Thursday, November 29, 2012

insert cloth diapers kehitaman

Assalamualaikum...

Hari ni adik aisyah a.k.a adik angkat kening - dia suka angkat kening :-), dah habis makan antibiotik.. alhamdulillah kesihatan beransur pulih :-) yang tinggal selsema sikit lagi.. aku kan macam dejavu tau bila mengulangi keadaan di mana anak2 demam dengan aku sekali tempias. semalam batuk.. aku rasa anak2 aku ni ikut antibodi badan aku. tak de sorang ikut antibodi ayahnya, susah nak selsema. kalau ikut keturunan ku, memang hidung sokseksoksek je lah. huhu. tapi ada hikmah jugalah bila ayah antibodinya kuat, sebab orang laki ni kalau sakit sikit, bingit telinga okeh, tu belum masuk muka macam ayam berak kapur. eh terkutuk pulak :-)

ralit tengok lagu dalam tenet

dah macam budak besar :-)

gatal gusi

Sepanjang aisyah on ubat ni, aku perasan apa tau. insert cloth diapers dia jadi lebam kehitaman. aku ni duk syak cd aku dah nak reput. huhu.. sebab aku barulah juga beli lunatots punya pencuci macam klorox la tapi dia boleh apply kat cd 3 bulan sekali.. aku macam dah frust sebab hasil kumpulan cd aku ni dah nak rosak. sekali tu, terdetiklah nak google kenapa insert cd warna hitam..

"nilah insert selepas di basuh jadi macam ni" kata aqil :-) 
sekali tu, ada rupanya jawapan dia. sebab tindak balas antara ubat dan air kecing ke atas microfiber akan menjadikan insert kehitaman.. gitu.. so lega lah sikit. ni aisyah dah berenti makan ubat, harap2 tak de dah masalah itu lagi. ada lah juga beberapa cd zaman aqil dah hampir loose.. getah dah longgar. mungkin jangka hayatnya dah hampir tiba.. tapi boleh je kalau nak jahit balik.. cuma malas nak buka2 jahitan kang terus rosak.. hehe

Tak lama je lagi, lagi seminggu anak aisyah dah nak setahun!!!! begitu pantas masa berlalu.. masih terasa baru lagi aku beranakkan dia. sampaikan kalau pegi urut, aku selalu tercakap saya baru lepas beranak. baru hape dah nak setahun dah anak ko tu. hehehe.. adik, cepat2 jalan ye :-) dia kan masih takut nak berdiri sendiri. kalau kita biar dia berdiri, nanti dia bengkok lutut tak nak diri, tapi kalau berdiri lama kat tepi meja/kerusi ok je. hmm may be belum masa dia nak berjalan lagi. habit terbaru dia gigit aku. wagghh.. menjerit je la ibu ko ni bila dia nak nenen. bila tak kasi, mulalah merengek2.. suka kot tengok ibu dia jerit2 ingat kita main2. hehe. dia pun dah minat kat smartfon ni.. selalu berebut dengan aqil tapi aqil boleh mengalah.. clap2 to aqil :-) macam ni  lah abang..

Okey.. till then. bye. wassalam..

No comments:

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails