Wednesday, September 26, 2012

rutin

Assalamualaikum..

Rutin harian selepas balik keje.

Ambil aqil di taska. sampai rumah, simpan2 barang, amik aisyah di rumah jiran.. selesai.

Masuk rumah, masak (kalau rajin). kalau tak rajin, kena juga fikir nak beli apa bungkus. Total time masak simple2, setengah jam plg awal plus minus kemas periuk belanga. Kalau xde time, longgok sume dlm sink. urusan ayahnya membasuh, kalau dia rajin..

Makan mesti before 8pm. Ayahnya tak mo makan lewat2 dah. Settle makan, mandi, solat pung pang pung pang dah 8 lebih. semek tu dah gosok2 mata. tidurkan dia kejap.

Ibu bangun balik dalam pukul 9 kalau semek bagus tidurnya.. tengok2 CD semek letak dalam toilet. jengah2 kain setimbun, oh esokla lipat :-P aqil? tengok katun.

ok, jam 10, makan pil perancang. time to sleep..bawa sebotol air naik atas..sambil bye2 ayah aqil ( tengah berlari atas tread mill). Dah baring atas katil. arghhh beg budak lupa nak kemas.. kemas beg pulak.. kalau CD dah lipat, senang keje. kalau belum, lipat la kejap 6 keping.. siap. salin CD semek plak sebelum dia tido kepada pampers (DD).

baring balik.. sambil cuit2 aqil. pegi gosok gigi dan kencing!! aqil pegi toilet. main air pulak!! bangun balik, jentik2 skit.. barulah settle semuanya... yeay, boleh tidur!!

tu belum masuk semek bangun nak nenen tengah malam.. kalau anak2 tak sihat, lagilah sengkang mata.. aku dapat rasa, asal tengah minggu je, letih dia lain macam.. mata penat, badan penat.

Baju keje esok pagi baru gosok. kalau sempat. esok dahlah hari kamis, baju batik plak. kursus di HQ.. hmm.. kalau ikutkan nak tulis rutin selepas bangun pagi, xpelah. ngantuk plak. hihi. .

Tulah rutin harianku. ibu2 lain mesti rasa pengalaman yg lebih kurang sama atau lagi hebat.. tak mengeluh, penat sikit je ni.. Bila penat, mulalah bebel dan marah2..Moga diberi kekuatan untuk hari2 mendatang..

Amiin.. wassalam..

Published with Blogger-droid v2.0.6

3 comments:

Belinda Adzmi Ibu Ilhamny said...

bab yg ayah aqil tgh berlari atas treadmill tu yg nak tergelak, tp cayalah ayah aqil ( bilalah lnda lak nak berlari atas treadmill nih)...

mama_muaz&muiz said...

keje ibu memang x penahnye abis kan...takpe pahala besar tu InsyaAllah ;)

Sya Nash said...

salam dik... akak gelak ja baca diari adik ni.. i was exactly like that masa keje gov anak dua.. 7 tahun dulu.. teruskan berkhidmat utk smua yg disayangi ye.. selagi nyawa di kandung badan! akak doakan kekuatan buat adik :))

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails