Wednesday, October 24, 2012

random update. jom baca :-)

Assalamualaikum...

Semalam dan hari ni aku kursus.. dekat area kl jugak.. tu yang senyap sepi blog. ni sementara tunggu 'cikgu' datang, update la belog kejap.. dan maybe hari ni boleh balik awal kot.. esok ramai yang amik cuti termasuklah aku.

eh lupa nak stori. pic di atas adalah keadaan anak2 ku pada setiap pagi.. paling senang bangun mestilah aisyah. dan paling hokhekhokhek tentulah aqil.. tunggu ibu dan ayah siap2 dulu, baru settlekan korang :-)

Dan hari ni. aku kembali achuumm.. sape jangkit sape pun tak tahulah.. gilir2 aku dgn aisyah. makin byk supplement makan, makin menjadi plak selsema aku ni. banyak dosa agaknya..

ok. aisyah kan dah pandai babai. dah pandai salam.. tepuk tangan pun dah reti..dia suka kecikkan mata dia samada masa nak ketawa or bila kena marah.. comel je.. geram rasa nak gigit2 je dia :-P

Aqil pulak lately suka tengok power rangers pulak. siap berjoget2 depan laptop.. mengaji dah kenal huruf iqra'  1dah lepas. iqra' 2 je masih konfius.. baru mula.. huruf dah bersambung.. tensen aku ngajarnya..tak boleh alih page lain kalau gagap2 tak kenal huruf sambung.. dah tak suka pakai spender.. kalau aku letak dlm beg, tak lama tu, merata2 aku tengok spender dia.. dulu kemain lagi suka.. ntah apa pesen pun tak tahulah..

okeyla.. kepada semua umat Islam, Selamat Hari Raya Qurban. tak pernah kurban lagi. insylh kalau ada rezeki tahun depan la nak kurban.. hati2 di jalan raya..

wassalam.

Published with Blogger-droid v2.0.6

No comments:

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails