Friday, October 19, 2012

pap smear : takut tak?

Assalamualaikum..

Pagi tadi walau pun tak de appointment kat LPPKN, tapi aku pegi jugalah. sepatutnya next week hari Selasa kena pegi, tapi sebab ada kursus, pegilah hari ni. tengok jadual dia, hari Jumaat boleh buat pap smear.. Sebenarnya agak takut nak buat pap smear. takut sebab sakit dan juga takut sebab kena seluk.. semualah takut.. huhu.. masa zaman aqil dulu, aku diberi date untuk buat pap smear. bila dah lepas beranak kan aisyah, nurse tu tak bagi date pulak, dia just cakap, nanti boleh buat pap smear. macam tu je lah, so macam tak de paksaan kan. 

Now, bila aisyah dah 10 bulan, nape diorang tak suruh2 buat lagi ek... so, aku pegilah juga menyerah diri.. Untuk kebaikan diri sendiri juga kan. nak tak nak, kenalah buat. nak tengok kot2 pangkal rahim ada problem ke apa kan. takut juga kan.. so dari pagi berdebar2.. bila dah siap consultation, amik pil perancang lagi, tibalah masa untuk di periksa..

Kali ni aku cuba untuk bertenang.. dan alhamdulillah jadi.. tak sakit pun.. tak de darah pun.. yang masa aqil dulu, mungkin aku mengeraskan diri, jadi sakit sikit dan berdarah juga. huhu. tak pun, nurse kali ni memang lembut dia cek.. Oklah tu, tahun depan boleh la buat lagi. hiks...

Pasal pil perancang pulak. aku ni kononnya nak stop dulu pil ni. sekali akak nurse tu kata, buat apa nak stop. sebab awak breastfeed tu yang tak period. aku nak stoplah sebab aku tak peod lagi kan. sekali tu, dah dia consult aku macam tu, terus tak jadi stop.. hmm.. kalau dia nak period, ada je datangnya. kalau tak period bebulan2 camana.. kang pregnant pulak.. aku ni tak de lah takut nak pregnant pun, tapi kalau boleh nak merancang, merancanglah. kalau Allah nak kasi, ko makan ubat apa pun mengandung jugak.. betul tak.. nak pakai perancang yang lain, kena pulak sesuaikan diri dengan alat baru.. nak planning sendiri, eh tak reti pulak aku. hehe.. nak makan pil lain, nanti kering susu.. jadi, teruskan je lah dengan apa yang ada ni. jangan lupa makan sudah..

Oky, tu je nak share.. korang yang masih takut2 nak buat pap smear tu, pegi  jelah. ingat dalam otak, TAK SAKIT!! fikir positif.. insya-Allah tak sakit.. owh, kalau buat kat LPPKN, RM 20. kalau buat kat klinik kesihatan, free aje :-)

ok bye.. wassalam..

6 comments:

Huda said...

Kita pun belum buat pap smear lagi, iallah nak buat jugak..macam seram tapi macam berani, hehe

ejaMaria said...

kat LPPKN pun kalau ada promosi hari Ibu... atau hari Wanita... pun free la Sue... akak pergi time tu je... hihi... sudah murah lagi mau free... tapi dia semua mmg 'pro'... so far tak pernah rasa sakit bila buat pap smear kat LPPKN... ok je... ;)

Sumijelly said...

sumi pun pergi sekali jer.......pas tu dah x g..hik3.

skrg anak pun dhamasuk 4...

Sumijelly.com

Suliana said...

huda,

nak tak nak kena juga buat :-)

Suliana said...

kak maria,
owh haah la lupa ada hari free tu. tgu tahun depan la nak pegi yg free :-p

Suliana said...

sumie,
lamanya tak pegi.. hehe..tq singgah sini ;-)

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails