Monday, November 5, 2012

adik 11 bulan

Assalamualaikum..

7hb 11 nanti (lusa), genaplah adik aisyah humairah 11 bulan. alhamdulillah... hoyeah hoyeah... :-)

Ibu doakan aisyah sihat sentiasa, jadi anak yang solehah, dengar cakap ibu ayah dan abang.. 

At this moment, asiyah belum boleh jalan lagi.. masih berpaut pada meja kerusi untuk berdiri dan berjalan..

Habit yang sangat utama adalah mengutip benda atas lantai tak kira kecik ke besar, halus ke kasar.. tu lah yang duk perhati selalu. tengok mulut dia kemam2 tu, adalah benda dalam mulut tu. sabo je lah..

manis senyum.. gigitkan. masa ni tengah geletek dia :-)
Perangai terbaru, naik tangga!!! hailah, berderau darah tengok senyap je.. mana budak ni, rupanya dah lepas 6 anak tangga... pengsan okeh.. aqil dulu, tak reti main tangga.. grill tangga kat atas adalah, kat bawah tak de.. perlu ke beli safety gate.. hmmm...

apa tengok2. saya dah pandai naik tangga okeh. sampai tersingkap baju saya, cekci :-p
Gigi umur 11 bulan masih 6 batang. bawah 2, atas 4.. kalau teringat, aku amik je kain apa2 like kain baju dia ke, kain tuala ke, tenyeh je gigi atas dia tu..tak nak jadi macam aqil, nanti gigi hitam.. tu pun dia tak kasi gosok gigi dia. hmm... 

Makcik2 masjid kata aisyah baik :-) duduk diam je.. hmm ye ke cik.. budak ni memang mulut dia tak bising, tapi dalam diam2 dia tu, ada je keje dia buat.. lasak juga.. hmm..

Sangat rapat dengan ibu :-))))) pantang ibu gerak, semua nak mengekor.. aqil pun sama... mesti sayang ibu sangatkan :-D jangan time ni je cari ibu, dah besar nanti pun mesti hormat dan sayang ibu okeh..

anak perempuan ibu :-)
Ok bye. wassalam..

2 comments:

mama_muaz&muiz said...

byk dah gigi die ;)

Myvitrd said...

tua sehari dia dengan anak saya.. samalah gigi anak pun 6 btang juga.. 4 atas 2 bawah.. sekarang ni mama dia dah belikan berus gigi... selamat dia suka berus gigi.. ubat gigi je tak bubuh lagi.. sebab risau dia makan pulak nanti..

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails