Thursday, November 1, 2012

akibat gatal tangan

Assalamualaikum..

Haa.. tulah padahnya.. eh tiba2 pulak.. tengok layout blog aku ni dah lain kan. dah tak cun dan tak cute dah.. huhu. *macamlah cun sangat before this*..

Actually tak de niat pun nak tukar layout blog. aku ni sangatlah tak suka perubahan tau. dulu, kini dan selamanya. hahaha.. tengok orang punya layout blog lawa2, teringin juga nak tukar.. tapi malas nak godek blog okey. lebih2 lagi dengan blogger dashboard yang baru ni. dulu mula2 buat blog ni, kemain lagi baca coding.. sampai nak juling biji mata, menengok coding.. huhu.. kejap2 tukar kaler ni, kejap2 kaler tu.. tak de yang berkenan.. passed kat adik aku tolong buatkan design blog kakak yang tersayang ni.. huhu.. dapatlah layout yang sebelum ni kaler cekelet tu kan.. yang ada frame berlubang kat atas tu..

Tadi, aku ni saje la nak buat mobile setting.. sekali tu elok la tekan mobile setting. sekali tu, aku tekan sekali APPLY TO BLOG. LIVE BLOG. haa. amekawww.. putih seadanya.. dah menggelabah cari design lama mananya.. godek2 tak jumpa.. stress makcik. dengan internet kat opis ni boleh tahan macam siput.. nak cari design dalam B-Template tu, gagahkan juga tunggu sampai 110 pages aku nak cari balik design lama.. non adoo design dulu tu...

Sadis sekali.. lagi sekali mengharapkan adik aku tolong design untuk aku. harap2 dia free la malam ni dan terer la menggodek template.. aku dah siap2 dah kasi pilihan layout yang camana dari B-template tu.. nak 3 column, column tu mesti duk belah kanan. hee.. demanding la pulak. bukan apa, dah biasa belah kanan kan, nak mencari info tu terus je pegi kanan..  al maklumlah dah lama aku pakai layout yang cekelet tu, dah 3 tahun kot.. lama tu tak tukar2..

Nak upah orang buatkan macam mahal je, bazir pulak. nak buat sendiri tak gheti... nak amik blogger punya design macam dah raamaaai pakai.. tak mo lah. ni pun terpaksa pakai :-p pening aku.. 

Owhh.. lupa nak cite. aku dah ada nuffnang X.. sila2 la kalau rajin follow me, klik kat atas kanan badge nuffnang X tu ye :-) tu pun masih belajar godek2 lagi.. nak buat nuffnang X conversation pun tak jadi lagi ni.. tu yang ada komen masuk kot fon tak appear kat live blog ni.. camana tuh. ponin makcik benda2 IT ni.. 

Ok dah.. tunggulah layout yang baru dari saya.. harap2 cun.. nak yang simple dan sweet je.. :-) 

ok bye.

wassalam



6 comments:

Lida Rahim said...

tak sabar nak tgk layout baru nanti.

eh smlm akak ada komen kat komen box nuff-X.. ada x?

Masya said...

hihihihihihi ... tu lah gatai lg tp oklah ni masuk² hijau mata sejukk jer...

Suliana said...

kak LR,

ada.. tapi tu lah nape tak appear kat sini.. fonin dah :-)

Ietams said...

Baguss.. Dah ada nufnangX.
Sy tak sempat betul nak hadap lappy/desktop
Nak godek itu ini.
Susah gak kalo guna smartphone ni.
Dia mcm leceh sket nak mengejas blog

Belinda Adzmi Ibu Ilhamny said...

carak dah ala-ala budak baru blaja blog... skema jek..hehehe

Suliana said...

linda, tulah.. nmpk skema je. now dh ok :-)

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails