Monday, October 8, 2012

10 bulan sudah

Assalamualaikum..

Salam pagi Isnin.. Hari ni diriku tak berapa sihat sangat. Dari semalam asyik bersin dan selsema. Pagi ni hidung pulak tersumbat. Ni mesti kes berjangkit dengan aisyah. Budak kecil tu dah baik demam, tinggal batuk je masih ada. Semalam tidur sian dia batuk..

Okey, semalam 7/10 genaplah si comel ku ini berusia 10 bulan.. wah dah 10 bulan ye dik... cepat betul anak ibu membesar.. bagus2.. tapi tu lah, agaknya dia ni style sama macam aqil. tiap2 bulan demam :-( tapi harap2 aisyah tak selalu demam macam abang aqil ye.. kali ni, demam dia slow je la, tak tinggi sangat suhu, paling tinggi pun 38 degree je. tapi lama juga dari isnin sampai jumaat baru betul2 hilang demam nya.. on off demam.. nak beralih bulan agaknya. ha, ni nak upah ibu apa ni lepas baik demam? nak pandai jalan ke? :-)

Perkembangan dia yang paling ketara adalah suka memanjat!! adui letih betul nak tangkap dia.. bukan apa takut terlentang jatuh je.. bila kasi duduk dalam walker, habis semua orang dia langgar, dahlah kaki walker tu tajam, sakit tau. huhu.. tapi bila dia duduk dalam walker, risiko mengutip tentulah tak de tapi risiko jatuh keluar pintu rumah tu tinggi kalau tak tutup pintu. dah berapa kali semek ni buat jantung ibu ni berdegup kencang.. fuhh.. walker pulak hujung minggu je ada, hari2 bekerja tinggal di rumah pengasuh.. 

ni kat rumah nenek lenggeng.. macam tu lah gaya dia. berdiri kat kabinet tv, main tangga.. nak suruh aqil amik dia pun bukan reti lagi.. :-p
Bila tak kasi duduk dalam walker, punyalah merayap ke sana ke mari. tahu2, mengorek lantai, kutip apa yang boleh dikutip. bila dapat masuk dalam mulut, dia senyum2 kegembiraan sambil mulut dia kunyah2. tu dah tahu dah, mesti ada benda dalam mulut tu!!

dia suka main cak cak :-) aumm chakk.. asal nampak benda boleh tutup mata dia, dia pun main. hehe.. cute sangat :-) time ni tengah lipat kain, dia sibuk nak memunggah (-_-)

Ha.. gitu je la citenya.. semoga aisyah membesar dengan sihat... amiinn....

Wassalam..

3 comments:

Nieyl said...

comey nyer die...:)

MYA EL QAYREENA AZRYAN said...

aloloooo cumel laaa aisyah...gewammm aunty...

fieda said...

ala tomeyr dia.

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails