Monday, October 22, 2012

Salam isnin

Assalamualaikum..

Salam hari isnin uols.. sihat ke semua.. me and family alhamdulillah sihat walafiat. hari ni last day lah me kat ofis.. esok lusa ada kursus dan terus cuti raya haji.. aqil pulak tak sabar2 nak balik rumah tok ma.. asyik duk ulang itu je..

Dan hari ni adalah pay day.. yehaa.. alhamdulillah.. tapi tu lah, bulan ni dah kena put aside duit kereta.. huhu.. abis lah bahagian nak joli2. tak de dah duit lebih.. semua duit ngam2 je.. tak pelah,ada rezeki adalah kan. kalau tak, pakai je lah apa yang ada.. 

weken lepas, kami pegi kenduri ex-ofismate di shah alam.. siap2 aku prepare map dan tidak melupakan Garmin ku yang dah lama diperap.  terlupa ada je garmin dalam hp nokia yang lama. so telefon tulah yang akan dibuat sebagai petunjuk jalan kalau tak kenal jalan.. kalau tak, sesat barat, buat kena marah je kan. huhu.. dan kami selamat sampai ke destinasi dengan jayanya.. tq en garmin :-)

Lepas makan kenduri, saje je lah jalan2 pegi rumah kak long. dah alang2 sampai shah alam, takkan nak balik teruskan, duit nak jalan2 pegi soping mall macam tak de jek. haha.... cadangan diterima.. yehaa.. boleh pegi rumah kak long pulak.. aqil lah suka sangat dapat jumpa cousin dia. asyik sebut je SERONOK KAN PEGI RUMAH ABANG AIMAN.. huhu.. sian aqil.. tak de kawan agaknya.. pastu pukul 6, gerak balik.. shah alam masa siang tu, banyak kereta juga. al maklumlah orang tengok bola kat stadium kan. anyway, tahniah untuk warga kelate mene bola ye dop :-)

Ok, dah pukul 6 tu gerak balik ampang. hujan lebat sangat.. malam tu, kitorang tapau bege mcd je.. dan malam tu juga, terasa mengantok sangat then aku pun pun tidur awal.. punyalah beria aku record cite korea, belum sempat nak tengok betul2 lagi. en hasben pulak yang beria tengok weih. hehe.. asal tengok je mata berat je. apa nak jadilah aku ni..

Ahad pulak, balik kampung lenggeng.. tapi sebelum tu pegi makan kat ayam kg hassan dulu.. kira breakfast dan lunch sekali la. nanti sampai rumah mertua tak delah nampak macam kebuluq sangat kan. haha.. cover2 la skit kan.. pastu petang2 tu hujan lebat sangat.. syok maa tido.. sejuk je.. semua orang dalam rumah MIL tu tido.. tak delah rasa bersalah sangat.. kuikuikui.. lepas isyak baru balik ampang.. dah tapaukan bubur mc d aqil. padahal sebelum balik tu dah melantak nasi dengan ikan goreng, sibuk pulak minta bubur mcd. dengan aku sekali lapar. balik goreng nugget saje.. sampaikan en suami kata apasal makan je ni, ngandung ke hape.. eh, dah ujan, lapar je lah..

dan pagi ni walau pun dah makan kuew teow goreng, sekarang dah rasa lapar balik.. ko ni dah kenapa.. huhu.. serius lapa, rasa gigil pulak.. ok bye. selamat menyambut aidil adha..

wassalam...

2 comments:

MommyAqil said...

hihihi..maybe sbb su bf-ing kot..tu yg lapar je rasa kan..weekend yang penuh kan..aida pon suka keluar dari dok terperap je kat rumah..hihihi

Suliana said...

aida,
tq memahami. cewah.. hehe..

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails