Tuesday, October 9, 2012

Lasagna Homemade

Assalamualaikum...

Ha.. hari ni nak share satu resepi yang best sangat bagi penggemar lasagna dan juga penggemar cheese :-) Sebenarnya dah lama aku teringin nak buat lasagna ni tapi asyik tak dapat je. Bahan nak membelinya agak mahal juga especially tang cheese nya. ada 3 type of cheese kalau ikut resepi dari kak ana ni.. Tq kak Ana suzana atas resepi yang mabeles ni.. Sume cheese ni bukanlah pakai habis. maknanya initial cost je la mahal skit..  untuk buat 2-3 kali insya-Allah jimat sikit lah.. modal aku RM 40 tidak termasuk daging cincang sebab dah ada kat rumah :-)

lasagna sebelum proses pembakaran... kuning2 tu cheese ye..

tara.. dah siap.. excited.. jadi2.. hehe.. thanks to en suami yang tolong tengok2 kan time tu aku tinggal je gi ngaji tak sempat dah nak tengok ..

setelah dipotong.. ready to eat... tak berapa meleleh, may be terkurang sos putih :-)

Ok, for me memang sedap. kalau kat pizza hut tu cenonet je.. mahal pulak tu.. ni aku buat dalam loyang 8 x 8 kot. memang penuh bumbu :-) tak dapat berlayer.. satu layer je may be loyang rendah..

Ok.. resepi nya pulak..

Bahan-bahan inti:
1 kotak lasagna san remo - ikut resepi kak ana ni dia celur dulu.. aku pun celur, sekotak terus. hehe. tak ukur pun, last2 pakai sikit je.. 
1 tin Sos spageti aku beli Prego tradisi
1 tin cendawan butang - air dibuang dan dipotong dadu
400gm daging cincang - aku pakai ramlee
serbuk black papper dan serbuk oregano
1 biji bawang besar, 5 ulas bawang putih - dipotong dadu
Keju mozarela
Keju Parmesan
1 sudu besar sos cili
Garam secukup rasa

Bahan untuk sos putih:
2 sudu besar butter
250 ml susu full krim
1 buku keju cheddar - tapi aku pakai 2 keping keju cheesdale (tunggu aqil makan sampai kesudah tak makan)
2 sudu besar tepung gandum
Garam secukup rasa

cara-caranya..

Sama macam nak buat spageti.. Tumis bawang dengan minyak zaitun, 
masukkan daging cincang, agak2 empuk la ye, then 
masukkan sos tomato setin lenggang2 dengan air sikit balance nya
kacau sebati then masukkan garam, serbuk oregano dan black papper
siap dan sila rasa dulu :-)

Sos putih pulak.

Cairkan butter dengan api kecil
masukkan 2 sudu besar tepung gandum tadi, kacau sampai sebati tak ketul2
masukkan susu full krim
masukkan cheddar or cheesdale tadi
gaul sampai sebati dan likat
SIAP!!!!

Cara melapis pulak:
Susun kepingan lasagna tadi dalam loyang
Pastu sendukkan inti daging rata2
pastu curah sos putih tadi
tabur cheese mozarela dan parmesan ikut suka sampai cover habis permukaan susu tu
Continue balik dengan susunan lasagna tadi sampailah habis.
Aku dapat satu layer complete je, nak buat layer seterusnya loyang rendah pulak..huhu.

Bakar:
Panaskan oven dulu ye selama 10 minit. Bakar dengan suhu 180 darjah celcius lebih kurang 30-40 minit. bakar sampai keperangan dan cucuk2 dengan lidi tengok lasagna dah lembut ke tidak.. Ada orang buat, dia tak celur pun lasagna tu, dia lembut sendiri dengan kaedah air soso tomato or daging tu. tapi aku ikut kak ana punya style la.. hehe..

Okey... selamat mencuba. untuk resepi lebih lanjut, boleh jengah ke blog kak ana, satu2 di tunjuk caranya :-) sangat sesuai dimakan ramai2.. kalau hadap seloyang sekali makan, memang muak juga la.. kena makan ulang2. hehe..

Selamat mencuba uols!!! sekali cuba mesti nak lagi.. ewahh.. tak boleh makan selalu, kolestrol tinggi :-) lelemak pun banyak juga ni. hehe

wassalam

3 comments:

Belinda Adzmi Ibu Ilhamny said...

linda pun slalu wat lasagna sndri.. lg puas ati, kat pizza mana ada letak daging bagai, ada sos putih ja.. kita wat lg leh ikut cita rasa kita..:)

fieda said...

tak pernah try buat..satu ari nanti nk try la buat..

Masya said...

pernah buat.. tapi payahnya nak ebus kulit lagsana tu... masak sendiri mmg berbaloi² hihihihi sukati jer nak cheese lbhkan..

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails