Wednesday, October 31, 2012

korean drama yang saya tengok

Assalamualaikum...

Selamat pagi semua. hari ni Rabu ye. end of Oktober sudah.. esok dah bulan 11. pejam celik pejam celik kejap sangat masa berlalu.. dah nak akhir tahun dah..

Semalam, aku tidur lewat juga. bukan apa, tak ngantuk dan tak boleh tidur. sebelum tidur. layan cerita korea dulu.. aku lambat sikit nak demam K pop ni :-) maklumlah baru tukar astro beyond. boleh record lagi.. jadi, sekarang ni kalau aku tengok cite pun aku tengok cite korea je lah, 393. hehe.. cite melayu ke omputih ke tak tengok pun sebabnya tak de masa nak tengok tv. nak tengok tv pun time makan je. serius masa sangat terhad bila time malam.

Bila dah layan cerita korea ni, apa pun tak jadi.. sebabnya, masa aku tengok, anak2 aku mesti lah tak tidur lagi kan. bila tak tidur, aku nak buat apa pun tak boleh. nak lipat kain, kang habis si kenit tu punggah balik. baik aku tengok tv. nak sapu2, berhabuk pulak kena kat hidung masing2.. tak pelah, layan tv sudah.. hehe

dan cerita yang aku sedang layan setiap hari isnin dan selasa ialah THE GREAT DOCTOR.. cadangan kawan2 dari FB la ni :-) yeah.. aku tengok pun dah tengah2, mulanya macam tak feel, sekarang sangat feel.. tu yang tak boleh tidur malam tu. haha.. siap gogle sinopsis apa sume, tapi tak jumpa pulak keseluruhan cerita dia camana.. dan pelakon lelaki dia dah tahu dah nama dia sapa, LEE MIN HO.. hensem betullah.. hehe. baru 25 tahun rupanya.. tapi cite ni 2 kali seminggu je. lambatlah nak habis..tak sabar nak tengok..

hidung dah lah mancung.
hero dan heroin :-)
Dan cerita lain yang best juga sebab heroin dia cun dan sweet ialah MY DAUGHER, MY FLOWER.. KOT NIM yang sweet.. cerita ni lah yang selalu direkod. tengok time makan malam.. tapi hero dia sepet sangat, boleh la  hensem juga. pandai berlakon nangis.. cite ni hasben aku pun layan juga. dia lah over tau.. aku tengok dulu tak boleh, kena tengok sama2, tapi kalau dia tengok dulu tak pe. kecoh je. huhu..

sweet...

Lagi cerita yang baru nak layan dan baru je start 1 episod ialah ROOFTOP PRINCE. cite ni kelakar juga. kesian pun ye.. hehe.. syoklah melayan cerita korea ni. tapi cite ni orang kata dah main dulu.. jadi aku pun godek2 la info berkaitan cerita ni.. macam best je. tapi, seminggu sekali jugak. huhu.. lama lagi nak habis lah.. hehe..


Ha tu jelah cite yang aku layan boleh dikatakan setiap hari. hehe.. baru ada feel nak tengok tv :-) ok. tu je nak share. korang tengok cite apa??

ok bye wassalam..

3 comments:

dayah ismail said...

salam..singgah di sini jgk..rooftop prince mang bez sgt2..dah hbs tgk..mmg kelakar gler..

Ietams said...

rooftop prince mmg best & kelakar.
memang dah ade dah kat ch One tu dulu.. happy menonton yer..!

Suliana said...

dayah & ietams,
okey.. x silap tgk la ni ye.. ok. akan tonton shga ke akhir rancangan :-)

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails