Monday, September 3, 2012

Udang Galah Rompin

Assalamualaikum..

Isnin kembali lagi selepas bercuti 3 hari.. sambil2 buat kerja makan biskut raya kat opis ni. sedap pulak.. hehe.. agak2 dah tak de orang nak datang rumah, boleh la bawa biskut raya datang opis.. Aku ada janji kan nak cerita ngan korang sambungan cerita perjalanan dari terengganu ke kluang tu, kami lalu rompin. la tak habis lagi rupanya, orang nak terbang ke negeri lain dah. haha..

Ok, perjalanan dari terengganu ke Kluang mengambil masa 9 jam plus berhenti solat, kencing 2 3 kali dan makan sume.. gerak dari KT pukul 9 pagi sampai tepat2 azan magrib.. jem pulak di pekan kerana ada open house PM buat.. kitorang lalu kat situ pun dah pukul 2 petang.. sanggup tak berhenti makan sebab nak makan udang galah kat rompin. perjalanan lagi 2 jam tu.. tak pe, demi udang galah, ku makan juga apa2 aje yang ada dalam kereta. kuikuikui...

Sampai2 je dah dekat pukul 4 lebih.. ramai orang time tu. yelah, may be orang balik berhari raya, nak cari lauk biasa pulak kan.. kedai dia biasa2 je.. jom tengok gambar.. 

sotong masak merah.. ni side dish aje. hehe

udang galah masak sambal manis.. sedap.. sekilo RM 70 kalau yang dah siap masak, kalau fresh, RM 40/kg.. sekilo tu adalah dalam 6-7 ekor..

 sedang2 saje...

kalau lalu kawasan macam n, nilah tempatnya. kat kg. leban chondong.. keliling dia banyak hutan2...

Ha, tu jelah entry pendek hari ini.. Agak puas hati juga walau pun sorang dapat makan sekor sorang je. huhu.. ok, selamat mencari.. tata.. wassalam...



No comments:

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails