Wednesday, September 5, 2012

jamuan oh jamuan

Assalamualaikum..

Weekend lepas, kawan2 opis nak datang rumah. so the best date adalah hari sabtu kan, jumaat leh prepare apa yang patut, ahad boleh berehat. mesti ramai yang nak buat sabtu lepas kan.. so, bertungkus lumuslah kita hari jumaat dan sabtu tu..hari jumaat tu pegi beraya rumah kak long ku, dah malam baru nak pegi carefour beli barang nak masak. sekali tu amek kau, barang banyak habis. memang dah agak dah orang sume nak buat open house, datang lambat plak tu. merasalah beli ayam potong kecik2.. huhu. oleh kerana nak buat juga daging kurma, carilah daging juga.. daging kotak je lah kan, mujur sangat aku tanya abang potong daging, daging apa ni, daging kerbau rupanya.. tak jadi amik.. amik daging steak dua bungkus.. huhu

Dah sampai rumah pukul 10 lebih, tidurkan si kecil dulu.. aqil tak nak tidur tak pe, dia tak kacau sangat tapi menyibuk je. hehe.. Mujur suami kesayanganku bertanya nak tolong apa ni?? huhu.. tolong kopek2 bawang dan potong bahan spageti je lah. hehe.. pukul 3 baru siap2 sume dan tidur.. aku ni pesen tidur lambat tak pe, jangan janji nak bangun cepat, takut tak terbangun.. biar siap2 dulu malam tu, nak tidur pun tenang..

 aqil bergambar bersama upin dan ipin kartun di carefour.. :-)

Okey, menu hari tu adalah nasi carrot dan spaghetti.. nasi carrot ni makan dengan lauk biasalah seperti ayam masak merah, daging kurma dan acar.. buat red velvet sebijik. kak long bawa puding kastard cocktail.. air oren tendered by en suami.. :-) pagi tu bangun tinggal goreng ayam, buat sambal ayam, buat kurma daging dan rebus spageti je.. masak nasi juga. tang tu memang gigil lutut la sebab tak pernah masak banyak.. pinjam rice cooker besar jiran lagi.. petanda buruk terjadi bila mana garam aku terbalik.. mulalah rasa tak sedap hati. rupanya memang betul, nasi yang dimasak mentah.. huhu.. mujur mentah, kalau nasi menjadi bubur, sila ke tong sampah. puas call master chef di johor nun iaitu mama.. suruh tambah air.. last2, alhamdulillah jadi.. dua round aku masak, dua2 mentah.. tapi bila adjust, ok... nasi2 macam ni risiko dia macam tu lah.. huhu.. learn from mistake..

Then tunggu pukul 12, kak long kata nak sampai awal, ye awal 15 minit dari pukul 12 jer.. hehe.. jemputan pukul 12. tapi diorang sampai dalam kul 1 macam tu la, jem kot dengan pusing2 cari rumah lagi.. 

 antara tetamu terawal iaitu syud dan iwan kawan dari uitm dan duduk dekat2 dengan kawasan rumah dan tetamu tetap setiap tahun. hehe

 ofismate. dari 6 keluarga yang hadir 3 keluarga saje.. yani dan cik ku..

 keluarga cik ku

 keluarga arza..

hehe.. tak de gambar family ku.. gambar ni je kak long tengah sembahyang dan ada orang tengah tersenyum dalam kegelapan. nampak tak?? kuikuikui...

Lagi, jiran2 sume jemput on the spot je lah kan. nampak diorang kat luar rumah, bagitahulah jemput2 datang rumah. hehe.. kali ni je pun nak ajak jiran2, bila lagi kan. tahun lepas memang tak jemput pun.. kitorang pun belum beraya lagi rumah jiran2.. alhamdulillah, upacara tamat time maghrib.. seperti biasa kalau masak nasi mestilah ada lebih sikit kan.. huhu.. sayang betul.. terima kasih pada kawan2 yang sudi datang rumah even jammed dan sesat2 nak cari rumah.. tetamu tu rezeki kan.. eratkan hubungan setahun sekali je pun.. tak pe tuan rumah penat tapi gembira dapat kasi kawan2 makan :-)

Ok bye. wassalam..

p/s: musim raya, banyak open house dan jamuan dia ofis.. kenyang :-)

1 comment:

misscha said...

huhu.....miss plak open houz kak su.....tgh beraya kat pantai masa tu :p

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails