Monday, November 19, 2012

dugaan anakku demam

Assalamualaikum..

Rasa lama pulak tak update blog. tu lah cuti lagi lama2, kan dah berabuk blog i ni. maceh banyak2 kepada yang sudi singgah walau pun tak de cite terkini.. Untuk makluman, selepas aqil demam, aisyah pulak demam. ni tengah demam lah ni. aku ingat nak EL hari ni, sebenarnya rasa tak best pulak nak EL sebab minggu lepas dah cuti lama kan.. tapi tiba2 tak jadi EL pulak sebab ada keje nak kena buat. masuklah opis pukul 11 lebih, mujur amik time slip..

Aisyah jangkit dengan aqil rasanya. hari ni hari ketigalah dia demam.. tidur berkepit je ngan aku nak nenen.. badan dia tu panas, dengan aku sekali berpeluh time tidur. sian dia.. makan ubat punyalah susah!!!! stress tau kasi ubat. tak nak buka mulut nangis2 tu tak pe lagi, asalkan ubat tu masuk sudah. tapi ini tak, bila dah nangis2 tu habis muntah balik. bagi 2 kali pun muntah lagi.. tensen ok. sabar jelah budak kecik ni..macamana nak baik..

pic malam tadi.. kena balut sebab panas sangat dan belum masa
makan ubat

ni pagi tadi masa beratur di klinik. ramai gile orang hari ni

abang aqil dah beransur sihat dari demam.. cuma batuk dan nak habiskan
antibiotik lagi sehari

adik aisyah semasa sihat. pandai lentok bila posing :-)

adik aisyah semasa sihat : ligat main tangga

kena bungkus sebab tengok dia gigil kesejukan..

Ha.. gitulah dugaan beranak kecil ni. memang orang kata alah anak demam je.. demam2 pun hati seorang ibu kan, sangat risau ok.. lagi2 bila ada pengalaman aqil kena sawan 2 tahun lepas.. fobia sangat.. harap2 tidak berulang lagi untuk anak2 ku.. So tadi pegi klinik, memang panjang gila lah beraturnya dah macam pasar ikan dah, pegi pukul 8 dapat jumpa doc pukul 9.45.. doc kasi ubat antibiotik sebab tekak merah, ubat demam dan ubat titis hidung selsema..

Harap2 aisyah demam tak lama.. nak pandai apa lah pulak kan.. harap pandai jalan pulak lepas ni :-p

Ok bye. wassalam...

6 comments:

Huda said...

harap anak cepat sembuh ye..saya dulu masa zara baby pun asik demam je, keluar masuk klinik memang tak terkira..tu belum lagi dia takmo ubat, alhamdulillah sekarang dah suka makan ubat, hehe

Marsha~ said...

ni yg susah kan anak kecik demam... susah nak bagi makan ubat dan rasa kesian sangat....

Suliana said...

huda,
alhamdulillah.. dah baik sakit nya :-) tq ..

Suliana said...

marsha,
tu lah, dugaan anak sakit ni.. huhu

Ietams said...

sama la kita su..
anak-anak demam, EL tu dah memang rutin kot bila dorang tak sihat.
sesetengah orang tak risau kalau anaknya demam, hantarkan juga bebudak kat taska..
tapi saya tak penah lagi macam tu. tak kisah rekod kerja tak brp cantik dgn EL/half day janji dapat monitor demam anak-anak

faizul badri said...

Kalau anak demam, boleh cuba qaseh gold junior.
Sesuai untuk demam, semput dll..
http://www.muslimchoices.com/?p=qaseh_gold_junior

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails