Wednesday, October 10, 2012

buah hati pertama

Assalamualaikum..

Selamat pagi semua. hari ni kami ada meeting.. ntah lah ye, mood kerja dah kelaut sebenarnya. may be sebab dah hujung tahun - hujung pun tak hujung sangat la.. tak sabar nak cuti raya haji.. bosan la sebenarnya.. batuk2 dan selsema ku belum baik lagi. hidung tersumbat dah kurang, now bermula lah aktiviti memekak iaitu batuk :-) tak pe tak pe, ujian dari Allah.. penyakit itu menghapus dosa..

Nak cite pasal aqil sikit.. Aqil sekarangkan dah big boy, 3 tahun 9 bulan :-) tengok kartun je kejenya.. nak makan bawa pinggan depan laptop. kalau tak, rela tak makan. nak baca iqra' pun sama, mata ralit tengok laptop or tv je.. sebelum tidur pun sama jugak.. kalau dilarang, mulalah buat drama air mata sabo je lah. suka main air dalam bilik air. penuh mainan dalam bilik air..

main dalam besen dia. now dah jadi besen adik la :-)
kadang sikap dia sekarang ni, memang menguji kesabaran betul.. nak dimarah/dipukul, masih belum cukup umur lagi. kadang tu kena juga lah dengan ayahnya. aku tak sampai hati lah nak pukul dengan benda kecuali aku cubit or pukul dengan tangan je :-p. suara naik je. kalau ibu yang buat, dia tak takut lagi, cuba kalau ayah dia yang start marah, barulah dia betul2 nangis..

kesayangan ibu
Banyak tanya, banyak cakap.. kadang kita nak bercakap pun terganggu sebab dia asyik bunyi je. hehe. dah pandai pilih baju, nak pakai baju spiderman aje. aku beli baju ben 10 dua helai tu, tak de dia minat pulak nak pakai. asyik minta baju spiderman je yang selai tu, kalau aku tak kasi pakai, aku katalah ibu basuh.. hehe. kang pakai selalu buruklah baju tu..

Kalau main dengan adik, kasar.. dia main tolak2 walker adik dia. mula-mula mengekek ketawa si Aisyah sebab kena tolak dengan abang dia. last2, kuat sangat tolak walker tu, langgar dinding, mulalah nak merengek. habis hitam jari kaki adik. nampak naw ibu jarang mop ;-p 

abang dan adik. moga kasih sayang berpanjangan.. dah besar jangan gaduh2 ye
Aqil minat main bola. suka sepak2. apa2 je lah atas lantai tu akan disepak. tu yang aku bising tu. main bola, terlekat celah aircond. main bola, masuk dalam kuali kat dapur aku tengah masak.. bengang tak.. manalah tak riuh suara ibu marah.. nak suruh duduk diam2, macam budak tak normal la pulak kan. 

hasil kreatif aqil :-)
Ingatkan umur dia 4 tahun nak hantar tadika, tapi bila fikir2 balik, lamanya dia duduk tadika, takkan sampai 3 tahun kot.. aku pun dah survey 1 tadika betul2 depan taska dia sekarang, tapi dia kata tak amik budak umur 4 tahun, kalau amik pun, silibus dia sama nanti dengan budak umur 5 tahun.. so, tak jadilah aqil masuk sekolah. tu pun nangis2 kata tak nak sekolah situ.. hmm camana ni, belum apa2 lagi dah nangis. huhu.. tunggu 5 tahunlah baru gi tadika ye aqil. plan ibu, 5 tahun hantar tadika depan taska sekarang, umur 6 tahun hantar tadika yang ada belajar agama pulak. tapi Genius Aulad/ CIC/ tak de area rumahku. yang aku perasan semalam tadika PASTI. ye, agak2nya kesitu je lah kita ye.. :-)

Tapi aqil, whatever it is, aqil tetap ibu sayang. semoga aqil tetap ceria dan bising2 selalu :-) ibu dan ayahlah yang kena banyak sabar kan dengan karenah anak2 ni.. anak2 ni rezeki dan juga ujian buat kita semua.. 

Wassalam..

p/s: uols, jangan lupa hari ni Rabu dalam pukul 10 pagi lebih ada Prof Dr. Muhaya di radio IKIM 91.5.. grab the positive aura there.. tapi aku meeting plak.. 



5 comments:

Syahada Ahmad said...

Biar betul aqil sepak sampai masuk kuali ibu. Tergelak sha baca sue.
Boleh bayang cane sue time tu. hahahaha

Bertambah la lauk korang makan haritu kan. hehehe

Peace....\/ :p

Nieyl said...

hihi~biase la tuh kak..budak2 skrg nie...:) awal sgt kot nak anta g tadika..takut nnt lelama die bosan lak nak sekolah..hihi~nieyl dlu 2 tahun kat tadika..bler nak masuk sekolah rendah..dah boring..hehehe~

Huda said...

dah besar aqil, memang kadang perangai anak2 ni menguji kesabaran tapi tulah penyeri hidup kita kan..zarif ngan zara hari2 pun gaduh, huhu

Ietams said...

Bravola aqil sepak bola terus tepat kat atas aircond tu.
Anak saya yg sulong skrg ni pun
Mandi kat dlm bath tub adiknya..
Ape aje yg adiknya main dan buat.. Yg itu juga la di hendakkannya

Masya said...

anak sya baru jer saya masukkan tadika bulan 9 hihihi asalnya nak masukkan taska ... dia sibuk nak ketadika pulak.. masukkan jerlah... walaupun dah akhir tahun...

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails