Tuesday, October 2, 2012

kisah aqil

Assalamualaikum..

Tadi pagi bawa aqil pergi Klinik pakar di Hospital Ampang untuk mulut nya tu.. nampak macam ada kurang sikit kaler hitam tu. tak letak ubat pun sebab dia dah pandai lap.. handle anak2 sorang diri pagi ni.. mujur pegi klinik, boleh la relaks2 sikit pagi tu. tu pun dah kuar rumah lambat. aisyah demam pulak pagi tadi, suhu badan dia 38 degree.. tak berapa kuat macam selalu.. bila dah kasi makan ubat, dan letak tuala kat ketiak dia,  alhamdulillah kurang sikit panas dia..

Aqil pulak, malam tadi tidur tak kencing kan, dah bangun pagi tak sempat kencing.. dah terlepas dalam seluar, mujur seluar je kena dulu. kalau kena tilam, terpaksalah bersidai balik tilam tu. huhu.. siap2 tukar baju dia sume, mohler kita berangkat keluar rumah.. sibuk nak suruh adik dia ikut sekali. macamana nak bawa, dah aku sorang2 plak tu yang handle diorang.. lagi pun aisyah tak de hal, buat apa dia nak ikut gi spital tu.. 

Dalam aku siap2 tu, anak2 kan, sibuk je perhati aku pakai bedak, pakai lipstick sume.. sibuk aqil nak jugak pakai. lepas dia pakaikan aku bedak, dia pakai kat dia pulak. huhu. pastu, dia teringin pakaikan aku lipstik pulak..pastu, dia kata WAH, CANTIKNYA IBU.. haha.. pandai bodek tau aqil ni :-p

suka sangat bergambar kat sini. siap cakap, ibu amik gambar aqil. lepas tu, nak amik spek mata arnab tu. sampai terbalik2 patung2 kat situ :-p bantal peluk kesayangan pun angkut sekali. buat berat beg aku je..
ibu dan aqil :-) muka pagi2 fresh je kan, cuba tengok tengahari ke petang :-p
apa pesen bergambar jelir lidah macam tu. huhu

tadi, aku sampai hospital pun memang dah lambat.. nasib baik doc tu tak panggil ikut nombor. dia panggil nama je. may be patient derms dia tak ramai.. jadi, dalam pukul 10 dah boleh balik.. aku minta sekali ubat ulser untuk gusi aqil tu. doc suruh pegi klinik gigi cek gigi dia.. bila lah pulak nak bawa gi klinik ni. tadi doc nak tengok pun tak kasi, terpaksa aku kelebet bibir dia tu nangis2. huhu.. selalu okey je kalau doc nak tengok, ni may be sebab sakit so dia tak nak buka mulut.. hari tu masa aiman ada, terdengar perbualan diorang. aqil cakap "eee gigi abang aiman dah patah, cuba tengok gigi aqil mana ada patah, pendek je" haha.. tergelak aku. time tu diorang nak mandi sama2.. banyak la ko punya pendek.. sama je, rongak :-p

Ha tu jelah kisah aku dan anak2 hari ni.. next appointment bulan 12 pulak..  dah hujung2 tahun ni macam nak cuti je.. 

2 comments:

mama_muaz&muiz said...

muiz pun dedar gak dari mlm td...nak beralih bln jugak agaknye...cepatlah baik anak2 ni ye

Masya said...

aqil pun potong rambut botak yer.. hihihihihi... moga aqil sihat macam biaser..

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails