Monday, October 1, 2012

family

 Assalamualaikum..

Weken lepas adalah family day.. family day lah sangat.. hehe.. parents aku datang dari Johor, nak gi wedding kat bangi.. alang2 mama ayah datang tu, adik beradik lain sume datang tidur rumah aku.. Jadi, weekend lepas, meriah sikit lah.. mama sampai Jumaat malam sabtu..

Hari sabtu pagi, aku tak pegi kelas mengaji. Aku masak bihun singapore. masa ni adik beradik yang lain belum sampai.. Selalu hari sabtu memang aku bangun pagi. tak de meleret2 dah waktu tidur aku, sebab aku dah join kelas mengaji kan.. so dapatlah masak berat2 sikit pagi tu.. Dipersilakan bihun singapore memunculkan diri :-)
  
bihun kurang rencah tapi sedap juga lah makan dengan cili dan kicap

Okey, selepas masak bihun, rehat2 kejap pukul 11 dah stat masak untuk tengahari pulak.. tetamu2 lain sedang dalam perjalanan. gambar lupa nak snap.. busy katanya.. lepas makan2, ayahku dah mula bising ajak jalan. padahal dia tak sihat time tu.. macam nak demam.. Ok, bawalah ke Jusco Maluri. perjalanan dekat je tapi sebab hujan, maka jammed la pulak.. it's ok.. sampai2 Jusco, parking kat luar.. terus bawa budak2 pegi main.. seronoklah aqil time tu.. main je kejenya.. aku pulak letih mendukung aisyah, rebeh bahu ni ha. tak bawa stroller, tak muat kereta.. Lepas maghrib kat Jusco, laju2 menuju ke Al Rawsha dekat dengan bulatan Kampung Pandan.. yeay, makan nasi arab..  sekali sekala family datang rumah belanja makan di sini. sedap juga tapi ayah cakap dekat wadi hadramaut lagi sedap..


tengok adik dah boleh diletakkan dan baby seat... cuma takut dia nak terjun keluar je lah. dah la comel molek je duduk dalam tu. suka main ketuk2..

lamb mandy and chicken mandi, mix grilled with mulawwah, orange juice and plain water..
budak2 la paling happening sekali.. especially aqil.. 

 kak long family

birthday boy. happy birthday ali yang ke 19 pada 30/9

ibu dan aisyah..

Okey, dah kenyang makan.. balik rumah terus sebelum jam 10 malam.. settle part on saturday :-)
ahad: mama siap2 nak pegi kenduri dan seterusnya balik johor. kitoran gpulak tak pegi mana2.. lepak rumah, kemas rumah je..

 affan pun nak balik dah :-) apa pesen tangan macam tu affan oii.. :-)

nilah keadaan budak yang lepas orang balik, dia pun masuk rumah, minum susu duduk depan tv. sian pulak tengok dia tak de kawan.. huhu..

Lepas dah tak de kawan tu kan, mulalah dia cari ibu dia.. selama ada kawan, tak ingat dah kat ibu kan.. tu jelah nak share cerita wekend kami yang happening..

sekian. nampak naw dah malas nak menaip. hehe.. duk simpan2 dalam drat je. last2 amik keluar je lah apa yang ada :-)

wassalam


5 comments:

*SiRibenMerah said...

bila mkn2 ngan family neh, selera kita confirm bertambah2 kan.. bestnya~

Eyriqazz said...

sedapke al rawsha ni su?dah banyak kali nampak orang terjah restoran ni..

Suliana said...

siribenmerah,
betul tu.. seronok mkn brsama :-)

Suliana said...

eyriqazz,
sedap.. klu suka nasi arab blh try.. kawasan pun luas.. parkg byk.. tp ayah su kata kat wadi hadramawt lg sdp..

Masya said...

bile family datang rumah mesti seronokkan.. lagi² kalau tdo rumah... terasa kemeriahannya.. dapat makan² kat luar berkumpul banyak cerita..

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails