Tuesday, October 2, 2012

malam ini



Assalamualaikum..

Malam ni patutnya tidur 3 beranak je sebab en suami kena pegi ipoh. sekali tu tak jadi. pegi ipoh awal pagi esok.. yeay, ada teman malam ni. aisyah dedar petang tadi.. Asal nak masuk bulan baru je, demam.. cepat baik ye dik... tadi, ntah apa berangan aku masak nasi lembik gile. terus aku tambah air jadikan bubur aisyah. masak lagi second time, lembik lagi. apa kes makcik oii... ntah.makan je la. spoil. sori bang, terbantut selera tapi makan aje :-)

cerita pasal aisyah. budak ni kan, tidurnya lasak sungguh.. semalam, dah jatuh katil. aku tengah tidur. kebetulan ayahnya tidur lewat tengok tv, xde la benteng malam tadi. gedebuk jatuh. tahu2 je dah meraung kuat. jatuh dalam keadaan merangkak kalau tak silap.. pujuk2 kasi nenen, senyap dengan aku sekali zzzz balik :-)

malam ni pun sama. macam2 bentuk dah tidurnya. jadi H antara kami:-) tidurnya tak nyenyak,  asyik bergerak je.. aqil tidur awal ni sebab dia tengok aku dah tidur dulu. tadi aku tidurkan aisyah lepas makan, eh dengan aku sekali jalan. pukul 10 baru bangun balik.

Tadi juga aku marah aqil. yelah, orang tengah tidur, bukan dia sedar marah tu camana.. dia hisap susu kuat sangat nafasnya.. aku suruh aqil senyap.. sian dia. tahu2 je betul dia dah tidur. dahla gigi tak gosok.kencing pun tak.. dia sekarang macam culas gosok gigi. nape ntah.. kalau sebelum ni, beria dia nak gosok gigi lepas minum susu. aku tak tegur pun dia bangun sendiri pegi toilet. ni tak, aku cek gusi dia macam ada biji. mesti dia sakit, tu yang tak nak gosok gigi tu.. hai macam2..

esok pagi kena handle anak2 sorang diri. ayahnya kuar sebelum subuh. aqil ada appointment dengan dermatologi esok.. esok drive sendiri plak. second time drive keta baru. hope ok je. kekok bawa keta besar skit dari kancil :-)

Hmmm apa lagi ek... tak sabar nak cuti raya haji. nak balik kluang pulak!! rindu padahal baru je jumpa parents. tempat jatuh lagikan dikenang. inikan pulak tempat membesar :-) ok. nite all.. mimpi yang indah2 saje k.. silap2 aku yang mimpi bukan2 sebab sebelum tidur ada je aku online fb la, blog la, sampai termasuk dalam mimpi :-)

bye. wassalam
Published with Blogger-droid v2.0.6

1 comment:

*azni* said...

bagus nye 2 beradik tu senang tido..anak2 sy klu tak pukul 12 takmo dorang tido,asik la duk bermain..huhu..

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails