah menjelekkan mata orang awam.. hhmmm.. jelek ye?.. tak pernah terfikir pulak aku kalau nursing in public ni bermasalah.. 

Blogger tersebut beria2 tak kasi ibu2 ni bf di tempat terbuka. kalau nak bf kena cari nursing room etc.. oklah, betullah tu kena cari nursing room. selama ni pun aku bukan kisah nak cari nursing room unless kalau aku tahu kat mana tempat tu. macam kat Jusco maluri, ada satu nursing room, kira okeylah. dan aku pernah menggunakannya. kalau nursing room tu jauh, tak koser aku nak pegi. Lagi satu, kita ni sebagai ibu2 ni, muslim pulak tu, tentulah tahu batas2 bila nak menyusu depan orang ramai. aku tak pernahlah pulak nak menyusu anak di koridor masa orang lalu lalang.. uppss.. pernah2, first time selepas bersalinkan aqil, kat K4.. masa tu cetek ilmu.. pakai baju kecik pulak tu, masaklah nak menkaver perut, mujur masa tu pakai girdle.. tak delah nampak isi perut aku..

Ok, berbalik pada point kat atas.. yelah, kita ni ibu yang muslim. ada akal fikiran dan tentulah kita sendiri pun malu nak menayang breast kat orang ramai. ko ingat ada ke orang nak buat macam tu saje2 tayang free nah ambiklah kau selambak keluar dari baju. aku pun dah tentulah pilih tempat yang tersorok untuk menyusukan anak kalau kat shopping complex. dalam banyak2 komen yang aku baca kat blog tersebut, beria je si jantan2 ni menggatal kalau time ibu menyusu kat public, tiba2 dah horny ke stim bila ternampak. dah korang ni apa hal. kalau dah nampak tu, pandanglah tempat lain..  mata tu jaga sikit. tak payah beria sangat nak stim kat public okey.

Siap dikatakan suami dayus membiarkan isteri menyusu di public. Ni mesti yang mengomen ni belum pernah kawin atau belum beranak atau belum terkena batang hidung sendiri. Hasben aku kata biasa je orang menyusu di public. tak de masalah pun. kalau dah nampak, tak payahlah sibuk2 nak tengok. nampak sangat kuat seks.. haha.. suka2 aku je nak melabelkan orang. 

Boleh je nak nursing in public. dengan syarat, pakailah baju yang longgar, tudung yang labuh, beli nursing cover/poncho/selimut whatever la as a cover.., cari tempat yang tersorok. susukan anak sebelum sampai ke tempat yang dituju.. suami pun boleh tolong cover, stroller pun boleh jadi alat untuk menyorok. nak breasfeed kat restoran pun tak boleh? habis kat toilet boleh ke? ish ish ish.. cuba makan kat toilet, tengok camana lalu ke tak. nursing room kat malaysia ni memang lah terhad. kalau ada pun busuk. tu yang diorang buat flash mob tu dengan tujuan nak minta perbanyakkan nursing room di soping kompleks.

Tapi satu jelah nak puji sikit, isu ni memang membuka mata ibu2 menyusu ni supaya lebih berhati2 bila nak breasfeed kan anak. aurat kena jaga..baguslah di situ dia tegur. cuma cara tegurannya itu memang cari makian. berialah macamkan bagus sangat. mungkin belum terkena batang hidung sendiri. kepada ibu2 yang breastfeed ambillah teguran tu sebagai satu pengajaran. lepas ni jangan nak nyusukan anak tayang2 lagi tetek tu. tapi tak pernah pulak aku nampak orang tayang tetek nak susukan anak.. kalau yang memang saje tayang lurah dendam tak jadi isu pulak kan.. hmmm..

Okeylah. penat aku baca komen2 orang kat blog tu.. dapat dosa pulak nanti. huhu..

Ok bye. wassalam..




6 comments:

Belinda Adzmi Ibu Ilhamny said...

apasalahnya utk anak.. kesian, dia dulu sure tak dpt susu ibu yg cukup ataupun, dia jenis yg tak sanggup berkorban malu demi anak..

Waney Zainuddin said...

Tak baca pun lg entry blog tu. Tapi sebagai ibu, sy rasa takde masalah nk bf in public. Asalkan kita still jaga aurat kita. Lg pun nursing room kat tpt public tak semua nya bersih. Kesian la kat baby, takkan nak menyusu kat tpt yg berbau. Hanya ibu2 je yg memahami...
Taknak singgah Blog Waney ke? :D

Suliana said...

linda,

tu la tu. ada jg org mcm ni. huhu

Suliana said...

waney,

betul tu. kita tau aurat masing2. yg org lain, sila jg mata :-P

Smiley said...

eh blog mana ni citer negative pasal tu?

tade salahnya! sendiri la mau ingat..btol like u said..pakai tudung labuh..dok nyorok sket etc.
hmmm

misscha said...

sy sokong nip ni tp....biarlah tutup aurat..kan dah banyak kain jual untuk nip.....hmmm..aritu ada nampak akak ni nip kat tesco....selamba ajer....kiri kanan lelaki (bhgn aksesori kereta),, kalau pakai kain xpe gak...ini angkat je baju tu...wooohhhh.... bad....agak2 la kan..

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails