Wednesday, September 26, 2012

kongsi ilmu by Prof Dr Muhaya

Assalamualaikum..

Slot Aspirasi dari Prof. Dr. Muhaya di IKIM FM telah pun berakhir pukul 11 tadi. selalu aku tertunggu2 pukul 10.10 pagi setiap hari rabu.. tiap2 minggu tunggu, tapi selalu terlupa, yelah time keje kan, kadang lupa buka radio.. kalau teringat sebab terbuka FB tengok status kawan. hehe.. tq fren, banyak pahala korang.. sebelum stat, amik kertas dan pen, tulis pesanan2 berharga tersebut :-B

Ok, meh nak share sikit. tadi prof cakap pasal pengguna laman sosial facebook. i amik point form je lah ye. hehe.. 
  • apa sahaja yang Allah izinkan di dunia ini semua ada kebaikan dan keburukan, semuanya bergantung pada fokus dan niat kita
  • kena sembunyikan kebaikan kita serupa macam kita sembunyikan kejahatan kita
  • kalau nak berubah, kaji balik akaun fb kita. buang gambar yang tidak menutup aurat
  • setiap taipan, jari akan di soal di akhirat nanti. kalau baik, pahala lah dapat, kalau status perli2, maki2 orang, hmm faham2 sendirilah..
  • setiap masalah, kongsi dengan Allah. share benda2 yang positif sahaja.. elakkan aura negatif..
  • tengok siapa kawan kita dalam fb (frenlist), itulah diri kita..
  • bila ada fb, masa dengan keluarga adalah sangat kurang.. cakap dengan suami/isteri pun tak bertentang mata, masing2 sibuk duk tengok fb je.. 
  • Apa yang kita dapat hari ini adalah magnet dalam diri kita. Tengok yang kita makan, minum, cerita apa yang kita tonton, baju apa yang kita pakai, dalam fridge makanan apa yang ada, ibadah bagaimana..
  • Bila sampai satu tahap orang puji kita kita tak suka, orang keji kita, kita tak marah, GOOD.
  • Gaya penulisan status dalam FB menggambarkan niat kita. Sentiasa perbetulkan niat, cari redha Allah..
  • Suami isteri jaga aib masing2..
  • Percaya tak, peruntukan buka FB lebih banyak dari baca al-Quran.. sadis..
Kesimpulannya, untuk menggantikan facebook atau kurangkan aktiviti ber fb, banyakkan aktiviti bersama keluarga.. kalau asyik berfb je, macam garamlah, terlebih2 boleh bawa penyakit...

Wallahua'lam..

p/s: perlahan2 berubah kearah kebaikan.. pesanan untuk diri sendiri juga..




1 comment:

Masya said...

terima kasih kongsikan....
iyerlah kadang² tanpa sedarkan.. kt banyak menaip yg merapek².. meluahkan perasaan hihihihihi.....

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails