Wednesday, October 10, 2012

masak apa petang ni..

Assalamualaikum..

Tengok tajuk pun dah tahu kan cite apa. hehe.. tu la soalan sang wanita setiap kali lepas balik keje.. rasanya balik ni macam nak masak. semalam, masak nasi dan goreng telur plus perangat sup daging tak habis. masak nasi satu pot, tak tahula semalam macam kebuluq semacam je aku ni, pagi dan tengahari tak makan nasi, makan mee je, tu yang malam rasa tak cukup je nasi.. huhu. so dapatlah kami makan sebelum magrib.. 

dan semalam juga, aku telah membeli sepuluh hengget sayur pelbagai jenis di pasar tani.. tulah bahananya kalau pegi pasar. sepuluh hengget just macam tu je.. konon nak masak semalam, sekali tu nak cepat, tak delah sayur. jadi hari ni menu utama mestilah ada sayur. aku beli brokoli, cendawan, sayur sawi kecik tu, carrot, kubis. haa.. banyaknya.. tak pe kita settlekan yang berdaun hijau dan cepat rosak dulu ye.. tapi lauk basah tak de, jadi balik ni harus singgah kedai beli ikan dan kawan2nya..

Minggu lepas, aku teringin sangat nak makan ayam goreng halia masakan mak aku.. macam teringat2 la kesedapannya walau pun simple.. aku makan masa dalam pantang.. balik2 je terus siap bahan2 untuk perap ayam tanpa memberitahu en suami apakah menu malam tu. hehe.. ni namanya makan ikut sedap tekak sendiri.. yelah, kita kan kena mendahului en suami kan kalau nak masak apa2.. jangan ikut sedap tekak jer. tapi kalau asyik menu dia je, kita tak dapat lah makan ikut tekak kita tak.. huhu. tak pelah, berkorban apa saja...

ayam goreng halia : bawang merah, bawang putih, halia, garam, kunyit.. goreng api kecik masak lembap2 gitu.. 
sayur sawi putih masak air je..

Jadi selamat berfikirlah ye nak masak apa.. en suami ku kalau boleh nak makan cepat.. jadi, masak hari bekerja adalah simple saje.. ada nasi, lauk utama dan sayur, cukup.. kena masak la, sian aqil. memang la budak tu tak susah nak makan, tapi dia tu kadang ngada2 minta nasi la pukul 10. mana nak cari.. jadi, biar kita masak dan dia dapat makan.. dah lah kurus je.. 

ok babai.. wassalam..

5 comments:

MommyAqil said...

Wahh sedapnya nampak...hari ni nk masak ayam sambal dgn buncis goreng je..menu express..hihihi..

mama maman aka yana said...

tuh la kann.. nak masak apa jew dlm kepala..:P

ishy77 said...

Simple dan sedap..nyummm2

Huda said...

saya ikut kerajinan..cam harini tak masak sebab ada pasar malam, hehe

ejaMaria said...

luqman pulak selalu je menolak waktu makan malam... kata dia dah kenyang makan kat taska... huk aloh... apa saje la yg dia makan kat taska tu agaknya - kenyang sampai ke malam... ;)

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails