Tuesday, September 4, 2012

kisah dua beradik

Assalamualaikum..

Selamat pagi semua. sebelum memulakan apa2 jua tugasan, hati ini lebih mahu mencoretkan luahan rasa. cewah. luahan rasa gituw.. bukan la nak berjiwang2 di pagi yang mendung ni.. tapi nak luahan hati ibu2 ni berkisarkan kisah anak2 ku setiap hari lah...

semalam, puteri kecilku tak sihat.. dah seminggu lebih kot dia selsema dan batuk. sian dia.. ni berjangkit dari aqil la ni. lebih2 lagi dia baby, memang payah nak baik selsema dan batuk. ubat cair kahak pula tertinggal di kluang masa balik raya.. memang tak kasi ubat apa2 la kat dia. tapi semalam, dia tidur awal.. tapi dia tak boleh tidur, asyik terjaga. bila aku tengok macam duk merengek2 je sebab hidung tersumbat, teruslah aku laksanakan misi steam hidung dia. Dulu pernah lah buat masa dia selsema, masa tu tak pandai lagi nak meraung2 tak suka, malam tadi, melalak sampai keras2 badan.. sabo je lah..

Aku tiarapkan dia dan condongkan bahagian kepala turun bawah, tepuk2 (cupping method) belakang dan depan.. cara macam ni pun dah boleh longgarkan bahagian yang berkahak tu.. tapi aku top up lagi dengan air panas nak steam hidung tersumbat. Masa buat dulu, dia tak tahan wap air panas je, semalam, dia memang dah pandai tak suka sesuatu benda. cewah, camana ayat tu nak cakap.. meraung2.. tapi hingus memang banyak keluar la.. dapat dua kali tonggeng je.. selebihnya tak dapatla, kesian dah nangis2. huhu..

Pastu, tak lama tu aku tiarapkan lagi. ntah salah step ke apa, terus muntah.. habis keluar susu, nasi kan lendir2 yang lain.. tapi, semalam dia dapat tidur lena. tapi nak tidur atas tangan sambil dinenenkan. layanlah sampai pagi dan aku pun tak sedar apa dah malam tu.. pagi ni bangun, muka sembab2 sebab menangis malam tadi. harap2, selsema dia akan beransur baik dengan cara itu..

muka senyum selepas nangis..
time ceria saya..

Ok, kisah abangnya pulak.. semalam, masa balik amik dari nursery, aku ngintailah tingkap nursery dia.. masa tu budak2 sume memang berkumpul satu bilik. tengok cikgunya tengah main2 henset.. aku mencari la mana aqil ni. rupanya tengah duduk berdua dengan budak perempuan. time tu aqil kena cium. banyak kali jugalah. yang aqil ni tak lari mana pun, duduk je depan budak pompuan tu sambil kesat bekas air liur. sabo je lah budak ni... pastu dalam kereta siaplah dia kena soal dengan ibu.. nape dia cium aqil.. eee tak malulah.. tak boleh lah budak pompuan cium aqil. ibu je boleh.. dia kata orang cium dia, sorang budak pompuan tu dan sorang budak laki.. hmmm.. tak sukalah macam ni, even budak2 kena tengok2 juga. anak orang kan. Aku pun dah pesan kat cikgu dia pagi tadi.. kita pun kena perhati anak kita juga. lagi satu, pasal kesihatan, kot kalau selsema ke batuk ke, tu yang cepat berjangkit tu.. lagi satu aqil ni, selalu kalau aku ngintai kat tingkap tu, kawan2 dia sume tengah berlari2 main, tapi dia duduk je kat tepi dinding tu buat apa ntah.. kat rumah bukan main lagi bising je suara.. 

 bersama baju raya ben 10 ;-)

 membantu ibu lipat kain :-)

bersama idolanya amil aiman :-)

Oklah tu je nak cite kisah anak2 ni. bye. wassalam


No comments:

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails