Thursday, October 4, 2012

mulanya di sini..

Assalamualaikum..

Setiap orang pasti ada titik perubahan yang akan mereka lalui.. same goes with me.. bagaimana aku mula memakai tudung? Aku pakai tudung dah lama sejak dari sekolah lagi. On off sampai lah ketika masuk Universiti barulah betul2 pakai.. tapi kebanyakkan masa memang pakai. off ketika kegedikan melanda, round2 bandar kluang tak pakai tudung, pegi rumah nenek pun togel. masa tu alam remaja kan. gedik la skit, kata saham tengah naik. kuikuikui.. tak sedar, diri dah akil baligh..

pic from google..
Zaman persekolahan, sekolah menengah, lepas tingkatan 4 aku masuk sekolah teknik di terengganu. environment baru, orang terengganukan alim alim sikit, kawan2 yang baik, pentingkan agama, solat, aurat.. alhamdulillah sangat.. environment sekolah tu sendiri 'in' dengan aku. ada solat jemaah, ceramah di hujung minggu lepas masuk u, alhamdulillah, aku dikelilingi oleh roommate yang baik2.. bertudung labuh.. selalu ajak ke usrah walau pun berat je nak pegi. huhu.. benda baik memang selalu kita berat..

Paling utama yang tidak akan dilupakan tentulah kedua ibu bapa ku.. i love them so much.. mendidik kami tentang agama, aurat, mengaji even mereka tak ajar, tapi hantar rumah orang sehinggalah kami menjadi orang sehingga kini.. ingat lagi masa kecik2 mama ajar sembahyang, siap pegang rotan. bila aku sembahyang tanpa disuruh (masa kecil hati suci lagi), mama datang peluk cium ku.. aku tak tahu lah adik beradik yang lain, tapi aku ingatlah kenanganku.. sampai aku dah berkahwin pun mama still tegur dan hantar SMS to remind us..

Then, this time i'm so touched when my youngest sister is wearing tudung. baca kisahnya disini. alhamdulillah.. ayah kata sejuk hati ayah. mama pun sampai tak kenal anak nya.. Mesti mama dan ayah happy sangat. doa mereka dah dimakbulkan.. kurang dosa anaknya yang ditanggung selama ini.. semoga adikku lebih istiqamah, kuatkan semangat, lantak pi orang nak kata apa.. permulaan yang baik sebelum menuju ke gerbang perkahwinan.. Insya-Allah boleh improve lagi apa yang patut same goes to me. reminding myself too.. Kalau nak tutup, tutup betul2.. jangan berjambul sana sini, pakai baju longgar2 dan melepasi punggung, lengan panjang etc.. bila dah sampai masanya, kita sendiri akan sedar itu salah, ini salah.. :-)

the new sister. moga lebih istiqamah..
Begitulah ceritanya sedikit sebanyak untuk dikongsi bersama.. Didikan ibu bapa, pengaruh kawan2 yang baik pun ya. tapi yang paling penting adalah kesedaran diri sendiri!!! kalau dah berbuih mulut cakap sampai tak keluar buih pun, tak juga berubah.. sama-samalah doakan mereka.. Sebagai ibu, macam tulah perasaan aku bila dah ada anak ni kan.. mendoakan yang terbaik untuk mereka. moga anak2 ku senang dididik dan menjadi anak yang soleh dan solehah.. amiin....

Wassalam..

2 comments:

Masya said...

insyaallah.. moga kekal selamanya...

Dokter faRyn said...

lawa! macam kakak dia jugak. alhamdulillah :)

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails